Welcome To My Life...

Thursday, September 6, 2012

Ada Apa Dengan Nama?

Assalamualaikum.

Nama. Si polan bin si polan. Salmah binti Husin. Ada apa dengan nama? Oh, tidak. Sebenarnya, soalan aku, apa ada pada 'nama'? Aku maksudkan pangkat dan darjat. Hari ni orang yang ada nama dijulang tinggi. Diorang yang berkuasa disanjung. Darjat membezakan bangsa manusia. Hanya kerana Ali bin Abu ialah ketua pemuda parti politik, adakah dia lebih mulia? Begitu juga populariti. Hanya kerana Nifola binti Sameon ialah artis terkenal, adakah darjatnya lebih tinggi di sisi Allah.

Ketika ni, ada dua program besar sedang berlangsung di INTEC. Program Raise Our Spirit (ROS) dan INTEC Cultural Extravaganza (I-CE). ROS ni lebih kepada islamik. Dan I-CE pulak ialah satu program kebudayaan. Warga INTEC berbilang bangsa akan mempersembahkan budaya kaum masing-masing dan juga dari negara-negara yang bakal diorang pergi untuk belajar nanti. Okey, itu bukan fokus entri aku hari ni jika mukadimah dijadikan pemandu arah.

Baru-baru ni, krew ROS telah menjemput artis-artis islamik untuk satu bual bicara bertajuk Forum Kemerdekaan U-Turn. Tiga orang artis dijemput iaitu Yatt Hamzah, Imam Muda Asyraf dan Sham Kamikaze. Dan, malam tadi pulak, I-CE menjemput Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek untuk satu program bual bicara. Sebelum kedua-dua acara tu, perasaan aku macam 'best betul kalau dapat jumpa diorang'. Tambah-tambah pak menteri tu. Aku pun tak tau kenapa aku nak tengok diorang depan-depan. Mungkin sebab diorang ada 'nama'.


Kemudian, aku sedar. Diorang juga manusia. Sama seperti aku. Tiada apa yang membezakan aku dan diorang. Aku juga punya mata. Diorang juga ada telinga. Aku ada kaki dan tangan jua. Tiada sebab untuk aku kecewa. Allah melihat hamba-Nya bukan pada 'nama'. Allah tidak memandang darjat dan pangkat kita di dunia. Ya, diorang artis yang ternama. Figura yang sorang lagi pak menteri belia. Orang penting dalam negara. Tapi aku masih tak lupa. Allah tak kira itu semua. Sebaik-baik insan di sisi Allah ialah insan yang bertakwa.

Aku berasa sedikit tenang selepas menyedari hakikat itu. Tiada apa pada diorang. Hanya 'nama'. Itu saja. Orang jadi teruja nak jumpa diorang kerna diorang terkenal. Kalau aku VVIP pun, orang mesti berasak-asak nak jumpa aku. Yang aku perasan, siapa pun orang penting, orang akan cuba dapatkan autograf dan gambar bersama. Kawan ayah aku pereka grafik majalah lawak terkenal tanah air. Aku dapat not RM1 yang dia tanda tangan. Aku tak sampai hati nak guna duit tu. Masih ada dalam dompet aku.


Tak kisah lar warna kulit, bangsa, atau negara. Kita semua hamba Allah. Iman dan takwa membezakan kita di sisi Allah. Ada apa dengan 'nama'? Allah jua Maha Berkuasa. Janji Allah itu pasti. Artis? Pak menteri? Orang kaya? Tak ada sorang pun akan terlepas. Allahuakbar!











p sepak s : Sempat nampak pak menteri..

No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif