Welcome To My Life...

Wednesday, February 27, 2013

Pain


Dah sebulan. Satu bulan yang menyeksakan. Satu bulan yang sangat menguji kesabaran. Pedih lagi menyakitkan. Akhirnya kamu meninggalkan. Selepas sekian lama bertahan. 

Terima kasih takdir
untuk setiap senyuman yang terukir
untuk kebahagiaan bila kamu hadir
Jika doaku dimakbulkan Yang Maha Esa
Jalan takdir kita pasti bertemu semula

Yang tulus ikhlas, ingin sekali sekala dirinya dibalas, walau hanya dengan dakapan di angin lalu..

Kini kau bersayap pergilah terbang. Rentaslah langit cita-citamu, harap nanti kita kan bertemu. Aku setia menantimu hingga tiba waktu itu.

Wednesday, February 20, 2013

WW #48 : Call Me 'Ten'



My name is 'Ten'. Number 10.
 

WW #47 : 5 Sen




You Made My Day


Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. 

Tadi saya bukak notifikasi FB. Penuh nama awak. Guess what. It made my day!

Seems so simple. Pagi tadi saya rasa sedih sangat. Sekarang rasa semangat. Rasa nak nyanyi lagu "Cukup Indah" sepanjang hari. Syukur ya Allah atas kebahagiaan ini walau saat yang bahagia datang sekejap saja.

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai

Awak, saya tunggu awak.

Monday, February 18, 2013

It's A Promise


I promise this to you.



Sunday, February 17, 2013

Time To Be Serious


It's time. Time to be serious. Because the time is running out.

I have problems now. Aku yakin Allah menguji aku kerna aku mampu menanggung semua ni. Rileks lah. Animals have problems too. Huhu. Siapa tahu lara di hati ini? Bahagia untuk diri sendiri. Aku yang jadi sapi.

Balik cuti raya cina 10 hari ni langsung tak boleh study. Satu sebabnya berada di rumah. Dan sebab yang kedua, jiwa tak tenang. Sangat menyakitkan. Biarlah aku simpan semua cerita sebagai rahsia. Biar aku pendam semua duka. 

Yang aku tahu, esok aku perlu memulakan pecutan akhir. No more rest. Kawan-kawan aku dah jauh meninggalkan aku dalam ulang kaji. Diorang dah seminggu mendahului. Aku cuma ada masa dua minggu untuk cover silibus tiga subjek yang aku belajar dua tahun lamanya. 4 Mac ni, peperiksaan percubaan akan bermula. It's dream no more. This is reality.

Tiada masa lagi untuk bergurau. Ini serius. 

Nazif, wake up and live. Dreams are beautiful but it is virtual. Never mind. I'll live this reality first and then dream again.

Aku akan berusaha habis-habisan. Moga Allah permudahkan.


Hari Famili


Semalam, hari Sabtu, bertarikh 16 Februari 2013. Apa yang istimewa sangat? Alamak, dah kantoi dekat tajuk. Ya, satu lagi peristiwa penting dalam cuti raya Cina aku. Hari keluarga ofis ummi aku. Bertempat di Tasik Melati, Perlis.

Selepas sarapan pagi di kedai depan taman perumahan, tiga konvoi bergerak ke sana. Aku dan kakak aku menaiki sebuah kereta, manakala tiga orang adik lelaki aku bergerak bersama ummi dan ayah aku. Satu lagi kereta? Kawan ummi yang tak tahu jalan.

Sampai di sana, tengok-tengok ada banyak lagi sarapan. Perut dah penuh. Cantik jugak Tasik Melati. Masa tu dah ramai yang datang. Semua tengah sibuk menjamu selera. Aku pun cuba baca buku 'One Hundred Names' yang aku beli dengan BB1M. Cubaan saja. Gagal.

Banyak acara yang dilangsungkan. Antaranya, isi air dalam botol, bawak bola ping pong guna sudu dan tuju selipar. Acip (adik kedua aku) dapat lar tempat kelima bawak bola ping pong tu. 

Acara lain termasuklah kupas kulit epal terpanjang, 'Lambungan Kasih' (lambung belon berisi air dengan jarak semakin jauh), cari gula-gula dalam tepung, kerusi muzik dan pertandingan mewarna. Haa, adik aku, Akib, menang kerusi muzik tu. Haruslah, sebab dia paling tua. Yang lain budak-budak. ^_^


Atip posing sebelum beraksi dalam permainan cari gula-gula dalam tepung. Baik budak ni. Dia tiup sungguh. Budak-budak lain sapu dengan tangan. Atip pegang dekat tangan. Budak lain simpan dalam baju, dalam poket. Takpe, pengalaman pertama. Lain kali aku ajar dia jadi 'jahat' sikit.


Ni pulak hasil Atip mewarna. Macam-macam warna ada. Hentam sajalah...


Acip dapat hadiah untuk bawak bola ping pong guna sudu. Tahniah. Aku? Jadi peserta je. Takde rezeki. Alasan semata-mata. ^_^


Sesi tangkap gambar sebelum makan tengah hari. Cari lah penulis kalau terer. ^_^

Selepas tu, makan tengah hari dan bersurai. Makanan pun terbaik. Keseluruhannya, memang sangat puas hati dan enjoy sebelum balik Shah Alam untuk meneruskan perjuangan menjelang peperiksaan percubaan A-Level. Fuhh, menghiburkan hati yang duka seketika. Moga tahun depan dapat sertai lagi.


Saturday, February 16, 2013

Mari Membaca


Bacalah, dengan nama Allah.

Mari membaca. Bunyi macam tajuk buku budak tadika. Tak kira. Mari kita baca buku-buku yang aku beli semalam. Aku lah baca. Kalau rajin, baru bagi anda semua tau isinya. ^_^


1, 2, 3..... 6! Ya, nampaknya seperti enam. Tapi novel yang hujung sebelah kanan tu bagi kat akak aku. Beta pun tak baca sebenarnya. Beta lah yang beli. Cuma rasa teruja sebab ada nama 'buah hati' dalam tu. Doktor pulak tu, cita-cita dia. Kebetulan... 


Ini dia.... ada orang konsisten dalam solat dhuha. Dan hairan kenapa rezeki tak bertambah. Aku belum istiqamah lagi. Masih berusaha. Aku nak tambah ilmu untuk tahu apa kesalahan-kesalahan dalam solat dhuha. Ayuh baca! 


Satu-satunya novel yang aku beli. Dan... bukan bahasa ibunda. Saja nak memperbaiki bahasa kedua aku. Bahasa omputeh. Aku cerewet. Aku pilih yang terbaik saja. Masa aku pilih buku ni berplastik. Tak sangka memang menarik, terjual 15 juta buah seluruh dunia. Selain tajuknya, "One Hundred Names", kulitnya sangat menarik. 

Paling menarik, sinopsis di belakang buku. "One hundred names... one hundred people. Kitty Logan inherits just a single list with the promise that it's a story she has to tell...". Aku pun beli. Apakah rahsianya? Aku baru nak baca. ^_^


Kita ni di akhir zaman. Kena lah sedar sikit. InsyaAllah, buku ni akan menambah kesedaran aku akan perkara-perkara yang sedang berlaku di sekeliling. Juga perkara yang akan berlaku. Nabi telah berpesan, tugas kita untuk menyampaikan.


Perang yang berlaku pada tahun 1973. Perang apa itu? Mari... mari membaca. Novel sejarah. Sambil membaca, dapat belajar sejarah. Dua dalam satu. Masih tak mahu?


Rasulullah bukan berperang tanpa usul periksa. Rasulullah lebih gemar menggunakan diplomasi. Rasulullah tidak sesuka hati menyebarkan Islam dengan mata pedang. Rasulullah akan menghantar surat untuk berdakwah secara aman terlebih dulu. Aku nak baca surat-surat Rasulullah SAW yang menggegar dunia.

InsyaAllah, moga buku-buku ni dapat menambah ilmu di dada. Melengkapkan diri untuk menjadi nakhoda dan khalifah di dunia pinjaman-Nya.


BB1M : Borong Borong 1 Masa


Itulah maksud sebenar BB1M bagi aku. Hoho. Baucer Buku 1 Malaysia. RM250 untuk aku. Terima kasih kerajaan Malaysia. Ini hak saya. ^_^

Alhamdulillah, dengan izin Allah, petang semalam (Jumaat, 15 Februari 2013) penulis berkesempatan untuk meluangkan masa bersama famili tercinta di Popular Alor Star Mall untuk membeli sebelum belah buku-buku akademik dengan baucer anugerah dari kerajaan. Buku akademik lah sangat kan~

Sampai lenguh kaki memborong buku. Hasilnya?


Semuanya bernilai RM600 baucer. Aku punya RM250 dan baucer kakak aku pulak lagi RM250 sahaja. Datang dari mana lebihan RM100? Oh, setiap pembelian melebihi RM150 akan dapat hadiah baucer dari Popular bernilai RM50. Bila aku habiskan BB1M dalam satu resit, dan kakak aku juga habiskan dalam satu lagi resit, dapat dua lah hadiah baucer (nilai RM100). Yeah!

Itu kalau kira harga sebenar buku. Hakikatnya, hanya resit aku (pembayaran pertama) guna harga yang tercetak (tanpa diskaun). Selepas aku membayar bahagian aku, aku dapat membuat kad ahli Popular. Lantas pembayaran seterusnya (kakak aku) dapat diskaun ahli. Jeng jeng jeng. Terpaksa tambah buku untuk cukupkan RM250 baucer. Sedangkan sebelum tu dah ambik buku dan kira untuk cukupkan nilai BB1M.

Selepas itu, rehat seketika. Makan di medan selera. Kemudian, sambung memborong semula. Hadiah baucer RM100 dihabiskan sekelip mata (tipu!). 

Aku ada lima atau enam buah buku je. Kakak aku pun sama. Beli novel beberapa buah. Selebihnya untuk ummi, ayah, dan adik-adik (beli komik). Takpe, asalkan diorang bahagia, aku pun gembira. Aku beli buku apa? Next entry okey? ^_^

Ayah aku beli buku-buku nak jadi kaya dan jutawan. Ummi aku pulak beli novel. Adik aku beli komik mengarut. Aku memilih sikit. Bukan cerewet. Alang-alang sikit je (aku pun jarang membaca), aku pilih hanya yang terbaik. Apakah itu? Eh, sabar. Entri akan datang~

Memang terbaik lar dapat baucer. Dan borong-borong satu masa. Eh, baucer tu hak saya! ^_^

Puas hati *thumbs up

Friday, February 15, 2013

Sunah Menyambut Kelahiran Anak


Beberapa hari lepas aku dengar kuliah Maghrib. Ustaz tu best. Dia memang kelakar. Tak bosan lah aku dengar kuliah tu. Aku datang lewat sikit sebab Maghrib tu aku baru balik dari main futsal. Aku pergi bila masuk waktu Isyak.

Kuliah Maghrib belum habis. Sempat lah aku menimba sedikit ilmu. Aku nak kongsikan lima sunah selepas kelahiran bayi. Persediaan menjadi ibu bapa. 

1. Memberi nama
Biasa orang bagi nama pada hari ketujuh. Tapi boleh je bagi nama pada hari pertama. Berilah nama yang baik-baik. Jangan malukan anak dengan nama yang pelik.

2. Akikah
Menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan. Tapi kalau tak mampu, buat dulu kenduri kecil-kecilan untuk menjamu jiran dan kenalan. Roti cicah air kosong pun takpe.

3. Bercukur
Tiada istilah cukur jambul. Sunah Rasulullah adalah cukur keseluruhan rambut sehingga botak.

4. Tahnik
'Bukan membelah mulut, nanti besar mulut dia' kata ustaz itu berseloroh. Tapi membuka mulut bayi. Rasulullah mengambil air liurnya dan meratakan ke seluruh mulut bayi.

5. Menderma
Bersedekah kepada fakir miskin. Caranya? Timbang berat rambut bayi yang dicukur dan belilah emas dengan harga emas seberat rambut itu. Kalau tak mampu, boleh buat kemudian.

Aku sekadar menyampaikan.

Reunion Again


Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, tuhan semesta alam. Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dengan izin-Nya, bebudak kelas 5 Alfa 2010 dapat dikumpulkan dan mengadakan pertemuan semula. 


Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 13 Februari 2013 yakni hari Rabu di MyFC Changlun. Tahniah kepada lokasi kerana anda kini terpahat abadi dalam lembaran sejarah dunia. 


Once we're friends, forever we'll be friends.


Kita bersahabat kerana Allah. ^_^


Ukhwah fillah abadan abada...


Insya Allah, jika dipanjangkan usia, kita semua akan berkumpul semula.


Terima kasih kepada semua yang sudi menghadirkan diri. Kepada yang tidak berpeluang, nanti kita buat lagi. Saat riang akan kekal dalam memori. Tetap utuh walau musim berganti.

Hanya Allah Yang Tahu



Thursday, February 14, 2013

....Then I Stop



I wrote this.... and then i stop.

Saya tak nak ganggu awak. Saya tak nak menyibuk. Saya tak nak awak tahu saya peduli. Saya tak nak awak tahu saya baca blog awak. 

Saya tulis tu. Saya nak hantar tapi saya tak nak mengganggu ketenangan awak. Saya cuma mampu tulis diari saja.

I'm Sorry


I'm sending you this
With hope in my heart
That it isn't too late
For healing to start

I'm sorry I got mad
I'm sorry that I cry
But I hope that you can see
Because the truth is that I try

I can't right the wrong
That I've done to you
Or undo the heartache
That I've put you through

And I can't change the past
Like I wish I could
There's no way to go back
And turn bad into good

I hope that you forgive me
For all that I’ve done wrong
Because I need you in my life
To continue being strong

Please.... forgive me.... T_T

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif