Welcome To My Life...

Sunday, February 3, 2013

Sakit


Sakit. Sakit sangat. Sakit sangat-sangat. 

Boleh bayangkan rasanya? Huhu. Bayangkan tak sama dengan merasai. Jadi jangan sangka anda mengetahui kepedihan seseorang. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Kaki aku sakit lagi. Kali kedua nikmat ini ditarik sementara. Aku masih ingat kali pertama. Aku jatuh motosikal. Lebam di bahagian peha. Dua minggu aku berjalan menapak. Selangkah pun rasa seksa. Baca macam tak berapa perit. Kalau rasa baru tahu.

Masih jelas dalam ingatan aku. Aku jalan bertongkatkan batang mop. Begitulah susahnya nak berjalan. Padahal sebelum tu aku boleh berlari riang. Ketika itulah aku mula menghargai nikmat kaki yang Allah pinjamkan. Bila dia tarik sementara, aku 'lumpuh'.

Sekarang aku rasa bagaikan nikmat ini ditarik semula. Terasa kesakitan luar biasa di peha aku. Dah sebulan rasanya. Salah aku jugak. Baru saja nak baik, aku main futsal lagi. Maafkan aku wahai kaki. Tapi aku rasa bukan sebab tak panaskan badan, sebab kaki kiri aku tak sakit macam ni.

Bisa sangat. Aku cuma takut sesuatu terjadi pada otot. Aku tak tahu klinik biasa boleh diagnosis tak apa sebenarnya terjadi pada peha kanan aku. Nak duduk antara sujud pun sakit. Tapi aku tetap melangkah ke surau. Aku malu dengan Allah kalau tak solat berjemaah.

Aku boleh gunakan kaki ini untuk main futsal. Maka aku pasti boleh melangkah ke rumah-Nya. Selagi aku boleh bergerak ke mana saja termasuk ke kedai makan dengan kaki ini, aku pasti gunakan untuk ke surau setiap kali solat walaupun harus turun lima tingkat dan berjalan lima ratus meter setiap kali waktu solat. Aku redha jika ini kaffarah dosaku.

Moga Allah pulihkan semula kaki aku. Aku rindu nikmat rembatan deras yang menggerunkan lawan setiap kali aku main futsal. Mungkin Allah tidak mahu aku riak. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui. Mungkin. Segalanya mungkin...













p sepak s : Sakit...


1 comment:

teha said...

semoga cpt sembuh :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif