Welcome To My Life...

Saturday, August 27, 2011

Menenangkan Jiwa


Assalamualaikum..

Apa yang korang rasa kalau korang berada di tempat dalam gambar di atas?? Huhu... okey.. gambar di atas sangat lar tiada kena-mengena dengan yang pitam mahupun yang nazak nyawa-nyawa ikan emas.. gambar sekadar hiasan.. entah kenapa hati yang bersiul keriangan minta melakukan sesuatu yang tidak lar sepatutnya dilakukan.. huhu.. tetapi tradisinya entri merangkap diari aku nie selalu didahului dengan sekeping gambar, maka aku teruskan jua.. emm.. mood ketika ini? Ya, jiwa yang sangat tenang.. tidur awal, bangun lewat.. haha.. senangnya dalam hati.. kalau kat kolej, gamaknya tak dapat lar aku buat dosa seperti itu.. huhu..

Tapi yang tak berapa menariknya........ tugasan bertimbun lar.. cuti raya macam tak cuti jer pun.. tapi.... alhamdulillah lar.. aku tetap juga bersyukur kepada Ilahi kerana dapat cuti 12 hari.. sebenarnya tinggal berapa hari saja lagi.. isk isk... harap2 lar aku masih ada mood raya dengan segala bagai taufan di Aidilfitri nie.. ermm.. aku bawak buku teks Biologi balik kampung nie tapi aku usung jer kat tangan.. nak baca memang kirim salam lar jawabnya.. lagi tertarik pada permainan komputer yang aku tak pernah sempat nak nikmati sepanjang hampir 50 hari di INTEC.. huhu..

Berita baiknya.. alhamdulillah... dah tiga hari JPA masukkan duit ke dalam akaun aku untuk semester 1 nie... dengarnya hampir RM3000 dimasukkan Khamis lepas.. kalau betul, syukur alhamdulillah.. setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Allah.. ini duit rakyat.. aku masih fikirkan apa perlu aku buat dengan duit nie.. errr... errr... aku belum pun periksa akaun bank lagi.. tapi kawan2 aku macam sahkan jer amaun tu.. insyaAllah.. nak sambung sujud syukur.. huhu.. sekian dulu aku merapu.. wassalam..















p/s : Syukur ya Allah...

Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 23, 2011

Menghilang


Assalamualaikum...

Aku akan menghilang buat seketika untuk satu tempoh yang tidak dapat dipastikan lagi.. apakah sebabnya tidak dapat dipastikan? sebab aku sangat terikat dengan diari aku nie.. masa awal2 datang INTEC pun seminggu orientasi jer aku tak dapat update.. lepas tu sentiasa aku curi masa.. setiap hari.. di mana2 saja.. haha.. rajin sungguh aku menghiasi diari online aku nie.. mesti lar kan.. dah hias cantik2 blog nie, tak kan nak biar berhabuk jer? Maka aku rasa sangat berat untuk terpaksa menghilang.. menghilang ke satu tempat..macam perempuan dalam gambar di atas..

Tapi menghilang ke tempat nie sangat best.. aku akan balik kampung malam nie.. 8.30 malam.. aku akan bertolak pulang ke Kota Tinggi, Johor.. walaupun tak dapat pulang ke rumahku syurgaku di Changlun, Kedah.. aku tetap rasa bersyukur.. kerana sekurangnya 12 hari aku dapat melarikan diri daripada kesibukan hidup di INTEC nie.. kehidupan seharian yang sangat menekan dan mendesak.. huhu.. tapi cuti pun tak macam cuti sangat lar.. kena siapkan tugasan ALEL10 tentang iklan untuk decision-making speech.. arrrrr.... tak boleh nak bersuka ria.....

Selamat tinggal dunia blog... i'll be back..













p/s : Doakan keselamatan perjalanan aku..


Sunday, August 21, 2011

Memancing Peluang


Assalamualaikum..

You will always miss 100% of the shots you don't take.

To win you have to risk loss.

Only those who dare to fail greatly can ever achieve greatly.

Don't worry about failure. Worry about chances you miss when you don't even try.


Dalam hidup ini, kita sering dihidangkan dengan peluang di mana-mana saja sama ada kita sedar ataupun tidak.. kadangkala kita tidak sedar kerana tidak cuba untuk menghidu kehadirannya.. dan kadangkala kita sedar akan kewujudan peluang itu, tetapi kita gentar untuk mengambil risiko, dan sekadar membiarkan peluang itu berlalu begitu saja.. kita tidak berani untuk mencuba dan melihat hasilnya.. kita lebih rela berpeluk tubuh dan berputih mata.. akhirnya kita menyesal di kemudian hari.. "kenapa lar aku tak cuba tempoh hari?"... "menyesal gila aku tak ambik buku tu"... "aduh, kenapa lar aku tak mintak nombor telefon dia masa tu?"... bla bla bla dan banyak lagi ayat-ayat penyesalan..

Take risk ; if you win, you will be happy. if you lose, you will be wise.

Ingatlah, peluang hanya datang sekali.. jika ia hadir sekali lagi, kita boleh disifatkan sangat bertuah.. rebutlah peluang yang terbatas.. perginya mungkin tak kembali lagi.. jangan takutkan risiko yang hadir bersama peluang.. kita tidak tahu apakah yang menanti kita di hujung jalan keputusan yang kita ambil.. mungkin kita akan tersalah membuat pilihan.. ya, mungkin.. tetapi mungkin juga kita membuat keputusan yang tepat.. semuanya terserah kepada keberanian kita.. berani untuk mencuba.. berani untuk gagal.. berani untuk menanggung akibat.. berani untuk mengambil peluang..

Ibaratnya kita sedang memancing ikan.. peluang akan datang untuk kita rebut.. datangnya hanya sekali.. take the chance or regret..

You have to risk going too far to discover just how far you really can go.












p/s : Tiket bas dah beli.. lalala...

Saturday, August 20, 2011

Sabar dan Ikhlas

Assalamualaikum...



Rujukan : Aku Terima Nikahnya 2 (Hasrizal Abdul Jamil)

Cer korang usha kat uncle Google.. aku cadangkan buku nie kepada sesiapa yang tak pernah baca (macam aku) dan tak pernah sedar pun kewujudan buku nie.. bahasanya memang bagus, dibawa dalam konteks kehidupan seharian dengan diselitkan dialog sesama manusia.. emm.. tapi itu bukan isu yang aku nak perbesarkan dalam entri kali nie.. selalu sangat buat jurnal entri ala diari tentang kehidupan seharian, maka aku rasa bersalah kalau tak sampaikan secebis pengajaran kepada saudara seagama dan senegara.. tajuknya agak subjektif.. "Sabar dan Ikhlas"..

Seringkali kita mengeluh apabila diuji.. kita mempersoalkan kewajaran qada' dan qadar Allah.. kita menangis dan menyalahkan takdir.. "mengapa aku yang harus menanggung semua ini?", "mengapa semua ini berlaku pada keluargaku?", "aku tak melakukan dosa kepadamu ya Allah...." bla bla bla.. macam-macam lagi rintihan kita menangisi apa yang telah berlaku.. lupakah kita tentang siapa kita kepada Tuhan? ya, kita hanyalah hamba-Nya.. kita milik Allah.. Allah berhak menguji kita kerana Dia mengetahui apa yang tidak kita ketahui.. dugaan datang bersama hikmah.. sesuatu yang tidak mungkin kita lihat saat kita diuji..

Kita sememangnya layak diuji kerana kita hanyalah HAMBA Allah.. kita lahir hanya untuk Dia.. hidup ini tentang SABAR dan IKHLAS.. bersabarlah apabila diuji.. dan ikhlaskan hati kita dalam melakukan kebaikan untuk mencari keredhaan-Nya.. renung-renungkan.. wassalam.. :)













p/s : Nak sambung baca buku...


Friday, August 19, 2011

TF #6 : Menikmati Kehidupan

entri pilihan : Lelaki Sanggup..

Assalamualaikum..


Remember the past, plan for the future, but live for today, because yesterday is gone and tomorrow may never come.

Semalam adalah kenangan.. esok adalah masa depan..
Usah dikesalkan apa yang telah berlaku..
Usah dibimbangkan apa yang belum berlaku..
Hiduplah pada saat dan ketika ini..
tetapi..
Jangan abaikan masa lalu..
dan rancanglah masa kelak..
Hari ini datang bersama peluang..
Raihlah dengan bijaksana..

With the past, I have nothing to do; nor with the future. I live now.
~ Ralph Waldo Emerson
~


Yesterday is history. Tomorrow is a mystery. And today? Today is a gift. That's why we call it the present.











p/s : Nikmati saat ini!!!

Kala Senja Juadah Tersedia

Assalamualaikum...

Isnin lepas kelas aku di INTEC nie iaitu 12M5 telah mengadakan jamuan berbuka puasa mengikuti tradisi kelas-kelas lain yang turut melakukan perkara yang sama lebih awal.. maka kami semua bersetuju untuk makan di Restoran Pak Li di Seksyen 18, Shah Alam.. semua ini adalah kerana 10 orang jejaka idaman menghormati 15 orang dara pingitan.. Seksyen 18 berhampiran dengan Kolej Akasia iaitu kolej kediaman diorang.. kitorang berkumpul pada pukul 7.. tapi ada yang dah datang lebih awal..

Juadah sendiri2.. ramai yang order nasi ayam lemon.. itu juadah istimewa di restoran tersebut.. tapi aku order nasi putih jer.. sebab apa? Ya...... pensyarah ALCH10 (Kimia) kitorang iaitu Sir Darfizzi Derawi dengan murah hatinya telah membelanja kitorang semua.. banyak kot duit dia habiskan.. hampir RM100.. ayam golek 3 ekor (RM48), roti jala, tepung pelita dan roti john.. pergghhh.. memang terbaik lar beliau kan.. semoga Allah merahmati hidupnya... kat bawah nie lar gambar2 kenangan kitorang.. memori selamanya, 15 Ogos 2011..

Blogger Lelaki Dari Marikh di hujung gambar

Faika dan Nik

Sedap oooiiii

Kacau jer jurukamera nie.. huhu

Sajid nampak macam Mr. Bean

Woon dan Yun Xuan

Arman (pejam mata), Sajid, Azri, Mok dan David

Mok mempromosi nasi ayam lemon

Amal, Tan dan Kim

David, Woon dan Yun Xuan ceria

Lina, aku, Adib, Ehsan, Syahid

Thulasi, Niroshini dan Thivya

12M5 together we strive to thrive

Ayam golek yang percuma ^__^


Kenangan manis.. apa2 pun semuanya berjalan dengan lancar.. kecuali class rep kitorang tak datang.. dia sorang jer.. entah apa masalah Vicknesh Dev tu.. tak lengkap kelas 12M5.. selain dia, rasanya semua datang.. aku, Arman, Ehsan, Adib, David, Mok, Sajid, Syahid, Azri, Fadilla, Nik, Faika, Amal, Thulasi, Nasuha, Lina, Syuhada, Ameerah, Thivya, Woon, Kim, Yun Xuan, Tan Jing dan Niroshini.. wahhh, aku hafal semua rakan2 sekelas aku.. huhu.. isnin nie kitorang ada jamuan lagi lepas ujian Biologi.. insyaAllah akan berbuka puasa di McDonald.. can't wait for that moment.. sekian dulu.. wassalam.. :)













p/s : Menghitung hari...

Thursday, August 18, 2011

Dekat Tetapi Jauh


Assalamualaikum...

Seperti yang peminat dunia bola sepak telah pun ketahui, awal pagi semalam sekali lagi raja bola sepak dunia ketika ini berkuasa di atas padang.. kelincahan serta kelicikannya gagal disekat mahupun digugat.. Real Madrid yang berjaya mengikat Barcelona 2-2 di tempat sendiri beberapa hari lalu akhirnya terpaksa akur.. Real menggigit jari selepas kecundang pada minit-minit akhir perlawanan.. beraksi di gelanggang lawan, Real sekali lagi berjaya mengikat Barca 2-2, tetapi kali ini skrip penamatnya tidak sama.. raja bola membuktikan kehebatannya..

Lionel Messi mempamerkan kualiti kebijaksaan yang dimilikinya dengan mencipta gol pertama hasil lorongan yang memecahkan benteng pertahanan.. berlari bersama bola di tengah padang, Messi berjaya menghidu larian pintar Andres Iniesta lalu melorongkan bola di celah barisan pertahanan Real.. Iniesta menyudahkan hantaran Messi dengan sungkitan menarik dengan hanya berdepan Iker Casillas di gawang Real Madrid.. namun Real berjaya menyamakan kedudukan apabila Cristiano Ronaldo - pencabar takhta raja bola - menampan masuk rembatan jarak jauh Karim Benzema dari jarak 8 ela untuk gol penyamaan..

Sebelum babak pertama tamat, Messi sekali menunjukkan belangnya.. hasil satu sepakan sudut, Gerard Pique melakukan backheel yang disambut pantas oleh Messi.. walaupun Casillas meluru untuk menutup ruang, Messi berjaya menyungkit melepasinya untuk sekali lagi mendahului agregat.. tetapi Real Madrid sekali lagi menyamakan kedudukan pada awal babak kedua.. juga hasil satu sepakan sudut.. Karim Benzema memanfaatkan kekalutan di depan gawang Barca dengan melakukan penyudah yang tenang dalam situasi genting.. kedudukan 2-2 di Nou Camp dan 4-4 secara agregat kekal menuju ke penghujung perlawanan dan kelihatannya masa tambahan adalah destinasi kedua-dua pasukan..

Sehinggalah minit terakhir masa sebenar perlawanan.. Messi mempunyai idea berbeza dengan apa yang dijangka oleh para penonton.. Messi menyudahkan hantaran silang Adriano dengan voli kaki kiri yang terlalu deras untuk ditepis Casillas.. sekali lagi Real terpaksa akur untuk tumbang kepada maharaja bola sepak dunia ketika ini.. pencabar terhebat Pele untuk status raja bola sepak sepanjang zaman.. ketiga-tiga gol Barcelona melibatkan kreativiti Messi yang gagal ditandingi.. Real Madrid begitu hampir untuk mengatasi Barcelona dalam pertentangan El Classico.. malangnya, mereka masih terlalu jauh daripada menyempurnakan misi mereka..














p/s : Menanti kejatuhan Barcelona..

Sumpah Aku Ingat Kau Sampai Mati

Assalamualaikum...

Geramnya aku dengan kau.. aku rasa macam nak buat chopping kick jer petang2 yang indah disinari suria nie.. uik.. romantik lar pulok.. okey2.. nampak tak gambar di bawah.. aku memang rasa nak terajang orang nie.. aku tumbuk kau.. aku tumbuk kau lagi.. kau datang dekat aku, aku tumbuk kau sampai lebam.. lepas tu, aku tumbuk kau sekali lagi.. haaaa.. ganas tak aku? ganas kan? baik angguk lelaju sebelum aku tumbuk kau..

Masuk lar kalau rasa dah hidup lama sangat!!

Takut tak?? Takut kan? hehe.. overacting jer tu.. sebenarnya mukadimah dramatik di atas tak ada kaitan dengan tajuk mahupun isi serta kulit entri aku nie.. semata-mata rekaan.. yang sebenarnya aku nak cerita pasal memori aku.. apa yang aku ingat pasal hari raya.. kena kan dengan tajuk aku? Tajuk entri aku mana pernah nak tarik perhatian semata-mata.. ada kaitannya okey? Sila teruskan pembacaan anda.. emm.. bila cakap pasal hari raya, maka ingatan aku akan berhempas-pulas untuk mengenang kembali sejarah silam.. ya, benda2 yang dulunya sangat aku tunggu2 tapi sekarang dah tak berapa nak relevan lagi rasional.. uhuk2.. cekidaud..

KAD RAYA

Ohoiii.. kalau nak bercerita pasal raya nie kan para pembaca yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian, tak sempurna kalau kita tak cakap pasal kad raya.. nie lar benda pertama yang akan aku teringat kalau perlu mengimbas kembali memori raya aku zaman dolu2.. sentimental ooii.. ada lagi aku simpan koleksi kad2 raya aku yang tak lar berapa nak banyak.. tapi lagi best untuk disenyumkan apabila terbaca semula pada satu hari yang indah kelak.. SMS bukan boleh bertahan pun.. penuh inbox aku padam lar.. tapi kad raya masih ada dengan aku sampai sekarang.. memori tercipta..

DUIT RAYA

Huii.. kalau cakap pasal duit raya masa aku bebudak dulu, ishhh.. jangan cakap lar.. laju jer gerak kalau dengar bunyi macam ada duit raya nak dapat.. hahaha.. bebudak mana yang tak hadap dengan duit raya? cer gitau kat aku.. aku nak buat kajian sikit apakah masalah kesihatan yang dialami budak tersebut.. huhu.. tahniah lar kepada mereka yang masih lagi bergelar budak2.. masih seronok kutip duit raya.. aku? kalau kutip, orang pandang lain macam jer.. huhuhu.. nak jadi budak2 semula boleh tak??

MERCUN

Ehemmm.. kamus memori aku tak lengkap kalau tak cakap pasal mercun.. masa bebudak dulu, aku macam kanak2 ribena yang lain jugak, mesti hiperaktif semacam jer kalau dengar pasal mercun.. mercun bola, mercun ketupat, mercun roket, mercun bawang.. mercun bawang?? haha.. aku budak baik.. meriam tak sentuh.. amacam? baik kan? biasa lar tu... kat planet Marikh mana ada meriam.. aku kan Lelaki Dari Marikh.. hanya tinggal kenangan jer lar.. aku dah tak rasa ada mood nak baling mercun bola kat rumah jiran nenek aku di kampung tu.. dah tak ada feel lar.. aduhai...

BUNGA API


Dulu aku suka sangat main bunga api.. uish.. kalau dekat nak raya jer, aku pun terus jer cari bunga api.. seronok.... tengok2.. 'budak2' dalam gambar kat atas pun masih mengidam main bunga api.. huhu.. kalau aku main bunga api, aku tak suka main satu jer.. sekali aku pegang, seikat terus.. amacam? gempak kan? baru meriah main bunga api.. haha.. tapi yang tak menariknya, cepat habis lar.. dan dapat kemarahan percuma daripada ibu bapa.. bahagian tu yang tak indah dalam memori bunga api.. apapun, bunga api tetap memori yang takkan dilupakan...

KUIH RAYA

Wohohoi... aku kecik2 dulu melompat kalau nampak kuih raya.. cepat jer aku berjoging menuju ke bekas kuih raya.. semua kuih raya aku telan.. bagi jer balang kuih raya kat aku.. mesti selesai punya lar.. jangan dirisaukan.. aku tahu apa nak buat dengan kuih2 raya tersebut.. hehe.. licin lar gamaknya kalau aku nampak kuih raya.. bila ziarah rumah sanak saudara pun, kuih raya diutamakan.. walaupun perut dah penuh, tetap nak merasa kuih raya kat setiap rumah yang disinggahi.. jakun betul.. budak2 lar katakan.....



Huu.. tapi tu lar... bila terkenang balik memori2 tu, rasa sebak jer.. sayu.. tersentuh hati.. tambah2 bila dengar lagu raya yang mendayu2 memanggil aku pulang ke rumah tercinta pulak kan.. huk2.. sumpah aku ingat kau sampai mati.. mana mungkin aku lupa memori2 indah tu.. emm.. semua benda2 tu mungkin masih relevan bagi aku sekarang, tapi aku rasa dengan arus modenisasi dan globalisasi, mood nak menanti semua benda tu dah hilang.. dah tak ada feel.. raya macam tu lar.. seminggu.. lepas tu, macam hari biasa semula.. sibuk dengan duniawi..

Kad raya sekarang semakin sirna.. semua nak senang.. hantar SMS.. aku padam jer.. tak hadap aku nak simpan.. haha.. duit raya.. budak2 sekarang kaya raya.. ada telefon bimbit canggih.. ada apa dengan duit raya?? Mercun dan bunga api.. aku rasa dah terlalu tua nak main benda2 alah nie.. kalau main pun, mungkin satu dua dan kemudian berhenti.. rasa macam dah tak ada apa yang menarik.. kuih raya.. sekarang nie macam2 makanan segera ada.. kuih raya? macam tak ternanti-nanti dah aku.. entah lar.. mungkin aku dah dijangkiti penyakit modenisasi.. semua kenangan tu bagi aku hanya memori...















p/s : Kiraan menurun.. lima hari lagi..

Wednesday, August 17, 2011

Maafkan Aku......


Assalamualaikum...

Lama dah aku nak tulis entri nie.. tapi tak pernah sempat.. ada jer yang menghalang.. ada jer aral yang melintang.. kerana ketidaksempatan itu lar aku dengan rela hatinya meminta maaf.. maaf sangat2 kepada rakan2 blogger sekalian.. eh, salah ke aku mintak maaf? takkan hari raya jer boleh mintak maaf? am i right? huhu.. ada beberapa sebab yang membuatkan aku tergerak untuk meminta kemaafan daripada korang semua blogger2 yang otai.. aku hanyalah blogger picisan yang mendapat sokongan korang selaku para pembaca setia..

Pertama sekali, aku nak mintak maaf sebab kekurangan masa untuk membalas jejak korang di shoutbox.. dah 44 hari kesan tapak kasut korang di shoutbox gagal aku jejaki semula.. tapi jangan lar berhenti untuk menjerit di kotak jerit tersebut kerana aku pasti akan membalasnya bila berkesempatan nanti.. dan kesempatan itu semakin tiba.. ya, hari kepulangan aku ke rumah tercinta semakin dekat.. aku dah tak sabar untuk memburu korang semua.. penjejak2 setia aku.. nantikan kebangkitan aku.. huhu.. maafkan aku sebab tak dapat jejak korang sepanjang sebulan nie..

Aku nak mintak maaf jugak sebab dalam sebulan nie kebanyakan entri aku semuanya berkisar kehidupan seharian aku di INTEC.. cuma hari2 tertentu saja seperti hari Rabu (Wordless Wednesday) dan Jumaat (Thoughtful Friday), aku dapat buat entri bermanfaat.. maafkan aku.. aku tak sempat untuk berfikir.. kat rumah aku nie perlu berebut untuk online.. jadi aku tak boleh fikir lama2 idea bernas untuk kebaikan korang.. tapi insyaAllah bila aku dah beli laptop sendiri nanti (dalam tempoh masa tidak lama lagi), aku akan kembali menjadi blogger yang hiperaktif semula.. buat masa sekarang, blog aku lebih berfungsi sebagai diari harian yang akan aku baca semula bersama isteri, anak dan cucu.. maaf.....

Kekangan demi kekangan.. halangan demi halangan.. tapi aku masih cuba mencuri masa untuk mengemas kini blog aku nie setiap hari.. ada masanya aku gagal kerana masalah masa.. tapi aku rasa aku dah cuba yang terbaik.. yang komen sentiasa aku balas.. tak kira cepat ataupun lambat.. sekian dulu untuk kali ini.. maafkan aku yer kawan2.... i'm so sorry.... wassalam..













p/s : Memohon kemaafan menjelang raya...

WW #6 : Sakit Rumah

Assalamualaikum.. salam sejahtera..

Yeah So True!


Assalamualaikum..

Betul betul betul.. apa yang betul? Macam dah tak betul jer budak dari Marikh nie.. huhu.. stop!! itu tohmahan yang memfitnah aku.. aku masih waras lagi yer.. yang betul tu adalah ayat dalam gambar di atas.. cer citer ~ cer citer ~ tadi aku tension ulangkaji Matematik.. jadi aku online fb dan jenguk2 ke seantero dunia.. eh, betul lar.. kawan aku keliling glob okey? Jangan jeles .. hahaha.. perasantan jer budak INTEC sorang nie.. cukup2.. straight to the point.. aku terjumpa gambar nie.. dan ayat pertama yang terlintas di minda aku adalah *tajuk entri nie* (YEAH SO TRUE)..

Kepada si jantung hati, I LOVE YOU LIKE SNAPE LOVES LILY.. kalau tak kenal mamat Snape dan minah Lily nie, sila pegang dahi dan mengeluh.. yang lupa sila naik ke puncak Kinabalu dan terjun serta-merta.. Snape dan Lily adalah watak yang berbeza karakter dalam mahakarya J.K Rowling.. apa lagi kalau bukan Harry Potter yang meletup-letup tu.. Severus Snape adalah watak antagonis yang berdendam dengan Harry Potter.. Lily Potter pula adalah watak protagonis dan ibu kepada Harry Potter.. Snape berdendam dengan Harry kerana Harry adalah anak Lily dan James.. Snape sangat mencintai Lily sejak zaman remaja lagi..

Apa sebabnya aku setuju dengan penyataan dalam gambar di atas tu? Okey, kepada yang tak tahu cerita Harry Potter, walaupun Snape nampak jahat sepanjang tujuh buku cerita nie, tapi sebenarnya dia baik dan setia pada Profesor Dumbledore didorong cinta sampai matinya kepada Lily Potter.. hatinya tak pernah berubah walaupun wataknya kelihatan bengis dan menimbulkan perasaan benci aku-nak-bunuh-kau kepada peminat2 Harry.. huhu.. kalau nak tahu lebih lanjut, sila rujuk pak cik Google dan buat kajian cerita Harry Potter.. yang penting, i love you like Snape loves Lily.. ohhh.. romantiknya.... <3

Kurang seminggu jer lagi ... home sweet home.. wassalam...













p/s : Teringat cerita Harry Potter..

Tuesday, August 16, 2011

Liga Perdana Fantasi


Assalamualaikum..

Entri suka suki ini saja2 ditulis selepas hati dengan senangnya berasa gembira melihat markah terkumpul untuk perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim 2011/2012.. kepada pengurus2 fantasi yang selalu berangan nak berentap dengan Sir Alex Ferguson dan Pep Guardiola tu boleh lar menyertai permainan mencabar minda ini di SINI.. tak susah pun.. pilih 15 orang pemain dan siapkan kesebelasan untuk perlawanan liga minggu tersebut..

Walaupun baru perlawanan pertama, aku bersyukur sebab dah dapat 5000 teratas Malaysia.. haha.. kerek pelik jer budak sorang nie.. kalau gambar kat atas tu tak jelas.. aku dapat 66 markah untuk minggu nie.. ada sejuta lebih pengurus fantasi di seluruh dunia.. aku berada di ranking 137,078.. wahh.. 150,000 teratas.. alhamdulillah.. di Malaysia, aku berada di ranking 4443.. tak lar terlalu teruk untuk percubaan keberapa entah dan kejayaan kali pertama.. jadi korang boleh bayangkan kenapa remaja matang yang tak berapa matang nie seronok terlebih.. huhu.. yang penting, di INTEC, aku berada di ranking teratas untuk minggu nie.. walaupun hanya untuk minggu nie, itu pun sudah cukup memuaskan hati aku.. tengok lar minggu depan macam mana pulak jadinya..

Seminggu lagi sebelum aku dapat pulang ke rumah.. I miss my home... wassalam..














p/s : Exam dah dekat.. lalalala...

Monday, August 15, 2011

Dua Dalam Satu



Assalamualaikum..

Emmm.. gambar di atas pun sudah jelas menunjukkan perasaan aku ketika ini yang bercampur-baur.. ya, masih gembira.. dan juga masih sedih... dua dalam satu..

GEMBIRA.. ya, korang semua mesti nak tahu sesuatu yang menggembirakan dulu kan? Yang menggembirakan sudah tentulah kemenangan pasukan kegemaran aku dalam Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester United.. United berjaya menewaskan pasukan yang tidak terlalu kuat, West Bromwich Albion, dengan kemenangan tipis 2-1.. erm.. walaupun hanya kemenangan yang kurang meyakinkan, a win still a win kan?? cuba korang fikir.. mana lagi bermakna antara menang 5-0 sekali saja dan menang 1-0 sebanyak lima kali? Tipis atau tidak, ia tetap kemenangan.. ayat sokong habis-habisan.. hehe.. fanatik ooii..

SEDIH.. aku rasa semua rakyat Malaysia pasti merasakan getaran perasaan yang sama dengan aku.. amat lar sangat menyakitkan hati untuk tahu yang Lee Chong Wei tewas dengan sangat tipis.. perlawanan yang sangat2 mendebarkan.. 22-20, 14-21, 21-23.. dua mata perlawanan gagal disempurnakan untuk merealisasikan impian melihat juara dunia badminton pertama dari Malaysia.. budak2 INTEC semua sibuk nak cuti kalau Chong Wei menang semalam.. huhu.. sayangnya tak kesampaian.. Lin Dan ternyata lebih bagus daripada Chong Wei dari segi melakukan sedikit kesilapan.. aku patriotik.. sedih sangat nie... wuuuuu.. it's okay, Chong Wei.. you have gave your best fight.. we all proud of you.. better luck next time..

Dan.... tak sabar nak balik raya.. menghitung hari.. wassalam :)













p/s : Lapan hari lagi.....
Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif