Welcome To My Life...

Tuesday, April 12, 2022

Selamat Ulang Tahun Cinta

Assalamualaikum.

"Tanpa sayap cintamu, takkan ku terbang setinggi ini..."

SURAT CINTA UNTUK SYAMILA
12 April 2022


Bismillah.

Ke hadapan belahan jiwaku, Nurul Syamila.
<3   <3<3<3<3   <3<3<3

Di hari istimewa awak, saya nak ucapkan selamat hari lahir, cinta. Saya doakan semua kebaikan di atas muka bumi ini untuk insan yang tersangat baik yang pernah saya kenal. Moga Allah limpahkan rahmat seluas semesta.



Love of my life Nurul Syamila,

Syukran. Thank you. Terima kasih sebab ada di saat paling rapuh dalam hidup saya. Terharu saya, untuk sedar daripada lena dan tahu awak setia di sisi... kalau bukan kerana awak dan keluarga, tak mungkin saya mampu bangkit daripada titik paling gelap....

Tak mungkin. Takkan mungkin saya dapat balas kebaikan awak pada saya, kalau pun Allah berikan saya 10 hayat.

Sayalah manusia yang teramat paling bertuah, kerana Allah pinjamkan awak pada saya. Selepas keluarga, awaklah harta yang tak ternilai dalam hidup saya.  

"Tolong ingatkan aku... kisah kau tersedar dengan saku penyeluk masa"


My heartbeat Nurul Syamila,

Saya tak pernah tengok bidadari syurga, tapi kalau di dunia, awaklah bidadari saya.

Awak yang selalu sangat indah di mata saya. Kalau awak nak tahu, tudung yang awak selalu komplen senget pada saya itulah yang selalu sempurna di mata saya.


My sweetheart Nurul Syamila,

Looking back, memilih HTF sebagai tempat latihan adalah antara keputusan terpenting dan terbaik dalam hidup saya. Sebab di sinilah saya dapat jumpa dan kenal awak Nurul Syamila.

"Kutuliskan kenangan tentang caraku menemukan dirimu...
tentang apa yang membuatku mudah berikan hatiku padamu..."



Maafkanlah kekurangan dan kelemahan saya selama kita kenal. Tak mungkin, tak mungkin ada siapa pun yang sempurna, walau awak cari sampai ke hujung dunia.

"Takkan habis sejuta lagu untuk menceritakan cantikmu...
kan teramat panjang puisi tuk menyuratkan cinta ini..."


"Aku selalu bermimpi tentang indah hari tua bersamamu...
tetap cantik rambut panjangmu meskipun nanti tak hitam lagi..."

My dearest Nurul Syamila MS, 

"Andainya bumi tidak mampu berputar lagi... 
sumpah setiaku kan tetap ada di sini...."

Lelaki terpaling bertuah,
Muhammad Nazif

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif