Welcome To My Life...

Tuesday, May 24, 2016

Pasca Piala Thomas: Misi 26

Assalamualaikum.

Piala Thomas edisi 2016 baru saja berakhir Ahad lepas. Misi baru untuk edisi 2018 telah bermula. Misi untuk menamatkan kemarau 26 tahun menjulang Piala Thomas.


Ketika kamera close-up ke muka Lee Chong Wei, situasi itu sangat sayu walaupun riak wajahnya nampak tenang cuba menyembunyikan kekecewaan. Sejak menyertai pasukan negara, LCW telah memberikan persembahan cemerlang dan dalam edisi kali ini, menyumbang satu mata yang sangat pasti. Piala Thomas yang sangat dekat di pandangan mata, tetapi sangat jauh untuk digapai. Piala keagungan yang masih belum dimiliki, dan LCW harus terus menanti.

Menteri Belia dan Sukan Malaysia meminta LCW menunda persaraan kerana mengharapkan kudrat LCW sebagai perseorangan ketiga nanti. LCW memberi keyakinan setiap kali pertandingan Piala Thomas kerana sumbangan mata penting selaku perseorangan utama. Namun, usianya sudah menjangkau 34 tahun dalam Piala Thomas seterusnya. Pemain muda lain perlu menggalas tugas perseorangan pertama dan kedua, membiarkan LCW beraksi sebagai pemain penentu seperti Hans-Kristian Vittinghus menjadi senjata Denmark tahun ini.

Inilah reviu gergasi-gergasi badminton dunia untuk edisi kali ini. Di mana Malaysia?

-----------------------------------------

DENMARK (Final - juara)
Kunci kejayaan Denmark adalah tiga perseorangan utama yang mantap, dan perseorangan simpanan yang boleh diharap. Viktor Axelsen (ranking keempat dunia), Jan O Jorgensen (ranking kelima), dan Hans-Kristian Vittinghus (ranking ke-13) menjadi senjata pemusnah ketika beregu mereka juga menyumbang mata apabila diperlukan. Walaupun tewas kedua-dua beregu dalam aksi final, kemenangan tiga perseorangan membantu Denmark muncul juara. Hanya perseorangan China (ranking 1, 3, dan 6) dapat menewaskan Denmark jika bertemu.

Peluang Denmark untuk mempertahankan kejuaraan dua tahun lagi masih cerah kerana kesemua perseorangan ini mungkin masih beraksi. Axelsen yang baru berusia 22 tahun mungkin akan menjadi pemain yang lebih baik. Denmark boleh mengharapkan pasangan beregu yang sedia ada, atau kemunculan pelapis baru.

INDONESIA (Final - naib juara)
Selain Tommy Sugiarto (perseorangan utama) yang berusia 27 tahun, tiga lagi perseorangan (Jonatan Christie, Anthony Ginting, dan Ihsan Maulana) berusia kurang 20 tahun. Begitu juga pasangan beregu kedua mereka (Angga Pratama dan Ricky Karanda) yang menyumbang mata penting. Pencapaian mereka layak ke perlawanan akhir wajar dipuji kerana menewaskan Korea (yang telah menumbangkan China).

Jika para pemain perseorangan yang muda dan mentah ini dapat digilap menjadi pemain hebat seperti Taufik Hidayat, Indonesia akan mencabar kejuaraan sekali lagi dalam masa dua tahun. Indonesia terkenal dengan pasangan beregu yang handal. Kalau mereka mampu mencari permata dalam acara perseorangan, Indonesia akan terus kekal sebagai pemenang terbanyak dalam sejarah Piala Thomas.

MALAYSIA (semi final)
Sungguh tidak bernasib baik bagi pasukan yang mempunyai Lee Chong Wei selaku kapten dan perseorangan pertama kerana tidak mempunyai barisan yang lebih kemas di belakangnya. Tidak ada satu perlawanan selepas perseorangan pertama yang benar-benar meyakinkan. Iskandar Zulkarnain dan Chong Wei Feng menyumbang mata penting ketika menentang Korea untuk memenangi kumpulan. Iskandar sekali lagi dan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong membantu menewaskan Taiwan. Walaupun Goh V Shem/Tan Wee Kiong memenangi beregu pertama selepas LCW menang, akhirnya Malaysia akur kepada Denmark.

Ini mungkin penampilan terakhir untuk LCW, Chong Wei Feng, Koo Kien Keat, dan Tan Boon Heong. Zaman mereka sudah berakhir. Malaysia memerlukan generasi pelapis yang mampu menggalas misi besar dua tahun lagi. Pembentukan generasi ini perlu bermula sekarang.

KOREA SELATAN (semi final)
Secara tradisi, Korea sangat kuat dalam acara beregu tetapi sedikit kurang dalam acara perseorangan. Tiada beza dalam edisi 2016. Tiga beregu Korea berada di ranking pertama, keempat, dan keenam dunia. Malangnya, hanya ada dua perlawanan beregu dalam format Piala Thomas. Malang juga kedua-dua beregu Korea tewas ketika menentang Indonesia.

Ketiga-tiga beregu ini mungkin masih beraksi dua tahun akan datang. Mungkin juga pemain pelapis akan meneruskan dominasi Korea dalam acara beregu. Persoalannya, mampukah Korea mencari perseorangan yang mampu diharapkan? Barisan yang ada ketika ini tidak cukup kuat untuk memenangi acara berpasukan.

CHINA (suku akhir)
Malang sekali bagi tuan rumah kerana tersungkur awal. China memiliki kekuatan unggul dalam bahagian perseorangan dengan tiga pemain di ranking pertama, ketiga, dan keenam dunia. Jika menentang Indonesia di separuh akhir, dan Denmark di final, sudah tentu China akan muncul juara (menolak kemungkinan satu perseorangan tewas). Tewasnya Chen Long dan dua beregu ketika menentang Korea menguburkan cabaran China untuk edisi kedua berturut-turut.  

China mempunyai barisan pelapis yang cukup mantap untuk edisi 2018, sama ada Lin Dan akan bersama mereka lagi atau tidak. Jika China dapat mencari gandingan beregu yang mampu menandingi Korea Selatan dan Indonesia, peluang mereka tidak dapat disangkal lagi.

----------------------------------------

Korea Selatan mengalahkan China. Indonesia menewaskan Korea Selatan. Inilah rantaian penting yang membolehkan Denmark muncul juara. Jika dibandingkan kekuatan perseorangan China dan Denmark, sudah pasti Tembok Besar China tidak dapat diruntuhkan. Satu-satunya cara Korea dapat mengatasi China adalah dengan memenangi kedua-dua beregu. Begitu juga Indonesia membenam Korea dengan mendominasi kedua-dua beregu.

Denmark tewas kedua-dua beregu ketika menentang Indonesia, tetapi tiga perseorangan yang dimiliki jauh lebih kuat berbanding armada Garuda. Itulah kunci kejayaan Denmark.

Denmark, Korea, China, dan Indonesia akan bersaing sekali lagi merebut kejuaraan edisi 2018. Mampukah Malaysia menyertai persaingan ini? Jawapannya ya, jika dan hanya jika Malaysia mampu mencari barisan pelapis yang dapat menggegar dunia.



Sunday, May 22, 2016

Piala Thomas/Uber 2016: Hari Kelapan

Assalamualaikum.

22 Mei 2016, hari kelapan, final Piala Thomas.

"Sejarah Baru Tercipta"

INDONESIA 2-3 DENMARK
Tommy Sugiarto vs Viktor Axelsen [17-21, 18-21]
Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan vs Mads Conrad-Petersen/Mads Pieler Kolding [21-18, 21-13]
Anthony Sinisuka Ginting vs Jan O Jorgensen [17-21, 12-21]
Angga Pratama/Ricky Karanda Suwardi vs Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen [21-16, 21-14]
Ihsan Maulana Mustofa vs Hans-Kristian Vittinghus [15-21, 7-21]

Kekuatan dalam acara perseorangan membawa kejayaan untuk Denmark menjadi satu-satunya pasukan dari luar benua Asia yang menjuarai Piala Thomas selepas 29 edisi pertandingan. Walaupun tewas kedua-dua beregu, tiga perseorangan Denmark menjadi wira yang melakar sejarah baru.

Pemain di ranking keempat dunia, Viktor Axelsen, menundukkan lawannya di ranking kelapan secara straight set. Walaupun ketinggalan 15-18 di penghujung set kedua, Axelsen mengutip enam mata berturut-turut untuk meletakkan Denmark di depan. Gandingan beregu nombor dua dunia, Ahsan dan Hendra, beraksi cemerlang untuk mengikat kedudukan seri satu sama.

Pemain muda Indonesia, Anthony Ginting, gagal untuk mengatasi lawannya di ranking kelima dunia walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh. Beregu kedua Indonesia di ranking ke-12 dunia, tidak memberikan kemenangan mudah kepada Denmark apabila mereka memastikan kedudukan terikat sekali lagi. Perlawanan kelima dan terakhir menjadi penentuan siapa pemenang.

Hans-Kristian Vittinghus menggunakan pengalamannya untuk menewaskan seorang lagi pemain muda Indonesia dengan mudah, dan menyumbang mata kemenangan untuk Denmark muncul juara buat kali pertama dalam sejarah Piala Thomas dan menyekat impian Indonesia muncul juara buat kali ke-14.

Tahniah Denmark, juara Piala Thomas pertama dari Eropah!



Piala Thomas/Uber 2016: Hari Ketujuh

Assalamualaikum.

21 Mei 2016, hari ketujuh, final Piala Uber.

"Wanita China Juara".

CHINA 3-1 KOREA SELATAN
Li Xuerui vs Sung Ji-Hyun [14-21, 21-13, 21-10]
Tian Qing/Zhao Yunlei vs Jung Kyung-Eun/Shin Seung-Chan [21-16, 17-21, 23-25]
Wang Shixian vs Kim Hyo-Min [21-13, 21-12]
Chen Qingchen/Tang Yuanting vs Chang Ye-Na/Lee So-Hee [21-14, 21-16]

Tentera-tentera wanita China terlalu sukar untuk dihalang. Tembok Besar China gagal diruntuhkan lagi. Kekuatan di atas kertas diterjemahkan dengan aksi mantap di gelanggang sekali gus muncul juara kali ketiga berturut-turut dan juga kali ke-9 dalam tempoh 20 tahun terakhir. Hanya Korea Selatan pada tahun 2010 berjaya menyekat dominasi China.

Perseorangan pertama China di ranking ketiga dunia menundukkan lawannya di ranking ketujuh dalam pertarungan tiga set. Beregu utama Korea Selatan (ranking enam) berjaya melambatkan kemenangan China selepas menewaskan lawan mereka (ranking empat) dalam masa sejam setengah. Kualiti China terserlah apabila perseorangan kedua mereka (Wang Shixian) yang juga kekasih Chen Long (pemain nombor satu dunia lelaki), mudah mengalahkan lawannya di ranking ke-41 dunia.

Beregu kedua China yang tidak berpasangan dalam acara individu, bergandingan untuk mengalahkan beregu nombor lapan dunia sekali gus menghadiahkan Piala Uber yang ke-14 untuk tuan rumah. Generasi unggul wanita-wanita emas China berterusan.




Saturday, May 21, 2016

Piala Thomas/Uber 2016: Finalis

Assalamualaikum.

Selepas enam hari pertandingan, akhirnya dua pasukan terbaik layak ke perlawanan akhir untuk membuat perhitungan siapa yang lebih layak membawa pulang piala idaman dalam sukan badminton. 

Separuh akhir pertama Piala Thomas menyaksikan Indonesia bangkit dari ketinggalan untuk menang 3-1 mengatasi Korea Selatan yang mengejutkan China di pusingan suku akhir. Selepas Son Wan-Ho meletakkan Korea Selatan di depan, dua beregu Korea yang ampuh menumbangkan gandingan China gagal menangani ketangkasan pasangan Indonesia ketika perseorangan kedua Indonesia, Anthony Ginting, menyumbang mata penting selepas menewaskan Lee Dong-Keun.

Separuh akhir kedua menyaksikan perlawanan berlangsung sehingga ke perseorangan ketiga dan Denmark mempunyai kekuatan untuk mara walaupun ketinggalan 2-0. Kebangkitan Denmark gagal disekat oleh Malaysia.

Kegagalan pasukan lelaki mereka tidak menjejaskan tumpuan pasukan wanita China yang menang mudah 3-0 menentang India sekali gus tidak melepaskan sebarang mata kepada pihak lawan dalam edisi kali ini. Pilihan ketiga, Korea Selatan, pula menewaskan Jepun (pilihan kedua) untuk menempah tiket bertemu China.

Berikut adalah dua pasukan yang akan berentap merebut kejuaraan kali ini, rekod mereka sepanjang edisi 2016, dan barisan kemungkinan yang akan beraksi (ranking dunia dalam kurungan).

---------------------------------------------

PIALA THOMAS

INDONESIA (pemenang kumpulan B) [20-3]
vs Hong Kong 5-0
vs Thailand 4-1
vs India 5-0
vs Hong Kong 3-1
vs Korea 3-1

DENMARK (pemenang kumpulan D) [19-6]
vs Afrika Selatan 5-0
vs New Zealand 5-0
vs Taiwan 3-2
vs Jepun 3-2
vs Malaysia 3-2

Jonatan Christie vs Viktor Axelsen
Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan vs Mathias Boe/Mads Conrad-Petersen
Anthony Ginting vs Hans-Kristian Vittinghus
Angga Pratama/Ricky Karanda Suwardi vs Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen
Ihsan Maulana Mustofa vs Emil Holst

---------------------------------------

PIALA UBER

CHINA (pemenang kumpulan A) [21-0]
vs Malaysia 5-0
vs Sepanyol 5-0
vs Denmark 5-0
vs Taiwan 3-0
vs India 3-0

KOREA SELATAN (pemenang kumpulan B) [20-2]
vs USA 5-0
vs Mauritius 5-0
vs Taiwan 4-1
vs Indonesia 3-0
vs Jepun 3-1

Li Xuerui vs Sung Ji-Hyun
Tian Qing/Zhao Yunlei vs Jung Kyung-Eung/Shin Seung-Chan
Wang Shixian vs Bae Yeon-Ju
Chen Qingchen/Tang Yuanting vs Chang Ye-Na/Lee So-Hee
Wang Yihan vs Kim Hyo-Min

-------------------------------------------------

Peluang Indonesia dan Denmark adalah 50-50. Indonesia adalah pasukan paling berjaya dalam sejarah Piala Thomas kerana kekuatan mereka di masa lampau selama beberapa generasi. Walaupun China adalah gergasi badminton dunia hari ini, kegagalan pasukan tuan rumah akan dimanfaatkan Indonesia menentang lawan yang tidak pernah memenangi Piala Thomas. Ini adalah peluang terbaik Denmark dengan barisan yang kuat. Kunci perlawanan adalah perseorangan kedua. Jonatan Christie atau Anthony Ginting boleh dipilih untuk menentang pemain berpengalaman, Hans-Kristian Vittinghus, yang telah menyumbang mata penting untuk Denmark dalam edisi kali ini.

Peluang Korea Selatan dalam final Piala Uber pula kurang meyakinkan. Walaupun berjaya menewaskan Jepun, barisan pemain China lebih hebat terutama dalam acara perseorangan. Korea perlu mencuri satu mata dari acara perseorangan dan memenangi kedua-dua acara beregu untuk menewaskan musuh tradisi.




Piala Thomas/Uber 2016: Hari Keenam

Assalamualaikum.

20 Mei 2016, hari keenam, peringkat separuh akhir.

Hanya tinggal empat pasukan terbaik. Tiada lagi 'Mighty China' dalam aksi Piala Thomas selepas tembok besar diruntuhkan tentera dari Korea Selatan. Indonesia akan membuat perhitungan dengan Korea, dan selepas itu Malaysia akan menentang Denmark. China berdepan India dalam separuh Piala Uber, sementara pasukan wanita Korea berdepan cabaran Jepun.

Berikut adalah senarai lengkap keputusan.

------------------------------------------

PIALA THOMAS

KOREA 1-3 INDONESIA
Son Wan-Ho vs Jonatan Christie [21-10, 21-16]
Lee Yong-Dae/Yoo Yeon-Seong vs Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan [15-21, 12-21]
Lee Dong-Keun vs Anthony Sinisuka Ginting [18-21, 18-21]
Kim Gi-Jung/Kim Sa-Rang vs Angga Pratama/Ricky Karanda Suwardi [15-21, 18-21]

MALAYSIA 2-3 DENMARK
Lee Chong Wei vs Viktor Axelsen [23-21, 21-18] (54 minit)
Goh V Shem/Tan Wee Kiong vs Mathias Boe/Mads Conrad-Petersen [21-18, 21-18] (47 minit)
Iskandar Zulkarnain vs Hans-Kristian Vittinghus [18-21, 18-21] (46 minit)
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong vs Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen [21-10, 8-21, 13-21] (59 minit)
Chong Wei Feng vs Emil Holst [15-21, 18-21] (51 minit)

------------------------------------

PIALA UBER

CHINA 3-0 INDIA
Li Xuerui vs Saina Nehwal [21-15, 12-21, 21-17]
Wang Shixian vs V. Sindhu Pusarla [21-13, 23-21]
Tian Qing/Zhao Yunlei vs Jwala Gutta/Sikki Reddy Nelakurihi [21-6, 21-6]

KOREA 3-1 JEPUN
Sung Ji-Hyun vs Nozomi Okuhara [21-13, 21-13]
Jung Kyung-Eun/Shin Seung-Chan vs Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi [21-19, 15-21, 21-16]
Bae Yeon-Ju vs Akane Yamaguchi [17-21, 7-9 berhenti]
Chang Ye-Na/Lee So-Hee vs Naoko Fukuman/Kurumi Yonao [21-15, 21-14]

------------------------------------------------

Too close yet too far. Pasukan lelaki negara mensia-siakan peluang yang ada apabila tunduk kepada Denmark 3-2 selepas mendahului 2-0. Kebangkitan Denmark terlalu hebat untuk ditahan barisan pejuang negara yang berhempas-pulas menggalas bebanan harapan seluruh rakyat Malaysia.

Lee Chong Wei selaku kapten menjalankan tugas dengan cemerlang ketika menentang lawannya, pemain di ranking keempat dunia. Kemenangan straight set Chong Wei diteruskan oleh beregu pertama yang mempamerkan permainan kemas untuk meletakkan Malaysia selesa di depan. Selepas itu, semuanya serba tidak kena. Keyakinan yang dikutip Denmark semakin meningkat dan akhirnya memuncak.

Kebangkitan Denmark dimulakan Hans-Kristian Vittinghus yang permainannya berkesan untuk mengalahkan Iskandar Zulkarnain. Peluang terbaik Malaysia untuk menang dipersiakan Koo dan Tan yang menang set pertama 21-10, tetapi tewas dua set berikutnya untuk memaksa perlawanan kelima dan terakhir.

Chong Wei Feng tewas satu-satunya pertemuan terdahulu menentang Emil Holst dan rekod itu seperti membayangi aksinya. Tekanan untuk memenangi perlawanan ini untuk rakyat Malaysia menjejaskan konsentrasi Wei Feng yang ketinggalan sepanjang perlawanan dan akhirnya akur. Bebanan harapan rakyat Malaysia terlalu berat untuk ditanggung.

Tahniah Denmark yang akan bertemu Indonesia dalam perlawanan akhir Piala Thomas.



Friday, May 20, 2016

Piala Thomas/Uber 2016: Empat Terbaik

Assalamualaikum.

Hanya tinggal empat pasukan dari jumlah asal 16 pasukan, untuk merebut piala keagungan acara berpasukan dalam sukan badminton.

Semua pemenang kumpulan Piala Thomas 2016 memenangi perlawanan suku akhir kecuali tuan rumah dan pilihan utama, China, yang dikejutkan oleh Korea Selatan. China yang memiliki kekuatan dalam bahagian perseorangan ketika Korea mempunyai barisan beregu yang sangat kuat. Korea berjaya mencuri satu mata apabila perseorangan pertama, Son Wan-Ho, mengejutkan juara dunia, Chen Long. Dua beregu mereka menyumbang mata seperti diharapkan sekaligus menyingkirkan China dari pertandingan. Malaysia, Indonesia, dan Denmark mara seperti dijangka. 

Semua pilihan utama Piala Uber tidak ada masalah untuk memenangi perlawanan masing-masing. China, Korea Selatan, dan Jepun menang mudah 3-0. Pertembungan pilihan keempat (Thailand) dan kelima (India) menyaksikan Thailand tersingkir.

Berikut adalah senarai empat pasukan terbaik dan rekod sepanjang edisi 2016.

-----------------------------------------

PIALA THOMAS

MALAYSIA (pemenang kumpulan C) [15-4]
vs England 4-1
vs Jerman 5-0
vs Korea 3-2
vs Taiwan 3-1

INDONESIA (pemenang kumpulan B) [17-2]
vs Hong Kong 5-0
vs Thailand 4-1
vs India 5-0
vs Hong Kong 3-1

KOREA SELATAN (naib juara kumpulan C) [15-4]
vs Jerman 5-0
vs England 5-0
vs Malaysia 2-3
vs China 3-1

DENMARK (pemenang kumpulan D) [16-4]
vs Afrika Selatan 5-0
vs New Zealand 5-0
vs Taiwan 3-2
vs Jepun 3-2

----------------------------------------

PIALA UBER

INDIA (naib juara kumpulan D) [15-4]
vs Australia 5-0
vs Jerman 5-0
vs Jepun 2-3
vs Thailand 3-1

KOREA SELATAN (pemenang kumpulan B) [17-1]
vs USA 5-0
vs Mauritius 5-0
vs Taiwan 4-1
vs Indonesia 3-0

CHINA (pemenang kumpulan A) [18-0]
vs Malaysia 5-0
vs Sepanyol 5-0
vs Denmark 5-0
vs Taiwan 3-0

JEPUN (pemenang kumpulan D) [16-2]
vs Jerman 5-0
vs Australia 5-0
vs India 3-2
vs Denmark 3-0

-------------------------------------------- 

Berikut adalah jadual perlawanan separuh akhir. Ranking pilihan dalam kurungan.

PIALA THOMAS
KOREA (3) vs (4) INDONESIA
MALAYSIA (6) vs (2) DENMARK

PIALA UBER
CHINA (1) vs (5) INDIA
KOREA (3) vs (2) JEPUN

---------------------------------------------
 
Berikut adalah barisan kemungkinan Malaysia menentang Denmark. Ranking dunia dalam kurungan.

Lee Chong Wei (2) vs (4) Viktor Axelsen
Goh V Shem/Tan Wee Kiong (14) vs (9) Mads Pieler Kolding/Mads Conrad-Petersen
Iskandar Zulkarnain (36) vs (5) Jan O Jorgensen
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (17) vs (23) Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen
Chong Wei Feng (67) vs (13) Hans-Kristian Vittinghus

Peluang untuk menang adalah seimbang. Kunci pertemuan adalah perseorangan pertama. Denmark mempunyai kekuatan di atas kertas, tetapi Malaysia telah membuktikan aksi di gelanggang lebih penting seperti ketika mengalahkan Korea Selatan untuk memenangi kumpulan C.

Semoga kejayaan milik Malaysia. Selamat berjuang skuad Piala Thomas negara. Ayuh luaskan kuasamu! Malaysia memang boleh!



Piala Thomas/Uber 2016: Hari Kelima

Assalamualaikum.

19 Mei 2016, hari kelima, pusingan suku akhir.

Skuad Piala Thomas negara akan menghadapi cabaran Taiwan. Jika dibandingkan kekuatan di atas kertas, ini adalah peluang terbaik Malaysia untuk melangkah lebih jauh. Jika menang, Malaysia akan berdepan sama ada Jepun atau Denmark.

Perlawanan tumpuan hari ini China menentang Korea Selatan dalam aksi Piala Thomas. Sesi petang akan menyaksikan pasukan Jepun dan Denmark bertembung dalam suku akhir Piala Thomas dan juga Piala Uber. Pasukan lelaki Denmark memiliki peluang lebih cerah untuk menang, sementara pasukan wanita Jepun lebih kuat.

Berikut adalah senarai lengkap keputusan.

----------------------------------------

PIALA THOMAS

TAIWAN 1-3 MALAYSIA
Chou Tien-Chen vs Lee Chong Wei [18-21, 18-21] (48 minit)
Lee Sheng-Mu/Tsai Chia-Hsin vs Goh V Shem/Tan Wee Kiong [16-21, 21-19, 21-19] (59 minit)
Hsu Jen-Hao vs Iskandar Zulkarnain [8-21, 13-21] (44 minit)
Chen Hung-Ling/Wang Chi-Lin vs Koo Kien Keat/Tan Boon Heong [16-21, 20-22] (40 minit)

INDONESIA 3-1 HONG KONG
Tommy Sugiarto vs Angus Ng Ka Long [11-21, 21-19, 21-15]
Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan vs Or Chin Chung/Tang Chun Man [17-21, 19-21]
Jonatan Christie vs Hu Yun [21-14, 18-21, 21-16]
Angga Pratama/Ricky Karanda Suwardi vs Law Cheuk Him/Yeung Shing Choi [21-16, 21-14]

CHINA 1-3 KOREA
Chen Long vs Son Wan-Ho [12-21, 21-16, 15-21]
Fu Haifeng/Zhang Nan vs Lee Yong-Dae/Yoo Yeon-Seong [25-23, 21-23, 12-21]
Lin Dan vs Lee Dong-Keun [21-10, 21-15]
Li Junhui/Zheng Siwei vs Kim Gi-Jung/Kim Sa-Rang [15-21, 18-21]

JEPUN 2-3 DENMARK
Sho Sasaki vs Viktor Axelsen [13-21, 16-21]
Hiroyuki Endo/Kenichi Hayakawa vs Mathias Boe/Mads Conrad-Petersen [16-21, 17-21]
Takuma Ueda vs Jan O Jorgensen [21-13, 13-21, 21-10]
Takeshi Kamura/Keigo Sonoda vs Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen [21-15, 21-17]
Riichi Takeshita vs Hans-Kristian Vittinghus [21-23, 17-21]

----------------------------------

PIALA UBER

THAILAND 1-3 INDIA
Ratchanok Intanon vs Saina Nehwal [21-12, 21-19]
Busanan Ongbumrungphan vs V. Sindhu Pusarla [18-21, 7-21]
Puttita Supajirakul/Sapsiree Taerattanachai vs Jwala Gutta/Ashwini Ponnappa [19-21, 12-21]
Nitchaon Jindapol vs Ruthvika Shivani Gadde [18-21, 16-21]

INDONESIA 0-3 KOREA
Maria Febe Kusumastuti vs Sung Ji-Hyun [13-21, 12-21]
Anggia Shitta Awanda/Greysia Polii vs Jung Kyung-Eun/Shin Seung-Chan [13-21, 19-21]
Fitriani vs Bae Yeon-Ju [13-21, 21-14, 15-21]

CHINA 3-0 TAIWAN
Li Xuerui vs Pai Yu-Po [21-14, 21-17]
Wang Shixian vs Hsu Ya-Ching [21-16, 21-12]
Tian Qing/Zhao Yunlei vs Hsieh Pei-Chen/Wu Ti-Jung [21-11, 21-14]

DENMARK 0-3 JEPUN
Line Kjaersfeldt vs Nozomi Okuhara [11-21, 18-21]
Christinna Pedersen/Kamilla Rytter Juhl vs Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi [21-23, 16-21]
Mette Poulsen vs Akane Yamaguchi [15-21, 11-21]

--------------------------------------------

One step closer. Pasukan lelaki negara melangkah lebih dekat menghampiri final Piala Thomas selepas menundukkan Taiwan 3-1. Walaupun cabaran sengit diberikan, para pemain Malaysia berjaya menangani tekanan untuk beraksi di pentas separuh akhir.

Kapten, Lee Chong Wei, menyumbang mata pertama seperti diharapkan meskipun Chou Tien-Chen melawan habis-habisan. Beregu pertama, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong, tewas dalam pertarungan tiga set selepas memenangi set pertama. Bebanan digalas oleh perseorangan kedua, Iskandar Zulkarnain, untuk meletakkan Malaysia di depan. Lawannya, Hsu Jen-Hao, menewaskan Jan O Jorgensen (pemain ranking kelima dunia) semasa menentang Denmark semalam.

Iskandar Zulkarnain yang berada di ranking lebih rendah berbanding Jen-Hao tidak langsung menunjukkan rasa gentar sebaliknya mempamerkan permainan matang dan berkesan untuk menewaskan lawannya dengan sangat mudah. Kemenangan 21-8 dan 21-13 itu mencerminkan persembahan berkelas dunia dari Iskandar yang membalas setiap pukulan dan hanya memberikan sedikit ruang. Keampuhan pertahanan dan ketangkasan serangan Iskandar begitu memukau.

Mendahului 2-1, tugas diambil oleh Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong untuk membawa Malaysia ke separuh akhir. Menang set pertama, mereka hampir tewas set kedua, tetapi berjaya menyelamatkan kedudukan sebelum menamatkan perlawanan selepas pertarungan sengit yang menghiburkan.

Jika berhajat untuk memasuki perlawanan akhir, para pemain Malaysia perlu meningkatkan permainan. Aksi kemas pemain perseorangan perlu diteruskan, ketika barisan pemain beregu perlu lebih bertenaga dan tenang.




Thursday, May 19, 2016

Piala Thomas/Uber 2016: Lapan Terbaik

Assalamualaikum.

Selepas tamat peringkat kumpulan, hanya dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan mara ke pusingan suku akhir. Empat pemenang kumpulan akan berada lebih atas dalam ranking pilihan, dan tidak bertemu sesama sendiri. Hanya jika menang, mereka akan berentap di perlawanan separuh akhir.

Empat naib juara kumpulan pula akan diundi bertemu salah satu antara pemenang kumpulan. Undian secara rawak bermakna naib juara kumpulan berdepan kemungkinan bertemu pemenang kumpulan yang sama dengannya sebelum ini, bermakna naib juara C mungkin diundi melawan pemenang kumpulan C. Berikut adalah senarai lapan pasukan terbaik dan rekod dalam edisi 2016.

----------------------------------------------

PIALA THOMAS

CHINA (pemenang kumpulan A) [15-0]
vs Mexico 5-0
vs Perancis 5-0
vs Jepun 5-0

INDONESIA (pemenang kumpulan B) [14-1]
vs Hong Kong 5-0
vs Thailand 4-1
vs India 5-0

MALAYSIA (pemenang kumpulan C) [12-3]
vs England 4-1
vs Jerman 5-0
vs Korea 3-2

DENMARK (pemenang kumpulan D) [13-2]
vs Afrika Selatan 5-0
vs New Zealand 5-0
vs Taiwan 3-2

JEPUN (naib juara kumpulan A) [10-5]
vs Perancis 5-0
vs Mexico 5-0
vs China 0-5

HONG KONG (naib juara kumpulan B) [7-8]
vs Indonesia 0-5
vs India 3-2
vs Thailand 4-1

KOREA SELATAN (naib juara kumpulan C) [12-3]
vs Jerman 5-0
vs England 5-0
vs Malaysia 2-3

TAIWAN (naib juara kumpulan D) [12-3]
vs New Zealand 5-0
vs Afrika Selatan 5-0
vs Denmark 2-3

-----------------------------------------

PIALA UBER

CHINA (pemenang kumpulan A) [15-0]
vs Malaysia 5-0
vs Sepanyol 5-0
vs Denmark 5-0

KOREA SELATAN (pemenang kumpulan B) [14-1]
vs USA 5-0
vs Mauritius 5-0
vs Taiwan 4-1 

THAILAND (pemenang kumpulan C) [12-3]
vs Hong Kong 4-1
vs Bulgaria 5-0
vs Indonesia 3-2

JEPUN (pemenang kumpulan D) [13-2]
vs Jerman 5-0
vs Australia 5-0
vs India 3-2

DENMARK (naib juara kumpulan A) [7-8]
vs Sepanyol 4-1
vs Malaysia 3-2
vs China 0-5

TAIWAN (naib juara kumpulan B) [11-4]
vs Mauritius 5-0
vs USA 5-0
vs Korea 1-4

INDONESIA (naib juara kumpulan C) [10-5]
vs Bulgaria 5-0
vs Hong Kong 3-2
vs Thailand 2-3

INDIA (naib juara kumpulan D) [12-3]
vs Australia 5-0
vs Jerman 5-0
vs Jepun 2-3

-------------------------------------------------------

Berikut adalah jadual pusingan kalah mati yang dilangsungkan secara best of five. Pasukan yang pertama mendapat tiga mata dikira pemenang, dan perlawanan seterusnya tidak diperlukan. Perseorangan ketiga (perlawanan kelima) hanya diperlukan jika kedudukan terikat 2-2. Ranking pilihan dalam kurungan.

19 MEI (suku akhir)

PIALA THOMAS
TAIWAN (8) vs (6) MALAYSIA
INDONESIA (4) vs (9) HONG KONG
CHINA (1) vs (3) KOREA
JEPUN (5) vs (2) DENMARK

PIALA UBER
THAILAND (4) vs (5) INDIA
INDONESIA (6) vs (3) KOREA
CHINA (1) vs (7) TAIWAN
DENMARK (8) vs (2) JEPUN

20 Mei (separuh akhir)

PIALA THOMAS
TAIWAN / MALAYSIA vs JEPUN / DENMARK
CHINA / KOREA vs INDONESIA / HONG KONG

PIALA UBER
INDONESIA / KOREA vs DENMARK / JEPUN
CHINA / TAIWAN vs THAILAND / INDIA

------------------------------------------

Skuad Piala Thomas negara mendapat undian yang agak mudah di pusingan suku akhir. Menghadapi kemungkinan bertemu Korea Selatan yang ditewaskan di peringkat kumpulan, Malaysia diundi bertemu Taiwan. Skuad negara tidak sepatutnya mempunyai masalah untuk mara ke separuh akhir dan menentang pemenang pertemuan Jepun vs Denmark.

Berikut adalah barisan kemungkinan Taiwan vs Malaysia (ranking dunia dalam kurungan). 
Chou Tien-Chen (7) vs (2) Lee Chong Wei
Lee Sheng-Mu/Tsai Chia-Hsin (18) vs (14) Goh V Shem/Tan Wee Kiong
Hsu Jen-Hao (24) vs (36) Iskandar Zulkarnain
Chen Hung-Ling/Wang Chi-Lin (21) vs (17) Koo Kien Keat/Tan Boon Heong
Wang Tzu-Wei (41) vs (67) Chong Wei Feng

Selamat berjuang Malaysia! Malaysia memang boleh! Ayuh luaskan kuasamu.



Piala Thomas/Uber 2016: Hari Keempat

Assalamualaikum.

18 Mei 2016. Hari keempat, peringkat kumpulan.

Dua belas perlawanan terakhir untuk peringkat kumpulan edisi 2016. Enam perlawanan Piala Thomas, dan enam lagi perlawanan Piala Uber. Kumpulan yang sudah melengkapkan perlawanan tidak beraksi. Skuad Piala Thomas negara berehat, ketika pasukan wanita melengkapkan perlawanan terakhir menentang Sepanyol.

Berikut adalah senarai lengkap keputusan.

--------------------------------------------

PIALA THOMAS

Kumpulan A
PERANCIS 5-0 MEXICO
CHINA 5-0 JEPUN

Kumpulan B
INDONESIA 5-0 INDIA
THAILAND 1-4 HONG KONG

Kumpulan D
DENMARK 3-2 TAIWAN
NEW ZEALAND 4-1 AFRIKA SELATAN

---------------------------------

PIALA UBER

Kumpulan A
SEPANYOL 2-3 MALAYSIA
Carolina Marin vs Goh Jin Wei [21-18, 20-22, 21-16] (1 jam 17 minit)
Beatriz Corrales vs Ho Yen Mei [21-13, 21-9] (25 minit)
Clara Azurmendi vs Sonia Cheah [14-21, 18-21] (34 minit)
Beatriz Corrales/Lorena Usle vs Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean [12-21, 7-21] (22 minit)
Clara Azurmendi/Laia Oset vs Amelia Anscelly/Woon Khe Wei [12-21, 13-21] (28 minit)
CHINA 5-0 DENMARK

Kumpulan B
MAURITIUS 0-5 USA
KOREA 4-1 TAIWAN

Kumpulan D
JEPUN 3-2 INDIA
AUSTRALIA 1-4 JERMAN

--------------------------------------------------

Skuad wanita negara menamatkan kempen Piala Uber 2016 dengan nota gembira. Walaupun keputusan ini tak lagi bermakna kerana harapan untuk mara ke suku akhir sudah terkubur, namun sekurang-kurangnya mereka pulang dengan satu kemenangan. Malaysia bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Sepanyol 3-2.

Bintang remaja berusia 16 tahun, Jin Wei, beraksi cemerlang menentang pemain nmbor satu dunia dari Sepanyol, Carolina Marin, sebelum tewas dalam pertarungan tiga set. Perseorangan kedua (Yen Mei) tewas mudah. Sonia Cheah merapatkan jurang sebelum dua beregu bidan terjun memastikan kemenangan milik Malaysia dengan mudah mengalahkan lawan masing-masing.

Nasib skuad lelaki negara akan diketahui selepas tamat semua sesi peringkat kumpulan malam ini. Undian akan dilakukan untuk pusingan suku akhir, tetapi selaku pemenang kumpulan, Malaysia akan mengelak bertemu pemenang kumpulan lain. Peluang ke separuh akhir masih terbuka luas, dengan aksi final menjadi sasaran.



Tuesday, May 17, 2016

Piala Thomas/Uber 2016: Hari Ketiga

Assalamualaikum.

17 Mei 2016, hari ketiga, peringkat kumpulan.

Dua belas lagi perlawanan berlangsung. Masih enam untuk Piala Thomas, dan enam untuk Piala Uber. Skuad lelaki dan wanita negara turun beraksi. Skuad lelaki bermain perlawanan ketiga, dan skuad wanita membuat penampilan kedua. Perlawanan ketiga peringkat kumpulan juga bermakna dua pasukan terkuat dalam setiap kumpulan berentap untuk menjadi pemenang.

Berikut adalah senarai lengkap keputusan.

----------------------------------------

PIALA THOMAS

Kumpulan B
INDIA 2-3 HONG KONG
INDONESIA 4-1 THAILAND

Kumpulan C
KOREA 2-3 MALAYSIA
Son Wan-Ho vs Lee Chong Wei [18-21, 15-21] (49 minit)
Lee Yong-Dae/Yoo Yeon-Seong vs Goh V Shem/Koo Kien Keat [21-16, 21-11] (40 minit)
Lee Dong-Keun vs Iskandar Zulkarnain [17-21, 15-21] (48 minit)
Kim Gi-Jung/Kim Sa-Rang vs Tan Boon Heong/Tan Wee Kiong [21-14, 24-22] (38 minit)
Jeon Hyeok-Jin vs Chong Wei Feng [16-21, 16-21] (48 minit)
ENGLAND 4-1 JERMAN

Kumpulan D
DENMARK 5-0 NEW ZEALAND
TAIWAN 5-0 AFRIKA SELATAN

--------------------------------

PIALA UBER

Kumpulan A
DENMARK 3-2 MALAYSIA
Line Kjaersfeldt vs Tee Jing Yi [21-11, 21-11] (33 minit)
Christinna Pedersen/Kamilla Rytter Juhl vs Amelia Anscelly/Woon Khe Wei [21-16, 21-17] (47 minit)
Mette Poulsen vs Goh Jin Wei [18-21, 13-21] (47 minit)
Maiken Fruergaard/Sara Thygesen vs Goh Liu Ying/Vivian Hoo [18-21, 24-22, 12-21] (1 jam 14 minit)
Anna Thea Madsen vs Ho Yen Mei [22-24, 21-13, 21-13] (57 minit)
CHINA 5-0 SEPANYOL

Kumpulan C
BULGARIA 2-3 HONG KONG
THAILAND 3-2 INDONESIA

Kumpulan D
INDIA 5-0 JERMAN
JEPUN 5-0 AUSTRALIA

------------------------------------------------

Kedua-dua pasukan lelaki dan wanita negara memasuki perlawanan kelima menentang lawan masing-masing dengan kedudukan terikat, tetapi nasib mereka berbeza. Kekalahan pasukan wanita bermakna mereka tidak layak ke pusingan suku akhir Piala Uber, dan kemenangan pasukan lelaki menjadikan mereka pemenang kumpulan dan mengelak bertemu China di pusingan suku akhir.

Skuad lelaki mendahului 1-0 dan kemudian 2-1, tetapi Korea menyamakan kedudukan dua kali. Akhirnya, ketiga-tiga perseorangan negara mencatat kemenangan dan kedua-dua beregu tumbang. Chong Wei tenang menghadiahkan mata pertama seperti yang diharapkan. Pasangan bidan terjun, V Shem dan Kien Keat gagal menangani ketangkasan pasangan Korea. Iskandar Zulkarnain kembali meletakkan Malaysia di depan dengan menewaskan Lee Dong-Keun yang telah mengalahkannya dalam dua perlawanan terakhir, sebelum kekalahan Boon Heong dan Wee Kiong mengikat kedudukan sekali lagi. Wei Feng memastikan Malaysia menjuarai Kumpulan C apabila dia memenangi perlawanan terakhir. Strategi memecahkan gandingan beregu hampir memakan diri.

Skuad wanita pula ketinggalan 2-0, dan bangkit mengikat keputusan 2-2. Tee Jing Yi tewas mudah dalam perlawanan pembukaan. Beregu pertama memberi tentangan tetapi kalah juga. Pemain remaja, Jin Wei, mengurangkan defisit sebelum kemenangan beregu kedua, Liu Ying dan Vivian Hoo, menjadikan  keputusan terikat. Bebanan harapan yang diletakkan di bahu Ho Yen Mei untuk memberikan mata kemenangan terlalu berat untuk ditanggung. Walaupun memenangi set pertama, Yen Mei keletihan dan tewas dua set berikutnya. Skuad Piala Uber begitu hampir mengalahkan Denmark dan melangkah ke suku akhir.

Skuad lelaki negara akan berdepan naib juara kumpulan lain. Kemungkinan Jepun, Thailand, atau Taiwan. Peluang untuk layak ke separuh akhir semakin cerah. Lupakan seketika cabaran yang menanti. Nikmatilah kejayaan hari ini. Malaysia boleh!




Monday, May 16, 2016

Piala Thomas/Uber 2016: Hari Kedua

Assalamualaikum.

16 Mei 2016, hari kedua, peringkat kumpulan.

Dua belas lagi perlawanan dilangsungkan dalam tiga sesi, masing-masing enam untuk Piala Thomas dan Piala Uber. Skuad Piala Thomas Malaysia menentang Jerman, dan skuad Piala Uber tidak beraksi. Berikut adalah senarai lengkap keputusan.

-------------------------------------------

PIALA THOMAS

Kumpulan A 
JEPUN 5-0 MEXICO
CHINA 5-0 PERANCIS

Kumpulan C
MALAYSIA 5-0 JERMAN
Lee Chong Wei vs Kai Schaefer [21-19, 21-15] (40 minit)
Goh V Shem/Tan Wee Kiong vs Richard Domke/Fabian Holzer [21-12, 21-11] (26 minit)
Iskandar Zulkarnain vs Lars Schaenzler [21-7, 21-16] (32 minit)
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong vs Mark Lamsfuss/Josche Zurwonne [21-15, 21-10] (31 minit)
Chong Wei Feng vs David Peng [21-9, 21-18] (37 minit)
KOREA 5-0 ENGLAND

Kumpulan D
DENMARK 5-0 AFRIKA SELATAN
TAIWAN 5-0 NEW ZEALAND

-----------------------------------

PIALA UBER

Kumpulan B
KOREA 5-0 MAURITIUS
TAIWAN 5-0 USA

Kumpulan C
THAILAND 5-0 BULGARIA
INDONESIA 3-2 HONG KONG

Kumpulan D
INDIA 5-0 AUSTRALIA
JEPUN 5-0 JERMAN

-----------------------------------------------

Skuad Piala Thomas terlepas satu mata semalam, tetapi berjaya mencapai kemenangan sempurna hari ini. Malaysia mencatat kemenangan bergaya 5-0 ke atas Jerman. Lee Chong Wei menang straight set walaupun cuba menyimpan taring dan menyembunyikan senjatanya. Beregu pertama juga mudah memberikan mata kedua. Iskandar Zulkarnain mengesahkan kemenangan Malaysia, sebelum Kien Keat dan Boon Heong menebus kekecewaan semalam. Wei Feng melengkapkan mata penuh untuk skuad negara.

Kemenangan menentang England dan Jerman bukanlah sebab utama Malaysia bertandang ke bumi China. Misi lebih besar adalah menamatkan kemarau panjang 24 tahun sejak kejuaraan terakhir dimenangi di gelanggang sendiri pada tahun 1992. Aksi menentang pilihan ketiga, Korea Selatan, esok akan menentukan pemenang Kumpulan C dan lebih penting lagi, sama ada Malaysia berupaya mencabar pilihan-pilihan utama. Jika menang, Malaysia akan mengelak kemungkinan bertemu pilihan pertama, China, di pusingan suku akhir.

Berikut adalah perbandingan head-to-head barisan kemungkinan Malaysia vs Korea Selatan (ranking dunia dalam kurungan):
Lee Chong Wei (2) vs (9) Son Wan-Ho
Goh V Shem/Tan Wee Kiong (14) vs (1) Lee Yong-Dae/Yoo Yeon-Seong
Iskandar Zulkarnain (36) vs (16) Lee Dong-Keun
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (17) vs (4) Kim Gi-Jung/Kim Sa-Rang
Chong Wei Feng (67) vs (28) Jeon Hyeok-Jin

Hanya Lee Chong Wei mempunyai ranking dunia lebih tinggi berbanding lawannya. Kekuatan di atas kertas tak lagi penting apabila tiba hari perlawanan. Ayuh Malaysia! Luaskan kuasamu!



Oh Pak Cik

Assalamualaikum.

"Pagi yang gelap, kini sudah terang, aku adikmu, dan engkau abang..." Eh, termenyanyi pulak.

Pagi yang cerah di sebuah klinik kesihatan di Negeri Sembilan. Angin sepoi-sepoi bahasa. Aku bersama Dr. A dan dua orang lagi rakan pelajar.

"Duduk pak cik." Aku mengukir senyuman. Seorang lelaki berusia 60-an melabuhkan punggungnya. Bila ditanya tujuan dia datang, pantas jawapan 'sakit' diberi sebelum menunjuk ke bahu dan kemudian kaki. Bla bla bla, cerita berikutnya hanya dialog biasa antara pesakit dan doktor.

 "Kat rumah pak cik stres..." Jeng jeng jeng.

"Kenapa pak cik?" Dr. A cuba mencari punca.

"Mak cik tu.. cemburu buta.."

Kisahnya, isteri pak cik ni cemburu sebab dia berhubungan dengan seorang perempuan muda baru berusia 30-an. Perempuan tu siap panggil 'sayang' lagi. Memanglah isteri dia cemburu. Bersemangat dia cerita. Kami menadah telinga. Layan saja.

"Kenapa tak kahwin je dengan perempuan tu? Dr. A menduga.

"Memanglah nak kahwin. Mak cik tu tak bagi."

Amboi! Ada hati jugak orang tua ni. Tak sedar umur dah banyak. Alasannya, kesunyian. Isteri tu hidup lagilah, pak cik. Rumah tangga dah empat dekad, anak tujuh, cucu sebelas. Mak cik tu dah susah senang sama-sama dengan pak cik. Cubalah pak cik hargai. Sekurang-kurangnya mak cik tu dah jaga pak cik. Sempat jugak pak cik tu beritahu semalam perempuan muda tu dihalau oleh kakak sendiri.

"Kenapa dia kena halau?" Dr. A cuba mengorek rahsia.

"Dia malas, asyik main handphone. Tidur siang. Merokok pulak tu."

Nah, perempuan macam tu pak cik nak? Kalau lagi baik dari mak cik tu, bolehlah dipertimbangkan. Ini sepuluh kali lebih buruk. Tak patut langsung. Ingatlah kenangan 40 tahun bersama mak cik tu. Bukannya sikit ujian mak cik dengan pak cik selama ni. Tak seinci pun mak cik berganjak. Pak cik diuji kali ni, nak korbankan mak cik. Tak payahlah nak membongak.

Itulah kisahnya asam garam berumah tangga. Pak cik oh pak cik. Umur dah lebih enam series tu eloklah banyakkan bekalan ke akhirat.




Sunday, May 15, 2016

Piala Thomas/Uber 2016: Hari Pertama

 Assalamualaikum.

 15 Mei 2016, hari pertama, peringkat kumpulan.

Tiga sesi, dua belas perlawanan berlangsung, enam untuk Piala Thomas, dan enam lagi untuk Piala Uber. Dua perlawanan melibatkan skuad Piala Thomas dan skuad Piala Uber negara. Berikut adalah senarai lengkap keputusan.

----------------------------------------------

PIALA THOMAS

Kumpulan A
CHINA 5-0 MEXICO
JEPUN 5-0 PERANCIS

Kumpulan B
INDIA 2-3 THAILAND
INDONESIA 5-0 HONG KONG

Kumpulan C
KOREA 5-0 JERMAN
MALAYSIA 4-1 ENGLAND
Lee Chong Wei vs Toby Penty [21-15, 21-11] (34 minit)
Goh V Shem/Tan Wee Kiong vs Marcus Ellis/Chris Langridge [21-12, 21-17] (40 minit)
Chong Wei Feng vs Sam Parsons [21-10, 21-10] (34 minit)
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong vs Peter Briggs/Tom Wolfenden [18-21, 21-13, 17-21] (45 minit)
Goh Soon Huat vs Alex Lane [21-15, 19-21, 21-13] (59 minit)

------------------------------------------------

PIALA UBER

Kumpulan A
CHINA 5-0 MALAYSIA
Li Xuerui vs Tee Jing Yi [21-13, 21-11] (32 minit)
Tang Yuanting/Yu Yang vs Vivian Hoo/Woon Khe Wei [21-11, 14-21, 21-18] (56 minit)
Wang Yihan vs Goh Jin Wei [21-16, 21-14] (45 minit)
Qing Tian/Zhao Yunlei vs Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean [21-15, 19-21, 21-11] (1 jam 9 minit)
Sun Yu vs Sonia Cheah [21-9, 21-10] (35 minit)
DENMARK 4-1 SEPANYOL

Kumpulan B
TAIWAN 5-0 MAURITIUS
KOREA 5-0 USA

Kumpulan C
THAILAND 4-1 HONG KONG
INDONESIA 5-0 BULGARIA

--------------------------------------------------

Skuad Piala Thomas negara memulakan cabaran dengan langkah kanan. Lee Chong Wei mengutip mata pertama dengan kemenangan straight set. Beregu utama negara menyumbang mata kedua, juga dengan kejayaan straight set. Perseorangan kedua juga menang mudah. Koo Kien Keat/Tan Boon Heong tewas dalam pertarungan tiga set. Goh Soon Huat memberikan mata keempat selepas bermain sehingga set penentuan.

Nasib berbeza pula buat skuad Piala Uber negara yang dibenam 5-0 oleh tuan rumah. Perseorangan utama, Tee Jing Yi, tidak dapat menandingi kehebatan Li Xuerui. Beregu pertama hampir mengutip mata pertama Malaysia tetapi gagal mengawal tekanan dalam set penentuan. Vivian Hoo/Woon Khe Wei mendahului Tang Yuanting/Yu Yang 18-11 di set ketiga tetapi membenarkan lawan memungut 10 mata berturut-turut. Goh Jin Wei memberikan saingan kepada Wang Yihan tetapi ketinggian Yihan menjadi kelebihan berbanding fizikal Jin Wei yang rendah. Beregu kedua juga mengheret permainan ke set ketiga tetapi terpaksa akur. Sonia Cheah pula tewas mudah kepada Sun Yu.

Skuad Piala Thomas perlu meningkatkan permainan jika masih berhasrat memenangi kumpulan dan meneruskan misi mengakhiri kemarau 24 tahun. Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dan Goh Soon Huat perlu menggalas harapan memungut mata penting jika perlawanan keempat dan kelima diperlukan. Skuad Piala Uber boleh berbangga kerana memberikan saingan kepada gergasi badminton wanita. Aksi Goh Jin Wei yang baru berusia 16 tahun, dan dua beregu wanita negara boleh dipuji.



Saturday, May 14, 2016

Piala Thomas: Misi 24

Assalamualaikum.

Misi menamatkan kemarau 24 tahun bermula esok.
 

Piala Thomas yang akan dilangsungkan di wilayah Kunshan di negara China dari 15 hingga 22 Mei Piala Thomas 2016 adalah edisi ke-29 sejak kali pertama dipertandingkan pada tahun 1949. 16 pasukan akan berentap merebut piala keagungan acara berpasukan dalam sukan badminton. Tahun ini, benua Asia diwakili 9 negara, empat wakil Eropah dan masing-masing satu wakil untuk benua Amerika, Oceania, dan Afrika.

Jepun adalah juara bertahan selepas menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan akhir edisi 2014. Berikut adalah senarai pasukan dalam setiap kumpulan (ranking pilihan dalam kurungan), jadual serta analisis ringkas.

-----------------------------------

KUMPULAN A
China (1)
Jepun (5)
Perancis (13)
Mexico (14)

Malang bagi Perancis dan Mexico kerana berdepan dua pasukan Asia dalam kumpulan yang sama. China dan Jepun sudah hampir pasti layak ke pusingan seterusnya berdasarkan kekuatan di atas kertas. China dengan tiga perseorangan utama dalam top 10 ranking dunia dan dua beregu dalam top 5 ranking dunia. Penyandang juara, Jepun, tidak mempunyai kekuatan yang sama seperti dua tahun lalu dengan ketiadaan Kento Momota.

------------------------------------

KUMPULAN B
Indonesia (4)
India (7)
Hong Kong (9)
Thailand (10)

Indonesia mempunyai kekuatan di atas kertas untuk memenangi kumpulan ini. Tiga lagi pasukan akan berebut untuk mengiringi Indonesia. Aku kira Hong Kong mungkin sekadar pelengkap kumpulan untuk memberikan cabaran, kerana India mempunyai peluang lebih cerah untuk mara.

--------------------------------

KUMPULAN C
Korea Selatan (3)
Malaysia (6)
England (11)
Jerman (12)

Korea Selatan dan Malaysia dijangka mudah melangkah ke pusingan suku akhir. England dan Jerman tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk menyaingi dua pasukan gergasi badminton Asia dan dunia. Korea Selatan secara teori boleh memenangi kumpulan dengan kekuatan dalam acara beregu. Ketiga-tiga pasangan beregu mereka dalam top 10 ranking dunia.

-----------------------------

KUMPULAN D
Denmark (2)
Taiwan (8)
Afrika Selatan (15)
New Zealand (16)

Sukar bagi wakil Afrika dan juga wakil Oceania untuk memberikan walau sedikit saingan kepada juara Eropah dan juga wakil Asia. Denmark sudah sekian lama menjadi antara gergasi dalam dunia badminton. Denmark merupakan pilihan untuk memenangi kumpulan. Taiwan pula cukup kuat untuk mengiringi Denmark.

------------------------------

Tuan rumah, China, adalah pilihan utama untuk muncul juara kali ini diikuti Denmark, Korea Selatan, dan Indonesia. Analisis pilihan ini berdasarkan ranking dunia pada 3 Mac 2016. Malaysia merupakan pilihan keenam di atas kertas. 

Peringkat kumpulan akan berlangsung pada 15-18 Mei, dan pusingan suku akhir pada 19 Mei. Peringkat separuh akhir pula pada 20 Mei dan perlawanan akhir Piala Thomas pada 22 Mei (Ahad).

Sama ada pasukan Malaysia mampu menamatkan kemarau Piala Thomas sejak kejayaan di Kuala Lumpur 1992, semuanya akan terjawab apabila pertandingan bermula. Perkembangan pasukan negara akan aku kemas kini.

Malaysia boleh! Majulah badminton untuk negara.



Selamat Berjuang Malaysia

Assalamualaikum.

Skuad badminton lelaki dan wanita Malaysia akan beraksi di pentas berprestij Piala Thomas dan Piala Uber 2016 di Kunshan (China) bermula esok (15 Mei). Kedua-dua kejohanan ini merupakan piala keagungan bagi pertandingan badminton berpasukan. Piala Thomas 2016 merupakan edisi ke-29, manakala Piala Uber 2016 merupakan edisi ke-26.


Kali terakhir beraksi di New Delhi (India) pada tahun 2014, skuad badminton lelaki negara kecundang di final dalam misi mengulangi kejayaan skuad 1992 selepas menanti 22 tahun. Selepas memenangi kumpulan C yang turut melibatkan Korea Selatan, Malaysia menumbangkan Denmark 3-1 dalam pusingan suku akhir, dan mengatasi Indonesia 3-0 dalam perlawanan separuh akhir.

Membawa selaut harapan rakyat Malaysia dalam perlawanan akhir, skuad Piala Thomas negara tewas 3-2 kepada Jepun yang muncul juara buat kali pertama dalam sejarah badminton mereka dan menjadi hanya juara keempat dalam sejarah pertandingan Piala Thomas. Skuad Piala Uber 2014 Malaysia pula terkandas di peringkat kumpulan Z.

Berikut adalah senarai lengkap barisan pemain skuad Malaysia yang akan mewakili negara dalam Piala Thomas dan Piala Uber tahun ini, serta jadual perlawanan peringkat kumpulan. Aku susun senarai pemain mengikut ranking dunia terkini.

-----------------------------------------

SKUAD PIALA THOMAS

Lee Chong Wei (33 tahun) [single, ranking 2]
Iskandar Zulkarnain (24 tahun) [single, ranking 36]
Goh Soon Huat (25 tahun) [single, ranking 57]
Chong Wei Feng (28 tahun) [single, ranking 67]
Goh V Shem (26 tahun) [double, ranking 14]
Tan Wee Kiong (26 tahun) [double, ranking 14]
Koo Kien Keat (30 tahun) [double, ranking 17]
Tan Boon Heong (28 tahun) [double, ranking 17]
Ong Yew Sin (21 tahun) [double, ranking 101]
Teo Ee Yi (23 tahun) [double, ranking 101]
*purata umur 26.4 tahun

Jadual Kumpulan C:
15 Mei -- Malaysia vs England
16 Mei -- Malaysia vs Jerman
17 Mei -- Malaysia vs Korea Selatan

---------------------------------------------------

SKUAD PIALA UBER

Goh Liu Ying (26 tahun) [tiada ranking]
Tee Jing Yi (25 tahun) [single, ranking 29]
Goh Jin Wei (16 tahun) [single, ranking 55]
Ho Yen Mei (20 tahun) [single, ranking 80]
Sonia Cheah (22 tahun) [single, ranking 415]
Vivian Hoo (26 tahun) [double, ranking 21]
Woon Khe Wei (27 tahun) [double, ranking 21]
Amelia Anscelly (28 tahun) [double, ranking 35]
Lee Meng Yean (22 tahun) [double, ranking 67]
Chow Mei Kuan (21 tahun) [double, ranking 93]
*purata umur 23.3 tahun

Jadual Kumpulan A:
15 Mei --  Malaysia vs China
17 Mei -- Malaysia vs Denmark
18 Mei -- Malaysia vs Sepanyol

-----------------------------------------

Peluang skuad Piala Thomas di atas kertas untuk melepasi peringkat kumpulan adalah sangat cerah. England dan Jerman sepatutnya tidak memberikan masalah kepada skuad negara. Jika berjaya menewaskan Korea Selatan, mereka akan melangkah ke pusingan suku akhir sebagai pemenang kumpulan.

Peluang skuad Piala Uber pula sangat tipis di atas kertas. China adalah gergasi dalam acara berpasukan wanita badminton, selaku penyandang juara dan juga juara 13 kali Piala Uber. Denmark tewas kepada Jepun di pusingan suku akhir edisi 2014. Sepanyol tidak beraksi dalam edisi lepas. Hanya dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan ke pusingan suku akhir dan Malaysia berdepan cabaran sukar.

Apa pun, tiada perkara yang mustahil dengan keazaman dan kesungguhan. Keajaiban adalah sebahagian dari kehidupan. Ramalan di atas kertas tiada makna apabila pertandingan bermula. Aksi pemain di gelanggang menjadi penentu sama ada kisah dongeng akan menjadi nyata. Misi skuad Piala Thomas untuk menamatkan penantian 24 tahun dan misi skuad Piala Uber untuk memenangi pertandingan buat kali pertama kini bermula.

Selamat berjuang skuad badminton Malaysia!



Friday, May 13, 2016

Dokter Di Tadika

Assalamualaikum.

Al kisahnya, aku sekarang berada di minggu ketiga posting 'Family Medicine'. Hari ni kumpulan aku berada di KK Seremban. Kumpulan aku seramai lapan orang berpecah dua. Separuh attach dengan Medical Officer, dan separuh lagi termasuk aku ikut jururawat untuk lawatan ke sekolah (school visit). Begitulah sepatutnya mengikut jadual. Nak dijadikan cerita, pagi tadi baru dapat tahu kami tak akan ke sekolah rendah atau menengah. Sebaliknya, kami akan pergi tadika! Ya, TADIKA. Walaupun itu bukan dalam jadual, kami tetap ikut sebab nak isi buku log.


Aku dan tiga orang rakan (Matt, Han, dan Thiv) menaiki kereta Matt dan mengikuti van klinik yang membawa jururawat. Sempat singgah kedai tepi jalan milik sorang pak cik Kelantan yang jual nasi kerabu dan nasi lemak. Perjalanan disambung menuju tadika di kawasan Seremban 2. Sampailah kami di tadika pertama. Majoriti kanak-kanak berbangsa Cina. Ada sorang cikgu Melayu, yang selebihnya Cina (do not read it in racist way). Jururawat bagi pendidikan kesihatan dalam bahasa Melayu, dan perlu diterjemahkan baru kanak-kanak faham.

Pendidikan kesihatan yang diberi adalah cara membasuh tangan yang betul. Seronok budak-budak tu ikut langkah-langkah yang diajar. Tapi seronok kira sajalah. One, two, three... sampai ten. Semua kira sama-sama. Bunyi serentak. Cara basuh berterabur. Biasalah budak-budak. Aku pun tak faham. Ajar sekali lalu memanglah budak-budak tu takkan ingat. Mungkin budak tu semua akan ingat wajah 'dokter yang kacak' (baca: aku). Lepas tu, ketinggian dan berat badan para pelajar diukur. Kanak-kanak pun beratur ikut umur. Tiga tahun ada, empat tahun ada, lima dan enam.


Sambil tunggu semua tu selesai, aku pun seronok melayan kerenah budak-budak tu. Aku ajak high five, ditamparnya tapak tangan aku berkali-kali. Mujurlah tangan abam sado. Selepas selesai kerja, masa untuk gambar dengan semua pelajar. Perjalanan disambung lagi ke tadika kedua dan terakhir untuk hari ni. Tak berapa jauh. Jumlah pelajar di sini tak seramai di tadika pertama. Cikgu pulak ramai berbangsa India walaupun kanak-kanak berbilang bangsa. Situasi sama berulang cuma kurang  meriah sikit.

Konklusinya, memang pengalaman berharga. Walaupun sekali saja school visit (atau kindergarten visit bagi kami) dalam posting ni, aku rasa puas hati dengan apa yang aku lihat. Mungkin kanak-kanak tu masih terlalu kecil untuk faham, tetapi pendidikan kesihatan ni bagus sebagai pendedahan.

Keyboard off.


Dua Belas Lelaki Marah

Assalamualaikum.

Tajuk sedikit panjang. Terjemahan secara terus dari tajuk sebuah filem yang dah lama aku tahu tapi tak pernah sempat nak tengok. Baru-baru ni aku sempatkan jua tonton filem tersebut kerana ada diskusi tentang etika dalam posting Family Medicine nanti. Filem bertajuk '12 Angry Men' (1957). Aku dah pernah maklum tentang filem ni kerana rating IMDB yang tinggi (8.9) dari lebih 400,000 undi. 

Selepas menonton, aku kira filem ini sangat hebat dan aku bagi rating 9.5/10. Filem hitam putih berdurasi satu jam tiga puluh minit. Apa yang menarik tentang filem ini adalah kisahnya hanya berkisar di sebuah bilik. Secara ringkas, filem ini mengisahkan 12 orang juri awam yang perlu membuat keputusan sama ada tertuduh dalam kes jenayah bersalah atau tidak. 

Selain berpusat di satu bilik, filem ini juga hebat kerana perkembangan plotnya sangat kemas dan bergerak cantik. Bermula dari seorang juri yang mahu berbincang lebih lanjut tentang kes jenayah yang sudah dibicarakan, akhirnya membawa kepada keputusan sebulat suara. Bukan mudah untuk meyakinkan 11 orang lain secara solo, tapi itulah yang berjaya dilakukan watak utama.

Berikut adalah plot filem 'Dua Belas Lelaki Marah'. Aku sertakan posisi setiap watak di meja diskusi.

-------------------------------


Kisah bermula dengan dua belas orang juri awam memasuki sebuah bilik untuk bermesyuarat memutuskan sama ada mereka ingin menyabitkan tertuduh dalam kes jenayah yang dibicarakan di mahkamah itu bersalah atau tidak. Jika dihukum bersalah, tertuduh akan menerima hukuman mati di kerusi elektrik. Bukan peraturan majoriti digunakan, sebaliknya keputusan mereka perlu sebulat suara (atau undian 12-0). Juri A menjadi ketua dan melakukan undian untuk melihat pandangan semua juri. Sangkaan mereka bahawa mereka semua sependapat meleset apabila juri H mengundi tertuduh 'tidak bersalah'. Alasannya, kerna tak mudah untuk menghukum mati seorang remaja (tertuduh) di kerusi elektrik. Dia merasakan perlunya perbincangan yang lebih dalam. Ini menimbulkan rasa tidak senang beberapa orang lelaki lain.

Juri H membawa persoalan senjata pembunuhan (pisau) yang dikatakan 'jarang dilihat' oleh juri lain, tetapi berjaya dibeli oleh juri H berdekatan dengan kawasan kejadian. Selepas gagal meyakinkan majoriti yang lain, juri H meminta undian rahsia bertulis tanpa melibatkan dirinya. Jika ada antara 11 orang yang lain mengundi 'tidak bersalah', mereka akan berbincang lebih lanjut. Andai kata semua 11 juri sebulat suara mengundi tertuduh 'bersalah', dia tak mahu memanjangkan perkara dan bersetuju dengan keputusan mereka. Juri I mengubah undian yang menjadikan keputusan 10-2 memihak keputusan 'bersalah'.

Persoalan berikutnya diutarakan juri H mengenai dakwaan saksi (seorang wanita tua) yang tinggal di seberang jalan dari rumah kejadian bunuh tersebut. Saksi mendakwa dia melihat dengan jelas tertuduh menikam bapanya. Juri H cuba meyakinkan juri lain bahawa perkara itu tak masuk akal dengan kereta api bergerak melintasi jalan antara rumah saksi dengan rumah tertuduh. Tempoh masa dalam keterangan saksi boleh diragui. Juri H menambah lagi, frasa 'aku akan bunuh kau' mungkin tidak membawa maksud kerana ianya biasa disebut apabila marah. Selepas dua persoalan ini, satu lagi undian dilakukan dan keputusan menjadi 9-3 dengan juri E pula mengundi 'tidak bersalah'.

Juri K bangkit dan membaca notanya tentang satu perkara yang menghairankan. Keterangan kes menyatakan tertuduh kembali semula ke rumah pada pukul tiga pagi selepas membunuh bapanya jam 12 tengah malam. Walaupun juri lain mengatakan tertuduh mungkin cuba menghapuskan bukti senjata pembunuhan, juri K yakin ada keraguan dalam perbicaraan tersebut dan undian seterusnya menyaksikan keputusan berubah menjadi 8-4. Persoalan berikutnya mengenai tempoh masa dalam keterangan saksi lain (lelaki tua di tingkat bawah rumah tertuduh). Saksi menyatakan dia bergerak pantas ke pintu depan selepas mendengar pergelutan di tingkat atas, untuk sempat melihat tertuduh berlari menuruni tangga ke luar rumah dalam masa 15 saat.

Juri H mempersoalkan keterangan itu kerana lelaki tua tersebut pernah mengalami strok, dan pergerakannya perlahan lagi terbatas. Masa paling pantas dalam 'lakonan semula' kejadian adalah 43 saat. Persoalan ini meyakinkan juri B dan juri F untuk mengubah undian mereka kepada 'tidak bersalah' kerana adanya keraguan munasabah. Kini undian terikat 6-6. Juri H kemudiannya menguji ingatan juri D tentang peristiwa hidupnya beberapa hari lepas kerana juri D mempersoalkan kegagalan tertuduh mengingati nama wayang yang ditontonnya semasa kejadian bunuh berlaku (alibi untuk membuktikan tertuduh tak bersalah). Juri H membuktikan juri D gagal mengingati walaupun tiada tekanan emosi seperti tertuduh yang disoal oleh penyiasat di depan mayat bapanya. Juri D teguh dengan pendiriannya: tertuduh seharusnya ingat walaupun emosi tertekan.

Juri B tiba-tiba membangkitkan persoalan tentang kesan tikaman pisau yang mustahil dilakukan oleh tertuduh yang rendah tujuh inci berbanding bapanya. Juri C menunjukkan demonstrasi bagaimana kesan tikaman itu dapat dilakukan oleh seseorang yang lebih rendah dari mangsa. Namun juri E yang biasa melihat pergaduhan menggunakan pisau menyatakan seseorang yang berpengalaman menggunakan pisau tak akan membuang masa untuk menikam dari sudut atas sebaliknya akan menikam terus dari bawah. Tertuduh dikatakan sangat cekap bermain pisau. Juri G yang bosan dan tak sabar mengubah undiannya tanpa sebab. Ini menimbulkan kemarahan juri C dan juri K. Juri K mahu juri G membuat undian berdasarkan fakta, dan mengatakan tertuduh 'tidak bersalah' hanya jika dia benar-benar yakin. Selepas didesak, juri G mengaku dia mulai ragu bahawa tertuduh benar-benar membunuh bapanya sendiri.

Keraguan yang ditimbulkan sudah cukup munasabah untuk mengubah undian juri L dan juri A kepada 'tidak bersalah'. Kedudukan 9-3 memihak 'tidak bersalah'. Juri J mengamuk kerana baginya, remaja seperti itu sama saja. Remaja yang membesar di rumah anak yatim akan membunuh tanpa ihsan. Nada tinggi yang digunakan juri J sangat tidak menyenangkan, lalu satu demi satu juri bangun dari meja dan membelakangkan juri J. Juri J terasa lalu mengasingkan diri ke satu meja di penjuru bilik. Perbincangan diteruskan. Juri D memberi pandangannya tentang keterangan saksi wanita tua itu masih lagi bukti kukuh untuk menghukum tertuduh. Juri L mengubah semula undian kepada 'bersalah'. Kedudukan tidak rasmi 8-4.

Juri I tiba-tiba menyedari persamaan kesan di hidung juri D dengan saksi wanita tua yang memberi keterangan. Kedua-dua mereka ada tanda lekuk kerana memakai cermin mata. Saksi wanita itu cuba menyembunyikan hakikat dia sebenarnya rabun. Juri H pantas mempersoalkan keterangan saksi kerana penglihatannya meragukan. Keraguan ini sangat munasabah untuk meyakinkan juri D dan juri J serta juri L (yang menukar undi lagi) menyokong tertuduh 'tidak bersalah'. Keputusan 11-1. Juri C mengamuk dan bertegas dengan pendiriannya untuk mengundi 'bersalah'.

Akhirnya, menyedari dia bersendirian dan pendiriannya hanya berpaksikan rasa dendam kepada anaknya yang derhaka, juri C mengundi 'tidak bersalah' dalam tangisan. Keputusan sebulat suara 12-0 dicapai dan para juri mula berlalu keluar meneruskan kehidupan masing-masing yang tidak berkait antara satu sama lain.

--------------------------------------

Satu lagi keunikan filem ini: nama watak tidak disebut sehinggalah detik-detik terakhir apabila juri I (McCardle) menegur juri H (Davis) di luar mahkamah apabila mereka sudah mencapai kata sepakat, dan bertukar nama masing-masing. Nama-nama watak lain tidak pernah diberitahu. Malah nama tertuduh dan saksi juga tak disebut dengan hanya kata ganti nama digunakan.

Satu persoalan pokok filem ini adalah sifat prejudis yang membuatkan juri J menyamakan semua remaja yang membesar di rumah anak yatim sebagai sama liar dan bermasalah. Nilai prejudis ini mengganggu pertimbangan juri J yang menghukum lebih awal walaupun ada keraguan pada fakta kes. Begitu juga persoalan tentang juri C yang dipengaruhi hal peribadi (dendam kepada anak) yang menyebabkan dia cuba memastikan tertuduh dihukum mati. Persoalan pokok tentang juri G pula yang tidak serius dan 'bermain' dengan nyawa tertuduh kerana mementingkan diri sendiri.

Begitu banyak persoalan yang padat dalam filem berdurasi satu jam setengah ini. Susunan plot sangat mantap. Tabik spring kepada penulis skrip, pengarah, dan para pelakon yang hebat.




Sunday, May 8, 2016

Madrid di Milan

Assalamualaikum.

Pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 2015/2016 diadakan secara timbal balas. Empat kelab berebut dua tiket ke final yang akan dilangsungkan di Milan, Itali. Dua kelab Sepanyol, satu kelab Jerman, dan satu kelab England beradu kekuatan. Selepas perlawanan pertama yang diadakan pada 26 dan 27 April, Bayern Munich ketinggalan 1-0 selepas tewas di gelanggang Atletico Madrid, manakala Real Madrid dan Manchester City mempunyai peluang sama rata selepas seri tanpa jaringan di England.

Memasuki perlawanan kedua, Bayern ada 90 minit dengan misi mesti menang. Bayern tidak boleh membenarkan Atletico menjaringkan gol yang akan menyukarkan peluang mereka. Manchester City pula perlu menjaringkan gol, sekurang-kurangnya seri di Sepanyol untuk melangkah ke perlawanan akhir. Berikut adalah ringkasan perlawanan kedua pusingan separuh akhir:

----------------------

BAYERN MUNICH 2-1 ATLETICO MADRID (Agg: 2-2)

 Seperti perlawanan pertama, para pemain Bayern Munich mengasak kubu Atletico bertubi-tubi dari sepak mula. Serangan bertali arus dipatahkan benteng yang mantap dengan penjaga gawang, Jan Oblak, cemerlang menafikan peluang demi peluang yang dicipta oleh Bayern. Gol yang dinanti-nantikan akhirnya dijaringkan oleh Xabi Alonso menerusi sepakan percuma yang tertampan pertahanan lawan dan mengelirukan Oblak. Agregat terikat 1-1. Thomas Muller mensia-siakan peuang rerbaik untuk meletakkan Bayern mendahului secara agregat apabila sepakan penaltinya mudah dibaca dan ditepis oleh Oblak. Kegagalan itu memusnahkan peluang Bayern.

Antoine Griezmann meledak di awal separuh masa kedua untuk menyulitkan perjuangan Bayern yang memerlukan kemenangan dengan perbezaan gol kerana Atletico memiliki kelebihan. Robert Lewandowski menanduk masuk gol yang meletakkan Bayern mendahului dalam perlawanan tetapi masih terikat secara agregat. Akhirnya, Bayern memenangi perlawanan 2-1 tetapi kedudukan agregat yang terikat mengizinkan Atletico mara dengan peraturan gol di tempat lawan.

Ini adalah kegagalan kali ketiga berturut-turut Bayern di pusingan separuh akhir, dan Atletico melangkah ke final buat kali kedua dalam tiga tahun. Bayern kecewa lagi.

-----------------------------------

REAL MADRID 1-0 MANCHESTER CITY (Agg: 1-0)

Selepas terikat di Manchester, Real Madrid perlu menafikan peluang Man City menjaringkan gol kerana sebarang jaringan akan menjadi 'gol di tempat lawan' dan Real tidak boleh seri jika itu berlaku. Real mengasak dari awal permainan untuk memburu satu gol berharga. Gol yang diidamkan dijaringkan oleh Gareth Bale apabila hantaran lintangnya menewaskan Joe Hart di gawang.

Manchester City cuba mencari gol penyamaan tetapi gagal dan terpaksa melupakan hasrat beraksi dalam final pentas benua. Kemenangan ini juga mengekalkan rekod bersih 100% Real di tempat sendiri musim ini, dengan menjaringkan 19 gol tanpa dibolosi.

Manchester City tewas pusingan separuh akhir mereka yang pertama, ketika Real Madrid mara ke perlawanan akhir buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun. 

-----------------------------------

28 Mei nanti, dua kelab yang berpusat di ibu kota Sepanyol akan berentap untuk merebut gelaran juara Eropah. Final ini seperti pertembungan setempat (derby) Madrid. Real dan Atletico juga mengulangi final Liga Juara-Juara Eropah musim 2013/2014 yang menyaksikan Real menjuarai benua Eropah buat kali ke-10 (La Decima). 

Atletico yang bertahan habis-habisan menangani gempuran Bayern akan mengharapkan ketangkasan Oblak dan kekuatan tembok pertahanan bagi menangkis jentera serangan Real yang diketuai Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo. Dua kelab Madrid bertembung, hanya satu yang layak dinobatkan juara Eropah.

Real atau Atletico, sama-sama nantikan final di Milan.
 

Saturday, May 7, 2016

Gila

Assalamualaikum.

Amaran: entri bola sepak!

Gila. Memang gila. Tak terfikir dek akal. Tapi selalunya perkara yang mustahil itu bisa menjadi nyata. Kerna mustahil itu sifat manusia, bukan sifat Pencipta. Siapa sangka angan-angan bertukar realiti. Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2015/2016 bukan dari kalangan gergasi. Dari musim ke musim sejak EPL diperkenalkan awal era 90-an, hanya lima kelab berjaya memenangi liga iaitu Arsenal, Manchester United, Chelsea, Manchester City, dan Blackburn Rovers. 

Tahun ini, tradisi itu dipecahkan. Kejayaan Leicester City mengejutkan dunia bola sepak. Awal minggu ini, Tottenham Hotspurs di tangga kedua perlu menewaskan Chelsea untuk menghidupkan peluang memaksa perebutan kejuaraan ke dua perlawanan terakhir. Malangnya, Spurs hanya mampu seri 2-2 sekaligus mengesahkan trofi Liga Perdana Inggeris menjadi milik Leicester City yang seri 1-1 dengan Manchester United dalam perlawanan lebih awal. Perbezaan tujuh mata antara Leicester dan Spurs tidak mampu dikejar lagi kerana Spurs hanya mempunyai baki dua perlawanan dengan maksima enam mata sekalipun Leicester tewas atau tidak beraksi dalam dua perlawanan terakhir.


Awal musim ini, nama-nama gergasi disebut-sebut bakal bertakhta di puncak liga. Chelsea selaku penyandang juara, Arsenal dan Manchester City adalah pilihan utama. Tidak ada siapa meramalkan Leicester akan menjadi pencabar kerana mereka hanya berada di kelompok pertengahan liga musim lalu. Kejayaan Leicester musim ini dibantu dengan kegagalan kelab-kelab gergasi untuk menyaingi konsistensi Leicester sepanjang musim. 

Perkara menarik untuk dibincangkan: Leicester City tidak ada bajet seperti kelab-kelab gergasi lain untuk menarik bintang-bintang ternama dan nama-nama besar dalam dunia bola sepak. Kejayaan Leicester dengan bajet yang terhad membuktikan kerja keras dan kesungguhan serta semangat sepasukan akan mengatasi wang dan semua bintang ternama dunia. Manchester City, pasukan yang sarat dengan pemain mahal tak mampu menandingi Leicester, begitu juga Arsenal dan Chelsea. Apakah ramuan Leicester menjadi juara?

--------------------------------------

Claudio Ranieri. Pakar taktikal di sebalik kisah dongeng Leicester. Seorang pengurus berusia 64 tahun yang mengubah pasukan dari berada di kelompok pertengahan kepada pemenang liga dengan pasukan yang tidak ternama. Nama Ranieri akan sentiasa dikenang peminat Leicester dan kekal dalam lembaran sejarah.

Kasper Schmeichel. Penjaga gawang yang boleh diharap. Selama ini, aksinya dibayangi nama besar ayahnya, Peter Schmeichel, legenda penjaga gol Manchester United. Akhirnya, Kasper berjaya mengikut jejak ayahnya selaku pemenang liga. Dalam 15 daripada 36 perlawanan, gawang Kasper tidak dibolosi.

Wes Morgan. Tonggak pertahanan Leicester yang membina kubu kukuh bersama Robert Huth, Danny Simpson dan Christian Fuchs sepanjang musim. Tidak ada antara mereka merupakan pertahanan terkenal sebelum ini. 15 kali tembok Leicester kebal dan gagal ditembusi.

Riyad Mahrez. Arkitek utama kejuaraan liga untuk Leicester. Watak yang sangat penting dengan menjaringkan 17 gol dan 11 bantuan gol, satu persembahan cemerlang untuk pemain tengah. Konsistensi Mahrez sepanjang musim membantu kelab kecil ini menggapai impian mustahil.

Jamie Vardy. Penjaring terbanyak Leicester dengan 22 gol. Selain jaringannya, Vardy membantu 8 lagi gol. Vardy juga telah memecahkan rekod jaringan gol dalam perlawanan berturut-turut. Ayam tambatan ini sentiasa boleh diharap dan menjaringkan gol penting apabila Leicester menang tipis.

---------------------------------

 "Attack wins you game, defense wins you title." Itulah kata-kata keramat Alex Ferguson (bekas pengurus Manchester United). Tepat sekali. Barisan serangan yang efektif dan barisan pertahanan yang utuh merupakan kunci kejayaan Leicester. Gandingan mantap Schmeichel dan kubu pertahanan serta pasangan serangan kembar berbisa Mahrez-Vardy menghadiahkan senyuman termanis di wajah para peminat. 

Satu yang pasti, musim depan Leicester City akan bertanding di pentas berprestij Liga Juara-Juara Eropah selaku juara bertahan Liga Perdana Inggeris dengan slot automatik. Namun, satu perkara yang belum pasti, aku sangat ragu-ragu Leicester akan mengulangi kejayaan musim ini. Kemungkinan Leicester bersaing untuk top three hanyalah 20% dengan kelab-kelab gergasi akan melaburkan wang untuk menguatkan pasukan.

Itu semua tak penting lagi. Ketika Liverpool hanya berbangga dengan sejarah silam dan Manchester United masih mencari resepi kehebatan pasca era Alex Ferguson, Leicester City mengambil kesempatan atas kelemahan semua kelab lain dengan semangat juang dan kesungguhan walaupun sumber sangat terhad. Mereka selayaknya menjadi juara musim ini dan nama Leicester City akan terus mekar dalam sejarah bola sepak Inggeris.




Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif