Welcome To My Life...

Friday, September 30, 2011

TF #10 : Sentuhlah


Assalamualaikum..

Hadis riwayat Tabrani :
"Ditikam seseorang dari kalian di kepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik daripada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya."

“Lebih baik memegang bara api yang panas dari pada menyentuh wanita yang bukan mahram.”

Hukumnya haram..
Jelas, terang dan nyata..
Mengapa terus menduga Tuhan?
Apakah menanti azab yang dahsyat?


Membenci maksiat,

I'm Proud of You


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. aku sangat gembira ketika ini kerana semalam umi tercinta telah lulus ijazah doktor falsafah.. tahniah umi (Akilah binti Abdullah).. i'm so proud of you.. owhoho.. nak nangis jer rasa tulis nie.. malangnya aku tak dapat berada di sana untuk makan besar meraikan kejayaan itu.. arrggghhh.. stres... tapi aku di sini semakin mendapat rentak untuk belajar.. selepas sekian lama memanaskan enjin, aku kini berjaya menemui kerajinan yang diperlukan untuk bersaing di INTEC nie.. hari nie tak ada idea lar nak update.. haha..

Ya, hujung minggu tiba lagi.. hooray!! Masa untuk tidur... tidur? Yer, bukan tidur sebenarnya.. tidur lar sangat.. minggu depan ada topic test Kimia dan Biologi.. maka hujung minggu aku nie bukan lar masa untuk rehat.. masa untuk menelaah buku sepuas-puasnya.. aku dah tekad nak dapatkan markah terbaik kali nie.. aku tak nak sejarah berulang kembali.. aku berada di kalangan genius.. aku seharusnya berusaha untuk menjadi seperti diorang.. menjadi salah seorang daripada diorang.. ya, aku pasti boleh!! Insya Allah....

Yang penting, malam esok ada perlawanan bola.. haha.. Manchester United vs Norwich City... tak kira lar apa pun nak jadi, aku tetap akan turun ke bilik TV selaku peminat setia.. kipas-susah-mati.. study tetap study.. bola tetap bola.. haha.. mana boleh lepas perlawanan MU.. pukul berapa aku akan turun.. kecuali aku tak tahu ada perlawanan.. sekian dulu untuk entri nie..

umi, I'M SO PROUD OF YOU!! Congratulations, Dr. Akilah :)













p sepak s : Ujian topik memang menjengkelkan.... eeerrr..


Wednesday, September 28, 2011

Anda Wajib Tahu

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Assalamualaikum..

Mesti pelik kan? Apa kaitan keputusan perlawanan bola sepak yang terpapar di atas dengan tajuk entri aku iaitu perkara yang anda wajib tahu.. korang pun tahu kan.. tajuk entri aku bukan sekadar memancing perhatian tanpa sebab.. tajuk aku sentiasa ada kaitan dengan entri.. maka apakah sebabnya keputusan perlawanan bola sepak wajib anda ketahui? Persoalan ini lebih meragukan kaum wanita yang jarang meminati dunia bola sepak berbanding kaum lelaki..

Sebenarnya yang wajib anda ketahui adalah bagaimana mengetahui siapakah tuan rumah perlawanan bola sepak.. sangat lar menjengkelkan apabila aku tengah tengok bola sepak dan ada seorang yang datang bertanya dengan entah-kenapa-lar-dia-tak-pernah-ambik-tahu-pasal-nie, "perlawanan nie lawan kat mana?".. yeah, so annoying.. =.= untuk pengetahuan korang2 yang masih belum tahu, meh aku nak ajarkan macam mana nak tahu siapakah yang menjadi tuan rumah..

Orang yang mencipta papan jaringan sama ada di televisyen ataupun media bercetak telah mengkhususkan pasukan yang namanya berada di atas (rujuk gambar pertama) dan pasukan yang namanya berada di kiri (rujuk gambar kedua) ialah TUAN RUMAH bagi perlawanan itu.. belum pernah lagi perlawanan Brazil vs Israel dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.. kecuali... KECUALI... ya, ada pengecualian.. kecuali mereka bertanding dalam mana-mana kejohanan ataupun perlawanan diadakan di gelanggang berkecuali.. dan satu lagi, kecuali perlawanan itu adalah final sesuatu piala.. pusingan awal biasanya dilangsungkan di stadium milik pasukan yang berlawan kecuali perlawanan akhir..

Kepada lelaki, anda patut tahu kerana anda tidak perlu mengganggu rakan anda yang sedang khusyuk menonton perlawanan bola sepak Arsenal vs Chelsea semata-mata ingin bertanya di mana perlawanan dilangsungkan... semestinya perlawanan itu berlangsung di Stadium Emirates.. dan kepada wanita pula, khususnya yang telah berkahwin, anda tidak perlu mengganggu tumpuan kawan-kawan lelaki atau suami anda yang sedang menonton perlawanan bola sepak Real Madrid vs Barcelona.. sudah semestinya perlawanan itu berlangsung di Santiago Bernabeu..

Tapi lelaki yang baik tak akan mementingkan perlawanan bola sepak lebih daripada wanita kesayangannya.. huhu.. semoga perkara ini bermanfaat.. haha.. jangan lupa pengecualiannya... nanti salahkan aku pulak.. sekian dulu.. wassalam.. :)












p tendang s : Harapnya si jantung hati aku baca nie..


WW #9 : Happiness


Mutiara Manusiawi


Assalamualaikum...

Manusiawi
Permasalahan yang berat
Dalam neraca alam
Dekad kematangan yang sia-sia
Abad kemajuan tak bermakna
Alaf ketamadunan sekian lama

Mutiara manusiawi
Selamilah dasar lautan khalifah
Moga kau ketemu sebutir mutiara
Yang mahal dalam pencarianmu
Kerna kau akan pulang hampa
Rezekimu tak kelihatan
Jerung zalim mencari makan

Mencari mutiara manusiawi
Dulu semudah memetik jari
Kini sesukar mencari yang suci
Dalam lautan kejahatan
Tersorok di sebalik ketakutan
Sekali lagi kutitipkan pesan
Moga kau berjaya dalam pencarian


Tuesday, September 27, 2011

Jenis-Jenis Blog 1

Assalamualaikum..

Pernah tak korang jumpa kategori blog yang akan aku senaraikan dalam episod satu nie...? Mungkin korang pernah terjumpa kalau rajin blogwalking atau tak pernah langsung ternampak.. maka korang akan jakun OTK (Oh Tuhan Ku).. ini bukanlah keseluruhan blog yang ada di dunia.. ini baru episod pertama.. aku akan kembali dengan banyak lagi kategori blog.. tapi sebelum benda-benda ajaib tu berlaku, mari kita saksikan dulu tiga kategori blog yang lazim kita jumpa..

1. Blog aku-punya-suka-lar-nak-tulis-apa-dan-kau-jangan-sibuk

Nampak tak? Nampak tak? Tak nampak lagi? Haha... nie lar blog yang bersifat PERIBADI.. kadang-kadang blog jenis nie akan 'dikunci'.. akan perlukan keizinan untuk membaca.. maka semua blog yang pemiliknya tak bersifat terbuka (open-minded) untuk dikritik, wajarlah anda menerima kenyataan bahawa blog anda tergolong dalam kategori nie.. kadang-kadang pulak blog macam nie dibiarkan untuk dibaca oleh orang awam (public).. tapi bila dikomen atau dikritik, melenting tak sudah.. amboi.. kalau awak buat blog tu untuk tatapan umum, tak payah lar melatah bila 'diusik'.. ^_^ tapi blog jenis nie juga kadang-kadang merupakan diari yang akan dibaca semula pada satu hari nanti..

2. Blog kisah-cinta-aku-dan-dia-bukan-kisah-cinta-kau

Blog dia khas memang update pasal status perhubungan dia.. gaduh jer update.. bahagia jer update.. berbunga-bunga.. semua entri dia memang tak habis-habis pakwe dia sorang lar paling hebat.. tak ada orang lain dah.. err... frankly saying, blog aku pun ada bibit-bibit kategori nie tapi belum lagi menyimpang ke arahnya.. blog aku lebih kepada rojak campur yang akan dibicarakan dalam entri akan datang.. blogger cintan yang tersesat dalam kategori nie dikhuatiri riak secara tidak sengaja dengan kisah cinta terhebat diorang tu.. blog nie boleh juga termasuk dalam kategori pertama..

3. Blog aku-nak-bagi-resepi-kau-tinggal-salin-jer-nanti-masak-lar


Auww.. terliur tengok nasi goreng pattaya yang baru aku bantai malam semalam.. campur daging merah lagi.. kelas gitu...... sebenarnya kan, blogger dalam kategori nie tak lar teruk.. diorang nie baik-baik belaka sebab sudi kongsi resepi untuk kebaikan semua.. saya suka......... blogger yang femes dengan resepi masakannya sudah tentulah kawan Abang Ben, TiffinBiru.. macam-macam jenis masakan ada dalam blog tu.. korang tinggal salin resepi jer.. dan perlukan keberanian sikit.. keberanian untuk apa? Untuk cuba memasak resepi tu.. nice2..


KESIMPULAN
Tak kisah lar apa pun motif kita berblog.. teruskan berblog.. orang boleh cakap apa saja.. kita tahu apa yang kita buat.. tapi kalau salah tu, tetap salah jugak.. perbaiki diri, hiasi peribadi.. keep blogging.. majulah blogger untuk negara...

Bersabarlah


Assalamualaikum..
God gives answer in three ways.
1- He says YES and give what you want.
2- He says NO and give something better.
3- He says WAIT and give you the best.
So be patient, and you will deserve the best.. insyaAllah... :)


Patient-blogger

Monday, September 26, 2011

Sepetang Karaoke


Assalamualaikum..

Lega gila.. stres belajar berjaya dilepaskan dengan sesi karaoke bersama 'rakan-rakan' di RedBox IOI Mall, Puchong.. aku, Zafran(rakan sekelas) dan pensyarah (nama tak dapat disebut) bersantai dengan menyanyi menghiburkan hati yang lara.. lalalala.. tenang sikit minda aku.. puas menjerit dalam bilik tu.. huhu.. terima kasih kepada pensyarah yang memang rock habis.. tak kisah lepak dengan pelajar.. dia muda lagi, baru 25.. sesapa nak kirim salam, sila tinggalkan pesanan di ruangan komen.. haha..

Memang pancit habis 'tarik' lagu-lagu Anuar Zain.. Sixth Sense.. The Lima lagi.. layannnn.... minggu depan ada topic test untuk subjek Biologi dan Kimia.. jadi balik nie masa untuk menghadap buku lar.. aku rasa aku dah dapat semangat nak berjuang.. alhamdulillah.. syukur kepada Allah.. chaiyok2.. doakan kejayaan aku.. sekian dulu untuk hari nie.. majulah blogger untuk negara..

Semoga Rohmu Aman


Assalamualaikum...

Mood : Bersedih atas pemergian nenek sebelah umi..
Ucapan
: Semoga rohmu aman di sana nenda tersayang..
Harapan
: Rakan2 tolong sedekahkan al-fatihah buat allahyarhamah Selamah binti Ahmad.. semoga Allah mencucuri rohnya dengan rahmat dan arwah ditempatkan di kalangan orang yang solehah.. amin ya rabbal alamin...

Friday, September 23, 2011

TF #9 : Peraturan Allah


Maksudnya :
Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Undang-undang Islam haruslah ditegakkan..


Thursday, September 22, 2011

Persahabatan Tiada Nilainya

Assalamualaikum..

"The only way to have a friend is to be one"
- Ralph Waldo Emer
son-

"A real friend is one who walks in when the rest of the world walks out"
-Walter Winchell-



"One loyal friend is worth ten thousand relatives"
-Euripides-


"No man is useless while he has a friend"
-Robert Louis Stevenson-



"A true friend is someone who is there for you when he'd rather be anywhere else"
-Len Wein-


"A single rose can be my garden... a single friend, my world"
-Leo Buscaglia-


"Only your real friends will tell you when your face is dirty"
-Sicilian proverb-

"Don't walk in front of me, I may not follow.
Don't walk behind me, I may not lead.
Just walk beside me and be my friend."

-Albert Camus-

The best friend,

Wednesday, September 21, 2011

Olok-Olok Saja


Assalamualaikum...

Nak dijadikan cerita.. semalam aku menghadiri perjumpaan mingguan salah satu persatuan di INTEC iaitu Orbic (Organisasi Bahas INTEC).. sepatutnya pukul 4 petang dah bermula.. tapi menanti kehadiran ahli-ahli sampai setengah jam lewat baru mula perjumpaan.. dan bila bermula pengerusi memberitahu agenda iaitu tentang yuran keahlian seumur hidup, lawatan ke Istana Budaya dan Bakti (bahas terbuka INTEC).. cerita aku kali nie berkisar tentang agenda ketiga.. apabila pengerusi meminta mereka yang tidak mahu mencuba untuk menjadi wakil INTEC untuk mengangkat tangan, beliau memanggil semuanya ke depan.. ada enam orang semuanya..

Aku ingat kena buat apa.. rupa-rupanya 'didenda' buat debat olok-olok (mock debate).. maka aku yang nak lari daripada ujibakat telah terpaksa berdebat jugak.. aku sorang jer lelaki pulak tu.. huhu.. bukan aku bacul atau takut untuk ujibakat tapi aku ada masalah otak beku dan ketandusan idea di bawah tekanan.. cukup lar aku wakil sekolah masa sekolah menengah dulu.. tajuknya humor iaitu "Nabil dan Erma secocok".. Nabil dan Erma kan dah berpisah.. haha.. masa yang diberi untuk bersedia selama 15 minit..

Memang jelas aku ketandusan idea.. aku tak tahu apa nak buat dengan tajuk tu.. kitorang diberi pilihan untuk memperdebatkan tajuk humor tersebut secara langsung atau membelokkan tajuk tu jauh daripada hakikat sebenar dan mendefinisikan tajuk itu dengan sesuatu yang boleh dikaitkan.. aku dan dua orang rakan bertelagah jugak untuk mencari satu definisi tajuk yang memihak kitorang.. akhirnya kitorang bersetuju sebulat suara untuk memilih tajuk bertemakan kesukanan atas rasional Nabil dan Erma tu jauh berbeza.. eh, eh, dah gaya berdebat pulak bahasa aku...

Kitorang menjadi perwakilan kerajaan dan takrifkan tajuk tu sebagai atlet luar dan atlet tempatan setanding.. aku jadi menteri kedua.. seronok lar jugak walaupun gemuruh sebab kena berdebat secara mengejut.. salah sorang antara kami berenam baru pertama kali berdebat.. memang nampak dia malu-malu.. dia membangkang kitorang sambil tersenyum.. huhu.. pertama kali aku terpaksa buat kerja gila macam nie.. aduhai.... apalah nasib.. moralnya di sini, jangan takut untuk mencuba.. hehe.. wassalam..











p tendang s : Mengasah bisa berdebat...

Berjuanglah Perwira



Assalamualaikum..

Petang nie pukul 7 waktu Malaysia, wira-wira bola sepak negara akan berjuang dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan pusingan terakhir Kelayakan Sukan Olimpik menentang gergasi Asia, Jepun.. kualiti semasa mungkin menyebelahi Jepun dan kemenangan mungkin satu harapan berbanding kemungkinan.. Jepun mungkin terlalu kuat berbanding pasukan negara yang baru meningkat.. tetapi sekurangnya kita perlu menyokong pasukan negara sebagai rakyat yang patriotik.. aku tetap setia menyokong pasukan negara walaupun pasukan kita dibelasah 4-0 sekalipun..

Dalam bola sepak apa juga boleh berlaku.. bunyinya memang agak mustahil.. tidak dapat dinafikan.. sekurangnya aku mahu melihat pasukan negara memberikan tentangan dan aksi bersemangat.. jangan mundur sebelum berjuang.. mereka manusia biasa.. begitu juga kita.. kalau mereka mampu, kenapa kita tidak?? Aku akan turun bersama para penyokong skuad negara ke bilik TV Kolej Cendana petang nie untuk memberikan sokongan padu.. marilah kita bersama-sama mendoakan skuad bola sepak negara.. selamat berjuang Harimau Malaya.. doa kami bersama kalian...











p/s : Entri debat olok-olok akan datang..

WW #8 : Meaningful Pink Roses


Tuesday, September 20, 2011

Aku Benci Facebook


Assalamualaikum..

Amboi.. tajuk.. macam nak mintak penampar Mark Zuckerberg jer.. huhu.. aku bukan benci Facebook.. aku dah bersahabat baik dengan Facebook dari dulu lagi.. tapi tadi masa aku cari gambar macam nie, rupanya ramai yang anti dengan Facebook nie.. apakah dosa 'beliau' pun aku tak tahu.. mungkin mereka itu pendengki Zuckerberg atau hartawan yang nak beli Facebook tapi tak dapat.. okey, itu mukadimah jer.. mukadimah yang jelas tak ada kaitan dengan tujuan aku menulis entri nie.. adakah Facebook ada kaitan dengan rentak aku menaip entri nie??

Ya, korang tak perlu sumpah-sumpah aku jadi sesumpah atau maki-maki aku.. sebab Facebook memang berkait rapat dengan persoalan yang ingin aku tanyakan.. pernah tak korang bayangkan? Pernah tak?? Soalannya.... soalan nie dah aku peram hampir dua minggu.. masa aku bukak laptop.. tetiba jiran aku tanya satu soalan yang membuatkan aku terduduk di atas kerusi walaupun ketika itu aku memang sedang duduk.. dia tanya "kalau kita tak bukak fb, kita nak buat apa?"

Maka, itulah soalan paling sukar pernah aku dengar dalam sejarah dunia.. haha.. pernah tak korang bayangkan.. kalau tak online facebook, apa yang korang nak buat? Soalan nie khusus bagi sahabat-sahabat baik facebook saja.. yang berjaya mengasingkan diri daripada 'makhluk berbahaya' bernama facebook, tahniah aku ucapkan.. yang tak berjaya atau belum berjaya, tepuk dahi tanya minda anda... renung-renungkan.. wassalam...












p/s : Esok ujian CTIS10.. errr...

Maafkan Diriku


Assalamualaikum...

Maaf kerna meremukkan hatimu yang suci...
Maafkan saya menghancurkan kepercayaan yang awak beri..
Sebenarnya saya ada sebab di sebaliknya..
Tapi awak takkan percaya..
Maaf.............

Benar saya membelakangi awak...
Tapi apa yang saya janjikan pada awak bukan penipuan..
Saya serius dengan awak.. itu kebenaran...
Sama ada awak percaya atau tidak..
Terpulang pada awak...

Saat-saat begini...
Renungilah suka duka yang kita lalui..
Susah senang yang kita harungi..
Detik-detik indah yang bukan fantasi...


Saya mintak maaf sangat-sangat.......:'(
Maaf atas kesakitan yang awak rasai...
Maaf atas air mata awak yang mengalir kerana saya...
Maafkan saya........
Maaf sayang............ v_v
Maaf teramat sangat........


Yang tulus ikhlas,

Sunday, September 18, 2011

Berat Hati Lar


Assalamualaikum..

Errr.. aku cari tiket bas tadi.. tapi tiket untuk hari nie dah penuh lar.. tiket untuk esok ada.. macam ada orang tak nak aku balik jer.. huhu.. aku pun rasa berat hati.. rasa seronok pulak cuti.. alahai.. nie mesti penangan rehat 7 bulan lepas SPM.. bisanya masih terasa.. rasa malas tu masih kuat memandangkan otak aku berehat selama berbulan-bulan lamanya.. jeng jeng jeng.. rasa selesa pulak balik baiti jannati tiga hari lepas dua bulan tak balik... apa yang aku cakap nie..

Tapi aku tau, macam mana pun, semangat aku masih membara untuk meneruskan apa yang telah bermula.. perjalanan yang masih panjang.. aku akan terus berjuang.. kerana masa depan aku bukan hak aku seorang.. walaupun hak aku untuk memilih masa depanku.. tetapi juga menjadi hak ibu bapa aku untuk melihat kejayaan aku selepas mereka penat membesarkan aku.. begitu juga hak keluarga masa depan aku yang akan aku bina.. mereka bergantung kepada usaha aku.. maka itulah yang menjadi inspirasi aku.. ya, aku perlu berjuang!

Masa untuk kemas beg.. sekian dulu entri cepat untuk hari nie.. terima kasih kerana membaca diari picisan aku nie.. wassalam...












p/s : Bukan blog ilmiah...

Saturday, September 17, 2011

Pertemuan Semula 1


Assalamualaikum..

KFC Changloon
16 September 2011
4.30 pm - 7.00 pm
[FIRST REUNION]

Alhamdulillah.. selepas sembilan bulan, kelas 5 Alfa 2010 telah berjaya melakukan pertemuan semula aka reunion yang pertama.. walaupun hanya separuh kelas iaitu 12 orang berjaya dikumpulkan daripada 25 orang, reunion ini tetap aku anggap satu kejayaan kerana kitorang merancangnya cuma beberapa jam.. memang meriah lar.. aku yang first sampai.. semangat gila kan.. haha.. Ku dan Azuwa sampai paling akhir, kira-kira pukul 6 petang.. dan sesi bergambar pun bermula..

Smart!

Nice!

Favourite 1

Favourite 2

Superb!

Favourite 3

"Jambu" kata pendengki.. haha..

Favourite 4
A Guy From Mars

Favourite 5

Hensem dan cun.. :)

Secret Recipe atau KFC ???

Sssshhhhh.....

Gumbira teramat!

Anak-anak dara yang berkesempatan..

Fuuuhhhhh...

Semua orang nampak putih.. haha..

Favourite 6


Itulah serba sedikit gambar kenangan daripada reunion semalam.. banyak lagi sebenarnya.. tapi nanti korang korang korang tak larat nak scroll ke bawah.. jadi aku tempek yang ada gambar aku saja.. okey... aku gila kamera... sindrom baru berlaku jer nie.. gambar yang aku letak nie aku rasa smart.. korang rasa??? Harapnya reunion akan datang lebih gempak, meriah dan berjaya sejaya-jayanya.. thanks for reading.. wassalam..













p/s : Petang nie boling pulak..

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif