Welcome To My Life...

Sunday, September 11, 2011

Terlalu Hebat

Javier Hernandez & Wayne Rooney

Nani + Anderson + Rooney + Chicharito + Giggs

Assalamualaikum,.

Malam semalam sekali lagi aku lepak di bilik TV bersama rakan2 INTEC yang kaki bola.. para pengurus Liga Perdana Fantasi.. kelakar betul berebut bilik TV.. perlawanan Chelsea, Liverpool, Arsenal dan Manchester City berlangsung serentak pada pukul 10 malam.. hanya perlawanan Manchester United bermula pada pukul 12.30 malam.. jadi penyokong The Blues, The Kops dan The Gunners berebut lar.. bahagi masa nak tengok tu.. separuh masa (45 minit) dibahagikan kepada tiga.. begitu juga separuh masa kedua.. nasib baik tak ada penyokong Manchester City.. kalau tidak lagi payah nak bahagikan 90 minit masa permainan tu.. nasib, nasib.. huhu..

Arsenal menang tipis (gol bertuah Arshavin) 1-0 ke atas Swansea.. Liverpool tumbang 1-0 kepada Stoke.. Chelsea sekadar menang 2-1 ke atas Sunderland.. Manchester City mencatat kemenangan keempat berturut-turut dengan jumlah jaringan meyakinkan 3-0 hasil hatrik Sergio Aguero.. namun mereka mendahului liga hanya seketika.. jiran mereka, Manchester United melakukan lebih baik daripada City untuk minggu kedua berturut-turut.. selepas membelasah Arsenal 8-2, United membedil Bolton 5-0.. nampaknya kemaraan jentera serangan United sukar dikekang..

Wayne Rooney dengan hatrik untuk minggu kedua berturut-turut.. Javier Hernandez dengan penampilan pertama musim ini meledak dua gol dan hanya kurang bernasib baik gagal melengkapkan hatrik.. gandingan serampang dua serangan United begitu tajam.. barisan tengah terlalu kemas.. Carrick dengan pengalaman.. Anderson menunjukkan siri aksi one-touch yang sangat menghiburkan dan memukau.. Nani di sayap kanan sentiasa menghadirkan ancaman.. Young di sayap kiri gagal disentuh.. Evra dan Jones di bek kiri dan kanan sentiasa melakukan overlapping.. Jones mencipta dua gol Rooney.. Ferdinand menggunakan pengalaman di bek tengah.. Evans pula muda tetapi kental.. de Gea kebal menampan serangan bertubi-tubi Bolton..

Rooney menampilkan kehebatannya yang berada di kemuncak prestasi dengan tiga lagi gol untuk menjadikan jumlah jaringannya ketika ini lapan gol daripada empat perlawanan.. jumlah jaringannya secara individu adalah lebih banyak daripada jaringan keseluruhan mana-mana pasukan kecuali Manchester City setakat ini.. Javier Hernandez pula baru kembali daripada kecederaan.. tetapi aksinya seperti dia tidak pernah menghilang.. dia hanya memerlukan lima minit dari sepak mula untuk memperbudakkan Gary Cahill dengan larian mengelirukan.. kini kemampuan jentera serangan United bukan lagi satu persoalan.. sebaliknya berapa banyak gol dapat mereka hasilkan.. aliran gempuran Bolton juga tidak kurang sengatnya.. hanya ketenangan tunjang barisan belakang United menafikan segalanya.. tajam menyerang, kental bertahan.. bagaimana mahu mengalahkan United?

Itulah persoalan yang perlu difikirkan Andre Villas-Boas dan barisan Chelsea menjelang pertemuan dua gergasi merah dan biru minggu depan.. 18 September bakal menjadi saksi adakah United sudah sedia untuk mara dan menghadapi keangkuhan Barcelona sekali lagi.. persoalan adakah barisan muda United benar-benar sudah meningkat begitu jauh berbanding musim lepas akan terjawab dalam perhitungan strategi antara dua pakar taktikal berpengaruh di dunia ketika ini..












p/s : Menanti dengan sabar..

5 comments:

Alif Haris said...

haha glory2 MU :)

Niena Muhammad said...

xtau pape (+.+)

Aleen Aiden said...

pergh,liverpool chelsea n arsenal punye game serentak.memang sah2 la berebut tb ye.hu3

anez zamri said...

minat sangat bola yekk :)

M Fizan said...

@alif haris glory glory manchester united ^_^

@Niena Pengembara Ilahi haha.. kesian akak.. :P

@aleen aiden huhu..kesian dorang

@SweetLikeWhat sangat2 lar akak..fanatik nie..hehe

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif