Welcome To My Life...

Sunday, September 18, 2011

Berat Hati Lar


Assalamualaikum..

Errr.. aku cari tiket bas tadi.. tapi tiket untuk hari nie dah penuh lar.. tiket untuk esok ada.. macam ada orang tak nak aku balik jer.. huhu.. aku pun rasa berat hati.. rasa seronok pulak cuti.. alahai.. nie mesti penangan rehat 7 bulan lepas SPM.. bisanya masih terasa.. rasa malas tu masih kuat memandangkan otak aku berehat selama berbulan-bulan lamanya.. jeng jeng jeng.. rasa selesa pulak balik baiti jannati tiga hari lepas dua bulan tak balik... apa yang aku cakap nie..

Tapi aku tau, macam mana pun, semangat aku masih membara untuk meneruskan apa yang telah bermula.. perjalanan yang masih panjang.. aku akan terus berjuang.. kerana masa depan aku bukan hak aku seorang.. walaupun hak aku untuk memilih masa depanku.. tetapi juga menjadi hak ibu bapa aku untuk melihat kejayaan aku selepas mereka penat membesarkan aku.. begitu juga hak keluarga masa depan aku yang akan aku bina.. mereka bergantung kepada usaha aku.. maka itulah yang menjadi inspirasi aku.. ya, aku perlu berjuang!

Masa untuk kemas beg.. sekian dulu entri cepat untuk hari nie.. terima kasih kerana membaca diari picisan aku nie.. wassalam...












p/s : Bukan blog ilmiah...

3 comments:

Aleen Aiden said...

kat tempat aku,aku emang xpnah dapat nak balik ahad.sbb slalu pegi mesti tiket da ahbes.hu3

anez zamri said...

bila nak balik memang macam tuh..ragam biasa pada yang masih study :)

M Fizan said...

@aleen aiden huhu..aku dapat jer....:D

@SweetLikeWhat huhu..sememangnya....akak mesti teringat zaman dolu2 kan ^_^

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif