Assalamualaikum..
Sebelum nie aku tak pernah lagi rasa demam macam dua hari lepas.. sakitnya tak terhingga.. bisa sangat2.. badan aku teramat lemah.. jalan terhuyung-hayang.. melayang-layang.. fikiran terawang-awang.. sakit kepala yang sangat mencengkam.. kedua-dua belah otak terasa beku dan kejang.. aku ingat sesuatu yang sangat buruk dah berlaku kerana ia berlaku secara tiba-tiba.. apa yang aku ingat pada ketika itu hanyalah Allah.. memang lumrah manusia.. kala dihimpit musibah, barulah ingat pada Pencipta.. kala senang, sentiasa lupa pada-Nya.. itulah pengajaran yang aku dapat..
Semasa hanya mampu terbaring menggigil di atas katil dengan kepasrahan dan tawakal kepada-Nya itulah aku mula mengalunkan zikir.. itu bukanlah contoh yang patut dijadikan teladan.. tapi insya-Allah kalimah2 mulia ini takkan kering dari bibir aku lagi.. banyak yang aku belajar.. kala tidak mampu berbuat apa-apa, aku menyesali perkara2 buruk yang aku lakukan ketika aku sihat dan aktif.. aku mula menghargai masa2 sihatku.. sesungguhnya ketika sakit, pergerakan sangatlah terbatas.. kepada yang belum pernah merasai, sesungguhnya aku telah dihadapkan dengan penderitaan dan merasai apa yang orang sakit pernah rasai..
Demam aku itu muncul secara tiba-tiba.. tanpa khabar, salam mahupun pesan apatah lagi amaran.. ia datang dengan izin Allah.. bila Dia berkata "jadi" maka jadilah sesuatu itu.. kuasa kun fayakun Allah.. cuti dua hari aku dihabiskan dengan berehat.. hari ini aku masih lagi dalam proses pemulihan.. badan aku masih belum dalam keadaan terbaik.. aku merindui kesihatan tubuhku.. kerana aku mahu memanfaatkannya sebaik mungkin apabila ia kembali.. insyaAllah.. hargailah masa sihat korang.. bersyukurlah dan ucaplah "Alhamdulillah".. :)
p/s : Berkongsi peringatan..
5 comments:
sakit toh penawar dosa...sabar dan tabah jalani ujian..:)
aku selalu gak demam.
tambah lg kalo kene ujan.
cepat je demam.
tapi selepas aku makan vitamin dr amway, alhamdulillah ok la.
tak de dah demam mcm dulu.
pe kata ko cuba try vitamin dr amway :)
Baru baik daripada demam jugak, huhu.
moga cepat sembuh seperti biasa :)
@anismelon huhu..sabar nie..thanks :)
@schaze zainn huhu..tak nak lar..
@Eyra. huhu..sama lar kita..
@SweetLikeWhat terima kasih akak ^_^
Post a Comment