Assalamualaikum...
Nak dijadikan cerita.. semalam aku menghadiri perjumpaan mingguan salah satu persatuan di INTEC iaitu Orbic (Organisasi Bahas INTEC).. sepatutnya pukul 4 petang dah bermula.. tapi menanti kehadiran ahli-ahli sampai setengah jam lewat baru mula perjumpaan.. dan bila bermula pengerusi memberitahu agenda iaitu tentang yuran keahlian seumur hidup, lawatan ke Istana Budaya dan Bakti (bahas terbuka INTEC).. cerita aku kali nie berkisar tentang agenda ketiga.. apabila pengerusi meminta mereka yang tidak mahu mencuba untuk menjadi wakil INTEC untuk mengangkat tangan, beliau memanggil semuanya ke depan.. ada enam orang semuanya..
Aku ingat kena buat apa.. rupa-rupanya 'didenda' buat debat olok-olok (mock debate).. maka aku yang nak lari daripada ujibakat telah terpaksa berdebat jugak.. aku sorang jer lelaki pulak tu.. huhu.. bukan aku bacul atau takut untuk ujibakat tapi aku ada masalah otak beku dan ketandusan idea di bawah tekanan.. cukup lar aku wakil sekolah masa sekolah menengah dulu.. tajuknya humor iaitu "Nabil dan Erma secocok".. Nabil dan Erma kan dah berpisah.. haha.. masa yang diberi untuk bersedia selama 15 minit..
Memang jelas aku ketandusan idea.. aku tak tahu apa nak buat dengan tajuk tu.. kitorang diberi pilihan untuk memperdebatkan tajuk humor tersebut secara langsung atau membelokkan tajuk tu jauh daripada hakikat sebenar dan mendefinisikan tajuk itu dengan sesuatu yang boleh dikaitkan.. aku dan dua orang rakan bertelagah jugak untuk mencari satu definisi tajuk yang memihak kitorang.. akhirnya kitorang bersetuju sebulat suara untuk memilih tajuk bertemakan kesukanan atas rasional Nabil dan Erma tu jauh berbeza.. eh, eh, dah gaya berdebat pulak bahasa aku...
Kitorang menjadi perwakilan kerajaan dan takrifkan tajuk tu sebagai atlet luar dan atlet tempatan setanding.. aku jadi menteri kedua.. seronok lar jugak walaupun gemuruh sebab kena berdebat secara mengejut.. salah sorang antara kami berenam baru pertama kali berdebat.. memang nampak dia malu-malu.. dia membangkang kitorang sambil tersenyum.. huhu.. pertama kali aku terpaksa buat kerja gila macam nie.. aduhai.... apalah nasib.. moralnya di sini, jangan takut untuk mencuba.. hehe.. wassalam..
p tendang s : Mengasah bisa berdebat...
6 comments:
sysuke debate..hihi
dulu penah wakil skola..agaga
tp bile time turn sendiri mesti nebes je..haha
wah,gua teringin nak berdebat cuma gua takde keyakinan. huhu
@schaze zainn haha.. sama lar.. tetiba nebes macam nak luruh jantung..
@Anyyss Shuhaimi huhu.. keyakinan tu ada, tapi gugup..huhu
belum penah berada dlm situasi mcm ni....;d
wah macam best jer..
@Run Away kalau kena, baru tau....:D
@SweetLikeWhat best.. tapi tak suka situasi nie...huhu
Post a Comment