Welcome To My Life...

Monday, September 26, 2011

Sepetang Karaoke


Assalamualaikum..

Lega gila.. stres belajar berjaya dilepaskan dengan sesi karaoke bersama 'rakan-rakan' di RedBox IOI Mall, Puchong.. aku, Zafran(rakan sekelas) dan pensyarah (nama tak dapat disebut) bersantai dengan menyanyi menghiburkan hati yang lara.. lalalala.. tenang sikit minda aku.. puas menjerit dalam bilik tu.. huhu.. terima kasih kepada pensyarah yang memang rock habis.. tak kisah lepak dengan pelajar.. dia muda lagi, baru 25.. sesapa nak kirim salam, sila tinggalkan pesanan di ruangan komen.. haha..

Memang pancit habis 'tarik' lagu-lagu Anuar Zain.. Sixth Sense.. The Lima lagi.. layannnn.... minggu depan ada topic test untuk subjek Biologi dan Kimia.. jadi balik nie masa untuk menghadap buku lar.. aku rasa aku dah dapat semangat nak berjuang.. alhamdulillah.. syukur kepada Allah.. chaiyok2.. doakan kejayaan aku.. sekian dulu untuk hari nie.. majulah blogger untuk negara..

4 comments:

Niena Muhammad said...

teruskan menghadap buku ye.. :D
gud luck

M Fizan said...

@Niena Pengembara Ilahi huhu..thanks akak :)

anez zamri said...

time belajar dulu rajin jugak berkaroke..hilang stress..:)

M Fizan said...

@SweetLikeWhat semestinya.. setuju, setuju, setuju! :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif