Welcome To My Life...

Tuesday, September 6, 2011

Dia Telah Muncul



Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. akhirnya dikurniakan kesempatan untuk menemui semula diariku yang telah bersawang.. sob2.. sedih aku macam nie.. sepanjang 12 hari di kampung, aku benar-benar merindui blog tercinta aku nie.. tapi nak buat macam mana.. tak ada line internet.. nak online pun kena pinjam broadband mak sedara.. tu pun kena berebut.. jadi memang tak ada lar masa nak update segala bagai nie.. apa lagi blogwalking.. tapi takpe.. i'm back NOW!! Aku kembali untuk mewarnai kanvas blog nie setiap hari untuk dibaca semula suatu hari nanti.. hehe.. nie pun curi2 masa sambil siapkan tugasan ALEL10 dan Ko-PLN.. hurmmm.. hidup selepas sekolah menengah nie memang tak habis2 dengan tugasan.. lepas satu, datang satu lagi.. redha jer lar..

Emm.. perkembangan terbaru yang menarik perhatian.. yeah.. filem "HANTU BONCENG" yang sememangnya mengujakan aku dengan penampilan Zizan sebagai hero telah mencapai kutipan memberangsangkan RM5 juta setelah hanya lima hari tayangan.. aku pernah buat entri pasal kutipan filem KL Gangster satu masa yang tak berapa nak lama dulu.. aku sangat suka menganalisis dan melihat statistik tentang berapa jauh filem Malaysia boleh terbang tinggi.. berapa banyak yang pengarah filem Malaysia dapat kutip.. itu yang menarik perhatian aku kerana semakin hari, rakyat Malaysia semakin ramai ke panggung mencari hiburan.. dan hiburan yang mereka cari adalah hiburan yang berkualiti dan mampu mengisi masa mereka dengan kepuasan..

Aku rasa kalau begini trendnya, Zizan akan menjadi Bintang Paling Popular tahun depan mengatasi Shaheizy Sam.. dan kalau tak silap kiraan aku, filem HANTU BONCENG ini boleh melepasi kutipan pecah panggung KL Gangster yang melepasi RM10 juta.. tetapi walaupun dipuji kerana humor yang konsisten sepanjang cerita, masih ada yang sensitif dan tidak puas hati kerana Ahmad Idham dikatakan mengutarakan lawak yang menyentuh sensitiviti agama Islam.. bagi aku, lain orang, lain pandangannya.. ada yang terlalu sensitif sehingga semua benda pasal Islam tak boleh disentuh.. ada pulak yang sekadar menganggap perkara seperti itu gurauan semata.. aku golongan yang kedua.. tak perlu lar kita memperbesarkan hal-hal yang remeh.. kita tengok sejauh mana HANTU BONCENG boleh berlari ke langit.. sekian.. wassalam..













p/s : Aku yang muncul....


4 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

bila lah leh tgk cter tu..adoiii..

M Fizan said...

@nuyui a.k.a miss NUSHA huhu..jom gi tengok ^__^

anez zamri said...

tak tengok lagi..best sangat ke..

M Fizan said...

@SweetLikeWhat best tak best lar..tapi yang review cakap gelak dari mula sampai habis..apa maknanya? huhu

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif