Welcome To My Life...

Tuesday, September 6, 2011

Seberapa Pantas




Assalamualaikum..

Aku masih dalam mood terkejut selepas melihat satu lagi rekod baru dunia dipecahkan oleh manusia terpantas dunia, Usain Bolt dan kuartet pecutnya dari Jamaica.. ini bukan cerita olahraga.. ini bukan sekadar cerita sukan.. ini kisah seberapa pantas manusia mampu berlari.. jika sememangnya bukan dibantu faktor dadah, Bolt boleh diisytiharkan legenda yang masih hidup (living legend).. kepada korang yang tak pernah kenal dan tak pernah ambik peduli tentang kepantasan larian seorang manusia, Usain Bolt adalah atlet pecut Jamaica yang mendadak naik pada 2008.. tiga emas Sukan Olimpik Beijing 2008 (acara 100 meter, 200 meter dan 4x100 meter berganti-ganti).. sekali lagi pada Kejohanan Dunia 2009, Bolt menggondol tiga emas dalam tiga acara yang sama...

Menariknya Bolt telah menjadikan tanda rekod dunia seperti akan sentiasa dapat dilepasi lagi.. semalam Bolt menuai emas keduanya untuk Kejohanan Dunia 2011.. beliau tewas mengejut dalam acara 100 meter kerana dibatalkan pada final.. Bolt menebus kehampaan dengan mencatat masa keempat terpantas dalam sejarah acara 200 meter dua hari lepas.. dan semalam Bolt sekali lagi mengetuai kuartet Jamaica yang turut dianggotai pemenang acara 100 meter tempoh hari iaitu Yohan Blake, Nesta Carter dan Michael Frater.. catatan masa mereka iaitu 37.04 saat pada final tersebut telah memadamkan rekod dunia yang turut dicatat kuartet Jamaica pada Sukan Olimpik Beijing 2008 iaitu 37.10 saat..

Percaya atau tidak, Bolt memegang tiga daripada empat catatan masa terpantas dalam sejarah acara 200 meter.. semasa memenangi pingat emas Sukan Olimpik Beijing 2008, beliau mencatat 19.30 saat untuk memadam rekod 12 tahun Michael Johnson yang dikatakan tidak mungkin disentuh iaitu 19.32 saat.. setahun kemudian, beliau mencatat rekod dunia yang masih bertahan iaitu 19.19 saat semasa Kejohanan Dunia.. dan dua hari lepas, Bolt mencatat 19.40 saat.. lelaki ini sendiri adalah pemegang rekod dunia acara 100 meter dengan kepantasan 9.58 saat.. bayangan kepantasan lelaki tinggi lampai ini semakin hangat apabila dia menyatakan kepantasan rekod untuk 100 meter akan berhenti pada 9.40 saat.. itu fakta yang sangat menarik!!!

Adakah manusia yang dapat berlari lebih pantas daripada Usain Bolt? Mampukah seorang manusia biasa berlari sejauh 100 meter sebelum detik masa mencecah 9 saat?? Atau adakah lelaki yang mampu memecut dalam jarak 200 meter lebih cepat daripada catatan masa 19 saat?? Mungkin anda akan menjawab tidak.. tetapi zikir mustahil itulah yang pernah diucapkan lelaki2 lain mengenai kepantasan Michael Johnson sebelum Bolt muncul mendominasi acara pecut.. yang mustahil itu sifat manusia tetapi bukan sifat Allah.. yang mustahil bagi kita, tidak pernah mustahil bagi Yang Maha Mencipta.. renung-renungkan.. wassalam...














p/s : Memerhati perkembangan lelaki kilat..


4 comments:

Aleen Aiden said...

pergh3..dasatnye usain bolt neh..salu gak dgr name die.tp xmengikuti perkembangan sgt sbb xbrape suke olahraga.hu3

M Fizan said...

@aleen aiden huhu..awak kena amik tau sal kemampuan manusia nie..huhuhu

anez zamri said...

tak berapa tahu sangat bab sukan..tq info nie..dah kenai sape usain bolt nie..hehe

M Fizan said...

@SweetLikeWhat hehe..saya harap dapat bantu orang mendapat pengetahuan am :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif