Welcome To My Life...

Wednesday, November 30, 2011

Tunjuk Ajarku Sifu


Assalamualaikum..

Kalau korang nak pahala percuma, klik lar tiga gambar nie.. bukan rugi apa pun.. hehe.. dapat pahala lagi.. dah enam bulan blogging baru reti nak berjinak-jinak dengan Cik Churpchurp.. padan lar muka kau Lelaki Dari Marikh.. orang lain dah cash out banyak kali, kau baru dapat kesedaran nak mencuba.. aduhai nasib.. sifu, sifu! Tunjuk ajarku sifu.. kepada sifu yang dah hebat pasal Cik Churpchurp nie tolong lar ajar aku,.. aku tak tahu macam mana nak maju.. sob sob..


Apa yang aku belajar mula-mula dulu, blogging nie bukan kerana nak duit.. tapi ada yang sebut pasal sampingan.. buat duit sambil berblog.. dulu aku tak endahkan.. arrr, menyesal pulak rasa bila blogger lain semua tayang hasil masing-masing.. harap-harap belum terlewat lagi lar aku nie.... huhu.. aku berblog bukan kerana duit.. aku menulis bukan kerna nama.. yeah..


Kalau korang rasa baik hati, tolong lar klik yer.. jasa ikhlas korang didahului ucapan terima kasih daun keladi.. lain kali datang, tekan lagi.. hehe.. dan kepada yang tahu banyak pasal nie, mohon kongsi pengalaman di ruangan komen.. terima kasih.. :)











p palang s : Uwaaa...

WW #17 : Unspoken


Tuesday, November 29, 2011

Selamat Ulang Tahun Ke-21

21st Wedding Anniversary
Md Fared Wakimin & Akilah Abdullah

29 November 2011 Selasa

Assalamualaikum..

Although this is your special day
To share with one another,
It's special, too, for everyone
Who love you, Dad and Mother
That's why so many loving thoughts
Come with this wish for you
For everything to make this day
Just perfect for you two!

This special anniversary wish
That comes with love to you
Brings warm and heartfelt thanks
For all the thoughtful things you do

It also comes to let you know
You both mean more each day
To everyone your lives have touched
In such a loving way.

Happy Wedding Anniversary, Umi dan Ayah.. :)










p peluk s : Happy for both of you..


Monday, November 28, 2011

Fenomena 'Nami'


Assalamualaikum..

Bintang baru muncul lagi di langit bola sepak negara.. kilauannya terang memukau pandangan.. sinar gemilangnya amat mengagumkan.. Muhamad Nazmi Faiz Mansor nama diberi.. 17 tahun muda sekali.. aksi diberi sangat terpuji.. disanjung tinggi ke mana pergi..

NAZMI FAIZ MANSOR


NFM atau dipanggil 'Nami' dalam kalangan rakan sepasukan Harimau Muda ini telah mencetus fenomena baru dalam arena bola sepak Malaysia.. selepas kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha serta Khairul Fahmi Che Mat, kini nama Nazmi Faiz Mansor pula meniti di bibir makhluk bernama wanita.. kelincahannya menjadi pujaan.. namanya menjadi sanjungan.. ketangkasan permainannya sama hebat dengan ketampanan raut wajahnya yang menjadi kegilaan wanita.. penuh status Facebook dengan nama beliau setiap kali beliau turun beraksi..


Menjadi pilihan terakhir ke Sukan Sea 2011 selepas Wan Zack Haikal tercedera nyata tidak menggambarkan langsung keupayaan sebenarnya.. Nami, pemain termuda mempamerkan aksi bertenaga sesuai dengan usia mudanya dengan kudrat segagah perwira.. Nazmi Faiz dikatakan memiliki permainan ala-ala Kaka, Cesc Fabregas dan Xavi Hernandez.. pemain tengah berkebolehan tinggi mengunci jentera serangan lawan dan melakukan hantaran tepat serta permainan yang kemas.. cuma kadang-kadang leka, membiarkan bola dicuri dari arah 'blind side'.. umpanan jarak jauhnya mengingatkan kita kepada Paul Scholes..



Usianya masih muda.. dengan bakat yang ada, jika digilap dengan betul, tidak mustahil permata bola sepak negara ini akan beraksi di luar negara satu hari nanti.. menangguhkan peperiksaan SPM untuk beraksi demi negara menggambarkan semangat juangnya.. jaringan cantiknya membolosi gawang gol Bahrain menambahkan lagi keyakinan peminat terhadap kualitinya.. semoga beliau terus mara dan dikenali kerana prestasi dan bukan kontroversi.. usah jadi seperti penjaga gol nombor satu kita.. aksi di padang begitu bergaya, di luar juga apa kurangnya..

Selamat maju jaya NAMI!











p palang s : Klik lar nuffnang :)


Kosmo : Ralat atau Kejam


Assalamualaikum..

Akhbar Kosmo hari nie, 28 November 2011, menimbulkan kontroversi dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia terutamanya di Facebook apabila muka hadapannya terpampang tajuk "Harimau Muda malukan negara, tewas 2-3 kepada Bahrain"..

Aku tak tahu sama ada ralat ataupun wartawan Kosmo telah memperkecilkan semangat juang skuad Harimau Muda dengan kejamnya.. benar, skuad negara begitu lalai dan leka sehingga kehilangan konsentrasi pada lewat permainan.. tetapi sudah tentu bukan niat mereka untuk memalukan negara.. tajuk itu terlalu melampau.. tajuk di belakang akhbar sedikit masuk akal : "Bahrain malukan Harimau Muda"..

Sedar atau tidak, skuad inilah yang menjulang nama negara dengan mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011 sekali gus meletakkan Malaysia selaku raja bola sepak Asia Tenggara pada masa kini.. kekalahan ketiga berturut-turut dalam Kelayakan Sukan Olimpik 2012 mungkin menandakan betapa kita masih belum menjangkau peringkat Asia.. sekurang-kurangnya Malaysia merupakan pasukan tunggal rantau Asia Tenggara yang masih bersaing.. walaupun mendahului 2-0, benteng pertahanan hilang fokus dan dimanfaatkan Bahrain yang beraksi dengan kurang seorang pemain..

Tajuk itu terlalu kejam menghukum kekalahan skuad Ong Kim Swee semalam.. sedangkan akhbar yang sama memuji skuad Malaysia apabila mereka menuai emas Sukan Sea baru-baru ini.. Kosmo, ralat atau kejam?











p sepak s : Tak patut..


Mengecewakan

Sumber : Utusan Malaysia

Segalanya lenyap dalam masa lima minit..

Impian skuad negara boleh dikatakan sudah berkubur apabila tumbang longlai di hadapan 40,000 penyokong sendiri.. stadium keramat, Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi saksi pasukan Harimau Muda melepaskan peluang untuk kembali mencerahkan peluang ke Sukan Olimpik apabila tewas 3-2 kepada Bahrain yang beraksi dengan 10 orang pemain selepas selesa mendahului 2-0 pada satu ketika.. dalam bola sepak ada tiga peraturan lazim :

1. Bunuh perlawanan dengan gol ketiga
selepas mendahului dengan dua gol
2. Jangan pandang rendah lawan yang beraksi
dengan sepuluh orang pemain
3. Tidak boleh hilang konsentrasi
pada sepuluh minit terakhir

Dan Malaysia gagal mematuhi ketiga-tiga peraturan ini.. maka skuad bola sepak negara harus menerima padah akibat kelalaian mereka sendiri.. mendahului dua gol memang diakui tidak cukup dalam bola sepak.. tetapi menentang sepuluh orang pemain, kelekaan benteng negara tidak dapat dimaafkan.. keluarnya bintang baru bersinar, Nazmi Faiz, seperti merencatkan permainan pasukan Harimau Muda yang tampak pincang dan hilang arah.. Khairul Fahmi Che Mat, yang biasanya tangkas di gawang, kehilangan punca akibat kontroversi terbaru yang melanda dirinya, hingga beliau menghantuk kepala di tiang gol selepas dibolosi gol ketiga pasukan pelawat..

Gol cantik Nazmi Faiz pada babak pertama dan gol kedua Mahali Jasuli selepas pemain lawan dilayangkan kad merah menggamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil.. impian ke Olimpik kembali bernyala.. tuah bagaikan memihak Malaysia.. jaringan Mahali berpunca daripada kesilapan penjaga gol Bahrain.. tetapi bermula pada minit ke-79, segalanya hancur musnah.. Saad Sazah, pemain gantian, melakukan sepakan gunting yang mengelirukan Khairul Fahmi yang telah keluar agak ke depan dari posisinya.. bola itu terapung di udara, menghentam sebelah dalam palang atas lalu menjunam masuk ke gawang.. sama sekali mengejutkan Khairul Fahmi yang menyangka bola itu akan terkena palang dan keluar..

Empat minit kemudian, seorang lagi pemain gantian, Isa Ahmed, melakukan sepakan percuma cantik yang gagal diselamatkan Khairul Fahmi.. dan seminit kemudian, keputusan perlawanan yang pada awalnya memihak Malaysia diterbalikkan Bahrain apabila Isa Ahmed menyudahkan hantaran lintang dari sebelah kanan yang gagal ditepis keluar Khairul Fahmi.. menyedihkan apabila tiada seorang pun pemain pertahanan yang mengawalnya.. kecederaan Nazmi Faiz dan Afisze Faizal yang mengawal kawasan tengah dengan begitu cemerlang ternyata membawa impak maksima.. inilah harga yang perlu dibayar apabila melepaskan banyak peluang terhidang dan tidak memberi tumpuan sehingga wisel terakhir..

Barisan pemain telah beraksi dengan cemerlang.. cuma beberapa perkara perlu diberikan perhatian.. konsentrasi yang selalu hilang pada lewat permainan, barisan tengah yang tidak mengunci jentera serangan lawan, dan kelekaan barisan pertahanan.. tiga perkara pokok yang perlu diperbaiki untuk kejayaan masa hadapan.. sekurang-kurangnya kita pasukan tunggal dari Asia Tenggara.. selamat maju jaya Harimau Muda! Masih ada tiga perlawanan lagi.. peluang tipis, tapi keajaiban tidak..











p peluk s : Aku masih berharap..


Sunday, November 27, 2011

Doaku Buat Harimau


Assalamualaikum..

Stadium Nasional Bukit Jalil, 8.45 malam
Kelayakan Sukan Olimpik 2012
Malaysia vs Bahrain

Oh yeah! Seperti yang korang dah ketahui dan dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang patriotik sejak pasukan negara tunduk kepada Syria empat hari lepas, malam ini pasukan Harimau Muda akan turun lagi untuk kembali menyalakan impian memburu satu kegemilangan untuk layak semula ke Sukan Olimpik.. selepas kejayaan ke Munich 1976 dan Moscow 1980, pasukan negara tidak pernah layak lagi.. walaupun misi kali ini tampak sukar dengan dua kekalahan 0-2 berturut-turut kepada Jepun dan Syria, peluang masih lagi terbuka.. masih ada empat perlawanan untuk dilalui bermula dengan misi 'mesti menang' bertemu Bahrain malam ini..

Atas kertas, peluang kedua-dua pasukan seimbang.. kedua-dua pasukan telah kalah dua kali kepada Syria dan Jepun.. perlawanan hari ini penting kerana Syria dan Jepun bertemu sesama sendiri.. walaupun untuk bersikap realistik, peluang itu kelihatan tipis, dalam bola sepak apa jua boleh berlaku.. bola itu bulat.. pada hari perlawanan, sering aku katakan, sejarah tidak lagi bermakna.. prestasi pada hari perlawanan adalah segalanya.. segala rekod silam di atas kertas hanyalah sekadar neraca perbandingan dan bukan penanda.. jadi tidak mustahil Harimau Muda akan menang malam ini jika beraksi dengan baik seperti mana yang kita semua doakan..

Dengan syarat, pasukan negara tidak hilang konsentrasi lagi seperti berlaku ketika tunduk kepada Syria empat hari lepas di gelanggang yang sama.. aksi bertenaga tidak langsung menggambarkan Malaysia keletihan selepas final Sukan Sea 2011 dua hari sebelumnya.. cuma pada babak kedua nampak tanda-tanda pemain mula lesu dan hilang tumpuan.. kelalaian barisan pertahanan dimanfaatkan sepenuhnya pasukan Syria yang menguasai bola.. yang berlalu tetap berlalu.. diharapkan kehadiran semula nama-nama penting seperti Fadhli Shas, Syahrul Azwari dan Irfan Fazail yang kurang cergas menentang Syria akan menambah sengat dalam permainan pasukan Malaysia..

Sekali lagi, selamat berjuang Harimau Muda!











p peluk s : Tak sabar..

Friday, November 25, 2011

I Want To Be Kids Again

Assalamualaikum..

Sudah lumrah manusia kan tak pernah bersyukur dengan apa yang ada.. Allah bagi kita bernafas setiap hari pun dah cukup baik.. ada orang yang Allah ambik semula nafas mereka, dan jemput ke pangkuan-Nya.. tapi..... mesti seronok kan kalau dapat jadi kanak-kanak semula? Huhu..

Dulu masa kecik, teringin sangat nak jadi dewasa.. seronok bila tengok orang dewasa boleh buat macam-macam yang budak kecik tak boleh buat.. "Macam best jer jadi orang besar", itu lar falsafah aku masa kecik dulu.. lol.. orang dewasa boleh pegang duit banyak-banyak, membazir duit joli sana sini.. orang dewasa boleh kahwin, dapat anak ramai.. orang dewasa boleh bercinta, berkepit tak sudah dengan orang tersayang.. orang dewasa boleh kerja bagus-bagus, dapat duit banyak.. orang dewasa boleh buat keputusan sendiri, tak perlu mintak pandangan budak kecik.. orang dewasa punya kata-kata lebih dipercayai daripada kata-kata kanak-kanak.. pendek kata, orang dewasa boleh buat macam-macam yang budak kecik tak boleh buat...

Budak kecik mesti kena dengar ayat nie : "Budak kecik mana boleh pegang duit banyak-banyak".. macam satu dosa jer kan.. budak kecik mana boleh kahwin lagi.. budak kecik mana boleh bercinta, baligh pun belum.. budak kecik mana boleh kerja, tahu main mainan dengan tengok kartun jer.. budak kecik mana boleh buat keputusan sendiri, mesti kena rujuk orang dewasa.. kalau budak kecik cakap kat polis, mesti tak dipercayai.. kononnya main-main.. kata-kata orang dewasa yang jadi penjenayah lagi dipercayai.. senang cakap, budak kecik tak boleh buat macam-macam yang orang dewasa boleh lakukan.. best kan jadi orang dewasa.. itu lar perspektif seorang kanak-kanak yang belum lagi matang.. huhu.. budak-budak kan..


Tapi bila jadi orang dewasa, kena pegang banyak TANGGUNGJAWAB.. ada yang tak ada duit, ada yang berhutang.. yang dah berkeluarga, kena tanggung isteri dan anak-anak.. yang berkepit ke hulu ke hilir masa bercinta tu, kena lar tanggung dosa sendiri.. bila dewasa, pandai pegang duit sendiri, banyak pulak tu, nanti Allah soal ke mana habiskan nikmat-Nya.. bila dah dewasa, pandai buat keputusan sendiri, kena tanggung akibat daripada perbuatan tersebut.. bila jadi dewasa, orang percaya kata-kata kita, mula lar nak tipu kiri tipu kanan, dapat dosa.. bila dah besar, boleh kerja bagus-bagus, banyak pulak beban kerja.. lepas tu kalau buat silap, kena marah.. erm.. susah kan jadi orang dewasa?

Masa dihimpit masalah, mula lar teringin nak jadi kanak-kanak semula.. walaupun masa tak dapat diundurkan kembali.. hehe.. rasa terbeban dengan tanggungjawab, mula lar fikir seronoknya jadi kanak-kanak.. kalau buat salah, orang tak patut marah.. budak kecik kan.... kalau pegang tangan perempuan pun, orang tak kata macam-macam.. budak kecik mana tahu apa-apa kan? Bila buat kotor, orang tak ada pandang semacam jer.. budak kecik lar katakan.. pendek kata, budak kecik nie biasa lar kalau buat salah.. tapi kalau orang dewasa buat, siap lar kena hentam cukup-cukup.. : )


Bila kecik, nak jadi dewasa.. bila dah jadi orang dewasa, nak jadi kanak-kanak semula.. baru tahu tanggungjawab tu macam mana rasanya.. dulu teringin sangat nak merasa.. bila dah rasa, menyesal pula.. apa-apa pun, kita tak dapat undurkan masa.. hidup ini terus ke hadapan.. tidak pernah kembali ke masa silam.. belajar lar daripada kesilapan.. ambil pengajaran baiki kehidupan.. jadi kanak-kanak memang seronok bergembira.. tapi jadi orang dewasa tak kurang manisnya.. terpulang bagaimana kita menikmatinya.. yang penting, jangan lupa Allah yang Maha Esa..


Wish to be kids again!











p palang s : Susah nak huraikan..

TF #15 : Bukan Melemahkan


Assalamualaikum..

"Sesungguhnya selepas setiap kesulitan pasti ada kemudahan"
-Surah al-Nasyrah ayat 5 & 6-

Apabila ujian datang melanda..
Usahlah rebah berputus asa..
Jangan dibiar rasa kecewa..
Bangkit gagah mencari rahsia..

Ada hikmah di sebalik cabaran..
Menguji sekental manakah iman..
Usaha mencari penyelesaian..
Carilah Dia; Allah ya Rahman..

Ujian Allah bukan melemahkan..
Menjadi mangkin pencetus kekuatan..
Selepas dilepasi sesuatu halangan..
Kian teguh di persinggahan..

Renung-renungkan..










p sepak s : Selamat beramal..


Thursday, November 24, 2011

Penakut Dizalimi


Assalamualaikum..

Aku selaku blogger Lelaki Dari Marikh dengan ini mengucapkan simpati dan salam sokongan kepada penyanyi berbakat besar, Yuna selepas kemenangannya dalam kategori Lagu Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik 2011 disahkan telah ditarik balik.. kononnya berlaku kesilapan dalam pengiraan.. miscalculation? Tak munasabah langsung.. tak boleh diterima akal kesilapan korang.. mungkin ada benarnya Yuna tidak layak memenangi kategori Lagu Terbaik JIKA kategori ini hanya mempertandingkan juara-juara kategori Pop, Rock dan Etnik sedangkan lagu "Penakut" telah ditewaskan "Sedetik Lebih" dendangan Anuar Zain.. jika sudah begitu, mengapa lagu Yuna diumumkan menang.. langsung tidak profesional..

Aku kenal Yuna menerusi lagu "Dan Sebenarnya" yang meletup suatu ketika dulu.. dan sejak itu aku rasa lagu-lagu yang dicipta sendiri termasuk Cinta Sempurna dan Penakut ini ada kualiti tersendiri.. malah Yuna juga memiliki golongan peminat yang ramai.. aku yakin tiada apa yang perlu dikesalkan Yuna dengan kesilapan pihak penganjur.. lagu anda tetap juara di hati peminat anda.. aku dengar lagu Penakut tu tiada cacat celanya.. apa pun yang berlaku tetap berlaku.. anda telah menang, Yuna.. walaupun hanya seketika.. kepada pihak penganjur, jadikan kesilapan ini satu pengajaran.. jangan biarkan berulang di masa depan.. kami golongan peminat takkan menerima alasan ini lagi buat kali kedua.. Yuna tetap terbaik!










p sepak s : Tak patut...


Masih Ada Peluang


Assalamualaikum..

Isnin kita menang, Rabu kita kecundang.. satu pingat emas yang dikekalkan, dan satu lagi kekalahan yang melemaskan.. faktor keletihan tidak sepatutnya dijadikan alasan walaupun barisan Harimau Muda hanya ada kurang 24 jam untuk berehat.. mungkin bukan rezeki kita untuk menang malam tadi di hadapan ribuan penyokong sendiri semasa menjadi tuan rumah kepada Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil.. seperti yang kita semua sedia maklum, pasukan kita tumbang 0-2 kepada pasukan Asia Barat ini.. nampaknya unta berjaya membaham sang harimau kebanggan kita.. hehe..

Dua gol mudah.. selepas memberi tentangan sengit habis-habisan dengan aksi yang bertenaga di sebalik keletihan, barisan pertahanan negara akhirnya dirobohkan dek kerana kecuaian sendiri.. malang sekali pemain kita lalai setelah diasak bertubi-tubi oleh negara Arab ini.. penguasaan jelas milik Syria ketika pemain Malaysia dilihat kehilangan ilham beraksi tanpa kapten Sukan Sea 2011, Baddrol Bakhtiar, yang telah melebihi had umur.. kemantapan benteng Malaysia menyaksikan beberapa kali percubaan jarak jauh berbahaya dilepaskan.. mujur kapten dan juga penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat cemerlang di gawang.. namun serangan Syria juga dapat menembusi pertahanan Malaysia dalam beberapa situasi..

Akhirnya, runtuh juga kubu skuad Harimau Muda apabila balingan ke dalam gagal dikeluarkan dan dua tandukan berjaya menyambung gerakan bola, yang kedua membuatkan Apek terpaku melihat bola menerjah jaring.. gol kedua pula menerusi serangan balas pantas.. ruang kanan kosong dimanfaatkan oleh penyerang Syria untuk menghukum kelalaian pertahanan sekali lagi.. pemain Syria ini ternyata bagus.. mereka sujud syukur sebaik menjaringkan gol dan apabila wisel terakhir dibunyikan.. mungkin kerana itulah mereka mendapat bantuan Tuhan.. Allahuakbar!

Tidak mengapa.. ada empat perlawanan menanti.. peluang masih terbuka.. bermula dengan Bahrain tiga hari lagi..











p palang s : Doa tiada henti..

Wednesday, November 23, 2011

Tiada Gentar


Assalamualaikum..

Arrghhh.. aku masih dalam mood kecewa.. pagi tadi pasukan kesayangan aku, Manchester United telah diikat oleh Benfica di laman sendiri 2-2 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.. kuciwa, kaciwa, konichiwa.. errr.. okey, dah takdir kan.. seri jer, bukan kalah pun.. sekurang-kurangnya tak kalah macam Manchester City.. haha.. jiran bising United tu kalah 1-2 kepada Napoli.. bising sangat, kan dah kalah.. dah macam Indon aku tengok.. lalala.. lain-lain keputusan Bayern Munich menundukkan Villareal 3-1.. dua gol Franck Ribery dan jaringan Mario Gomez.. huh, Gomez skor lagi.. Inter Milan seri 1-1 dengan Trabzonspor.. satu lagi keputusan menarik adalah kejayaan Real Madrid membenam Dinamo Zagreb 6-2.. kalau Fakri tak lepas peluang masa lawan Indon dua hari lepas, mesti kita boleh kalahkan Indon macam tu..

Okey, seperti yang Kak Limah, Usop Wilcha dan Pak Munawer telah tahu bahawa skuad Harimau Muda Malaysia akan turun menentang Syria dalam Kelayakan Sukan Olimpik 2012 pukul 8.45 malam ini.. jadi kepada yang duduk berhampiran Stadium Bukit Jalil tu, sila lar beli tiket laju-laju dan memberi sokongan padu kepada skuad kebanggaan kita yang merupakan Raja Asia Tenggara tu.. aku, dia, dan mereka yang di kejauhan nie boleh sorak jerit pekik depan TV jer lar kan.. pun boleh...... tengok tetap tengok.. pasukan bola kita kena sokong... tapi jangan kutuk pulak kalau aksi tak berapa baik.. lawan Jepun hari tu bukan main diorang hentam.. masa menang Sukan Sea ni, ada pulak peminat bermusim mengaku bangga jadi rakyat Malaysia.. hebat kau Cik Kiah.. yang fomfuan pulak semua tergila-gila Khairul Fahmi, Baddrol Bakhtiar dan Nazmi Faiz.. pandang paras rupa betul..

Walaupun Wan Zaharulnizam, Izzaq Faris dan Syahrul Azwari tercedera serta kurang cergas, Ong Kim Swee telah menjelaskan kepada wartawan bahawa dia masih ada pemain yang boleh dipertimbangkan iaitu pemain yang tidak dibawa ke Jakarta seperti Feris Danial, Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal.. kesemua pemain ini adalah pemain yang berwibawa dan boleh diharapkan.. tidak keterlaluan jika aku katakan inilah generasi emas bola sepak negara yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama.. masih muda, menguasai Asia Tenggara dan mara ke pusingan terakhir Kelayakan Olimpik.. jika digilap dengan cara yang betul, permata bola sepak negara akan bersinar cemerlang membawa semula era kegemilangan bola sepak tanah air.. suatu ketika dahulu, kita berdiri sama tinggi dengan Korea Selatan.. tidak mustahil kita mampu mencapai tahap itu semula.. usaha tangga kejayaan..

Kepada skuad bawah-23 tahun negara, selamat berjuang.. berikan aksi terbaik dan tiada gentar.. seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh di belakang anda.. Malaysia Boleh!












p palang s : Malam ini harimau mengaum..


WW #16 : Golden Generation



Tuesday, November 22, 2011

2011 Final Heroes

Assalamualaikum..

Inilah kata-kata semangat yang membangkitkan semangat perwira negara :
"They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about."
-Ong Kim Swee-

Mari kita lihat rebiu aksi para pemain yang beraksi di pentas akhir semalam.. mereka bertarung habis-habisan selama lebih 120 minit dan kedudukan terikat 1-1.. akhirnya menang penentuan sepakan penalti 4-3 untuk muncul juara..

Gold of the gold

1) Khairul Fahmi Che Mat (penjaga gol)
Aksi tangkasnya sangat mengagumkan.. tidak hairanlah dia dijulang selaku wira pujaan para peminat dan digilai wanita.. penjaga gol paling konsisten Malaysia dalam beberapa tahun, kredibilitinya tidak diragui.. memiliki pengalaman yang sangat luas dalam usia yang masih muda.. antara sumbangan pentingnya semalam termasuklah menyekat peluang Titus Bonai menjaringkan gol.. mendakap kemas percubaan jarak jauh lawan dan mengatur barisan pertahanannya dengan sangat baik.. tidak mengecewakan setiap kali khidmatnya diperlukan.. menyentuh bola sepakan penalti Titus Bonai yang tetap menembusi gawangnya tetapi berjaya menepis sepakan penalti kelima Indonesia daripada Ferdinan Sinaga untuk menjadi hero.. tidak dapat berbuat apa-apa dengan jaringan awal Gunawan Dwi Cahyo..

2) Mahali Jasuli (bek kanan)
Pencarian bek kanan yang mantap sejak beberapa tahun akhirnya menemui penghujung dengan kemunculan Mahali.. tidak kenal penat, Mahali sering membantu barisan serangan melalui sebelah kanan.. tetapi dalam final ini, Mahali mempamerkan kekentalannya bertahan menentang kelincahan sayap kiri Indonesia, Oktovianus Maniani.. tidak teragak-agak setiap kali memegang bola, Mahali juga mempersembahkan skil individu yang menarik untuk melepasi kawalan pemain lawan.. pengalaman ternyata mematangkan permainannya.. Mahali begitu tenang dalam sorakan gamat ratusan ribu penyokong lawan dan terbukti ketenangannya sangat penting apabila sepakan penaltinya diambil dengan begitu berani, tinggi ke penjuru atas gawang..

3) Fadhli Shas (bek tengah)
Antara pemain termuda dalam skuad Harimau Muda, Fadhli telah beraksi di peringkat senior sejak berusia 19 tahun.. kematangannya sangat terserlah sepanjang perlawanan.. bertahan begitu hebat dalam hujan serangan bola udara daripada pihak lawan.. safety first, Fadhli tidak mengambil risiko setiap kali diasak jentera serangan Indonesia.. keberanian dalam perjuangannya turut dibuktikan dalam penentuan sepakan penalti.. mengambil sepakan keempat, Fadhli tidak gentar dalam situasi mendebarkan.. seperti juga Mahali Jasuli, Fadhli tenang menyempurnakan tugasnya, mencari sudut atas gawang kawalan Kurnia Meiga..

4) Zubir Azmi (bek tengah)
Mendapat tempatnya dalam final setelah krisis kecederaan melanda bahagian serangan.. di atas kertas, beliau mengambil tempat Muslim Ahmad yang dipindahkan ke posisi pemain tengah.... tetapi di atas padang, beliau bergerak ke posisi bek kiri kerana Asraruddin mengambil alih posisi Muslim.. seorang lagi pemain muda berbakat dari Terengganu, Zubir menampilkan aksi terpuji menentang sayap kanan lincah dan mengelirukan, Titus Bonai kelahiran Papua.. walaupun Tibo beberapa kali mengatasinya untuk memasuki kotak penalti Malaysia, Zubir terlibat dalam beberapa aksi menyelamat.. juga tidak mengambil risiko dalam mengeluarkan bola jauh daripada kawasan berbahaya.. pemain terbaik mengikut ulasan di televisyen.. Zubir pasti berpuas hati dengan penampilannya..

5) Asraruddin Putra Omar (bek kiri)
Bek kiri utama skuad senior ini memiliki pengalaman yang begitu luas.. ternyata kematangannya penting dalam kejayaan skuad 2011.. bek kiri di atas kertas, pemain tengah di atas padang dalam final semalam.. kecederaan Wan Zaharulnizam membawa pemain versatil ini ke posisi sayap kiri.. Asra sebenarnya sering dilihat membina serangan mengiringi Ahmad Fakri Saarani.. selepas terlepas peluang dengan dua tandukan, akhirnya tandukan ketiga Asra tidak mengecewakan.. beliau merebahkan badan dengan bijak untuk menyudahkan hantaran lintang Baddrol Bakhtiar.. bola itu perlahan tetapi bergolek menewaskan Kurnia Meiga.. juga pencabar untuk status pemain terbaik perlawanan..

Syahrul Azwari (18 y-o) & Nazmi Faiz (17 y-o)

6) Irfan Fazail (pemain tengah)
Sepanjang kejohanan, Irfan melepaskan begitu banyak peluang menjaringkan gol.. tetapi tidak dapat dinafikan Irfan merupakan figura penting dalam menjana serangan.. beliau mampu untuk menjaringkan gol seperti terbukti menentang Lebanon dalam kelayakan Sukan Olimpik tetapi tidak begitu bernasib baik dalam Sukan Sea 2011.. dalam perlawanan semalam, satu peluang terhidang kepadanya apabila bola ditanduk pertahanan lawan jatuh ke laluan lariannya tetapi rembatannya tepat ke dakapan Kurnia Meiga buat melegakan penyokong Garuda.. dengan setiap peluang yang ada, Irfan tidak teragak-agak menggerakkan jentera serangan sambil menguasai bahagian tengah..

7) Muslim Ahmad (pemain tengah bertahan)
Gandingan mantapnya bersama Fadhli Shas di benteng ampuh begitu terkenal.. tetapi beliau pernah bermain selaku penyerang dan kelebihan itu meletakkannya sebagai pemain tengah di atas kertas akibat kecederaan Wan Zaharulnizam dan Fandi Othman pula tidak cergas.. namun di pentas final semalam, Muslim berpindah ke barisan pertahanan untuk berpasangan dengan Fadhli, membenarkan Asra mengambil tempatnya di barisan tengah.. Muslim beraksi cemerlang menentang asakan penyerang utama Indonesia kelahiran Papua, Patrich Wanggai sepanjang perlawanan.. beliau menyekat Patrich sehingga penyerang itu gagal menghadirkan sebarang jaringan.. kombinasinya bersama Fadhli dalam saingan peringkat senior membantunya mendapat pengalaman yang dimanfaatkan sepenuhnya..

8) K. Gurusamy (pemain tengah bertahan)
Pada peringkat awal, tempat Gurusamy sering diisi pemain muda, Nazmi Faiz.. tetapi dalam final yang penuh dengan tekanan dan provokasi penyokong lawan, pengalaman adalah kunci yang penting dan pengalaman luas Gurusamy mewakili skuad senior membantunya tersenarai dalam perancangan Ong Kim Swee.. tidak bernasib baik apabila mendapat kad kuning pada awal permainan, tetapi mengekalkan ketenangannya dalam merampas bola selepas itu untuk mengelak dibuang padang.. memainkan peranannya dengan sangat cemerlang, Gurusamy gigih membantu benteng pertahanan menyekat jentera tengah Indonesia diketuai kapten mereka, Egi Melgiansyah.. selepas tugas sempurnanya mengurangkan tenaganya, Nazmi Faiz masuk mengambil alih posisi itu semula..

9) Baddrol Bakhtiar (kapten - pemain tengah menyerang)
Captain Marvels.. pilihan tepat Ong Kim Swee untuk menggalas tugas jeneral padang sepanjang temasya.. menjaringkan beberapa gol penting dalam peringkat kumpulan.. dalam final, kematangan Baddrol membantunya menenangkan barisan pemain negara selepas tersentak dibolosi gol seawal minit kelima.. membantu Malaysia menguasai bola dan mencorak serangan skuad Harimau Muda.. kelincahannya sukar untuk dikekang menyebabkan beliau menjadi mangsa kekasaran pemain lawan.. beberapa kali diterjah dan dikasari, Baddrol terus gagah beraksi.. beliaulah yang melintangkan bola untuk gol penyamaan Malaysia yang ditanduk Asraruddin.. sepakan penalti kelima dan terakhir untuk menentukan kemenangan memang menggerunkan.. Baddrol tampil berani untuk menyudahkan malam indah buat Malaysia walaupun sepakan penaltinya terkena kaki Kurnia Meiga.. bola bergolek masuk membawa keceriaan buat 27 juta rakyat Malaysia.

10) A. Thamil Arasu (penyerang)
Ramai yang mempersoalkan penyenaraian penyerang ini.. tetapi kecederaan melanda Syahrul Azwari dan Izzaq Faris membuatkan Ong Kim Swee tiada pilihan.. tetapi Thamil tidak mengecewakan.. meninggalkan Ahmad Fakri bersendirian di atas disokong oleh Asraruddin, Thamil membantu Mahali di sebelah kanan untuk menghalang Okto.. beberapa kali Thamil berjaya melakukan menyekat gerakan pemain lawan.. walaupun di atas kertas fungsinya adalah penyerang, tetapi khidmat Thamil lebih diperlukan membantu bahagian pertahanan.. dan kerajinannya wajar mendapat pujian..

Happy Tigers!

11) Ahmad Fakri Saarani (penyerang)
Ramai yang kurang gemar dengan penyenaraian Ahmad Fakri.. prestasinya dalam final semalam mungkin menguatkan lagi keraguan para peminat terhadap kemampuan beliau.. beliau sendiri dilihat begitu berazam untuk membuktikan kebolehannya.. dari raut wajah beliau, kelihatan betapa beliau bersungguh-sungguh ingin membuktikan keputusan Ong Kim Swee meletakkannya dalam final penting itu bukan satu kesilapan.. malangnya, semalam bukan hari beliau.. banyak peluang keemasan dilepaskan.. dalam satu serangan balas, Fakri tergelincir semasa cuba menyudahkan lorongan cantik Baddrol Bakhtiar.. melengkapkan hari kurang bertuah beliau, Fakri gagal menyempurnakan bahagiannya dalam penentuan sepakan penalti apabila sepakannya terlalu lemah, mudah untuk diselamatkan Kurnia Meiga.. inilah final yang pasti ingin dilupakannya.. tetapi jangan dilupakan jaringan tunggalnya menewaskan Myanmar 1-0 di semi final membawa Malaysia ke pentas akhir walapun Fakri tetap Fakri..

12) Nazmi Faiz (pemain tengah bertahan)
Baru berusia 17 tahun dan menangguhkan SPM demi berjuang menjulang maruah negara, Nazmi begitu signifikan dalam temasya 2011.. pemain termuda dalam pasukan dengan kecomelan yang menjadi pujaan wanita, kebolehan Nazmi tiada kurangnya.. digelar 'Fabregas Malaysia', hantaran tepat Nazmi dan lorongan cantiknya menjadikan beliau permata baru bola sepak negara yang perlu digilap sebaiknya.. menjelang sepuluh minit terakhir masa sebenar permainan, Nazmi masuk menggantikan Gurusamy di posisi lazimnya, menambah cengkaman di bahagian tengah sambil melakukan hantaran-hantaran tepat untuk jentera serangan.. walaupun masih 'hijau', Nazmi tidak goyah beraksi sehingga tamat masa tambahan..

13) Yong Kuong Yong (penyerang)
Diingati kerana hantaran lintangnya ditanduk masuk Izzaq Faris semasa menentang Kemboja dalam peringkat kumpulan.. hanya tinggal sepuluh minit sebelum masa permainan sebenar berakhir, Yong dimasukkan untuk mengambil tempat A. Thamil Arasu yang keletihan.. maka Yong bertanggungjawab membantu Mahali mengawal kelincahan Okto.. di setiap kesempatan yang ada, Yong tidak melepaskan peluang untuk menyerang dan melakukan hantaran lintang.. beberapa kali Yong menghantar bola ke dalam kotak penalti tetapi tiada pemain Malaysia yang berjaya menyambut..

14) Fandi Othman (sayap kanan)
Tidak disenaraikan dari awal permainan kerana kurang cergas.. karakter penting dalam kemaraan Malaysia dari peringkat kumpulan.. lincah di sayap kanan, Fandi antara pemain negara yang memiliki skil individu paling berkualiti.. dan beliau terlibat dalam pertukaran pemain terakhir yang dipertaruhkan Ong Kim Swee, satu-satunya dilakukan dalam masa tambahan.. kemasukan Fandi menggantikan Asra menambah sengat dalam serangan Malaysia.. kemahiran Fandi beberapa kali mengucar-ngacirkan pertahanan lawan.. akhirnya, Fandi menyudahkan tugasnya yang pasti dikenang ke akhir hayatnya, menyempurnakan sepakan penalti kedua dalam penentuan sepakan penalti.. tenang dan bersahaja, itulah wira bola sepak negara..


Sing "Negaraku" in peaceful environment

Special Mention
Izzaq Faris Ramlan, penjaring gol kemenangan menewaskan Thailand (cedera).. Syahrul Azwari Ibrahim, penjaring gol tunggal mengalahkan Indonesia (cedera).. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, menyumbat gol keempat Malaysia menentang Kemboja (cedera).. Ong Kim Swee, jurulatih yang membawa skuad Harimau Muda mempertahankan pingat emas tanpa sebarang kekalahan dan dua kali memalukan Indonesia disaksikan ratusan ribu peminat fanatik mereka..

Man of The Match
Khairul Fahmi Che Mat.. jersi nombor satu.. Malaysia menghadapi kemelut mencari penjaga gawang yang konsisten sejak beberapa tahun lepas.. Helmi Eliza Elias, Sharbinee Allawee, Farizal Marlias dan ramai lagi pernah tersenarai dalam skuad senior kendalian K. Rajagobal tetapi Khairul Fahmi menjadi penjaga gol yang paling boleh diharap.. walaupun dibadai kemelut peribadi dan dilanda kontroversi, Khairul Fahmi mempamerkan sikap profesionalnya dengan aksi bermutu tinggi di antara dua tiang.. memimpin barisan pertahanan dengan hebat, aksi tangkasnya menyelamatkan gawang negara menjulang beliau selaku pemain terbaik final semalam.. baru berusia 22 tahun, diharapkan konsistensi Khairul Fahmi Che Mat akan berterusan kerana pengalaman luasnya amat ditagih skuad Harimau Muda dan pasukan senior Harimau Malaya..










p usik s : Generasi emas bola sepak..


Provokasi Memakan Diri

Assalamualaikum..

Seluruh rakyat Malaysia, satu suara.. untuk beberapa hari ini, aku pasti pesta keraian kita memenangi pingat emas bola sepak Sukan Sea 2011 akan diteruskan dengan misi memprovokasi rakyat Indonesia yang sebelum ini sentiasa memprovokasi kontinjen atlet Malaysia.. adakah itu tindakan yang bijak? Sudah pasti tidak.. alhamdulillah.. doa seluruh rakyat Malaysia termakbul.. atlet kita teraniaya.. diejek dan dicemuh sepanjang temasya di semua venue pertandingan.. mereka menjadi mangsa provokasi penyokong Indonesia yang fanatik.. blog, facebook, twitter dan macam-macam lagi medium sosial akan dikemas kini dengan kebanggaan menjadi rakyat Malaysia.. skuad bola sepak kebangsaan akan terus dipuja dan disanjung oleh peminat bermusim yang baru muncul apabila Malaysia muncul juara.. sedangkan ketika Malaysia masih lemah dulu, mereka menghentam tanpa belas kasihan.. lumrah manusia..

Sana sini cerita pasal bola.. blog aku pun tidak ketinggalan.. entri banyak pasal bola dua tiga hari nie.. hehe.. tapi bukan aku sorang lar.. mana-mana blog pun aku tengok banyak yang ucap tahniah atas kejayaan gemilang pasukan kebangsaan mengekalkan status kita selaku kuasa utama bola sepak Asia Tenggara.. semangat juang yang tinggi ditunjukkan wira-wira negara wajar dipuji.. bukan hanya Khairul Fahmi, Baddrol Bakhtiar dan Nazmi Faiz yang menjadi pujaan peminat-peminat wanita, tetapi keseluruhan skuad 2011 seharusnya kita beri penghormatan.. barisan penyerang yang kurang konsisten melepaskan deretan peluang keemasan sepanjang pertandingan berlangsung tetapi menjaringkan gol penting apabila diperlukan.. Izzaq Faris menjaringkan gol kemenangan menewaskan Thailand 2-1, Syahrul Azwari meledak gol tunggal menumbangkan Indonesia 1-0, dan Ahmad Fakri Saarani yang membawa Malaysia ke final membenam Myanmar 1-0 di semi final..

Bukan kita saja yang setuju bahawa kita teraniaya, malah orang Indonesia sendiri sedar provokasi merekalah yang memakan diri mereka sendiri.. pemain Malaysia teraniaya.. doa mereka dimakbulkan Tuhan.. lain kali dah tahu provokasi tu menganiaya, jangan lar buat kan.. bagus lar sedar diri, sedar ruang..


Malaysia 0-0 Singapura
Malaysia 2-1 Thailand
Malaysia 4-1 Kemboja
Malaysia 1-0 Indonesia
Malaysia 1-0 Myanmar
Malaysia 1-1 Indonesia (pso: 4-3)

FAKTA : Harimau Muda tidak kalah sepanjang Sukan Sea 2011 :)










p tinju s : Tahu tapi tetap buat..

Raja Asia Tenggara



Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. tiada kata yang mampu menggambarkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, pasukan bola sepak kebanggan kita menggondol 'ibu' segala pingat emas dengan menumbangkan Indonesia di bumi mereka sendiri.. terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan, Malaysia akhirnya ditabalkan sebagai juara kali kedua berturut-turut apabila menang penentuan sepakan penalti 4-3.. sorakan gamat 100,000 penyokong skuad Garuda, aksi keras dan lakonan memualkan pemain tuan rumah, keputusan pengadil yang agak berat sebelah, aksi menyerang bertali arus daripada kedua-dua pasukan dan peluang keemasan yang dilepaskan.. perlawanan semalam memang cukup rencah dan final semalam sangat menarik untuk disaksikan.. debaran 120 minit boleh membuatkan jantung anda luruh daripada tangkainya..

Indonesia mungkin mengamuk dengan merangkul hampir 170 pingat emas di tanah air mereka, tetapi kehilangan emas bola sepak pasti dirasai.. inilah pingat emas yang paling utama dalam setiap temasya.. walaupun kita hanya merangkul 59 pingat emas, inilah pingat emas yang menjadi kunci untuk kita berasa gembira.. Harimau Muda membaham Garuda Muda di depan penyokong setia mereka sendiri yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno.. Khairul Fahmi Che Mat, Baddrol Bakhtiar, Asraruddin Putra Omar, dan semua barisan pemain negara akan kekal dalam lipatan sejarah bola sepak negara apabila memalukan Indonesia dan para penyokongnya yang biadap dan tidak bertamadun.. kejayaan yang sungguh manis.. status Facebook rakyat Malaysia semalam dihujani laporan perlawanan dan ucapan tahniah atas kemengan paling bermakna ini..

Mendapat tiupan harapan 100,000 lautan merah dan 200 juta rakyat patriotik, Indonesia ternyata bermula garang dan mengasak sejak sepak mula.. Gunawan Dwi Cahyo membuatkan peminat Malaysia gelisah seketika apabila menanduk masuk sepakan sudut seawal minit kelima.. tetapi penguasaan selepas itu jelas milik Malaysia.. pemain Malaysia mula mendapat rentak dan mengasak untuk memburu gol penyamaan dan menyekat Indonesia daripada terus mendapat keyakinan.. kala barisan hadapan negara ditunjangi Ahmad Fakri Saarani mensia-siakan peluang, barisan pertahanan negara diketuai Fadhli Shas terpaksa mengekang kelincahan trio tiga serangkai Papua dalam skuad Indonesia iaitu Titus Bonai, Patrich Wanggai dan Oktovianus Maniani..

Selepas deretan peluang dihampakan ketumpulan penyudah barisan serangan, mujurlah pertahanan tulen muncul wira negara.. Asraruddin Putra Omar, biasanya bek kiri yang kental, merebahkan badan untuk menanduk masuk hantaran lintang.. bola bergolek perlahan menembusi gawang kawalan Kurnia Meiga dan membisukan Istora Senayan.. seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah menjerit kepuasan.. harapan kembali bernyala.. impian kembali membara.. doa dipanjatkan setinggi-tingginya kepada Allah memohon skuad Harimau berjaya mempertahankan pingat emas.. tetapi perlawanan itu tidak hanya memihak kepada Malaysia.. Indonesia turut menyumbang kepada perlawanan akhir yang seimbang dengan kapten mereka, Egi Melgiansyah melakukan beberapa percubaan jarak jauh dan sepakan percuma yang cukup untuk mencemaskan penyokong Harimau Muda dan menaikkan adrenalin semua rakyat Malaysia..

Ditambah pula perisa kontroversi pengadilan dan permainan kasar ditunjukkan Indonesia.. pengadil cemerlang sepanjang perlawanan tetapi dalam beberapa keadaan, beliau gagal untuk melayangkan kad kuning kepada terjahan pemain Indonesia yang kasar.. sedangkan kesalahan pertama dan lembut pemain Malaysia diberikan kad kuning.. mujurlah penjaga garisan menyelamatkan Malaysia apabila tidak berat sebelah dan tidak mengesahkan jaringan pemain Indonesia yang berada dalam posisi ofsaid.. Titus Bonai menjadi punca kemarahan peminat Malaysia kerana beberapa kali lakonannya sangat menjengkelkan.. jatuh berguling, muka menahan kesakitan tetapi bangkit meneruskan permainan.. Tibo, anda boleh menjadi aktor dalam sinetron beratus-ratus episod di negara anda..

Debaran terasa sepanjang perlawanan.. babak pertama berkesudahan 1-1, babak kedua tiada tambahan jaringan.. masa tambahan dihiasi jaringan kedua-dua pasukan, tetapi dalam kedua-dua situasi, bola telah pun berada dalam posisi ofsaid.. resah gelisah, gemuruh jiwa, semuanya dirasai rakyat Malaysia yang menonton di kaca televisyen.. apatah lagi barisan perwira negara yang bertempur gagah berani tiada gentar menentang sorakan lautan merah.. pemain Malaysia bermain dengan penuh disiplin, dedikasi, konsentrasi penuh dan aksi bertenaga walaupun dikerah sehingga tamat 120 minit masa permainan membawa ke penentuan sepakan penalti yang bergantung kepada tuah..

Ledakan Titus Bonai yang berjaya disentuh Khairul Fahmi tetap menyentuh jaring, dibalas rembatan tinggi dan berani daripada Mahali Jasuli.. 1-1.. penjaring gol pertama, Gunawan Dwi Cahyo, merembat ke tiang dan Fandi Othman tenang memperdaya Kurnia Meiga.. Malaysia mendahului 2-1.. ledakan kencang Egi Melgiansyah diikuti rembatan lemah Ahmad Fakri Saarani yang diselamatkan penjaga gawang tuan rumah.. kembali terikat 2-2.. Abdul Rahman tenang menyempurnakan tugasnya dibalas oleh sepakan penalti Fadhli Shas yang tinggi mencari sudut atas gawang.. 3-3.. debaran memuncak.. sepakan penalti kelima dan terakhir.. Khairul Fahmi Che Mat muncul wira apabila menepis rembatan Ferdinan Sinaga.. malang buat Kurnia Meiga yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan apabila bola sepakan penalti Baddrol Bakhtiar bergolek masuk walaupun telah terkena kakinya.. tangisan Garuda dan larian kepuasan Harimau..

Tahniah Harimau Malaya! Kalian memang membanggakan kami semua.. Malaysia selayaknya dijulang sebagai juara sekali lagi.. permainan bersih dan aksi tenang menghadapi provokasi penyokong tuan rumah ternyata membutirkan kejayaan.. mentaliti yang kuat untuk mengalahkan Indonesia dua kali di stadium keramat mereka.. inilah kejayaan ketiga berturut-turut di peringkat tertinggi Asia Tenggara.. dua pingat emas Sukan Sea 2009 dan 2011, serta Piala AFF Suzuki 2010 membuktikan apa yang menjadi persoalan sebelum perlawanan akhir semalam.. keraguan mengenai status Malaysia selaku kuasa baru bola sepak Asia Tenggara dilenyapkan menerusi aksi berdisiplin tinggi daripada barisan pemain negara yang dibelenggu krisis kecederaan.. tidak mempunyai banyak pilihan, skuad yang dipertaruhkan Ong Kim Swee mengekalkan reputasi Malaysia selaku raja bola sepak Asia Tenggara masa kini.. insya-Allah akan bertahan untuk beberapa tahun lagi.. Malaysia Boleh!!












p palang s : Tak pernah tulis panjang nie..


Monday, November 21, 2011

Ayuh Perwira


Assalamualaikum..

Waaaaa... semangat gila dah aku nie.. haha.. insya-Allah.. dengan izin Yang Maha Mendengar, doa seluruh rakyat Malaysia akan termakbul.. malam ini skuad Harimau Muda akan membaham pasukan Garuda Muda.. jangan digentarkan sorakan padu manusia tak bertamadun di Stadium Gelora Bung Karno.. kuatkan ketahanan mental.. usah dilayan provokasi mereka menghina lagu kebangsaan kita yang tercinta.. buktikan kita mampu mempertahankan pingat emas bola sepak ini.. malukan mereka di bumi mereka sendiri.. walaupun terpaksa menaiki Barracuda untuk berjuang, bertarunglah demi nama negara.. usah dikejar mewah ganjaran, maruah negara menjadi taruhan.. keluarlah bertarung bagaikan harimau lapar mencari mangsa..

Indonesia akan mendapat tonik semangat melalui sokongan tidak berbelah bahagi majoriti penghuni stadium.. sorakan gegak gempita akan menggamatkan Istora Senayan.. jangan terlalu yakin walaupun kita pasukan terbaik di rantau Asia Tenggara.. beraksilah dengan penuh disiplin dan konsentrasi.. aku harapkan pengadil tidak akan berat sebelah.. juga aku harapkan barisan pertahanan negara akan kental mengekang kepantasan sayap Indonesia.. Malaysia Boleh! Indonesia Tidak Bisa! Khairul Fahmi Che Mat, kekalkan kehandalan anda menyelamatkan gawang.. Harimau Muda, kalian hero negara.. seluruh rakyat Malaysia akan berdiri teguh memberikan sokongan dan doa yang tiada goyahnya.. selamat berjuang para perwira! Semoga berjaya mendiamkan jiran kita yang bising itu...

Saudara-saudaraku rakyat Malaysia, mari doakan kejayaan pasukan kebangsaan kita! Harapnya doa kita dimakbulkan Yang Maha Esa..

Barisan kemungkinan MALAYSIA
Khairul Fahmi Che Mat; Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Muslim Ahmad, Asraruddin Putra Omar; Fandi Othman, Baddrol Bakhtiar, Nazmi Faiz Mansor, Irfan Fazail; Syahrul Azwari Ibrahim, Ahmad Fakri Saarani

Barisan kemungkinan INDONESIA
Kurnia Mega; Hasim Kipuw, Gunawan Dwi Cahyo, Abdul Rahman, Diego Michels; Andik Vermansyah, Ramdani Lestaluhu, Mahardiga Lasut, Oktovianus Maniani; Titus Bonai, Patrich Wanggai


Ramalan Lelaki Marikh :
Malaysia 2-1 Indonesia










p peluk s : Berjuanglah gagah berani..


Tiga Kata Mat Luthfi

Assalamualaikum..



Salam sejahtera.. salam kedamaian..

Sudah pasti majoriti rakyat Malaysia semakin mengenali pembikin video Youtube yang kian terkenal, Mat Luthfi.. dulu masa aku mula-mula kenal budak utara nie, dia masih belum memiliki pelanggan saluran (channel subscribers) seramai yang ada ketika ini.. masa tu aku ingat lagi pelanggan dia sekitar 3000++.. sekarang dah mencecah 22000.. jadi korang boleh bayangkan betapa bagusnya beliau dalam menghasilkan video.. kepada korang yang di bawah tempurung dan tidak mengetahui siapakah beliau, Mat Luthfi rajin membikin video yang mengajak kita berfikir.. tetapi videonya tidak membosankan dan sering mencuit hati dengan lakonannya menjadi lelaki dan perempuan..

Video ini tidak terkecuali.. mungkin aku telah terlambat untuk memberikan komen.. kerana ramai yang telah memuji dan tidak kurang pula yang menghentam video "Rant On Lagu Cinta" nie.. bagi aku, video ini sangat bagus seperti selalu.. Mat Luthfi mengkritik lirik lagu Melayu yang hiperbola dan kadang-kadang terlalu metafora dan agak keterlaluan.. Mat Luthfi tidak pernah gagal mencuit hati aku dengan gelagat lucunya.. dan bagi aku, imaginasi beliau sentiasa sangat mengagumkan.. tiada kurangnya dalam video ini apabila beliau melakonkan lirik lagu Melayu dengan olahan perspektif tersendiri.. hasilnya boleh membuat kita tertawa..

Seperti orang lain, aku setuju dengan konklusinya mengenai lirik lagu-lagu Melayu yang sering berkisar tentang lelaki sanggup melakukan apa saja untuk perempuan yang dicintainya.. meredah lautan api, mendaki gunung tertinggi, dan segala macam lagi yang tak masuk akal.. hiperbola.. "ada beza PENGORBANAN dan KEBODOHAN".. ada benarnya.. berkorban untuk orang yang kita sayang itu satu perbuatan yang suci dan terpuji.. tetapi jika berkorban apa saja untuk orang yang belum tentu menjadi milik kita, itu kebodohan.. lebih baik kita berkorban untuk mereka yang telah sah milik kita daripada mereka yang belum tentu jodoh kita.. sila bezakan pengorbanan dan kebodohan.. you rock, Mat Luthfi!

Tapi aku tak setuju apabila Mat Luthfi mengkritik lagu KRU.. Mat Luthfi dan KRU, dua ikon yang memiliki imaginasi tinggi dan berkualiti.. lain daripada yang lain.. lirik lagu "Tiga Kata" yang dinyanyikan KRU mempersoalkan kata sayang, "Aku cinta padamu" yang jarang didengar dan disebut walaupun paling bermakna dan menyentuh hati.. kritikan diberi Mat Luthfi apabila mengatakan banyak lagu Melayu didengarnya semua berkaitan cinta.. brother, you make mistakes there! Jika diteliti, sebenarnya ramai manusia yang menyesal di kemudian hari kerana tidak berani meluahkan cinta kepada orang yang dicintainya.. dalam entri sebelum ini, aku bercakap tentang risiko.. dan apa yang dimaksudkan KRU bukanlah lagu cinta.. malah lagu cinta jika dinyanyikan kepada kekasih bukanlah 'tiga kata yang sangat bermakna dan ikhlas' itu.. "Aku cinta padamu", sukarkah untuk dilafazkan?

Apa pun, Mat Luthfi tetap terbaik.. beliau memiliki satu perspektif yang unik.. exceptional.. video terbaru beliau atau mungkin filem pendek, Rokok dan Kopiah, mempunyai mesej yang bagus.. kepada yang belum mengenali Mat Luthfi, sila lar jenguk saluran beliau.. penghibur yang bijak..












p tumbuk s : Meminati karya Mat Luthfi..


Tak Layak

Assalamualaikum.. salam nusantara..



Rasanya ramai yang dah tahu pasal video nie.. sebab dah heboh dan kecoh di facebook.. bukan video MatLuthfi yang tip top meletop tu.. tapi video kemenangan pesilat Indonesia dalam Sukan Sea 2011 yang kita semua tahu diadakan di tanah air mereka sendiri.. selaku tuan rumah, mereka berkelebihan dalam acara sukan subjektif seperti pencak silat ini.. tetapi jika hendak menang kotor sekalipun, ini bukan caranya.. nampaknya Indonesia memang berusaha habis-habisan untuk memenangi sebanyak mungkin pingat dalam acara-acara subjektif melibatkan pengadilan juri.. dan video ini membuktikannya..

Tidak ada semangat kesukanan langsung.. aku katakan bacul, pengecut, penakut.. bertarung dalam acara lelaki, aku ragu adakah dia wanita? Mungkin tomboy yang dilepaskan juri sehingga ke final untuk bertarung dengan pesilat Thailand.. bertarung? Dia berlari sepanjang perlawanan.. korang boleh tengok sendiri video tu bagi yang belum tengok.. memang sangat-sangat memalukan dunia pencak silat bagi aku.. yang sangat mengecewakan adalah dia dipilih sebagai pemenang.. kalau perlawanan peringkat awal, masih boleh diterima.. tapi menang final dan mendapat pingat emas, aku rasa sudah sangat keterlaluan..

Kalau korang tengok video tu, sangat jelas pesilat Indonesia ada menggigit bahu pesilat Thailand dalam proses pertarungan.. malah pada awalnya dia diasak keluar gelanggang.. di babak akhir video, dapat disaksikan bagaimana pesilat 'terhebat' tuan rumah ini berlari-lari mengelilingi gelanggang kerana tidak mahu bertarung..tak cukup dengan itu, dia bersembunyi di belakang wasit.. itulah pemenang pingat emas mereka.. tahniah, Indonesia.. anda menang kotor..










p palang s : Malu ada jiran macam ni..

Sunday, November 20, 2011

Penyesalan Tak Berguna


Assalamualaikum.. salam muhibah..
In the end, we only REGRET the chances we didn't take, the relationships we were afraid to have and the decisions we waited too long to make.
Benar.. pada akhirnya kita akan MENYESAL.. mengapa? Menyesal kerana kita tidak melakukan perkara yang seharusnya kita lakukan.. perkara apa? Pada akhirnya, manusia menyesal kerana tidak memanfaatkan peluang, tidak menjalinkan perhubungan dan tidak membuat keputusan yang sepatutnya.. kerana sifat sesetengah manusia yang tidak yakin dengan diri sendiri.. terlalu pesimis.. berfikiran negatif.. tidak berani untuk mencuba kerana takut akan risiko yang terpaksa ditanggung.. sedangkan kita sendiri tidak tahu apa yang menanti di masa depan.. sudahlah begitu, angkuh pula terhadap Pencipta.. enggan menadah tangan meminta petunjuk-Nya..

Mengambil peluang.. ya, memetik kata Zach X-Factor dalam filem 'Diari Romeo', cinta seperti memancing ikan.. bila kau ada peluang, kalau kau tak rebut peluang tu, peluang akan berlalu.. dan biasanya peluang tak datang dua kali.. lightning does not strike twice.. dan kalau peluang datang buat kali kedua, bertuah sangat lar tu.. dan kalau peluang kedua pun disia-siakan, memang teruk lar.... peluang bukan saja berkaitan cinta.. dalam hidup kita, apabila peluang terhidang, janganlah disia-siakan.. grab the chance.. jangan takut untuk mengambil risiko.. take the risk; if you win you will be happy, if you lost you will be wise.. jangan menyesal di kemudian hari kerana tidak merebut peluang yang tersedia..

Hubungan yang kita tak berani untuk mencuba.. mungkin kerana serik akan kegagalan masa lalu.. mungkin kerana kita menganggap semua lelaki dan perempuan sama saja dengan sesetengah mereka yang merosakkan nama jantina kerana mencemarkan kesucian cinta.. playboy, playgirl.. menjadikan fobia untuk mereka yang pesimis dan trauma buat mereka yang menjadi mangsa.. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. tetapi pilihan di tangan kita.. kita yang menentukan apa yang kita mahukan.. kerana takutkan kegagalan berulang lagi, kita hilang keberanian untuk mencuba.. dan sesalan di kemudian hari menikam jiwa.. tahniah kepada mereka yang tak pernah serik selepas terluka..

Keputusan yang terlalu lambat, memakan masa.. first come, first serve... dalam kehidupan seharian kita, dalam soal kerja, soal rumahtangga, soal itu dan ini semuanya merugikan jika kita mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan.. hingga akhirnya kita terlepas sesuatu hanya kerana terlewat sesaat.. soal cinta begitu sinonim dengan remaja meningkat dewasa.. contohnya lelaki yang berfikir panjang untuk meluahkan perasaan kepada gadis yang diminatinya.. hinggakan apabila dia telah mencapai kata putus untuk meluahkan perasaan, gadis itu telah menjadi kekasih orang lain.. situasi yang begitu tipikal.. akhirnya, beribu sesalan..

Entah kali yang keberapa aku memetik satu kata-kata Inggeris yang sangat terkenal dan indah di mata aku.. "Which one hurts the most? Say something and wishing you hadn't? Or say nothing and wishing you had?" Sudah banyak kali aku selitkan dalam entri-entri yang lepas, aku lebih memilih untuk meluahkan.. supaya di kemudian hari, aku tidak akan menyesal kerana TIDAK melakukannya apabila aku berpeluang.. jangan lepaskan peluang mengatakan cinta kepada seseorang ketika dia masih hidup.. jika dia telah pergi, kau hanya mampu bisikkan pada pusaranya..

Jangan lambat buat keputusan, jangan takut untuk menjalinkan hubungan, dan ambillah peluang dihidangkan Tuhan.. agar tak menyesal di masa depan.. wassalam..











p cium s : Berat nak hurai topik nie..


Tiga Jenis Blogger


Assalamualaikum.. salam kasih sayang..

20 November 2011 (20112011).. tarikh yang unik dan begitu istimewa.. aku berharap ada sesuatu yang akan berlaku pada hari ini untuk dijadikan kenangan.. tak mungkin majlis perkahwinan atau pertunangan kerana aku baru saja berusia 18 tahun, masih terlalu muda bagi lelaki.. dengan karier masih jauh, siapa nak jadikan menantu? Mukadimah meleret.. hehe.. syukur alhamdulillah.. dengan izin-Nya, hari ini sempurnalah follower aku yang ke-1500.. bukanlah aku mengejar follower.. tetapi follower menaikkan semangat aku untuk berblog.. tak aku nafikan pada awal pembabitan aku, aku berusaha untuk mencari pembaca.. tetapi lama-kelamaan aku sedar, jika tidak popular, you need something to make people find you.. dan aku tak nak cari publisiti murahan macam sesetengah blogger..

What you give, you get back.. itu pesanan aku untuk blogger-blogger baru.. aku pun bukanlah otai sangat.. tetapi aku juga bermula daripada kosong.. semua blogger otai bermula dengan pengikut sifar.. dan mereka membina satu gaya penulisan yang menarik perhatian orang ramai untuk setia membaca penulisan mereka.. aku belum sampai ke tahap tersebut.. dan aku tak rasa aku mampu menanggung harapan orang lain untuk membaca sesuatu yang mempunyai pengajaran.. aku hanya menaip mengikut rentak jari-jemari mengetuk papan kekunci..

Dalam dunia blogger, ada TIGA JENIS BLOGGER yang begitu jelas kewujudannya..

1. Blogger mengejar follower
Humm.. blogger jenis nie buat macam-macam nak tarik follower.. sampaikan event fb pun disalah guna.. spam link dekat kumpulan blogger apatah lagi.. blogwalking siang dan malam.. tapi kadang-kadang isinya hampeh.. cuma pasal dia dan kekasih sahaja.. dan ada juga buat segmen, contest segala bagai dengan syaratnya "wajib follow blog ini".. ya salam....

2. Blogger mengejar pahala
Blogger seperti ini tidak mencari follower.. apa yang dikongsikannya adalah untuk memberi manfaat kepada orang lain.. kerana falsafah "sampaikanlah walau satu ayat".. perkongsiannya untuk mengubah orang lain menjadi lebih baik.. niat yang tulus.. membuat orang lain berfikir sejenak dengan memberi sesuatu untuk direnungkan..

3. Blogger mengejar populariti

Blogger ini kadang-kadang hadir dengan tajuk yang terlalu bombastik tak ada kaitan langsung dengan entri.. sekadar nak menarik perhatian orang lain untuk membaca.. silapnya mereka kerana yang tertipu berasa teraniaya dan akan menyumpah-nyumpah mereka menjadi sesumpah.. ada juga blogger yang buat entri 'panas' untuk mencari publisiti murahan dan mencetus kontroversi..

Terima kasih sangat-sangat.. aku ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga alam blogger yang sudi membazirkan masa anda yang terlalu berharga untuk singgah dan membaca entri-entri daripada blogger picisan Marikh ini.. pembaca-pembaca senyap, pengomen-pengomen tegar, penjerit-penjerit lantang, pelawat-pelawat comel, pengikut-pengikut sopan, korang semua sangat aku hargai.. tanpa korang, blog A Guy From Mars takkan sampai sejauh ini.. siapalah aku tanpa korang semua.. hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa baik kalian.. you rock guys!!!

Follower bertuah ke-1500
Semua Tentang Zetty

Bertuah lar sangat.. aku kenal beliau sebagai seorang ahli Codename.. bekas pelajar SMK Sultanah Asma.. kebetulan beliau menjadi pengikut aku yang ke-1500.. tahniah.. ^_^












p palang s : Singgah lagi ya...


Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif