Welcome To My Life...

Friday, November 18, 2011

TF 14 : Baju Jumaat

Gambar hiasan

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Semakin hari berlalu..
Semakin parah duniaku..
Semakin maju negara..
Semakin rosak bangsanya..

Apabila diajukan soalan..
Akhir zaman disalahkan..
Apakah zaman itu menentukan?
Kita hanya penurut zaman?

Baju Melayu baju kebangsaan kita.. tapi kini wajar diubah namanya.. mungkin kepada Baju Raya, atau Baju Jumaat.. kerana jika tidak hari raya ataupun hari Jumaat, maka terabailah baju yang diwarisi turun-temurun ini.. malah lebih membimbangkan, umat Muhammad yang berpusu-pusu untuk solat Jumaat sekali seminggu di masjid memakai baju T sahaja.. malah dengan lambang yang entah apa-apa.. simbol yang cuba menarik pandangan mata.. inikah bangsa kita? Di mana letaknya baju Melayu kita?

Tahniah kepada yang bangga memakai baju Melayu.. anda memang hebat.. lihatlah di sekeliling kita.. dan carilah jawapannya.. ^_^

No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif