Assalamualaikum...
Hari ini aku nak kongsikan sedikit pembacaan kepada rakan-rakan wanita.. moga kita berubah menjadi yang lebih baik.. renungkan kesalahan-kesalahan dalam pemakaian tudung yang berikut dan perbetulkan jika anda salah.. matlamat tidak menghalalkan cara.. carilah suami yang mencintaimu walaupun dia tidak melihat auratmu kerana sudah pasti cintanya lebih tulus dan suci daripada orang yang tertawan pada auratmu wahai kaum hawa..
Kesalahan pertama :: Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
Kesalahan kedua :: Bertudung tetapi ber'T-shirt' lengan pendek.
Kesalahan ketiga :: Bertudung tetapi baju kebarung terbelah kainnya.
Kesalahan keempat :: Bertudung tetapi bajunya sempit, sendat, dan nipis lalu memaparkan kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.
Kesalahan kelima :: Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
Kesalahan keenam :: Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
Kesalahan ketujuh :: Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya daripada ditutupi kain tudung.
Kesalahan kelapan :: Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, tengkuk, leher dan dadanya.
Surah al-Ahzab ayat ke-33 bermaksud ::
Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar; cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Renung-renungkan.. selamat beramal.. :)
p palang s : Doaku buat adik-adik SPM..
Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar; cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Renung-renungkan.. selamat beramal.. :)
p palang s : Doaku buat adik-adik SPM..
5 comments:
hee ade juga yg kena atas batang idung sendiri.insyaAllah akan perbaiki lagi cara pemakaian.thanx ingatkan aku. :)
okay peringatan yang baik..benda ni selalu kita tak amik endah walhal sangat penting..thanks =)
igtan buat kaum hawa, dan peringatan buat kaum adam, yg mmpunyai ibu...kakak,adk pmpuan, isteri... dan anak....lelaki juga harus ambil peka bnda nie
moga lu jd imam yg baik.. amin~
@aleen aiden bagus2.. betulkan cara pemakaian tu yer.. sama-sama.. sharing is caring :)
@Finaz Jaafar hehe.. sesame2 :)
@Niena Pengembara Ilahi yup2..lelaki ketua keluarga.. so kena ambik berat benda macam nie .. :)
@Azroy Kassim lu jua... ameen..
Post a Comment