Welcome To My Life...

Monday, November 21, 2011

Tiga Kata Mat Luthfi

Assalamualaikum..



Salam sejahtera.. salam kedamaian..

Sudah pasti majoriti rakyat Malaysia semakin mengenali pembikin video Youtube yang kian terkenal, Mat Luthfi.. dulu masa aku mula-mula kenal budak utara nie, dia masih belum memiliki pelanggan saluran (channel subscribers) seramai yang ada ketika ini.. masa tu aku ingat lagi pelanggan dia sekitar 3000++.. sekarang dah mencecah 22000.. jadi korang boleh bayangkan betapa bagusnya beliau dalam menghasilkan video.. kepada korang yang di bawah tempurung dan tidak mengetahui siapakah beliau, Mat Luthfi rajin membikin video yang mengajak kita berfikir.. tetapi videonya tidak membosankan dan sering mencuit hati dengan lakonannya menjadi lelaki dan perempuan..

Video ini tidak terkecuali.. mungkin aku telah terlambat untuk memberikan komen.. kerana ramai yang telah memuji dan tidak kurang pula yang menghentam video "Rant On Lagu Cinta" nie.. bagi aku, video ini sangat bagus seperti selalu.. Mat Luthfi mengkritik lirik lagu Melayu yang hiperbola dan kadang-kadang terlalu metafora dan agak keterlaluan.. Mat Luthfi tidak pernah gagal mencuit hati aku dengan gelagat lucunya.. dan bagi aku, imaginasi beliau sentiasa sangat mengagumkan.. tiada kurangnya dalam video ini apabila beliau melakonkan lirik lagu Melayu dengan olahan perspektif tersendiri.. hasilnya boleh membuat kita tertawa..

Seperti orang lain, aku setuju dengan konklusinya mengenai lirik lagu-lagu Melayu yang sering berkisar tentang lelaki sanggup melakukan apa saja untuk perempuan yang dicintainya.. meredah lautan api, mendaki gunung tertinggi, dan segala macam lagi yang tak masuk akal.. hiperbola.. "ada beza PENGORBANAN dan KEBODOHAN".. ada benarnya.. berkorban untuk orang yang kita sayang itu satu perbuatan yang suci dan terpuji.. tetapi jika berkorban apa saja untuk orang yang belum tentu menjadi milik kita, itu kebodohan.. lebih baik kita berkorban untuk mereka yang telah sah milik kita daripada mereka yang belum tentu jodoh kita.. sila bezakan pengorbanan dan kebodohan.. you rock, Mat Luthfi!

Tapi aku tak setuju apabila Mat Luthfi mengkritik lagu KRU.. Mat Luthfi dan KRU, dua ikon yang memiliki imaginasi tinggi dan berkualiti.. lain daripada yang lain.. lirik lagu "Tiga Kata" yang dinyanyikan KRU mempersoalkan kata sayang, "Aku cinta padamu" yang jarang didengar dan disebut walaupun paling bermakna dan menyentuh hati.. kritikan diberi Mat Luthfi apabila mengatakan banyak lagu Melayu didengarnya semua berkaitan cinta.. brother, you make mistakes there! Jika diteliti, sebenarnya ramai manusia yang menyesal di kemudian hari kerana tidak berani meluahkan cinta kepada orang yang dicintainya.. dalam entri sebelum ini, aku bercakap tentang risiko.. dan apa yang dimaksudkan KRU bukanlah lagu cinta.. malah lagu cinta jika dinyanyikan kepada kekasih bukanlah 'tiga kata yang sangat bermakna dan ikhlas' itu.. "Aku cinta padamu", sukarkah untuk dilafazkan?

Apa pun, Mat Luthfi tetap terbaik.. beliau memiliki satu perspektif yang unik.. exceptional.. video terbaru beliau atau mungkin filem pendek, Rokok dan Kopiah, mempunyai mesej yang bagus.. kepada yang belum mengenali Mat Luthfi, sila lar jenguk saluran beliau.. penghibur yang bijak..












p tumbuk s : Meminati karya Mat Luthfi..


6 comments:

Razil Tahir said...

pendapat orang berbeza-beza... :)

fRaMe+LenSeS said...

betul. dia selalu wat video yang ada message tersendiri. ;)

nuyui a.k.a miss YUI said...

xlyn youtube..huhu..

kindergartenlibrary said...

Mat Luthfi memang terbaik !!!
suka oo video2 dia . kreatippp !!!

Mohd Zakwan Zain said...

pernah jugak tengok kawan2 share di FB mengenai video yg dhslkan Mat Luthfi ni... tetapi hati aku masih tidak terbukak lagi nak tonton video2 yg dhslknnya.. hehe

btw, kalau nak copy entri di blog zakwan amat2 dijemput TETAPI linkkan ke blog Zakwan ye :)
Peace (Y)

M Fizan said...

@Razil Tahir hehe..no doubt ^_^

@fRaMe LenSeS tepat..dia lain daripada yang lain..

@nuyui a.k.a miss YUI huhu..cuba lar dulu..sangat best!

@nelly hehe.. dia memang unik, terbaik!

@Mohd Zakwan hehe.. video dia best.. aku suggest tengok lar laju2.. :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif