Assalamualaikum..
Isnin kita menang, Rabu kita kecundang.. satu pingat emas yang dikekalkan, dan satu lagi kekalahan yang melemaskan.. faktor keletihan tidak sepatutnya dijadikan alasan walaupun barisan Harimau Muda hanya ada kurang 24 jam untuk berehat.. mungkin bukan rezeki kita untuk menang malam tadi di hadapan ribuan penyokong sendiri semasa menjadi tuan rumah kepada Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil.. seperti yang kita semua sedia maklum, pasukan kita tumbang 0-2 kepada pasukan Asia Barat ini.. nampaknya unta berjaya membaham sang harimau kebanggan kita.. hehe..
Dua gol mudah.. selepas memberi tentangan sengit habis-habisan dengan aksi yang bertenaga di sebalik keletihan, barisan pertahanan negara akhirnya dirobohkan dek kerana kecuaian sendiri.. malang sekali pemain kita lalai setelah diasak bertubi-tubi oleh negara Arab ini.. penguasaan jelas milik Syria ketika pemain Malaysia dilihat kehilangan ilham beraksi tanpa kapten Sukan Sea 2011, Baddrol Bakhtiar, yang telah melebihi had umur.. kemantapan benteng Malaysia menyaksikan beberapa kali percubaan jarak jauh berbahaya dilepaskan.. mujur kapten dan juga penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat cemerlang di gawang.. namun serangan Syria juga dapat menembusi pertahanan Malaysia dalam beberapa situasi..
Akhirnya, runtuh juga kubu skuad Harimau Muda apabila balingan ke dalam gagal dikeluarkan dan dua tandukan berjaya menyambung gerakan bola, yang kedua membuatkan Apek terpaku melihat bola menerjah jaring.. gol kedua pula menerusi serangan balas pantas.. ruang kanan kosong dimanfaatkan oleh penyerang Syria untuk menghukum kelalaian pertahanan sekali lagi.. pemain Syria ini ternyata bagus.. mereka sujud syukur sebaik menjaringkan gol dan apabila wisel terakhir dibunyikan.. mungkin kerana itulah mereka mendapat bantuan Tuhan.. Allahuakbar!
Tidak mengapa.. ada empat perlawanan menanti.. peluang masih terbuka.. bermula dengan Bahrain tiga hari lagi..
p palang s : Doa tiada henti..
No comments:
Post a Comment