Welcome To My Life...

Tuesday, April 30, 2013

Someone


You're lucky if you can find...


I want this someone! 

Seseorang yang takkan takut untuk mengaku dia merindui aku. Dia yang tahu aku tidak sempurna, tapi melayan aku seperti aku sempurna. Dia yang sangat takut kehilangan aku. Dia yang berkata 'aku cinta padamu' dan ikhlas dengan perkataannya. Dia yang melihat kedutan di kulit aku dan rambut aku yang memutih tetapi tetap jua jatuh cinta lagi dan lagi. Dia yang menerima aku seadanya.

Aku mahu dia. Di mana dia?


Monday, April 29, 2013

My Love


Just found something. Indeed, it's really true. No doubt about that.


One day, i'll make sure you read this. 
NASJ. 



Sunday, April 28, 2013

Atip


Semalam hari Sabtu, hujung minggu,
keluar makan bersama familiku. 

Jadi lah pantun tu kan. ^_^

Sebelum keluar, sempat bergambar dengan adik bongsu aku, Nursyahed Natif atau nama manjanya, Atip. Haa, beberapa hari lepas budak ni ada buat benda alah bernama button.


Alorhh, jeles pulak aku. Nak jugak button cenggini. Haaa, harganya RM 7. Masa dia buat tu aku takde. Kalau tak, dah berkurun lamanya aku buat satu untuk aku! Sabor jer lar. Nanti aku balik lepas habis peperiksaan A-Level, aku nak buat jugak.


Nahh, aku sebagai abang yang penyayang lagi baik hati, menyokong adik aku kalau dia jadi calon dalam pilihan raya. Mana lar tahu dapat jadi abang YB. Heh, dia tak ada pun cakap nak jadi wakil rakyat. Aku cakap 'kalau'. 


Atip baring di riba. Dia sayang sangat button dia tu. Apa-apa saja lah Atip! Adik bongsu yang manja. Yelah kan, beza umur 13 tahun. Dia sorang yang kecik lagi. Peminat setia Upin dan Ipin ni...


Bro and bro. Blood is thicker than water, kata James Brooke kepada William Shakespeare. 

Begitulah kisah adik dan abang. ^_^


Saturday, April 27, 2013

Mari Memasak


Semalam begedil. Hari ni ayam kurma! Yeay! Hee.

Alahh, buat macam penulis pulak yang masak. Ekceli ayah penulis yang masak. Memang sedap lar masakan ayah penulis. Kalah chef nombor satu dunia. ^_^

Nak masak ayam kurma, semestinya kita perlukan bahan utama iaitu AYAM. Kalau daging, masakan tu jadi daging kurma. Kalau telur pulak, telur kurma. Haaa, maka kita perlukan ayamlah untuk resepi kali ni. 

Pertama, beli ayam. Balik rumah, basuh. Masukkan dalam bekas, dan.... tangkap gambar!

Ayam mentah, sedia untuk dimasak.


Lepas dah tangkap gambar (hukumnya harus), baru boleh masak. Suka hati lar nak masak apa. Ikut kreativiti masing-masing. Tapi memandangkan aku dah tulis ayam kurma dari awal entri ni, maka ayam ni digunakan untuk resepi ayam kurma.


Inilah hasilnya. Tak cukup sepinggan! Nasi mesti tambah. Lauk pun bertambah juga. ^_^

Esok dah nak balik Shah Alam. Dua bulan lagi baru balik Changloon. :'(

Alhamdulillah, dapat merasa masakan kegemaran ummi dan ayah yang sangat istimewa. Bulan depan tak boleh balik. Ada peperiksaan besar berlangsung. Lepas tamat peperiksaan, ada rombongan ke Perak bersama rakan-rakan seperjuangan. InsyaAllah, lepas tu baru boleh rasa lagi masakan ni. Sobsob.

Masa untuk menjamu selera!


Jauh


Akhirnya aku sedar, aku dan hubungan yang halal a.k.a nikah masih jauh. Aku cuba untuk melawan arus. Aku cuba membuktikan semua orang salah. "THEY WERE WRONG!". Tapi aku sorang tak mampu.

Aku terpaksa menelan hakikat. Pahit. Takpe lah, yang pahit tu kan ubat...

Sebagai hamba Allah, aku merancang. Allah juga merancang. Dan pastinya Allah sebaik-baik perancang. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Bersangka baiklah dengan Allah. Yakinlah takdir-Nya adalah yang terbaik.

Aku ada prinsip baru sekarang. Selepas berusaha?

Aku cuma mampu berserah.
Kalau ada, adalah. Alhamdulillah.
Kalau tak ada, redhalah. :')


The Right People


Tadi aku belek FB kejap. Dalam kesedihan ni, tiba-tiba ada status sorang kawan aku yang menceriakan hati ini dengan izin Allah.

"Don't chase people. Be you, do your own thing and work hard. The right people who belong in your life will come to you, and stay."

Alhamdulillah, ketika hati berduka, Dialah yang membawa sinar semula. 

Kalau korang baru sekolah menengah, nasihat aku sebagai senior, tak usahlah fikir jauh sangat. Ada bertahun lagi di depan korang (kalau umur panjang). Bersedialah untuk apa yang sangat dekat, iaitu kematian. 

Tak payah kejar orang sangat. Kebahagiaan tu kan macam rama-rama. Lagi dikejar, lagi jauh dia lari. Tapi kalau kita berhenti kejar, dia pandai lar nak singgah di bahu kita.

Orang yang memang milik kita, akan datang, dan tak akan tinggalkan kita. Orang yang cuma menjadi ujian, akan datang membawa harapan, dan tinggalkan kita dengan pengajaran.

Moga Allah memakbulkan doaku..


The Making of.... Begedil


Hari ni aku lupa lagi tujuan aku balik adalah untuk study leave. Haha. Buku pun tak bukak lagi.. Terus diperangkap dengan ketenangan melampaui batasan.

Meh aku nak cerita pembikinan begedil versi famili aku. Senang je. Eh, tak berapa senang.. Hasilnya memang sedap dimakan. Tapi the making of.... begedil memang rumit. Penat buat. Sikit je dapat.

Pertama sekali, beli kentang. Lepas beli, balik rumah. Okey, ambik pisau. Baru boleh kupas ubi kentang. Dah siap kupas dalam dua tiga kilo (empat lima kilo lagi bagus), masa untuk basuh dan potong dadu. Besar atau kecik tu terpulang kepada keselesaan. Lepas potong, baru kita goreng!



Inilah hasilnya selepas digoreng.. What's next??


Kita tumbuk-tumbuk sampai hancur beliau a.k.a mat kentang. Ditumbuk bersama udang kering dan bawang goreng. Yee-haw!


Hasil selepas ditumbuk sampai lumat. Penat gila nak siapkan ni. Peluh sebaldi menitik. Air tiga baldi aku minum. Okey, nampak sangat menipunya...


Dibentuk menjadi begini. Masa untuk dimasukkan dalam telur dan.... goreng lagi!


Siap digoreng!


Dah boleh makan!

Makan memang senang. Nak buat tu penat... Apa? Senang? Buat dulu baru cerita lain ye. Hee. Selamat mencuba. ^_^



Friday, April 26, 2013

Pak Supir


Den balik ni study leave. Tapi biasa lar. Kena jadi supir haaa.. Hantar adik pergi sekolah. Hantar ummi ke tempat kerja. Masa cuti ni lar nak berbakti kan...

Selalu sangat tengok orang upload gambar diorang memandu.

Beta nak jugak...


Haaa, ini semua poyo!!

Sayalah pak supir moden.


Haram dan Halal


Status FB aku hari ni:
"Apabila perkara yang halal disukarkan, perkara yang haram menjadi kelaziman."

Nafikan kebenarannya!

Hari ni kita lihat ibu bapa tidak lagi mendorong anak muda untuk memilih hubungan yang halal pada usia remaja. Mengapa? Kalau dulu remaja boleh kahwin muda, kenapa tidak sekarang? Sedangkan dengan zaman yang semakin maju, pergaulan bebas semakin tidak terkawal diperangkap nafsu.

Hiburan yang melekakan membuatkan pancaroba dan dugaan buat anak muda semakin parah. Ada antara mereka yang mahukan hubungan yang sah (termasuk aku?). Tetapi perkara yang halal itu menjadi susah. Niat yang suci dihalang ibu dan ayah. Kenapakah?

Memang aku tak nafikan. Aku dah dengar banyak cerita kegagalan. Aku tahu nikah bukan satu permainan. Aku tahu tanggungjawab dan amanah bukan untuk pertaruhan. Tapi aku yakin dengan kesabaran dan keinginan, saling melengkapi dua insan membina kebahagiaan.

Aku sedar, kita dimomokkan dengan ayat-ayat pemusnah impian. Jangan kahwin sebelum terjamin masa depan. Jangan nikah sebelum bagi mak ayah rasa gaji kita. Jangan gatal nak kahwin sebelum bekerja. Bina karier baru bina rumah tangga. Semuanya cerita dongeng yang menambah kerosakan sedia ada.

Apa salahnya kita positif sikit? Allah dah janji, rezeki tu ada. Kalau kahwin pun, tak semestinya semua tak bagus saja. Benda yang baik, apalah salahnya.... Takkan nak biarkan zina bermaharajalela. Cuba mudahkan hubungan yang halal dibina. Anda mampu mengubahnya.

Saya sayang belia. Fikirlah untuk mereka. ^_^



Walk The Talk


Saya selalu cakap benda yang sama. Tapi saya selalu gagal untuk lakukannya. Saya pun tak tahu kenapa. Jangan tanya saya. 

Semalam saya dapat tahu sesuatu yang menghancurkan hati ini. Remuk, seperti tiada harapan lagi. Dugaan yang membuatkan kaki kembali berpijak di bumi. Tiada lagi mimpi.

"Life is weird; truths hurt, and lies comfort."

Kebenaran menyakitkan. Ya, tapi itu lebih baik dari penipuan yang terus menjadi tilam yang melenakan. Memusnahkan dalam keselesaan. Biarlah jiwa ini berkecai menjadi kepingan yang bertaburan, tercantum semula dan berkecai lagi. Hati ini telah lama mati.

Sukar untuk menerima kenyataan. Pedih untuk hakikat ini ditelan. Kenapa yang indah hanya kenangan? Di mana pula kebahagiaan?

It's the time to walk the talk. Jangan risau. I'm a man of my words. Saya cuma perlu kekuatan. Maafkan saya bila saya tak dapat tahan. Perasaan saya bukan mainan.


Thursday, April 25, 2013

Hurts


Setiap hari yang berlalu membuatkan saya rasa awak semakin jauh. Entah kenapa rasa ini semakin dalam. Jangan tanya saya kenapa. Saya tak ada jawapan.

Kalau saya saja yang berpaut teguh pada impian kasih, saya mengejar apa?

Setiap kali sakit, hati rasa ingin putus asa. Tapi minda berbicara. Teringat kata pujangga.

'The winner always have the courage to try just one more time.'

Apabila saya rasa nak berhenti, saya ingin melangkah lagi. Saya tak tahu di mana garis penamat. Tapi saya akan cari. Bukan kerana saya berjanji. Tapi saya yakin, ada hikmah di sebalik semua ni.



Wednesday, April 24, 2013

Tuesday, April 23, 2013

Ukhuwah



Gambar diconteng oleh Fyzan.

Kita bertemu kerana Allah,
kerana Dia jualah kita berpisah.

Dengan satu hamasah,
untuk menuju jannah.

Apabila ukhuwah itu fillah,
ukhuwah itu tersangat indah.

Uhibbukumfillah. ^_^


Champion 20|13


Selepas kegagalan menyakitkan musim lepas, para pemain dan penyokong Manchester United kembali ceria awal pagi tadi. Musim lalu, United terlepas kejuaraan liga dalam perlawanan terakhir apabila Manchester City memenangi liga dengan gol paling dramatik dalam masa kecederaan menentang QPR. Kali ini tidak lagi. Berbaki empat perlawanan, skuad Syaitan Merah ditabalkan selaku juara musim 2012/2013.

Penyokong Chelsea, Arsenal, Liverpool, Tottenham, dan Manchester City sila jangan cemburu. Sila cuba lagi tahun depan. ^_^


Alex Ferguson, dialah pengurus yang terhebat sepanjang zaman. Jika pemain United dilihat begitu dahagakan kejuaraan, manusia inilah yang lebih dahaga. Lebih dua dekad mengurus United, membawa Red Devils ke puncak kegemilangan, dia masih belum puas dengan deretan trofi yang dimiliki. Ketika dia mula memimpin, United masih ketinggalan di belakang Liverpool dari segi jumlah kejuaraan liga yang mendahului carta dengan 18. Dua puluh tahun kemudian, United sudah memiliki 20.


Jika ada seorang pemain yang layak dikatakan tulang belakang kejayaan United musim ini, dialah Robin van Persie yang dibeli dari Arsenal musim panas lalu. Tidak hairanlah dia menjadi idaman Alex Ferguson. Ketajamannya di awal musim meletakkan United begitu selesa memiliki mesin gol yang boleh diharapkan. Sejak akhir-akhir ini, dia hilang punca. 12 perlawanan tanpa gol, dia dikritik hebat dan dikatakan sudah hilang sentuhan.

Form is temporary, class is permanent. Begitu kata omputeh yang aku setuju sangat. United menjuarai liga dengan kemenangan 3-0 mengatasi Aston Villa dan RVP meledak hatrik. Satu voli untuk gol kedua begitu mempesonakan dengan teknik yang sangat hebat. Dialah penyerang unggul dengan jersi nombor 20 dan membawa United menjuarai liga buat kali ke-20. Dan ini kali pertama untuk RVP. Tahniah!


Phil Jones (kiri) dan Danny Welbeck, dua pemain muda berbakat yang semakin matang dan akan terus menyinar musim depan. Walaupun tanpa Alex Ferguson selepas ini, mereka akan terus menggerakkan Syaitan Merah.


Antonio Valencia, Nani, Javier Hernandez.


Inilah barisan pintu gol United yang begitu penting. Ketika pintu gol gagal dibolosi, dan saat pintu gol kerap dibocori, merekalah yang bertanggungjawab. Walau banyak mana sekalipun gol yang terbolos, banyak juga percubaan lawan yang dapat diselamatkan. Dari kiri ke kanan, David De Gea, Eric Steele (jurulatih penjaga gol), dan Anders Lindegaard.


Riang ria menjadi juara. Hernandez, RVP, Wayne Rooney dan Rio Ferdinand. Cuma RVP yang baru merasa pengalaman menjadi juara. Hernandez rasanya baru kali kedua. Rooney dan Ferdinand sudah terbiasa. Hanya kepuasan mendiamkan City menambah perisa.


Dua pemain veteran dalam skuad Alex Ferguson. Ryan Giggs dan Rio Ferdinand. Giggs yang kini berusia 40 tahun telah memenangi kejuaraan liga yang ke-13 musim ini, sama banyak dengan jumlah kejuaraan liga pasukan Arsenal! Sejak Liga Perdana Inggeris diperkenalkan pada 1992, Giggs telah mencipta rekod menjaringkan gol setiap musim.


Musim depan cabaran pasti lebih hebat kerana semua pasukan cuba menyingkirkan United. Sekarang masa untuk bergembira!


Siapa pun pemain yang akan dibeli pasukan lain, United sedang menanti kehadiran bintang muda, Wilfried Zaha. Dengan jangkaan Robert Lewandowski akan menambah bisa di jentera serangan dengan perpindahan dari Borussia Dortmund, United hanya akan menjadi lebih kuat. Ditambah kematangan pemain muda yang menyerlah musim ini, treble musim depan mungkin akan menjadi kenyataan!

Glory glory Manchester United.


Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif