Welcome To My Life...

Tuesday, April 2, 2013

Kejutan


Terkejut kerana dikejutkan oleh kejutan yang mengejutkan. Berapa banyak kejut daaa..

Hari ni dapat dua berita. Gembira dan separa sedih. Yang gembira tu mesti lar tak terkejut kan. Bukan lar dah jangka. Tapi lebih kurang macam tu lah. Memang dah harap macam tu. Alhamdulillah, tercapai jua.

Pagi tadi dapat markah keseluruhan subjek Matematik untuk peperiksaan percubaan A-Level yang aku hadapi baru-baru ni. Syukur alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, aku dapat A* (markah 90+). Sikit je markah aku. Tapi ada yang dapat B, untuk apa aku merungut?

Lima markah dah selamat. Gred A dapat lima markah. Markah maksimum tiga subjek mesti lar 15. Sikit lagi. Sepuluh je lagi. 

Yang best, daripada enam kertas (empat Matematik + dua Statistik), aku dapat markah penuh untuk dua kertas. Statistik agak mengecewakan tapi aku suka soalan menyakitkan macam tu. Prepare for the worst.

Yang tak menarik, dalam kelas Matematik tu jugak dapat berita mengejut yang esok akan diadakan interviu untuk kemasukan ke IMU. Sangat mengejutkan sebab kitorang dimaklumkan tarikh paling cepat adalah minggu depan. Namun, oleh sebab diorang tak dapat sediakan pensyarah minggu depan, interviu diadakan esok.

Aduhh, kejutan gila. Dengan tak sedia apa semua. Notis 24 jam. Lebih sebenarnya. Giliran aku antara yang terakhir. Aku tak suka giliran hujung ni. Penemu duga dah penat dan dah dengar banyak jawapan. Dia mesti jangka sesuatu yang lebih. Cuak!

Entah lah nak rasa apa. Aku yakin dengan perancangan Allah. Dia letakkan aku dalam situasi ni. Pasti ada hikmah. Think positive, think positive.

Mungkin masa tu otak aku berfungsi paling mantap. InsyaAllah, harapnya begitu. Ada kuota kemasukan. Penting interviu ni. Moga Allah permudahkan.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif