Welcome To My Life...

Monday, April 1, 2013

Paling Teruk


Aku memang harap sangat tak nak dah hadapi perjalanan panjang dalam bas macam aku balik ke Changloon masa cuti raya cina awal tahun ni. Harapan tinggal harapan.

Aku suka naik bas Transnasional berbanding Shamisha. Pertama, bas Transnasional tak masuk banyak tempat. Changloon terus ke Shah Alam. Kalau Shamisha, kena masuk Sungai Petani dan Butterworth. Kedua, selalu masalah kalau aku naik bas lain.

Pengalaman pertama, naik bas Shamisha. Selepas Jitra, sepatutnya Changloon adalah perhentian seterusnya. Tapi, dia guna jalan lain terus ke Kangar baru patah balik ke Changloon. Kerja gila. Bukannya dekat. Berpuluh-puluh kilometer. Membazir masa aku stres dalam bas tu. Aku sangat tertekan.

Pengalaman kedua, naik bas ekstra masa cuti raya cina tu. Tayar dah pancit di Perak, kalau tak salah aku. Kemudian, di Butterworth, bas terus berhenti sebab masalah tayar. Dah tak boleh gerak. Aku dan beberapa orang penumpang yang tak keruan, tak tahu hala tuju. Mujur diatur menaiki bas lain yang membuatkan bertambah kerja. 

Ayah aku kena jemput di Shahab Perdana, Alor Star ketika itu. Sepatutnya cuma ambik aku di Changloon. Itulah dua pengalaman yang membuatkan aku trauma nak pilih bas lain selain Transnasional. Untuk semalam, bas Transnasional perjalanan pagi dah penuh masa aku beli tiket pada hari Sabtu. Silap aku jugak sebab beli lambat.

Aku tak nak balik malam sebab penat bila sampai pagi. Bas Transnasional pagi dah penuh, tinggal perjalanan malam. Aku pilih Shamisha perjalanan jam 2.30 petang. Sekali lagi masalah. Bukan salah bas tu pun. Salah aku jugak yang pilih nak balik hari Ahad, hari semua orang berpusu-pusu balik ke kota raya selepas tamat cuti sekolah. 

Cis cis cis. Geram gila aku. Hasrat nak sampai malam untuk rehat sebelum memulakan kelas selepas cuti pertengahan semester selama dua minggu tak kesampaian. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa tujuh jam telah membazirkan masa aku selama tiga belas jam. 

Awal tu lagi dah masalah. Bas dari Kangar tak nak lalu Changloon sebab dua orang penumpang saja. Bas tunggu di Shahab Perdana dan syarikat bas aturkan teksi untuk kitorang ke Shahab. Situ je dah dem!! Masalah belum selesai. Jam 4 petang baru mula perjalanan.

Kesesakan jalan raya teruk di Pulau Pinang dan Perak memang gila. Tak percaya? Tanya siapa yang melalui lebuh raya PLUS malam semalam. Ambik masa setengah jam untuk gerak lima kilometer. Fuhh, memang aku tak sangka sampai macam tu. Penat aku tidur dalam bas. Kalau pandu kereta sendiri, memang pengsan.

Masa bas berhenti rehat, aku tengok ramai pemandu kereta juga merehatkan kereta diorang yang mungkin ada masalah. Aku sampai di Shah Alam kira-kira jam tiga pagi. Selepas jam 12 malam, baru trafik kembali pulih. Selepas Maghrib semalam, memang teruk aku nak cakap jujur lah. Serius tak tipu!

Semalam adalah perjalanan paling teruk pernah aku lalui. Tolonglah, aku tak sanggup nak hadapi lebih teruk daripada tu. Tak sanggup!!

Pengajaran, jangan balik hari terakhir cuti sekolah. Ingat tu sampai bila-bila!


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif