Sunday, April 14, 2013

Memalukan


Memalukan. Sangat mengaibkan.

Aku telah melakukan dosa terbesar seorang penjaga gol ketika bermain futsal petang tadi. Apabila menangkap bola, penjaga gol seharusnya memperlahankan rentak permainan untuk memastikan pemain lain dalam pasukan dapat bertenang.

Apatah lagi, perlawanan ketika itu baru bermula. Usianya masih bayi. Tak sampai dua minit. Serangan pertama lawan dapat diserap. Bola yang dihantar terlalu laju untuk penyerang dan aku berada di tempat yang tepat untuk memintas. 

Aku puas hati ketika itu. What i thought was, "okay, nice catch". Terlalu awal. Berpuas hati juga adalah dosa besar dalam perlawanan. Sejujurnya memang aku bukan penjaga gol secara semula jadi. Naluri aku adalah penyerang. Tak, itu bukan alasan.

What happened after that was miserable. Aku tak sangka langsung.

Masih terkejut dan kecewa dengan diri sendiri sampai sekarang. Bola di tangan. Aku melempar ke depan, ke luar kotak penalti. Aku cuba mencari rakan, bola telah terlepas dari kawalan. Semua rakan sepasukan dikawal rapi. Ya, aku jadi cuak. Cemas. Itu dosa ketiga penjaga gol. Aku sepatutnya menarik bola ke dalam kotak penalti semula dan menangkapnya. Aku tidak lakukan itu. 

Sepakan yang cuba dilakukan dalam keadaan kelam kabut tak mengenai bola. Penyerang lawan yang sememangnya hebat pantas menghidu mangsa seperti seekor singa yang kelaparan. Anak 'The Profesor' itu terus menerpa bola dan meledak. 

Aku meminta maaf kepada semua. Tapi itu tak dapat menebus rasa bersalah dalam diri. Aku telah menyusahkan mereka. Maafkan aku.

Aku kecewa. Sangat hampa.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif