Welcome To My Life...

Friday, November 30, 2012

Expect Small

Assalamualaikum.

Don't expect too much. You'll end up disappointed. *sigh

 
Apalah ada padaku
Hanya nyanyian dalam sepi
 
Seharusnya aku cerminkan diriku
Sebelum tirai kamar aku buka untuk mengintaimu

Biarkan diriku membawa semua
Luka


Masterful

Assalamualaikum.

Baru-baru ini, pengurus Manchester United, Alex Ferguson telah dihadiahkan sesuatu untuk sumbangannya membawa kejayaan buat kelab masyhur ini sejak menjadi pengurus United hampir tiga dekad lalu. Daripada kelab yang sukar mencapai kegemilangan lalu, Fergie membina skuad demi skuad yang sentiasa mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Kemampuan Fergie bertahan selama 26 tahun memimpin sebuah kelab menjadikannya antara pengurus terbaik sepanjang zaman. Bukan itu saja, malah deretan kejuaraan yang dimenangi menjadikan Fergie pengurus yang sangat dikagumi.

Dalam era moden, sukar untuk pengurus kelab bola sepak bertahan begitu lama. Buktinya? Chelsea baru saja melantik pengurus ke-18 dalam tempoh yang sama United masih dipimpin Alex Ferguson.


Hebat atau tidak, itu bukan lagi persoalan. Fergie telah menewaskan satu ensiklopedia pengurus-pengurus baru yang cuba mencabarnya. Satu keistimewaan Fergie yang diakui oleh semua pemain yang pernah berada di bawah kendaliannya adalah kemampuan Fergie untuk menggali kelebihan yang ada dalam diri pemain.

Dari zaman Eric Cantona, Roy Keane, Peter Schmeichel, Dwight Yorke - Andy Cole, dan Ruud van Nistelrooy hingga ke zaman Edwin van Der Sar, Nemanja Vidic, Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney, para pemain bintang yang menjadi anak didik Fergie terus memukau liga domestik dan Eropah. Sangat menghairankan apabila pasukan Manchester United dikatakan lemah ketika diorang sentiasa mencabar kejuaraan liga setiap musim sejak Liga Perdana diperkenalkan.

Pasukan United yang dikatakan lemah musim lalu juga hanya tewas kepada Manchester City dengan perbezaaan jaringan. Mungkin perbandingan dilakukan dengan skuad treble 1998/1999, antara skuad terbaik pernah dikumpul di Old Trafford. Dan barisan Fergie Fledgling yang diserap dari akademi United juga melahirkan bintang terkenal, antaranya David Beckham, Nicky Butt, Gary Neville, dan sudah tentu Ryan Giggs dan Paul Scholes yang masih beraksi musim ini.

Jangan dilupakan Giggs telah menjaringkan gol dalam setiap musim sejak Liga Perdana Inggeris diperkenalkan. Pembelian terhebat Fergie tidak dapat dinafikan adalah Eric Cantona yang mengubah sejarah United. Ramai bekas-bekas bintang United kembali ke Old Trafford untuk majlis melancarkan tugu kenangan buat Alex Ferguson.


Ramai yang mendapat tugu penghormatan setelah meninggal dunia, tetapi Alex Ferguson mengatasi kematian untuk melihat tugunya.


Inilah tugu pengurus handalan yang digambarkan oleh perekanya sedang berfikir jauh ke hadapan. Fergie masih enggan berundur kerana melihat cabaran baru. Alex Ferguson mahu kembali menakluk Eropah dan dunia. Kini skuad muda Fergie diterajui bekas legenda Arsenal, Robin van Persie.


Inilah dia antara legenda Manchester United. Ole Gunnar Solksjaer, Eric Cantona, Dwight Yorke, Andy Cole, Ruud van Nistelrooy, dan Edwin van Der Sar. Diorang hadir untuk menghormati hari bersejarah buat bekas pengurus yang sangat diorang sanjungi.

Dan pengurus itu masih berselera untuk menambah trofi dalam kabinet yang telah penuh. Dialah Alex Ferguson, the living legend.













p sepak s : Legendary manager..


Thursday, November 29, 2012

Robin Again

Assalamualaikum.

Entri bola sepak. Maaf, sila berpindah entri.

Awal pagi tadi, Liga Perdana Inggeris diteruskan dengan aksi pertengahan minggu. Selepas berulang kali melepaskan gol pertama perlawanan kepada pasukan lawan, Alex Ferguson tidak rela melihat ia berlaku lagi. Cara bertahan terbaik adalah dengan menyerang. Dan itulah peraturan asas bola sepak yang dipatuhi Fergie.


Alex Ferguson menurunkan skuad dengan bayangan untuk menyerang. Anders Lindegaard mengekalkan posisi di gawang. Begitu juga Rafael, Jonny Evans, dan Patrice Evra membentuk kubu pertahanan bersama Chris Smalling yang menggantikan Rio Ferdinand. 

Jentera tengah menggunakan formasi 'berlian'. Michael Carrick bertahan di tapak dengan Tom Cleverley dan Anderson membentuk gandingan muda dinamik di hadapannya. Wayne Rooney berada di puncak 'berlian' di belakang gandingan penyerang Robin van Persie - Javier Hernandez.

33 saat. Itulah masa yang diperlukan United untuk menamatkan badi ketinggalan kepada pasukan lawan. Siapa lagi kalau bukan legenda baru United, RVP yang meledak. Mesin gol United itu menerima hantaran cantik Carrick, mengangkat bola melepasi pertahanan dan merembat, ditampan seorang lagi pertahanan, melambung melepasi penjaga gol yang tiada peluang. 


Ramai penonton sedang memenuhi tempat duduk ketika RVP menjaringkan gol terpantas liga musim ini. Dan tiada lagi tambahan jaringan selepas itu. Meskipun United begitu dominan dan menyerang bertali arus, penyudah lemah memaksa United berpuas hati dengan jaringan tunggal. Sama situasi dengan Harimau Malaya.

Percubaan ke arah gol sekurang-kurangnya 20-8. Jika tidak kerana kecemerlangan penjaga gol West Ham United, sudah tentu United berpesta gol. Apa pun, United lebih berpuas hati dengan kemenangan tanpa bolos setelah sering saja gawang gol dibocori sepanjang musim ini.


Selain penyudah, Fergie boleh berasa lega dengan permainan menyerang yang indah. Bertukar-tukar hantaran dan mendominasi perlawanan, sukar untuk lawan melakukan serangan. Kemenangan tanpa bolos itu satu bonus. Beberapa pemain juga beraksi cemerlang.

Smalling dan Evans mengekang Andy Carroll dan segala perebutan bola di udara yang cuba digunakan sebagai senjata oleh West Ham. Rafael di posisi bek kanan sering membantu serangan dengan larian bertenaga sepanjang perlawanan.

Anderson dan Cleverley di tengah menunjukkan kuasa tenaga muda. Anderson mula konsisten tetapi masih perlu meningkatkan stamina. Nampak jelas Anderson kepenatan dan meminta simpati Fergie untuk ditukarkan.

Keseluruhannya, United masih di puncak liga. Pasukan ini lemah? Fikirlah semula. Perlawanan liga seterusnya menentang Reading hujung minggu ini. Satu lagi kemenangan menanti.












p cium s : Glory glory...


Mengaum Garang

Assalamualaikum.

Seperti yang korang dah tahu, malam semalam Harimau Malaya mengaum garang. Bagaikan begitu parah terluka, harimau bangkit merobek mangsanya. Selepas terkulai di tangan singa, Datuk K. Rajagobal menunaikan janji. Bala tentera dirombak, kemenangan dicari.

Aksi hambar perlawanan pertama memaksa sang jurulatih bertindak. Pemain yang beraksi kurang baik harus dihukum. Maruah negara tidak harus menjadi taruhan dengan kurangnya konsentrasi pemain untuk mewakili negara tercinta.

Farizal Marlias mengambil alih posisi Khairul Fahmi Che Mat di antara dua tiang. Mahali Jasuli kembali merampas posisi bek kanan daripada Bunyamin Umar. Shakir Shaari diberikan kepercayaan menggantikan Amar Rohidan. Wan Zack Haikal mendapat peluang mempamerkan aksi dengan menyingkirkan Khyril Muhymeen.


Aku percaya inilah barisan terbaik yang Malaysia miliki ketika ini. Kecuali Khairul Fahmi Che Mat kembali fokus. Aku lebih suka dia di gawang sebenarnya. Gandingan Shakir dan kapten, Safiq Rahim, lebih menjadi untuk mengawal jentera tengah. Kepantasan Wan Zack Haikal dan S. Kunanlan di bahagian sayap memberi banyak masalah kepada lawan.

Menang 4-1, sepatutnya keputusan lebih teruk buat Laos. Aku kira Safee memiliki tujuh atau lapan peluang yang disia-siakan, begitu juga empat untuk Norshahrul Idlan Talaha a.k.a Mat Yo. 11-1 atau 13-1 aku kira tidak mengejutkan jika ia berlaku. 

Malaysia menguasai perlawanan sejak wisel pertama dibunyikan. Dan selayaknya Harimau Malaya mendahului 1-0 melalui situasi bola mati, sepakan percuma. Siapa lagi? Kepakaran Safiq pernah memukau Arsenal dan Liverpool, dan penjaga gol Laos bukan lawannya. Sepakan melencong Safiq melepasi benteng dan menuju tepat ke sasaran, penjuru atas gawang. Very deadly.

Kegagalan Safee menyudahkan peluang yang dihidangkan oleh rakan sepasukan dihukum pemain Laos. Gol penyamaan dijaringkan menentang arus perlawanan di mana Malaysia menyerang habis-habisan. Sebaliknya serangan balas pantas menghadirkan gol apabila rembatan Khonesavanh Sihavong yang tidak dikawal di sebelah kiri ditampan Aidil Zafuan dan melambung melepasi Farizal.

Amat mengecewakan untuk terikat 1-1 selepas berakhir babak pertama kerana kita menguasai perlawanan yang berat sebelah. Kedudukan itu berbahaya sehingga Safee memanfaatkan peluang. Selepas beberapa kali menghampakan dengan penyudah tumpul, termasuk satu tandukan bebas, Safee menjaringkan gol pendahuluan dan melemahkan moral pasukan lawan. Kredit kepada Wan Zack Haikal dengan larian lipas kudung.


Gol ketiga membunuh terus semangat juang pemain Laos yang semakin keletihan. Hantaran silang Kunanlan dari sayap kiri terlalu cantik. Terlalu tepat untuk disia-siakan. Wan Zack Haikal tidak menghampakan dengan tandukan tepat ke sasaran. Kepuasan terbayang jelas di wajahnya. Perlawanan telah berakhir buat pasukan Laos. Tetapi Malaysia masih perlu melebarkan perbezaan gol selepas kalah 0-3 kepada Singapura dalam perlawanan pembukaan.

Pemain gantian, Khyril Muhymeen melengkapkan kemenangan skuad negara dengan jaringan keempat. Satu larian solo dari tengah kawasan lawan untuk serangan kilat. Terlalu pantas untuk pertahanan lawan yang semakin penat. Tiada tambahan jaringan selepas itu. 

Walaupun hanya 4-1, aku terima kemenangan itu. Permainan menyerang sangat menarik. Sayap kiri dan kanan begitu pantas. Hanya penyudah perlu diperkemaskan, dan kita akan menjadi juara sekali lagi. Watch that man. Jika Wan Zack Haikal konsisten, dia akan menjadi pemain penting Harimau Malaya.

Aku harap kemenangan semalam akan mendiamkan lalang yang mengeji K. Rajagobal sebelum ini. Indonesia next. Our noisy neighbour. Mari sama-sama doakan kemenangan skuad kebanggan kita.













p palang s : Malaysia pasti boleh..


Twenty-Two

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sudah 22 tahun.

29 November 1990 sehingga hari ini, Khamis. 29 November 2012. Tahun demi tahun. Kalendar 365 hari bertukar ganti. Oh, tahun lompat 366 hari. Looking back to the past. Time went so fast.

Kebetulan, hari ni juga adalah hari yang sama dengan tarikh 22 tahun dulu. K-H-A-M-I-S. Walaupun 22 tahun, bukan senang nak dapat hari yang sama untuk tarikh yang sama. Setiap tahun, hari sepatutnya bertambah satu je. Tapi tahun lompat mengubah cerita.

Ada hari Khamis "TER"elak. Dari Rabu terus ke Jumaat pada tahun seterusnya. Susah. Memang susah. Cuba teka, ada berapa hari yang sama sepanjang 22 tahun ni? Tetttt..

 Tepat sekali. Jawapannya, cuma tiga. Aku dah selidik kalendar. Go to date. Tarikh yang sama sejak 1990. Cuma ada dua kali saja (selain 2012) di mana tarikh 29 November jatuh pada hari Khamis a.k.a Thursday. Cuba lar periksa kalau tak percaya.

29 November 2001, 29 November 2007. Dan tahun ni 29 November 2012. Cuma tiga kali dari tahun 1990. Hanya tiga kali dalam 22 tahun ni. Hari Khamis 29 November seterusnya adalah pada tahun 2018.

Oh, bukan hari lahir aku. Bukan, bukan, bukan.

 
 Happy 22nd anniversary to my parents!!
Congratulations... ^_^

Selamat hari ulang tahun perkahwinan buat umi (Akilah Abdullah) dan ayah (Md Fared Wakimin). Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi. Semoga bahagia selalu dan bahagia hingga ke syurga. Amin ya rabbal alamin...

Aku pun kawin nanti nak jugak. Bukan saja 22 tahun, nak selama-lamanya hingga ke jannah yang abadi. Moga diizinkan Allah. 












p peluk s : Nak jugak...


Oh Holiday

Assalamualaikum.

Cuti oh cuti.


Saya suka, saya suka. Itu kata Jarjit Singh dalam Upin dan Ipin.

Aku pun suka. Kalau bab cuti, lama sebelum cuti dah ternanti-nanti. Kelas pun mula hilang fokus. Makin dekat cuti makin tak senang duduk dibuatnya. 

Tiba-tiba rindu makin membara nak balik rumah. Padahal sebelum tu tak rindu teruk pun. Apa pun, aku tak kisah. Sekarang aku cuti semester di rumah. Ada sebulan lagi. I want to enjoy my time. Peace no war! 












p cium s : Cuti-cuti cinta? ^_^


Wednesday, November 28, 2012

Scintillating

Assalamualaikum.

Wisel penamat telah dibunyikan, menandakan juara bertahan kembali bernyawa. Tuan rumah menang bergaya di gelanggang sendiri dengan izin Allah. Perebutan slot separuh akhir kini terbuka selepas Indonesia mengatasi Singapura 1-0 dalam perlawanan lebih awal petang tadi.

Aku gembira, dan aku pasti seluruh rakyat Malaysia turut berkongsi perasaan yang sama. Malam ni pasukan bola kita menunjukkan persembahan sebenar sang juara. Harimau Malaya mempamerkan belangnya. 

 Malaysia 4-1 Laos

Alhamdulillah, sebagai rakyat Malaysia, bersyukurlah kepada Yang Maha Kuasa yang menganugerahkan kemenangan ini milik kita. Walaupun hanya pasukan kerdil seperti Laos, jangan kita lupa. Laos juga yang seri 2-2 dengan Indonesia dalam perlawanan pembukaan. 

Di depan ribuan penyokong sendiri, dan sorakan gamat Ultras Malaya, skuad negara begitu tekad dari wisel permulaan. Laos tidak pernah berada dalam permainan. Ketika 1-1 pun, gol itu dijaringkan menentang arus perlawanan. Malaysia mendominasi permainan dan tidak pernah kelihatan menuju kekalahan. 

Serangan demi serangan bertubi-tubi hanya mendatangkan satu persoalan. Bilakah Malaysia akan menjaringkan gol seterusnya? Hanya masa yang akan menentukan. Jika tidak kerana ketumpulan gandingan penyerang Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha, Laos sudah hanyut dalam babak pertama lagi. Ia tidak sepatutnya berakhir 1-1. 

They should have been out of sight long before the equaliser. Safee Sali melepaskan deretan peluang keemasan. Sebelum Safee menjadikan kedudukan 2-1, dia gagal menanduk ke gawang ketika dibiarkan tanpa kawalan di tengah kotak penalti. Safee memiliki tujuh atau lapan peluang terhidang. Mat Yo juga ada empat atau lima.

It could have been 11 or 12 goals for Malaysia. But I'll take this 4-1 scoreline and all three points. Perlawanan terakhir kumpulan menentang Indonesia penting kerana Indon menang dengan Singa. Mahu atau tidak, Malaysia mesti menang. Sekurang-kurangnya amaran telah diberi. 

Jika skuad Harimau Malaya konsisten dengan aksi malam ini, aku percaya Malaysia pasti menang dengan Indonesia. The attacking football was scintillating and breathtaking at times. Laos have no answer to Malaysian fluid system. Aku rasa minima lapan gol jika gandingan penyerang lebih tajam. Safee nampak tumpul dan terlalu baik hati.

Safee perlu lebih kejam. Dalam bola sepak, tiada istilah kesian. Setiap kesilapan akan dihukum di peringkat lebih tinggi. Safee perlu belajar untuk menjadi lebih zalim. Biar menjaringkan 10 gol, demi maruah negara. Usah pedulikan lawan.

Pujian? Aku dah puji tadi, jentera serangan Malaysia nampak mantap kecuali penyudah. Jika penyudah tumpul itu diperbaiki, aku yakin kejuaraan akan dipertahankan. Benteng pertahanan juga kukuh. Persefahaman semakin baik. Aku puji pemilihan pemain oleh Datuk K. Rajagobal yang membuat keputusan tepat malam ini. Tiada lagi eksperimen, ini pertandingan sebenar.

Aku lebih suka Mahali Jasuli di posisi bek kanan berbanding Bunyamin Umar. Farizal Marlias nampak tenang di gawang. Gandingan Fadhli Shas dan Aidil Zafuan di bek tengah juga mantap. Azmi Muslim atau Zubir Azmi di posisi bek kiri tiada masalah bagi aku.

Jentera tengah hari ni merupakan keputusan terbaik Datuk Raja. Safiq Rahim lebih menyerang, kerana ada Shakir untuk bertahan. Jika dibandingkan Safiq - Amar Rohidan yang kedua-duanya bertindak selaku holding midfielder. S. Kunanlan di sayap kiri beraksi cemerlang dengan hantaran silang kaki kiri yang merbahaya dan larian kencang. 

Penyerang? Tumpul, perlu lebih banyak latihan penyudah. Aku minat Safee Sali, bayangan Mokhtar Dahari. Tapi malam ni, Safee nampak hilang punca sampai dia menjaringkan gol mudah hasil usaha keras Wan Zack Haikal. Aku tak tahu apa masalah yang mengganggunya tapi Safee perlu bangkit. Mat Yo? Skillful and speedy. But he needs to be sharper.

Wan Zack? I'll single out him.

Man of the match tonight is easily Wan Zack Haikal Wan Noor. Mencipta gol kedua Malaysia dengan hantaran silang kepada Safee dari sebelah kanan untuk jaringan mudah buat penyerang berkualiti Malaysia. Penjaring gol ketiga dengan tandukan kencang hasil hantaran lintang Kuna dari sayap kiri. Kepantasannya sentiasa mengancam pertahanan Laos.

Larian pantas, variasi skil, mampu menggelecek dengan licik, dan kreatif. And the most important of all, he has the footballing mind. Dia tahu apa yang dia perlu lakukan. Dan dia tahu apa yang dia buat. Inilah pemain menyerang yang kita cari selama ni.

Tak sia-sia kita beri pendedahan di luar negara kepada pemain Harimau Muda. Inilah hasilnya. Beraksi di Slovakia, Singapura, dan Australia banyak mengajar pemain muda kita untuk lebih cepat berfikir dan bertindak pantas. Hari ini Laos melihat apa yang Wan Zack belajar dan terpaksa menjadi mangsa.

Lihatlah esok. Lalang yang mengeji ketika kalah akan menyanjung dan memuji. Bila menang, mengaku rakyat negara ini. Bila kalah, dikutuk sepuas hati, dihentam tanpa henti. Hipokrit. In shaa Allah pasukan negara akan mengalahkan Indonesia dan melangkah ke separuh akhir.

Teruskan menyokong Harimau Malaya. Doa kita jadikan satu, Piala AFF terus diburu. Selamat malam.











p sepak s : Malaysia selalu boleh...


WW #38 : Wings

Assalamualaikum.


You're my missing puzzle piece.

Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita-citamu
Harap nanti kita 'kan bertemu



Monday, November 26, 2012

Act Your Love

Assalamualaikum.

Actions speak louder than words.


Selalu kita dengar. Jarang kita mengerti hakikat itu. Dalam konteks cinta, kita sering saja mahu dimanjakan dengan ayat-ayat cinta yang puitis. Sedangkan kita tahu yang manis itu boleh menjadi racun. Lebih baik kita tahu kebenaran yang menyakitkan daripada terus diperdaya dengan kepalsuan yang mengkhayalkan.

"You don't need words to show that you care for someone, just like Mr. Bean! He rarely speaks but never leaves his teddy behind."


Sekali lagi aku mengangguk-angguk tanda setuju. Korang mesti pernah tengok Mr. Bean kan? Seorang lelaki bendul yang jarang bercakap dan menghiburkan penonton dengan perlakuan dan mimik muka. Tahu satu hakikat? Dia sangat sayangkan patung beruangnya. Patung beruang itu bagaikan kekasihnya.

Untuk menunjukkan kita peduli akan seseorang, tidak perlu kita memberitahunya setiap hari. Tidak perlu melafazkan kata cinta keramat "I Love You" setiap pagi, petang, siang dan malam. Bila perkataan itu dilafaz tanpa keikhlasan, rosaklah ketulusan dalam lafaz itu sendiri. Tiga kata itu tak berdosa, salah kita yang melafazkannya tanpa 'rasa' di jiwa.


Cinta bisa terlafaz dalam senyap. Dalam kesunyian, tanpa sepatah kata. Seperti cinta dua orang manusia bisu. Diorang tak berbicara, tapi cinta sepenuh jiwa. 

Maka, berhentilah. Jangan terus melafazkan kata cinta tanpa 'jiwa' di dalamnya. Buktikan cinta kerana ia lebih jelas. You may lie in your words but your action tells everything

Walk your talk. Act your love.












p cium s : Aishiteru..


Sunday, November 25, 2012

Cara Cinta

Assalamualaikum.

Seperti biasa, aku suka kongsi madah untuk direnungi. Dah macam Tok Putih pulak aku ni. Korang kenal ke Tok Putih? Ah, tak perlu. Cukup lar korang semua kenal Lelaki Dari Marikh.

"Just because someone doesn't love you the way you want them to doesn't mean they don't love you with all they have."


Sedar atau tidak. Apabila kita bercinta, kita harap pasangan kita mencinta kita seperti mana yang kita mahu. Salah. Totally wrong

Korang mesti pernah dengar ayat ni. Kalau kita ubah pasangan kita, bererti kita mencintai pantulan diri kita dalam diri pasangan kita tu. Macam cermin. Tahu kan CERMIN? Itulah analoginya. 

Bila pasangan kita guna cara dia, mula lar kita mengomel. Itu tak kena. Ini tak kena. Semua serba tak kena. Kita nak cara kita je betul. Another mistake. Kadangkala berlaku manusia melepaskan orang yang paling mencintainya kerana tidak suka dengan cara orang tersebut. Dem!

Walaupun orang tu tak mencintai kita macam yang kita nak, itu tak bererti dia tak mencintai kita dengan segalanya yang dia ada. Aku cuma terjemah ayat omputeh tadi. Ya, benar. Kita mungkin tak suka cara seseorang, tapi itu tak mengubah hakikat ketulusan dia. 

Ikhlas, itu abstrak. Tak bisa kita lihat. Bukan sesuatu yang konkrit, yang dapat kita rasa dengan pancaindera. Sukar untuk menilai keikhlasan. Lazim manusia menghargai selepas kehilangan. Kerna kita cuma menyedari betapa pentingnya seseorang selepas dia sudah tiada. Ketika dia ada, kita tidak peduli pun kehadirannya. *mengeluh

Absence makes heart ponders.

Hargailah. Cara seseorang menunjukkan kasih sayang mungkin berbeza. Mungkin kita tak suka. Tapi itu tak mengurangkan sedikit pun hakikat bahawa dia mungkin mengasihi dengan sepenuh hati.













p cium s : Teringat lagu Imran Ajmain..


Realiti vs Fantasi

Assalamualaikum.

Satu? Tak cukup. Dua? Belum. Tiga? Complete misery. Total disaster.
Bad day.

Lee Chong Wei. Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong. Pasukan bola sepak. Semuanya gagal menceriakan peminat sukan tanah air secara amnya dan aku khususnya. Sangat mendukacitakan untuk melihat tiga wakil negara rebah terkulai layu menentang lawan masing-masing.

Awal pagi tadi aku bersemangat untuk tengok diorang semua beraksi. Tapi hampa. Mengecewakan.


Harimau pertama yang rebah di bumi Hong Kong. Final perseorangan lelaki Siri Super Terbuka Hong Kong 2012 menentang Chen Long dari China. Datuk Lee Chong Wei yang baru berkahwin dengan Wong Mew Choo tewas straight game 21-19 dan 21-17. LCW memiliki rekod baik menentang bintang muda China itu. Namun hari ini pemain negara Tembok Besar itu berjaya membalas taktik LCW untuk menjadi juara.

Apa yang menarik perhatian aku adalah LCW kini sudah berusia 30 tahun. Masih lagi mampu menangkis kepantasan pemain muda China, generasi pelapis Lin Dan. Sedangkan Malaysia tiada pelapis. Selepas LCW, siapa? Jika Lin Dan berundur, sudah ramai bersedia menggantikannya.


Koo Kien Keat - Tan Boon Heong, beregu lelaki terbaik negara ketika ini. Final beregu lelaki Siri Super Terbuka Hong Kong 2012 menentang Cai Yun - Fu Haifeng (China). Juga tewas straight game 21-16 dan 21-17. Memang memuaskan. Aksi melawan yang tidak kenal lelah. Pasangan China itu nyata lebih mantap kali ini.

Pasangan Malaysia sedang meningkat. Permainan KKK - TBH semakin serasi di bawah tunjuk ajar Tan Kim Her selepas pemergian Rexy Mainaky. Walaupun kalah, beregu negara mempamerkan aksi berkualiti dan memaksa beregu handalan China menunjukkan permainan terbaik. Badminton at the highest quality. Sangat menghiburkan. Aksi smesy menjunam dan pertahanan luar biasa yang menarik. Tak rugi aku tengok.

Walaupun LCW dan KKK - TBH kalah, diorang sebenarnya memecah monopoli China. Dalam lima acara, semua melibatkan wakil China kecuali beregu lelaki dan perseorangan lelaki yang melibatkan atlet negara. Sayangnya, China menyapu bersih kesemua lima kejuaraan. Apa pun, aksi LCW dan KKK - TBH memang terbaik.


Review perlawanan peringkat Kumpulan B dalam Piala AFF Suzuki 2012. Adakah mengejutkan apabila Malaysia tewas 3-0 kepada Singapura? Jawapan aku, tidak. Petandanya sudah jelas. Persiapan untuk mempertahankan kejuaraan dua tahun lalu memberikan indikasi negatif. Seri 1-1 dengan Bangladesh dan Hong Kong.

Menentang skuad Kota Singa sarat dengan bintang naturalisasi, sukar untuk Malaysia bersaing jika aksi sama dikekalkan. Dan itulah yang berlaku. Tiga gol mudah membolosi gawang negara. Gol pertama apabila Shahril Ishak menyambut hantaran silang di antara dua pertahanan dan menewaskan Khairul Fahmi di gawang Malaysia.

Gol kedua? Sepakan percuma yang tidak mengancam jika Khairul Fahmi tidak membuat kesilapan. Mungkin teringat bakal isterinya, Apek keluar untuk menumbuk bola tetapi terlepas. Tandukan Fadhli Shas dari atas garisan gol tepat ke kepala Shahril Ishak yang menanduk ke gawang terbuka. 2-0. Mudah, terlalu mudah...

Pemain gantian, Aleksandar Duric yang berusia 42 tahun tambah memalukan Malaysia. Kuda tua itu tak mungkin memiliki kudrat seperti pemain muda. Tapi apabila dihidangkan peluang tandukan bebas di tengah kotak penalti, pemain veteran itu senyum lebar sampai ke telinga. Tiada siapa yang mengawal Duric. Dia berada di tengah pertahanan Malaysia. Dia tidak perlu berlari. Usia 50 tahun pun pasti dia mampu menanduk.

Banyak kesilapan yang perlu Datuk K. Rajagobal beri perhatian. Masalah pertama adalah konsentrasi. Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek sepatutnya boleh menghalang ketiga-tiga gol. Gol pertama dan ketiga, Apek tidak peka dan lambat mengesan ancaman penyerang lawan. Gol kedua? Sudah tentu itu kesilapan Apek yang keluar dan gagal menumbuk bola.

Masalah kedua adalah marking. Penyerang lawan bermaharajalela di tengah benteng pertahanan Malaysia. Gol pertama? Shahril berlari di antara dua pertahanan. Gol kedua? Tiada pertahanan. mengesan larian Shahril ketika Fadhli Shas bermati-matian. Gol ketiga? Fadhli Shas atau Aidil Zafuan selaku gandingan bek tengah gagal mengawal Duric.

Pertahanan Malaysia malas dan itulah hakikatnya. Jika melihat aksi Liga Perdana Inggeris, full-back atau bek kiri dan kanan akan membantu serangan dengan larian overlapping sepanjang perlawanan. Apabila Mahali Jasuli masuk, baru kita lihat bagaimana bek kanan menyokong jentera serangan.

Masalah di jentera tengah, kita tidak memiliki pemain tengah menyerang yang kreatif. Kita ada Safiq Rahim, pakar sepakan percuma, kapten yang bertindak selaku jeneral padang. Tapi fungsi Safiq sama seperti Amar Rohidan, selaku holding midfielder. Kita memerlukan pemain yang kreatif untuk merobek pertahanan lawan dari tengah, bukan dari sayap.

Masalah di bahagian sayap, S. Kunanlan dan Khyril Muhymeen tidak efektif. Hantaran silang tidak berkualiti menyukarkan penyerang tulen seperti Safee yang mampu menanduk jika mendapat hantaran lintang bermutu tinggi. 

Safee Sali sendiri bermasalah di bahagian serangan. Safee seperti hilang taringnya. Pemain terbaik Malaysia sudah tentu Norshahrul Idlan Talaha a.k.a Mat Yo dengan rambut merahnya. Mujur aksinya sama menarik dengan warna rambut. Hanya tiang menghalang Mat Yo dari menjaringkan gol saguhati buat Malaysia.

Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi saksi bagaimana juara bertahan rantau Asia Tenggara dimalukan di gelanggang sendiri. Harimau diratah oleh singa. Raja rimba mengaum di belantara. Ya, kita boleh bermimpi. Bangkitlah, hadapi realiti.

Memang benar, situasi dua tahun lepas juga sama. Kita tewas 5-1 kepada Indonesia dalam perlawanan pertama kumpulan sebelum menjadi juara. Situasi kali ini pasti berbeza. Sejarah silam bukan ukuran. Malaysia masih berpeluang, di atas kertas. 

Aksi menentang Indonesia dan Laos selepas ini akan menentukan sama ada Malaysia akan layak atau tidak. Only Allah knows His plan.

Selamanya, Harimau Malaya.













p sepak s : Aduhai...


Iman vs Imam

Assalamualaikum.

Sharing is caring.

Awasi ejaan anda. Anda sedang diperhatikan.


Haha. This pic made my day













p tampar s : Check your spelling..


Comeback King

Assalamualaikum.

Maaf, entri bola sepak. Sila berpindah entri.
Terima kasih. ^_^

Yee-haw! Pasukan kesayangan aku menang lagi malam tadi. Pasukan mana lagi kalau bukan Manchester United. Satu-satunya pasukan dengan pengurus yang sama sepanjang 26 tahun lepas ketika jurulatih pasukan lain bersilih ganti.

Manchester United 3-1 QPR

Alex Ferguson memilih Anders Lindegaard untuk mengawal gawang di hadapan Rafael - Jonny Evans - Rio Ferdinand - Patrice Evra. Kuartet Ashley Young - Paul Scholes - Darren Fletcher - Wayne Rooney membentuk jentera tengah yang menyokong gandingan serangan Robin van Persie dan Danny Welbeck.

Sukar untuk meletakkan bintang seperti Anderson, Tom Cleverley, Nick Powell, dan Javier Hernandez di bangku simpanan. Tambahan lagi, bintang Mexico (Chicharito) sedang berada di tahap terbaik. Bintang-bintang ini sudah tentu merupakan kesebelasan utama jika diorang berada di kelab lain dalam Liga Perdana Inggeris.

Ceritanya sama seperti kisah musim ini. United akan ketinggalan. Perlu bangkit, dan berjaya melakukannya. The comeback king rules again.

Walaupun kisahnya tidak selalu begitu. Sangat berisiko untuk terus dengan tabiat melepaskan gol pertama perlawanan kepada lawan. Meskipun kebangkitan lewat adalah tradisi kelab Red Devils, ada masanya takdir Tuhan tidak mengizinkan. Buktinya? Dua perlawanan lepas, United tumbang 1-0 kepada Norwich dalam liga domestik dan tewas dengan keputusan yang sama kepada Galatasaray (Turki) dalam liga Eropah.

Tapi, malam tadi, Alex Ferguson terus menunjukkan kepintaran taktikalnya. Tactical masterpiece. Dua pemain gantian. Lapan minit. Dan... segalanya berubah.


Banyak kali dia melakukan kesilapan dalam menurunkan kesebelasan musim ini. Tapi hakikat dia seorang 'genius' tak dapat disangkal lagi. Barisan utama United malam tadi GAGAL. Namun, pemilihan pemain di bangku simpanan menunjukkan kecekapan dalam strateginya.

United menguasai perlawanan. Namun, United tidak merasa terdesak untuk mencari gol. Diorang boleh mencipta peluang tapi tak ada inspirasi untuk meledak. Itulah bayangan aksi United musim ini. Pemilihan Paul Scholes memburukkan keadaan. Scholes kelihatan malap. Mungkin masa sudah tiba untuk Ferguson mempercayai generasi muda seperti Anderson, Cleverley dan Powell.

United ketinggalan di awal babak kedua. Sepakan sudut lawan tidak diberi perhatian. Semua pemain bagaikan tertidur. Sepakan penjuru Kieron Dyer kepada Adel Taarabt dikembalikan. Tiada siapa mengawal Dyer yang memperdaya RVP di sebelah kiri pintu gol Lindegaard. Rembatannya ditepis Lindegaard tepat ke laluan Jamie Mackie yang tak mungkin terlepas peluang dari jarak tiga ela.

Itu menyedarkan Ferguson untuk menggantikan Scholes dan Young dengan Hernandez dan Anderson. Itulah pertukaran bijak yang menterbalikkan keputusan perlawanan.


Bek tengah ini terus menyerlahkan reputasinya selaku penjaring. Sebelum musim ini, dia hanya menjaringkan satu gol dalam lebih 100 perlawanan. Musim ini saja dia telah meledak tiga kali. Naluri serangannya seperti penyerang utama. Percayalah, dia adalah pertahanan! Sepakan sudut Rooney ditanduk Welbeck ke tanah. Evans menerpa paling pantas betul-betul di depan garisan gol. Memintas pertahanan untuk menanduk melepasi penjaga gol. 1-1.

Dalam masa lapan minit selepas gol Evans, keputusan telah selamat untuk United.


Inilah dia, pemain yang menghabiskan musim lepas melawan penyakit berbahaya. Kariernya seperti sudah berakhir. Ramai yang menyangka dia tidak akan kembali lagi. Fletcher membuktikan kepada dunia bahawa dia sudah kembali dengan tandukan tajam. Sekali lagi menerusi sepakan sudut Rooney. Dia juga bukan penyerang tulen. 2-1.

Selepas pertahanan, pemain tengah pula. Adakah penyerang seterusnya? Next?

 
Ya, penyerang. Supersub yang telah menjaringkan lapan gol dalam lapan perlawanan. Penyerang yang mengganas dalam musim pertama tapi merudum dalam musim kedua. Kini dia kembali. Penyerang berbisa dari bangku simpanan. Mengingatkan peminat United kepada supersub legenda, Ole Gunnar Solksjaer.

Dua pemain gantian berganding bahu. Anderson memecut dengan bola dari tengah padang, memecah benteng pertahanan dan melakukan hantaran-peruntuh-tembok yang sempurna. Pecutannya gagal dikekang pertahanan lawan dan hantarannya singgah tepat di laluan Hernandez ketika RVP melakukan larian dummy untuk menjerat dan menarik perhatian pertahanan lain.

Sentuhan pertama Hernandez untuk menyambut hantaran Anderson dengan kaki kirinya begitu cemerlang, meletakkan dirinya dalam posisi terbaik untuk menjaringkan gol. Rembatan kaki kanannya tidak dapat ditahan. Lapan minit saja diperlukan United untuk memusnahkan mimpi QPR. 3-1.


Pilihan tepat Alex Ferguson untuk masuk mengubah perlawanan. Anderson yang menyuntik tenaga dalam jentera tengah. Hernandez dengan larian-tanpa-bola yang menyukarkan pertahanan. Anderson hebat dan Hernandez berbisa.

Mungkin ramai meragui taktik Alex Ferguson. Tapi United kini di puncak liga domestik dan mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah. Apakah itu kegagalan? Bagi aku, tidak. Terpulang bagaimana korang nak menilai. Ferguson sudah bertahan 26 tahun. Sebabnya sudah jelas terbukti.

Dua perlawanan menanti dalam masa seminggu. West Ham United dan Reading. Dua kemenangan menanti pasukan terbaik dunia..













p sepak s : Gumbira...


Sarapan Pagi Bersama....

Assalamualaikum.

Semalam aku pergi sarapan pagi. Aku sarapan di Jitra. Korang tau ke Jitra tu kat mana? Jitra tu di Kedah. Kedah di mana? Kedah di Jitra. Aduhh, penjelasan macam ni memang mintak pelempang. Okey, korang tak perlu tau Jitra di mana. Yang pasti Jitra ni bukan di Mekah. 

Niat aku saja nak buat entri aku ni macam ada mukadimah.Walaupun aku tak tau macam mana nak buat mukadimah. Jeng jeng jeng. Dah siap pun mukadimah aku. Harhar.

Cuba korang teka masa aku sarapan semalam, ada sape? James Bond? Tak, salah. Aku tak nak pun jumpa James Bond. Aku lar ejen 007 yang tulen, asli, original dan sebenar. Yang dalam filem tu palsu. 

Cer teka, cer teka..

Okey, masa dah tamat. Jawapannya... bapak segala rockers.


Okey, itu dia. Papa Rock kita. Malas lar aku nak perkenalkan. Kalau korang tak kenal, sila tanya pok cik Google. #PapaRock.

Aku respect dia yang langsung tak sombong. Masa dia basuh tangan, dan ternampak kitorang yang jakun tengok dia, Papa Rock siap lambai-lambai lagi. Kitorang pun apa lagi, retisss dah sporting cenggitu, memang tak tunggu lagi dah.

Serbuuu. Tangkap gambar dua tiga kali snap. Tapi tak berapa jadi. Ada sekeping ni jadi. Ayah aku tangkap gambar adik bongsu aku. Kebetulan minat diorang sama. Papa Rock lepas tangkap gambar dengan kitorang, dia pergi tengok kucing milik tuan kedai.

Dia tahu ada kucing bererti dia sudah biasa ke kedai tu. Adik aku ni pun minat kucing. Ayah aku pun segera tangkap gambar adik kesayangan aku dengan Papa Rock.

Memang best lar sarapan pagi jumpa Papa Rock. Ada sesiapa yang nak rampas title? Kau jantan, kau rockers, bak jamming.













p cium s : Thankyouu Papa Rock..


Friday, November 23, 2012

Selamanya

Assalamualaikum.

Selamanya, Harimau Malaya.

Ahad ni, skuad bola sepak Malaysia akan bertarung untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki yang dimenangi dua tahun lepas. Sudah cukup sudah, lupakan kegemilangan lalu. Umat Islam kini terlalu berbangga dengan kehebatan sejarah silam.

Lupakan. Kita hidup pada ketika ini. Hadapilah realiti. Pasukan lawan seperti Thailand, Indonesia, dan Vietnam sudah meningkat. Seri 1-1 dengan Hong Kong, dan Bangladesh. Kita bergelut dalam kedua-dua perlawanan. Berhempas pulas untuk seri walaupun mendahului. Petandanya kurang menyenangkan.

Tapi usah dilupa, skuad dua tahun lepas juga tidak mempunyai persiapan yang meyakinkan. Itulah keindahan bola sepak. Rekod silam tidak harus dijadikan ukuran. Aksi pada hari perlawanan akan menentukan. Sekuat mana pun gergasi, bisa tumbang.

Inilah skuad yang akan membawa cabaran skuad bola sepak Malaysia ke Piala AFF Suzuki 2012.

PENJAGA GOL (2)
Khairul Fahmi Che Mat; Farizal Marlias

PERTAHANAN (7)
Zubir Azmi; Azmi Muslim; Bunyamin Umar; Mahali Jasuli; Fadhli Shas; Faizal Muhammad; Aidil Zafuan Abdul Razak

PEMAIN TENGAH (9)
 Baddrol Bakhtiar; Khyril Muhymeen Zambri; Wan Zack Haikal Wan Noor; S. Kunanlan; Azamuddin Akil; Safiq Rahim; Shakir Shaari; Gary Steven Robbat; Amar Rohidan

PENYERANG (4)
Ahmad Fakri Saarani; Hazwan Bakri; Safee Sali; Norshahrul Idlan Talaha
Inilah barisan kita.

Barisan 22 orang pemain yang akan menggalas cabaran selaku pejuang yang akan beraksi garang untuk memastikan piala itu kekal milik kita. Walaupun ada pihak yang terus beranggapan negatif, usah pedulikan diorang. Umpama lalang yang tiba-tiba menjadi penyokong fanatik apabila kejuaraan dipertahankan.

Berjuanglah untuk mengharumkan nama negara. Masa eksperimen Datuk K. Rajagobal telah tamat. Inilah skuad terbaik yang dimilikinya. Walaupun tanpa kelibat Muslim Ahmad yang membentuk benteng negara dua tahun lalu, aku percaya skuad ini cukup mantap untuk mengekalkan status kita sebagai jaguh rantau Asia Tenggara.

Semoga berjaya, Harimau Malaya. Selamat berjuang. Segala-galanya akan ditentukan pada hari perlawanan. Malaysia vs Singapura. Ahad, 25 November 2012. Sama-sama kita memberikan sokongan tak berbelah bahagi kepada skuad kebangsaan.

Pantang mundur, pantang menyerah.












p sepak s : Malaysia Boleh...

Wajib Tengok

Assalamualaikum.

Wuhuu.. cuti aku dah dua minggu. Dem! Masa berlari-lari. Tinggal lima minggu saja lagi. Nampak macam lama. Tapi dua minggu yang berlalu ni tak terasa pun. Apa maknanya?

Cuti aku disinari dengan Teori Letupan Besar. Well, aku bukan percaya big bang tu menyebabkan bumi ni terbentuk. Umat Islam wajib yakin dan percaya Allah yang menciptakan alam semesta ni.

Entri ni berkisar tentang sitkom komedi Amerika Syarikat arahan Chuck Lorre dan Bill Prady. Kalau siapa yang pernah tengok, mesti tahu apa yang aku cuba nak kongsi di sini. Rancangan yang menggelikan hati aku. 


Sitkom komedi ni bertajuk The Big Bang Theory. Aku tak tahu kenapa tajuk ni dipilih. Tapi lagu temanya memang sangat 'menangkap' (catchy). Cerita ni berkisar tentang kehidupan beberapa orang saintis. Empat orang yang menjadi watak utama a.k.a hero cerita ni.


Tadi aku cakap empat. Sekarang ada lima pulak. Empat orang saintis tu semuanya lelaki. Yang fomfuan tunggal tu jiran kepada dua orang daripada empat saintis tersebut. Gegurl tu nama Penny. Kiri ke kanan, Penny, Leonard, Sheldon, Howard, dan Rajesh.

Okey, dari kartun tu, boleh kan korang transformasikan jadi gambar diorang yang sebenar? Tettt. Masa dah tamat. Kiri ke kanan, Rajesh, Leonard, Penny, Sheldon, dan Howard. Hero paling utama cerita ni adalah Sheldon Cooper, seorang lelaki gila. Kenapa gila? Next entry.


Cerita ni sekarang tengah musim keenam. Aku ada semua episod musim satu hingga musim kelima dalam simpanan aku. Sori lar, aku baru layan cerita ni. Aku terpengaruh dengan jiran aku di kolej yang menghayati cerita ni ketika orang lain sibuk menelaah untuk peperiksaan akhir semester ketiga. Kelakar cerita ni.

Amaran. Cerita ni dalam Bahasa Inggeris. Banyak istilah sains dan perkataan pelik yang digunakan. Sebab kebanyakan watak adalah saintis dalam bidang fizik dan biologi. Susah korang nak faham. Tapi boleh belajar banyak benda baru. 



Bila layan cerita ni, aku teringin nak layan How I Met Your Mother atau Grey's Anatomy. Tapi aku tak suka cerita yang berat. Aku suka cerita komedi, macam The Big Bang Theory ni. Kalau korang tahu cerita-cerita yang boleh membuatkan korang tergelak tanpa henti, kongsi lar dengan aku. 

Serius, The Big Bang Theory memang lawak. Kalau aku bandingkan dengan Maharaja Lawak Mega, cerita ni jauh lebih kelakar. Mimik muka dan respons spontan diorang sangat melucukan. Aku jamin, sitkom ni sangat menghiburkan. Believe me. ^_^












p peluk s : What a nice story...


Thursday, November 22, 2012

Isra-what?

Assalamualaikum.

Aku tak mengakui adanya kewujudan negara haram Israel yang menumpang tanah orang Palestin yang lebih berhak. Rejim Zionis yang memalukan nama orang Yahudi dan tidak berperikemanusiaan. Bak petikan lagu Balada Seorang Gadis Kecil dendangan Zubir Ali, "satu bangsa yang sombong dan hina".

Meskipun kini sedang berlangsung gencatan senjata antara Hamas dan Israel dipimpin oleh Mesir, kita tidak boleh berhenti memboikot produk Israel yang akan membantu diorang terus meratah saudara kita di Gaza. Doa tetap doa. Boikot tetap boikot.

Malam ni, aku nak kongsi satu gambar. Mungkin korang dah tengok.


Satu gambar tanpa suara. Membisu seribu bahasa. Membawa sejuta makna. Bagi sesiapa yang tidak buta. 

Ada empat watak. Presiden Amerika Syarikat yang senang hati bermandi darah rakyat Palestin. Kita tak boleh menyalahkan Barack Obama 100%. Untuk bertakhta sebagai presiden, dia mendapat sokongan Zionis yang menjadi tulang belakang kemenangannya. Presiden Amerika Syarikat hanya boneka, melaksanakan arahan puak Zionis.

Presiden/Perdana Menteri Israel yang tidak akan berhenti selagi masih wujud negara sah Palestin. Diorang mahu merampas sedikit demi sedikit tanah orang Palestin yang dikatakan Promised Land. Satu puak yang takkan redha dengan orang Islam sampai bila-bila. Sehingga terjadinya Armageddon yang diorang rancang.

Watak ketiga, United Nation (UN). Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah gagal mengawal keamanan sejagat, salah satu objektif asal penubuhannya selepas Perang Dunia Kedua. Juga boneka. Israel begitu angkuh dinaungi Amerika Syarikat sehingga mengabaikan sebarang keputusan Majlis Keselamatan PBB.

Watak terempat, kita. Masyarakat dunia. Ramai yang sekadar menjadi pemerhati. Usah pertikaikan orang Kristian. Umat Islam sendiri, kuantiti tinggi, tapi tidak berkualiti. Seperti buih di lautan. Bukan semua. Kita hanya mampu berdoa. Ada yang mampu, turut menderma. Boikot tetap boikot. 

Dan, rejim Israhell itu terus kejam dan zalim membunuh orang awam yang tidak berdosa. Doakan kejatuhan diorang. Boikot produk diorang.

Fight them, and fight them hard.

Isra-what??











p cium s : Down Israel down..


Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif