Welcome To My Life...

Friday, November 16, 2012

Heavenly Holiday

Assalamualaikum.

Sangat ohsem!

Shah Alam - Kota Tinggi - Kuala Selangor - Sungai Besar - Ipoh.

Mana Changloon? Adoi haa. Penat deh. Lelaki Dari Marikh sudah penat berjalan. Tak sampai-sampai lagi baiti jannati. On the line dari Hotel Impiana, Ipoh, Perak. Gara-gara adik paling kecik yang comel dan manja nak mandi kolam renang. Maka haruslah bermalam di hotel. 

Cerita cuti semester Lelaki Dari Marikh bermula sebaik saja peperiksaan MUET ditamatkan pada hari Sabtu, tanggal 10 November 2012. Esoknya (Ahad, 11 November), ibu bapa tercinta menjemput aku dari kolej menuju ke kampung halaman di Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor. 

Well, kampung kan... Hasrat di hati nak update secara ribut cuti semester ni. Tapi terpaksa tangguhkan hajat kerna tak ada sambungan talian internet di Felda sana. Macam-macam makanan kitorang cuba di sana. Pergh, aku lupa perkataan diet lagi.

Tiga hari di sana, Rabu (14 November), kitorang bergerak ke Kuala Selangor. Ayah aku nak jumpa kawan lama. Memandangkan adik aku merengek-rengek nak mandi kolam, kitorang bersantai di De Palma Hotel, Kuala Selangor. Tak hotel sangat pun. Namanya hotel. Tapi ekceli chalet a.k.a resort. Villa jauh dari lobi. Dem! 

Khamis (15 November). Hajatnya mahu pulang ke rumahku syurgaku. Apa pun, singgah jumpa sorang lagi kawan lama ayah di Sungai Besar, Selangor. Sembang punya sembang, jam menunjukkan 6 petang. Masa untuk pulang. Sekali lagi adik kecik aku merengek belum puas mandi kolam.

Tiba lah aku di sini. Hotel Impiana. Akhirnya sempat menaip entri. Banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa hari ni. Tak sampai seminggu lagi aku cuti. Dah macam-macam hal terjadi. Saudara seagama kita dizalimi. Gaza, our prayers for all of you. Down Israel down. Doakan mereka.












p sepak s : Allahuakbar!


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif