Assalamualaikum.
Alhamdulillah, gencatan senjata di Gaza.
Alhamdulillah, gencatan senjata di Gaza.
Syukur ke hadrat Ilahi. Genting Gaza kini akan aman walaupun kita tak tahu berapa lama. Zionis tak akan berpuas hati dengan apa yang berlaku sebelum diorang berjaya menakluk seluruh bumi Palestin. Rejim haram ini akan terus berusaha sehingga hasrat diorang tercapai.
Tahniah kepada Mesir yang gigih merealisasikan gencatan senjata atau ceasefire. Sejak Hosni Mubarak yang zalim digantikan oleh Mohammed Mursi sebagai Presiden Mesir selepas pilihan raya, negara itu kini mula pro-Palestin dan menyokong pemerintah Hamas yang dipilih oleh rakyat.
Tapi, malam tadi, ada perselisihan faham di page FB, kempen Duduk Diam Untuk Gaza (DDUG). Kempen dengan niat murni itu disalah ertikan kerana ada segelintir hamba Allah yang tak baca dulu penjelasan penganjur sebelum mengkritik tajuk program tu.
Dan, amaran untuk korang semua, kata-kata yang kita taip boleh menimbulkan salah faham dan pertelingkahan. Kerana kata-kata yang kita taip adalah bisu. Tidak bernada dan berintonasi seperti suara yang kita lontarkan.
Tak bercakap kosong, ini buktinya...
Tak bercakap kosong, ini buktinya...
Post ini sememangnya menimbulkan kontroversi jika kita tak memandangnya secara positif. Satu cara membacanya adalah dengan nada sinis dan mengejek penganjur yang seperti mengadakan program tidak bermanfaat langsung ketika saudara kita di bumi berdarah Palestin berjuang untuk mati syahid mempertahankan nyawa, agama dan negara.
Satu lagi cara membacanya adalah dengan kritikan lembut yang positif untuk mengubah tajuk supaya lebih menarik. Ada macam-macam reaksi yang menegur post ini. Ada yang kasar dan ada juga yang menegur dengan bahasa yang indah, sangat berhemah.
Ada yang terus menghentam kerana salah faham. Tak percaya?
Salah sorang yang tersalah menterjemah niat asal post itu ditulis. Post yang pendek itu boleh menjadi isu ketika kita sepatutnya bersatu fokus kepada Gaza. Bahasanya lebih sopan. Nak kasar sikit?
Fuhh, tak ada tapis-tapis. Akak ni, memang memaksa aku menaip. Aku ingat nak menyelam je sambil memerhatikan gelagat manusia berdebat isu remeh. But.. i just can't.
Well, aku cuma memberikan pandangan. Bahasa omputeh yang aku gunakan bukan bermaksud nak tunjuk hebat atau nak berlagak antarabangsa. Aku lebih senang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Cukup lah kalau mesej aku sampai. Tapi.. akak tu....
Dia mencabar lagi.
Wahh, wahhh, wahhhh... Tak pasal-pasal aku yang neutral pun kena hentam. Dia tuduh aku berpihak kepada individu. I'm taking side? Wow! Nice one, sister..
Convent girl in the house? Wajib speaking London? Takutnya saya.....
Nahh, untuk akak tu yang sangat suka mengkritik orang lain. Dia tak balas. Mungkin cukup berpuas hati. Aku tak ada masalah untuk berbahasa ibunda. I'm Malay and i'm proud of it.
Aku bukan nak gaduh dengan akak tu. Kalau dia sampai ke blog aku (walaupun aku rasa dia tak akan pernah), aku cuma mengutarakan pandangan. Bila dia salah faham, itu bukan salah aku. Tapi, aku mintak maaf kerana menaip jika itu juga menjadi kesalahan.
Moralnya, kita tak boleh puaskan hati semua orang. Buat je apa yang kita yakin betul. Allah tahu niat kita. Dan satu lagi, ayat kita yang bisu mungkin mencetuskan salah faham. Mungkin kita kena tulis apa nada kita selepas ayat. Contohnya: "Saya suka awak (dengan nada menyindir)". Apakah???
Take note, benda remeh pun boleh jadi isu. Berwaspadalah sebelum berbicara.
Free Palestine. Down Israel down.
#PrayForGaza.
p peluk s : You are better than this..
No comments:
Post a Comment