Tuesday, November 20, 2012

Lafazkan

Assalamualaikum.

Kalau lagu KRU, tajuknya "Jangan Lafazkan". Tapi aku suruh lafazkan. Kalau nak berpisah, lebih baik jangan lafazkan. Sangat menyakitkan hati. Tapi kalau sayang, lagi bagus lafazkan.

Well, hari ni aku nak huraikan madah romantis yang aku ambik dari FB Best Quotes. Aku nak huraikan dari perspektif seorang aku. 


"If you love someone, tell them, because hearts are often broken by words left unspoken."

Ya, seringkali hati kita terluka sebab kita pendam perasaan. Lumrah manusia lebih suka menyimpan perasaan sayang di dalam hati. Mungkin lumrah wanita. Kerna lelaki lebih suka meluahkan perasaan. Tettt..

Sama ada kita tidak sedar, atau buat-buat tak sedar, kita selalu membiarkan hati kita tercedera. Parah sebelum berjuang lagi. Dengan mengabaikan naluri kita, kita telah kalah sebelum berperang. Mati sebelum mati. Get it?

Lafazkanlah. Say something and wishing you had not or say nothing and wishing you had. Make your choices. Eh, dah macam ayat Jigsaw dalam filem 'Saw' pulak.

Kata-kata cinta yang dibiarkan tak terlafaz itu lebih menyakitkan. Tak ada ruginya kalau melafazkan. Itu bermakna kita telah menyelesaikan bahagian kita. Kalau tak berbalas, maknanya kita tahu apa yang kita perlu buat seterusnya. Sama ada terus berjuang atau berundur saja.

Sebelum aku merapu lebih jauh dengan sesuatu yang korang tak setuju (walaupun itu pendirian aku), lebih baik korang sendiri renungkan.

I wrote, you read.

You decide.










p cium s : Tell me you love me..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif