Tuesday, November 20, 2012

Sifu Hisab

Assalamualaikum.

Baca tajuk betul-betul. Tettt. 


Hari ni Lelaki Dari Marikh jadi sifu. Aceceyy. Pakai jersi Malaysia lagi tu. Pedulikan ke'chubby'an yang berpunca daripada cuti semester. Dem! Makin berisi pulak beta. 

Gambar tersebut ditangkap secara kandid oleh ayahanda yang dikasihi. Maka Lelaki Dari Marikh tak sempat berposing seperti biasa.

Hari ni adik penulis menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia untuk subjek Matematik Tambahan. Memandangkan penulis bercuti dan memiliki naluri seorang abang yang penyayang dan baik hati (puiii!), penulis ajar dia. Tak sangka dia bawak balik rakan-rakan bersama.

Perggh! Jadi sifu lar sekejap. Malam tadi dah ajar sikit. Sikit pun sampai pukul 1.30 pagi baru tidur. Tak mengapalah. Itu saja yang mampu aku bantu. Dalam masa semalaman, tak banyak yang dapat aku kerah. Mungkin terlewat, tapi dia berusaha. Selebihnya berserah dan bertawakal kepada Allah.

Bila tengok silibus SPM, rasa geram bila dia tak boleh ikut apa yang aku ajar. Mungkin sebab aku dah belajar Core Mathematics A-Level yang kebanyakkannya adalah silibus Matematik Tambahan SPM. Dengan teknik yang lebih maju, aku rasa soalan tu terlalu mudah ketika dia terkial-kial. 

Samalah situasinya bila kita lihat budak Darjah Satu belajar membaca. Teringat masa kita merangkak dulu untuk melakukan perkara yang sama. Masa SPM dulu pun aku tak secekap hari ni. Pengalaman mematangkan kita.

Aku doakan yang terbaik untuk adik aku. Yang penting, malam ni perlawanan bola sepak Malaysia vs Bangladesh. Siaran langsung di Astro Arena. Negara majikan vs pendatang. Kalau kalah dengan Bangla, jangan bermimpi nak juara Piala AFF Suzuki. Good luck Malaysia! 

Majulah sukan untuk negara. Wassalam.











p sepak s : Malaysia Boleh...


3 comments:

ஜ miss klanika ஜ said...

tetiba di usia sekarang rasa spm tu kacang

Syazana Zainn said...

betul 2 bila tolong adik buat keje sekolah msti nak marah sedangkan soalan tu senang je

padahal waktu kite sekolah dulu pon sama juga terangkak-rangkak nak buat soalan yg sama

:D

p/s: mesia seri dgn bangla, mcm hampeh -,-

M Fizan said...

@ஜ miss klanika ஜ no doubt. huhu

@Syazana Zainn haha. true story kak. :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif