Welcome To My Life...

Sunday, July 29, 2012

Sepertiga

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, tamat sudah satu per tiga solat terawih Ramadhan 1433 Hijrah. Dan syukur kepada-Nya, aku masih lagi memiliki kekuatan untuk tidak meninggalkan terawih langsung walau satu malam. Teringat dulu, masa muda-muda, aku tak larat kerna terlalu kenyang. Sekarang ni, walau macam mana kenyang, aku gagahi jua. Bersama proses menuju kedewasaan, aku semakin tabah untuk menunaikan ibadat.

Dulunya, masa muda sikit, terasa beratnya nak menunaikan solat terawih, walaupun hanya 8 rakaat. Terasa hinanya diri ini. Sahabat Rasulullah yang dijanjikan syurga pun menunaikan 20 rakaat. Meningkat remaja dan menuju alam dewasa, aku semakin tenang untuk menyempurnakan ibadat puasa. Tak terasa laparnya. Hanya sedikit dahaga. Aku lebih sistematik menyibukkan diri agar tak terlalu memikirkan waktu berbuka. Ketenangan itulah anugerah Allah yang dihadirkan bersama kematangan.

Hari ni aku berbuka mewah sikit. Chicken Maryland. Buah tangan mamak Restoran Al-Rafi Bistro. Nak mention gak tu. Hoho. Ekceli aku nak 'pecahkan' RM50, satu-satunya not yang aku ada. Sob sob. Sebab semalam takde satu kedai pun kat bazar tu rela nak bagi baki. Ceh! Alasan jer tu. Kebetulan perut aku meminta belas ihsan nak makan sedap sikit. Asyik kuetiau goreng je.

Lantaran permintaan perut yang sedang berdiet ni lar, aku akan pulang ke bumi Changloon hujung minggu ni sempena cuti Nuzul Quran. Nak merasa berpuasa bersama famili setelah sekian lama menjadi perantau. Dan nak memuaskan perut yang teringin nak makan berjenis sikit. Pantang beb, pantang. Diet oh diet! Tak larat dah den ni.


 Haaa, hari ni aku order dua baju baru ni. Ayah budak INTEC buat. Aku suka design tu dan warna hitam. Setakat ni warna hitam jer ada. Kalau tak salah aku lar. Tempahan minima 12 helai untuk dapat harga borong sehelai RM 17. Dua design ni pilihan aku. Untuk design yang lain, korang boleh check dekat SINI.

Aku tak dapat komisyen atau bayaran pun untuk tolong iklankan. Aku suka motif perniagaan ni. Bergaya sambil berdakwah. Itu falsafahnya. Maka marilah kita membantu umat Islam. Kalau bukan kita, siapa lagi? Wassalam.











p palang s : Tak sabar...


Saturday, July 28, 2012

Nak Balik!

Assalamualaikum.

Sehari dua ni kecoh pasal perkahwinan pasangan remaja yang kedua-duanya masih sangat muda, mentah dan hijau. Ramai yang memuji, tak kurang yang mengeji. Sekurangnya perkahwinan diorang meriah dengan majlis persandingan. Maksudnya, kedua-dua belah pihak mendapat restu ibu bapa. Itulah masalah ibu bapa hari ni yang menghalang perkara baik. Jika anak-anak sedar tanggungjawab yang perlu dipikul, lepaskanlah diorang menghindari maksiat dan bisikan syaitan. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Bagi aku, aku pun nak kawin jugak!

Lari tajuk dah. Ekceli aku nak balik Changloon minggu depan. Aku teringin nak puasa sama-sama dengan famili. Tapi memandangkan tiket agak mahal plus perjalanan yang panjang, aku rasa malas nak bertapa dalam perut bas. Ayah aku suruh balik puasa kat sana. Dan kebetulan minggu depan cuti Nuzul Quran, maka aku rasa inilah masanya aku menunaikan hajat di hati. Ceywah! Rasa macam nak beristeri dah tu.


Aku kalau boleh nak balik secepat mungkin. Nak lebih masa kat sana. Kelas habis pukul 12 tengah hari. Kalau nak balik lepas solat Jumaat, tak sempat lar aku sampai sebelum waktu berbuka. Sebabnya, perjalanan dari Shah Alam ke Changloon memakan masa lebih enam jam. Tu pun kalau jalan tak sesak. Aku nak berbuka puasa dengan famili. Hari Jumaat yang mulia. Penghulu segala hari. Tiket belum beli lagi ni. InsyaAllah, dengan izin Allah, kalau tak ada aral melintang, aku akan tiba sebelum masuk waktu berbuka.

Walaupun cuti cuma empat hari, itu pun sudah memadai. Aku takkan pulang beraya ke Kedah kerana aku akan beraya di kampung sebelah ayah di Kota Tinggi, Johor. Aku cuma nak rasa keseronokan berpuasa di tempat aku membesar. Kalau boleh, nak jugak rasa berbuka di Kuala Perlis. Hoho. Semua aku nak. Macam jugak fikir nak beli macam-macam sebelum ke bazar. Alhamdulillah, aku dapat mengawal nafsu. Sekian entri ringkas. Wassalam. ^_^











p palang s : I'm coming home...


Friday, July 27, 2012

Memorable Childhood

Assalamualaikum..

Pagi kelmarin (Rabu) aku belajar Biologi. Dengan teramat mengantuknya lantaran puasa. Berapa puluh juta kali menguap, tak terkira dah. Sampai tiga empat kali basuh muka pun susah sangat nak menahan mata sepanjang dua jam tu. Tetiba lecturer meleret masa ajar part "Bacteria Reproduction" dan tengah bercerita teknik Transformation.

Entah kenapa tersesat masuk cerita Ultraman. Lecturer aku suka Ultraman. Maka satu kelas pun mulalah menyambung nama Ultraman dengan kartun-kartun zaman kanak-kanak aku. Antaranya Power Rangers. Aku pun berimaginasi sebentar. Sungguh indah zaman kanak-kanak aku dalam era 90-an ditemani kartun-kartun ni. Aku membesar dengan diorang.

Ni antara kartun-kartun yang paling aku ingat..


Hanya mengikut abjad. Courage The Cowardly Dog. Seorang anjing yang takut-takut berani. Kenapa? Walaupun anjing ni selalu kelihatan takut seperti namanya 'coward', dia tetap berani dalam menyelamatkan orang terutama tuannya daripada ancaman bahaya. Berwarna ungu dan boleh berlari dengan dua kaki saja, Courage digambarkan sebagai hero yang menyelamatkan tuannya yang jahat dan kurus kering serta isteri tuannya yang berbadan gempal. Aku masih ingat.


Yeah, antara semua kartun-kartun Disney, diorang kat atas ni yang aku paling suka. Berulang kali aku tengok masa muda dulu. Dua pasang kekasih dan dua ekor anjing. Mickey Mouse dan awek comelnya, Minnie Mouse dan anjing diorang, Pluto. Donald Duck yang seringkali bising dengan suara itiknya bersama kekasihnya, Daisy Duck. Dan Goofy, kawan baik diorang. Kisah tiga orang kawan baik Mickey, Donald dan Goofy. Penghibur masa kecil.


Yeah, kisah lima orang rakan baik. Baik la sangat... Nobita, seekor budak yang sering menjadi mangsa buli dan bodoh. Giant, suka melalak walaupun suaranya tak sedap, pembuli Nobita yang tegar. Sinyu, sebuah kawan baik Giant yang kaya dan suka bangga diri. Sizuka, gadis comel yang sangat diminati Nobita tetapi juga direbut Giant. Dan seorang robot dari masa depan, Doraemon, yang memiliki pelbagai alat dalam poket ajaibnya untuk membantu Nobita yang sentiasa dalam kesusahan.


Popeye The Sailor Man.. Seekor kelasi yang kurus dan tidak lekang dengan topinya dan paip. Permulaan cerita lazimnya menyaksikan kekasih Popeye, Olive Oyl, diculik atau dipikat oleh Bluto, juga kelasi tetapi berbadan sangat tegap. Seperti hero Hindustan, Popeye akan kalah awal dan teruk dibelasah oleh Bluto. Tidak pernah mati, Popeye mengajar kanak-kanak untuk makan sayur. Popeye kononnya akan mendapat kekuatan luar biasa selepas makan sayur bayam dalam tin. Ototnya akan timbul dan sangat gagah untuk membelasah Bluto.


Ada aneka jenis Power Rangers dan aku suka tengok mana-mana pun. Kisah lima orang adiwira lima warna dan dalam beberapa siri ada sorang lagi adiwira ekstra. Diorang ni manusia biasa yang akan bertukar bila ada raksasa baru yang keluar. Bila raksasa tu dah kalah, raksasa tu akan jadi besar dan akan membuat lebih banyak kerosakan. Power Rangers berlima (dah macam Hang Tuah bersaudara) akan memanggil kenderaan masing-masing dan semua tu akan bergabung menjadi satu robot besar yang dikawal oleh diorang berlima dari jantung. Kadang-kadang ada tiga robot, seingat aku lar.


Yeah. Kalau peribahasa Melayu ada "bagaikan anjing dengan kucing", kartun ni memperkenalkan pergaduhan kucing dan tikus. Sudah lumrah, si kucing (Tom) mesti nak makan si tikus (Jerry). Tapi dalam setiap episod, Jerry pasti dapat mengalahkan Tom. Moralnya, walaupun kecil, Jerry bijaksana, pintar dan licik untuk menewaskan musuhnya. Kadang-kadang, dalam beberapa episod, Tom dan Jerry akhirnya berbaik. Jarang sekali Tom berjaya mengatasi Jerry. Aku sampai benci Jerry. Asyik beliau saja menang. Unfair!


Antara kartun feberet aku. Ada banyak jenis Ultraman, tapi yang ni aku pilih daripada pak cik Google sebab aku ingat lubang hidung beliau. Ultraman ni pun manusia biasa dari satu pusat kawalan yang aku tak berapa ingat apa kebenda entah. Beliau ni menyembunyikan identitinya dan takde sorang pun tau siapa hero bernama Ultraman ni. Akan ada raksasa yang muncul kerana gangguan dari angkasa (kalau aku tak silap!), dan memusnahkan bandar di Jepun. Pusat kawalan tu akan menyerang dengan jet yang biasanya dipandu dua orang (termasuk karakter Ultraman). Jet tu akan dimusnahkan raksasa dan Ultraman akan muncul. 

Seperti hero Hindustan, Ultraman akan kalah awal. Berlawan ala silat, raksasa akan membuatkan Ultraman begitu lemah. Skrip yang klise, lampu di dada Ultraman akan bertukar merah dan berkelip-kelip tanda sudah hampir kehabisan tenaga. Ultraman akan mengumpulkan segala tenaga yang ada dan melakukan aksi terkenal "Fire!" dengan menyilangkan tangan. Raksasa pun kalah.


Whoaa! Itulah masa kanak-kanak aku. Kau ada? Ada banyak lagi kartun femes seperti Powerpuff Girls dan Dragon Balls tapi aku tak layan sangat. Eh, suka hati lar. Setiap orang ada kartun kegemaran masing-masing. Ini yang menceriakan masa muda aku. Haha. Sebelum Shin Chan, Dora The Explorer, Jimmy Neutron dan Go Diego Go, kartun-kartun ni yang menjadi penghibur. Siapa yang tak tengok kartun tu takde masa muda. Hoho. Aku membesar dengan kartun-kartun yang best. Masa muda yang indah.











p palang s : Busy weekend coming soon..


Wednesday, July 25, 2012

Bila Tiada

Assalamualaikum..

Semalam adalah hari yang sukar bagi aku yang sangat gemar memanjakan diri aku dengan air. Bukan kerana puasa, sebaliknya kerana bilik aku tiba-tiba 'hilang' bekalan air. Kenapa 'hilang'? Sebab..... malam kelmarin tak ada masalah pun. Tak semena-mena bekalan air terputus dan....

Nak buang air susah.. apa lagi nak mandi... Aku nak buang air. Tapi terpaksa menahan hajat. Nak pergi kelas semalam terpaksa mandi di tingkat bawah. Ergghh.. tu satu lagi yang menyeksa minda. Bilik aku je tak ada air. Bilik lain tak ada masalah. WTF??

Maka aku terpaksa meminjam bilik air rakan untuk mandi. Membawa tuala ke tingkat bawah. Dem! Nak mandi pun kena pergi bilik orang. Memang cis cus cas. Nasib baik aku puasa. Dapatlah aku bersabar dengan kerenah bilik air yang tak nak mengeluarkan air. Seharusnya nama itu ditukar kepada bilik tak ada air.


Macam ni la keadaannya semalam. Aku nak mandi tapi tak ada air. Hajat di hati terpaksa dibatalkan. Keinginan untuk memanjakan diri terpaksa ditangguhkan. Bilik air merajuk. Aku pun tak tau kenapa. Tak ada lar pulak niat di hati aku nak pindah bilik. Tak sangka betul. Bilik air pun ada perasaan. Ingin mengasihi dan dikasihi. Sayangilah bilik air korang.

Sebelum aku merapu lebih jauh, aku nak maklumkan bilik air aku dah kembali berfungsi dengan baik. Mungkin semalam dia mogok lapar sebab jarang buang air besar kat dia sejak puasa ni. Yelah kan, makan pun tak banyak, nak buang apa. Air yang banyak minum banyak dibuang kepada beliau. Astagha, jauh dah aku mencarut. Hewhew.

Syukur alhamdulillah, petang ni aku nak memanjakan diri dengan air lepas sesi aerobik dalam proses nak kurus. 5 Ramadhan. Cepatnya masa berlari. Sekian dulu, jumpa dalam entri malam ni. Wassalam. Puasa tau, jangan tak puasa.












p palang s : Nak kurus...


Monday, July 23, 2012

Lambat Tapi Cepat

Assalamualaikum.

Malam tadi aku buat kerja gila bagi aku tapi sangat biasa bagi pelajar lelaki lain. Aku belum pernah lagi tidur lewat sampai jam satu pagi sebab main game. Tapi malam tadi aku buat sejarah dalam hidup aku. Lantaran khusyuk sangat main game bola FIFA 12 dengan roommate, aku telah tertidur lewat. Tidur lewat pun sahur tak terlepas. Cuma...

Lepas sahur dan solat jemaah, aku tidur balik. Then bangun mandi. Siap pakai t-shirt, aku sambung tidur lagi. Haha. Dem! Memang ngantuk gila. Pukul tujuh lebih baru aku bangun dan bersiap sepenuhnya. Maka ini kali pertama aku sangat lewat menaiki bas untuk ke kelas sejak berpindah kolej. 

Alkisahnya masa tu dah jam 0740. Kelas aku bermula jam 0800. Barisan pelajar sangatlah panjang untuk menaiki bas memandangkan dua kolej berebut. Di situ aku nampak betapa para pelajar kolej memang suka pergi kelas lambat. Aku antara yang rajin pegi awal. Perasan kejap. ^_^

Nak dijadikan cerita barisan lelaki dah memanjang. Analoginya, Selangor ke Singapura. Haha, tipu je. Ditambah pula dengan barisan pelajar perempuan, memang tak dapat lar aku masuk kelas tepat pada masanya. Tapi... perancangan Allah lebih sempurna. Ketika bas sedang dipenuhi pelajar, satu lagi bas tiba di belakangnya dan membuka pintu, betul-betul di hadapan aku and roommates

Alhamdulillah, rezeki aku...



Sebaik duduk dengan selesanya, aku rasa bersalah. Diorang yang beratur di depan aku lebih berhak. Tetapi malangnya itu sudah menjadi rezeki aku. Diorang yang beratur di depan aku pun mematahkan barisan untuk masuk ke bas belakang. Untung juga keluar dari rumah lambat. Tapi cepat dapat masuk bas. Aku dapat melihat pelajar perempuan terpinga-pinga. 

Apa boleh buat... Bagi aku, moral of the story, apa yang kita tak jangka tetap akan berlaku. Mungkin hari ini rezeki aku yang berada di tengah barisan. Mungkin di hari yang lain, aku yang berada di depan barisan, masih menanti untuk memasuki bas ketika bas lain sampai dan diorang yang berada di belakang aku dapat mendahului aku. Rezeki masing-masing. Alhamdulillah, syukur ya Allah.










p sepak s : Penatnya diet... v_v


Sunday, July 22, 2012

Separuh Mata

Assalamualaikum.

Tamat sudah hari pertama Ramadhan 1433H. Aku berbuka dengan bihun goreng dicampur dengan kuetiau goreng. Perghh, hancur diet aku. Dem! Mintak-mintak la raya ni saiz aku mengecik. Tengok tajuk tu mesti agak misteri. Apa yang separuh mata? Adakah separuh mata dalam permainan? Atau telur mata kerbau separuh masak? Biarkan ianya terus menjadi persoalan.

Tettt.. Jawapan anda salah. Separuh mata yang dimaksudkan adalah kaca mata. Yeah, spectacles dalam bahasa omputeh. Skiping London sangat budak Marikh ni. Bajet betul. Kenapa aku katakan kaca mata ni sebagai separuh mata? Sebabnya.... tanpa kaca mata, aku hilang separuh nikmat penglihatan. Aku tidak dapat melihat jauh.

Ya, aku masih bersyukur. Tanpa kaca mata, aku masih lagi dapat melihat. Walaupun kabur. Meskipun tidak jelas apa yang ada di kejauhan. Sekurangnya aku tak buta sebelah mata. Dan Allah tidak menarik sepenuhnya nikmat penglihatan yang diberikan. Seperti mana orang yang buta kedua-dua belah matanya sama ada sejak lahir atau kerana kemalangan. 

Dengan kaca mata, aku memiliki separuh lagi nikmat yang diambil oleh Allah. Aku dapat melihat dengan jelas kebesaran Allah yang ada di sekeliling aku. Melihat diorang yang serba kekurangan tanpa kesempurnaan pancaindera. Allah telah menarik nikmat-Nya. Menguji keimanan hamba-Nya.


Apabila aku solat, dan meletakkan kaca mata ke lantai, aku kembali kehilangan separuh mata. Begitu juga apabila aku turun ke padang untuk riadah. Atau sebelum tidur, aku menanggalkan kaca mata. Aku kembali hilang separuh mata. Kerna kaca mata yang aku pakai yang memberikan aku separuh mata hanya sementara. Separuh nikmat penglihatan telah ditarik buat selamanya.

Maka bersyukurlah korang yang masih mempunyai seluruh nikmat penglihatan dan pancaindera yang lain. Jika diberi pilihan, aku pasti mahukan nikmat penglihatan sepenuhnya tanpa 'separuh mata' yang bisa tertanggal ini. Aku mahu ianya lekat di wajah aku. Tapi siapa aku? Aku tak berkuasa. Aku hanya mampu berharap masa berputar kembali. Aku tahu hakikatnya.

Jagalah nikmat Allah dengan sempurna. Sebelum Allah mengambilnya semula. Ketika itu menyesal tiada guna. Mungkin hilang buat selamanya. Kita ini hanyalah hamba. Allah jua yang Maha Berkuasa. 










p palang s : Renungan Ramadhan..


Saturday, July 21, 2012

Tak Nak Makan

Assalamualaikum.

Sabtu. 21 Julai 2012M. 1 Ramadhan 1433H.

Aku tak nak makan! Tak nak! Macam lar ada orang peduli kan. Haha. Saja bajet retisss. Aku sekarang dah insaf. Tak nak makan lagi. Aku dah penat makan. Sangat meletihkan. Badan aku pun dah membesar kerana terlalu banyak makan. Aku tak nak saiz ni terus mengembang. Aku sudah penat! 

Bukan lar aku tak nak makan langsung. Cuma aku tak nak makan banyak sangat. Ramadhan ni aku target nak kuruskan badan. Dah tak larat tengok muka tak macam Aaron Aziz. Alhamdulillah, masih sempurna muka aku. Aku bersyukur. Tapi aku nak kembali semula ke zaman kegemilangan aku dulu. Hohoho. 

Dalam tak nak makan banyak pun, sahur tadi aku tibai tiga ekor roti Gardenia. Memang tak nak makan sangat kan... Berbuka memang aku tak nak makan nasik. Aku target nak makan bihun sup ke, soto ke. Yang penting i tak nak nasik lar u ols. Sebabnya..... aku sekarang dalam mode diet. 


Aku rasa bagus je sepanjang seminggu diet ni. Tapi.... badan macam takde perubahan. Tak nak mengecik jugak. Mungkin awal lagi. Nak membesar punyalah senang. Nak mengecik balik kemain susah. Personal trainer, i need help!! (v_v) Tolonglah aku yang dalam kesusahan ni. Aku nak kurus balik. Aduhai... harapnya raya nanti aku dah berjaya dalam usaha aku...

Aku tak ada idea lagi petang ni nak berbuka dengan apa selepas buah kurma (insya-Allah). Dan aku akan cuba kekalkan gaya pemakanan ni dengan diiringi senaman berterusan. Moga aku akan istiqamah dengan perubahan gaya hidup ni. No more obesity! Ekceli aku terpaksa berjimat sebab bajet aku dah berlari pecut macam Usain Bolt disebabkan aku boros sangat dalam minggu-minggu awal di sini.

Oleh sebab itu, aku terpaksa lar berjimat cermat jiwa selamat. Motif aku tak nak makan banyak ni ada dua seperti adanya udang di dalam mi yang dimasak oleh Wayne Rooney. Eh, betul ke perumpamaan tu? Aku pun tak tahu apa yang aku merapu. Maaf kerana korang terpaksa membaca.

Selamat beribadat...











p sepak s : Jaga mata dan perbuatan..


Friday, July 20, 2012

Kembali


Assalamualaikum. 

Aku kembali semula. Pulang ke kancah pembloggeran selepas dua minggu cuci tangan. Bukan kerana polis siber sedang memburu atas penulisan aku yang tak pernah mengganggu orang lain, tapi aku sangat sibuk dengan macam-macam urusan sampai tak ada masa untuk mencari ilham untuk menulis. Proposal Unit 6, isi borang IELTS dan kelas demi kelas yang tak pernah berhenti membuatkan aku tak cukup tangan dan kaki untuk berkejar ke sana-sini. Sekadar alasan.

Maka aku memilih bulan yang mulia ni untuk kembali mengganas di seantero dunia maya. Ramadhan tahun ni aku rasa macam takde seri. Tak meriah. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin kerana dunia semakin moden dan orang semakin sibuk mengejar keduniaan. 

Aku masih ingat. Ya, aku masih terkenang-kenang saat indah menerima ucapan selamat menyambut bulan Ramadhan daripada rakan-rakan beberapa tahun lepas. Kini saat itu semakin menuju kepupusan. Aku tahu masih ada. Tetapi semakin kurang. Lebih ramai yang update status di Facebook saja. Semakin maju dunia ini. 

Aku harap dapat istiqamah dalam melakukan ibadat sebanyak-banyaknya dalam bulan mulia ini. Aku nak mengejar sebanyak mungkin pahala yang berlipat ganda. Marilah kita bersama mengejar peluang keemasan ini. Bersyukurlah kita kerna masih diberi peluang untuk menikmati keberkatan Ramadhan ketika ramai insan lain telah dijemput sebelum sempat berpuasa wajib lagi.

Dan aku harap aku dapat terus update seperti dulu. Diari aku ni dah berhabuk. Masa aku bukak dashboard tadi sampai batuk-batuk. Tu lar bayangan aku selepas dua minggu aku biar blog ni bersawang. Okey, aku tipu je. Kesian gak diari aku ni tak berupdate. 

Selamat berpuasa rakan-rakan blogger sekalian. Selamat mengejar pahala ^_^










p palang s : Moreh....


Monday, July 9, 2012

New Semester New Life

Assalamualaikum.

Takde gambar entri aku kali ni. Kerana tak ada gambar yang dapat menggambarkan apa yang harus tergambar. Sukar digambarkan.

New semester. New college. New environment. New roommates. New schedule. New challenge. Same classmates. Same subjects. Same mission. Same spirit.

Sekarang 9.05 malam. Kurang sejam aku akan berada di perut bas. Menempuh perjalanan enam jam ke Shah Alam untuk menyambung pengajian. Alhamdulillah, aku dah dapat lesen P dalam cubaan kedua. Aku tau ada korang yang dapat dengan sekali cuba. Sekurangnya aku tak perlu mencuba lagi. Rezeki aku kali ni. Syukur kepada Allah. Tak sia-sia aku tangguhkan pendaftaran yang sepatutnya semalam (untuk kolej) dan hari ni (untuk akademik). 

Esok aku akan mendaftar dan bermulalah kehidupan aku sebagai senior semester tiga. Haha, senior lar sangat kan. Yang penting jadual aku tak padat. Tiap-tiap hari sampai pukul 12 tengah hari je. Khamis saja sampai 4 petang. Jadual tu lebih bebas berbanding sem lepas. Hoho. Tapi kebebasan tu bermakna aku perlu buat sesi belajar kendiri.

Itu cabaran baru bagi aku. Tambahan kepada cabaran buat aku untuk kurus. Aduhai. Berat rasa. Moga Allah kuatkan aku dalam menghadapi ujian ini. Aku tak tahu nak merapu apa sebab nak pergi bersiap. Dua hari aku tak update sebab sibuk menguruskan persiapan pulang. Nasib baik belum bersawang. Esok aku update lagi kalau ada peluang. Wassalam.











p palang s : Short update..


Saturday, July 7, 2012

Nada Berbeza

Assalamualaikum.

Apa nada yang berbeza? Nada cinta? Nada dering? Atau Nadakarupan a/l Muthu?

Zaman sekarang yang canggih-manggih ni henfon dan anak muda tak dapat dipisahkan. Bagai irama dan lagu. Yabedabedu. Errr... cuba korang tengok anak muda sekarang ni (termasuk aku), akan sentiasa memegang henfon di tangan. Pengecualian kepada yang single. Diorang yang tak bercinta ni biasanya henfon lempar kat mana pun tak ingat. Majoriti orang moden memang mempunyai hubungan sulit dengan henfon.

Okey, mukadimah aku gagal lagi. Antara call dan SMS, korang prefer yang mana? SMS korang boleh pikir lama. Bermeditasi dulu sebelum taip SMS pun tak jadi kesalahan. Call boleh mengada-ngada. Haha. Masa call kalau diam je memang rugi lar. Kalau dua-dua belah pihak yang cakap tu membisu, memang duit hangus macam tu je. 


Perdebatan soal call ke sms kita simpan untuk kemudian hari. Hari ni aku nak cerita pasal SMS. Boleh juga kita gabungkan dengan surat, e-mel dan ayat-ayat tidak bersuara yang sewaktu dengannya. Medium-medium perhubungan ni tak bersuara. Kita hanya taip atau tulis ayat untuk dibaca. Mungkin nada yang ktia cuba sampaikan berbeza dengan apa yang tersampai. Salah siapa? Salah kitakah yang menulis? Atau salah penerima yang tersalah faham?

Seringkali orang akan tersalah faham dengan makna sebenar ayat. Kerna ayat tidak bersuara. Seperti penulisan blog kita juga. Mungkin ada pembaca yang salah mengerti akan makna sebenar yang cuba kita sampaikan. Nada yang dibaca tidak serupa dengan nada sebenar yang kita tulis. Serius disangka bercanda. Sinis disangka menghina.

"Eee, geram!" 

Macam mana korang faham tu? Mungkin si penulis benar-benar geram. Atau sekadar bergurau dengan senyuman. Si penerima tidak dapat melihat ekspresi wajah si penulis kata. Lalu bagaimana?

Persoalan ini takkan terjawab selagi matahari terbit lagi. Atau mungkin jua selepas kita dibangkitkan kembali. Kerumitan ini menjadikan hubungan berwarna-warni. Seperti cuaca yang sukar diramal dan menjadi misteri. Perbezaan tafsiran yang boleh menjauhkan dua hati. Atau mungkin rencah membuatkan cinta bersemi. Misteri takdir Ilahi.










 p sepak s : Senada seirama..


Thursday, July 5, 2012

WW #37 : Anugerah

Assalamualaikum.


Kerna cinta yang terdetik ini anugerah-Nya.



Tak Guna Melawan

Assalamualaikum.

Kalau nak kena culik atau rogol, memang patut melawan. Ni dalam situasi lain. Hoho. Pernah tak korang berada dalam situasi korang berhadapan dengan seseorang yang degil? Bukan degil sebarang degil. Kedegilan melampau tahap melebihi kotoran degil. Manusia jenis ni memang egois. Egonya yang kental seperti tembok yang kebal.

Semua orang tak boleh sentiasa betul pada setiap masa. Dan orang yang sangat ego ni akan merasakan dirinya betul sepanjang zaman. Kita pun tak terkecuali. Tapi ada masanya kita perlu sedar kita salah dan perlu mengakui yang kita tak betul. Bukan tak betul a.k.a gila tu. Ni tak betul dalam erti kata pandangan kita tidak benar.

Nak dijadikan cerita, orang yang bernama si polan ibni si polan ni sangat lar menjengkelkan. Seumur hidup aku kenal dia, dia sangat lar tak reti mengalah. Dia rasa dia je yang betul. Semua orang lain bodoh. Semua orang lain salah. Dia sorang boleh jadi pemerintah bumi ni. Macam dia ni maksum. Huh, aku menyampah plus meluat plus sakit hati gila-gila dengan orang macam ni.

Aku tak nafikan, ego aku tinggi jugak. Aku pun sangat benci mengalah. Tapi bila bertekak dengan orang ni, aku akan terus diam dengan muka yang masam. Memang mencabar kesabaran betul. Memang dia nak dia je yang betul. Tak bagi peluang kat orang lain. Bagi dia, penjelasan orang lain ni tak perlu didengar. Macam mana pun, dia nak menang.

GERAM!


Korang kalau berdebat dengan orang macam ni, lebih baik cepat diam. Buang masa dan suara dan tenaga korang je. Dia takkan mengalah. Jenis sombong tahap terakhir. Kronik sangat. Memang tak dapat diubatkan lagi. Macam mana nak ubah kalau dia tak nak dengar nasihat orang? 

Memang boleh nangis der kalau dengar caci maki yang keluar dari mulut dia. Bodoh, tolol, bangang dan b*** (binatang haram dimakan) tu semua dah sebati. Akan selalu keluar kalau dia tak puas hati. Aku dah jadi lali. Aku memang terus senyap kalau aku rasa dua tiga patah ayat aku dibalas denga nada tinggi. Sia-sia je kalau aku menjawab. Tak akan ada hasilnya. Macam mencurah air ke daun keladi.

$@#@#$!@&$. Astaghfirullah, sabarlah duhai hati. Bersabarlah. Jangan diikutkan nafsu amarah yang dibisikkan syaitan. Kalau korang jumpa orang macam ni, tak guna melawan. Diam je terus. Nanti dia penat memekak, dia akan diam sendiri. Gerenti terjamin kerna telah pun diuji. Hewhew. Wassalam.











p palang s : Argghhh.. stres...


Wednesday, July 4, 2012

Menghitung Hari

Assalamualaikum.

"Menghitung hari... detik demi detik..." Begitulah lunak suara Keris Doyonto mengumandangkan lagu berhantunya. Terdengar lagu tu maka aku pun terjaga. Tersedar dari lamunan mimpi panjang. Mimpi indahku harus segera berakhir. Cuti semester akan meninggalkan aku. Dan semester ketiga A-Level melambai-lambai menyeru aku supaya bersedia.

4 Julai 2012. Kurang seminggu. Tiket bas dah dibeli. Pakaian? Belum dikemas lagi. Rileks. Bisa diuruskan. Issue report? Belum disiapkan lagi.. Apa? Dem! Aduhai. Dah 95%. Tinggal sikit lagi. Sikit je.... Sisa-sisa terakhir laporan ala tesis PhD yang aku perlu siapkan untuk subjek Biologi. 

Semalam aku tak update entri baru. Bajet nak siapkan baki tugasan. Tapi sepanjang hari aku maraton. Kalau lari maraton takpe, boleh jugak keluarkan peluh. Menyihatkan badan. Aku ni tidur yang maraton. Mahunya badan tak naik... Sob sob. Sadis betul riwayat aku. Nak kurus belum diizinkan Tuhan.


Hari ni sekolah aku ada Kejohanan Olahraga Tahunan. SMK Bandar Baru Sintok. Lama benar aku tak jejakkan kaki ke sana. Lantaran rasa rendah diri dengan saiz badan yang mengembang berbanding masa sekolah dulu. Eh, dulu aku hot. Berebut awek nak aku. Cuma aku setia pada yang satu. Sekarang ni? Jatuh dah saham aku. Nak tunjuk muka pun malu oii. =,=

Tapi hari ni terpaksa lar. Dah lebih setahun aku tak menziarahi cikgu-cikgu yang banyak berjasa hingga aku berjaya sampai ke INTEC. Aku tak nak lar dikatakan kacang lupakan kulit. Tak nak diorang anggap aku lupa jalan balik sekolah. Tidak! Sekali pun aku tak pernah lupa nama Sintok. Walaupun orang tak kenal, aku terbayang-bayang melangkah ke sekolah lama dengan saiz yang sudah mengecil. Malangnya mimpi hanya mimpi. Hari ini aku harus pergi. Dengan usaha yang masih belum berbuah lagi.

Sebelum korang makin meluat dengan rasa rendah diri aku, lebih baik aku berhenti menaip. Aku malu. Malu dengan diri aku sendiri. Aku tak tahu apa nak dimalukan. Tapi aku malu. Aku memang malu. Malu tu kan perisai iman. Malu aku ni lain pulak. Memalukan kompeni je. 

1.45 pm. Aku nak bersedia untuk kembali semula ke padang permainan remaja. Di mana cinta berputik mekar. Di mana seorang remaja membesar. Di mana potensi diri terbongkar. Di mana hati terguris luka. Di mana persahabatan bermula. Dan di mana cinta membawa bahagia. Wassalam. ^_^










p peluk s : Malu lagi..


Monday, July 2, 2012

Alfa Satu

Assalamualaikum.

Mari adik, kakak, pak ngah, mak su dan segala panggilan manja yang sewaktu dengannya.

Hari ni aku nak bercerita pasal satu benda. Aku bukan nak jual barang. Benda ni bukan MLM. Aku cuma peserta. Aku bukan businessman. Benda ni jugak bukan produk yang dijual oleh ayah aku. Bukan. Wahh, kemain penafian aku. Tapi betul ya. Aku tak ada untung. Cuma menyampaikan. Ayah aku pun bukan pekerja syarikat ni.

Terapi Alpha One dah bermula dari tahun 2005 lagi. Selepas tujuh tahun, baru lar aku sertai bulan lepas. Dem! Orang lain dah sihat walafiat, aku baru nak bersihkan darah. Oh ya, untuk makluman, terapi ni PERCUMA. Bila aku cakap percuma, aku maksudkan tak berbayar. Dan bila aku cakap tak perlu bayar, aku maksudkan satu sen pun tak perlu keluar. Eh, tak. Kena bayar duit minyak nak pergi terapi.

Bagi korang yang dah pernah sertai sepanjang tujuh tahun ni, korang tau apa yang aku nak bagitau ni. Tapi bagi korang yang belum pernah tahu, sila baca dengan lebih lanjut. Bila benda ni terapi percuma, maka tak ada untung pun bagi aku. Jadi korang tak perlu risau. Korang tak perlu sertai apa-apa, ajak kawan, cari downline, dan kira duit masuk. Ini terapi kesihatan.


Masalah kesihatan berpunca dari darah yang kotor. Darah kita pulak kotor disebabkan pemakanan kita, stres dan pencemaran udara. Jadi terapi ni dia bersihkan darah melalui 60 kali gegaran dalam masa sesaat. Terapi ni dinamakan terapi medan elektrik sebab memanfaatkan arus elektrostatik yang telah ada semulajadi dalam badan kita. Natural gitu. Mesin yang digunakan bernama BIOS 9000 kerna mengalirkan 9000 V arus elektrostatik.

Kalau orang sakit, terapi ni untuk perubahan dan penyembuhan (insya-Allah). Kalau tak sakit, perlu pergi ke? Boleh kalau nak terus sihat. Sebab terapi ni jugak untuk pencegahan. Bagaimana terapi ni membantu? 9000 V arus yang dialirkan tu akan menggegarkan kotoran yang melekat dan tersumbat dalam saluran darah kita. Bila kotoran ni dibersihkan dan keluar melalui sistem perkumuhan (peluh dan air kencing), darah kita akan kembali cair. Darah kotor adalah punca banyak penyakit. Testimoni membuktikan ramai peserta terapi mengalami perubahan.

Malah ada yang diizinkan Allah mendapat penyembuhan. Kita hanya berusaha, Allah jua Maha Berkuasa. Terapi ni adalah caranya. Selepas menjalani terapi, kita mungkin mengalami tindak balas yang membuatkan kita putus asa seperti mengantuk, dahaga, tempat yang sakit bertambah sakit dan tempat yang tak sakit tiba-tiba sakit. Tindak balas hanya sementara. Selepas itu, insya-Allah perubahan positif menyusul. 

Bagi yang tak sakit, jangan sangka korang akan terus sihat selamanya. Dan jangan sangka badan yang kurus akan membuatkan korang kebal. Aku pelajar A-Level Medicine. Apabila usia lanjut, saluran darah kita akan semakin tersumbat. Inilah punca sakit jantung dan strok. Buah pinggang akan semakin mengecut jika tidak dijaga dengan baik. Macam-macam penyakit lagi yang boleh datang kalau tak dicegah.

Kenapa aku promosi sesuatu yang tak menguntungkan aku? Sebab aku nak korang pun sihat. Nanti aku jadi doktor (insya-Allah), kerja aku pun senang. Goyang kaki dan balik. Yelah kan, patient kurang. Harhar. 'Jual ikan' (selfish) betul aku. Aku akui, kali pertama aku datang terapi dan dengar pasal terapi ni, aku kaitkan dengan apa yang aku dah belajar tentang perubatan dalam dua semester dan aku akui, tak ada satu doktor dalam dunia ni boleh menafikan kebaikan terapi Alpha One (dengan izin Allah). 

Akhir kalam, korang patut cuba. Bagi yang memang dah cuba, korang tau kan apa yang aku cerita? Sekian, majulah kesihatan supaya doktor dapat makan gaji buta. Haha. Wassalam. ^_^











p peluk s : Pentingkan diri dan orang lain..


La Furia Roja

Assalamualaikum.

1 Julai 2012. Ahad.

Rakyat Sepanyol bergembira. Penyokong La Furia Roja ceria.
Hatrik kejuaraan utama dunia. Sepanyol terus bertakhta.

Selepas Euro 2008 dan Piala Dunia 2010.
Euro 2012 adalah kejuaraan ketiga berturut-turut.
 Rekod dunia yang baru.

Pasukan terbaik sepanjang zaman.


 Falsafah permainan tiki-taka menjadi pegangan.


Generasi perancang kreatif menjana serangan.


Penguasaan bola yang sangat dominan.


Hantaran pendek dilabel membosankan.


 Generasi emas yang menjadi idaman.
Di tahap terbaik membawa hiburan.


 Aku jadi tertanya-tanya pasukan manakah yang dapat menamatkan dominasi Sepanyol? Rekod demi rekod dipecahkan oleh generasi emas ini. Selagi Xavi dan Andres Iniesta terus menjadi nadi pasukan negara seperti diorang menggerakkan serangan Barcelona, bola sepak akan terus dikuasai dua orang pemain bertubuh kecil dengan idea seluas lautan. Genius dan kreatif. Visi yang tiada bandingan. Menghidu larian rakan sepasukan di belakang pertahanan. Bijak menyimpan bola dan mengekalkan penguasaan.

Seperti dibuktikan dalam final malam tadi, Xavi dan Iniesta adalah kunci kemenangan Sepanyol. Jika kedua-dua pemain ini ditangkap kerana terlalu hebat, maka Sepanyol mungkin dapat ditewaskan. Kemenangan terbesar dalam perlawanan akhir dan masa paling lama gawang tidak bolos sepanjang kejohanan adalah dua lagi rekod yang tercipta. Nampaknya Iker Casillas juga perlu ditangkap. Ketika itu, Sepanyol boleh tewas. Persoalannya, bilakah masa itu?










p peluk s : Barisan pemusnah rekod..


Lebih Berhak

Assalamualaikum.

Tiki-taka menang bergaya. Defensif hebat sudah berusaha.



Sepanyol menggunakan formasi yang langsung tak berubah daripada pertemuan awal peringkat kumpulan antara kedua-dua pasukan. Vicente Del Bosque  memilih formasi 4-3-3 sekali lagi tanpa penyerang tulen a.k.a 4-6-0. Kembalinya Ignazio Abate di bek kanan membuatkan Cesare Prandelli mengubah taktik mengimbangi bahagian tengah 3-5-2 dalam pertemuan terdahulu kepada 4-4-2 dengan Andrea Pirlo menjadi penghubung antara pertahanan dan bahagian tengah.

 Sepanyol menguasai bola seperti dijangka tetapi Itali berjaya mengasak kubu Sepanyol dan Pirlo berjaya mencuba dari jarak jauh ketika perlawanan baru berusia lebih 60 saat.  Selepas lima minit perlawanan, Sepanyol mendapat sepakan percuma dari jarak 40 meter tetapi dipersiakan Sergio Ramos. Jentera tengah Sepanyol terus beraksi dengan gaya permainan tiki-taka. Sepanyol mula mengasak kubu Itali.

Ketika perlawanan mengampiri detik sepuluh minit pertama, Xavi Hernandez dan Cesc Fabregas bertukar hantaran yang meletakkan Xavi memiliki ruang dan masa betul-betul di luar kotak penalti. Percubaan Xavi meliar. Itali terpaksa bertahan dengan arus serangan Sepanyol yang mendominasi permainan. Akhirnya gawang Itali bocor pada minit ke-13. Xavi melakukan hantaran kepada Andres Iniesta jauh dari kotak penalti Itali. Kelihatan seperti tiada bahaya mengancam.

Seperti biasa dilakukannya ketika bersama Barcelona untuk melepaskan larian Lionel Messi, Iniesta melakukan hantaran-pemecah-benteng selepas melihat larian Fabregas. Larian kencang Fabregas disusuli dengan satu hantaran lintang yang deras tetapi berjaya ditanduk cantik oleh David Silva. Satu hantaran kemas daripada Fabregas. Satu tandukan tajam dengan teknik yang sangat baik oleh Silva. Satu gol yang menarik dan sesuai dengan status perlawanan ini sebagai final Euro 2012.

Itali mendapat sepakan percuma di luar kotak penalti beberapa minit berselang. Tetapi sepakan Pirlo terbias untuk sepakan sudut buat Itali. Sepakan sudut itu berjaya ditepis Casillas. Seminit berlalu, Itali mendapat satu lagi sepakan penjuru. Bersungguh-sungguh Itali cuba membalas jaringan Sepanyol. Sepakan sudut ketiga berjaya ditepis keluar oleh Casillas untuk menyelamatkan gawangnya. Pada minit ke-20, Itali terpaksa melakukan pertukaran pertama kerana Giorgio Chiellini tercedera. Tempatnya di posisi pertahanan digantikan oleh Federico Balzaretti.

Empat minit kemudian, Gerard Pique menerima kad kuning pertama perlawanan selepas mengasari Antonio Cassano. Ketika ini, Sepanyol kelihatan hanya mahu mempertahankan gol tunggal diorang dan mengharapkan serangan balas. Itali mengambil giliran menguasai bola dan cuba meruntuhkan kubu Sepanyol. Pencarian gol penyamaan yang menyeksakan. Sesekali Sepanyol mara melancarkan serangan dan kelihatan lebih mengancam. Dua minit selepas Cassano diterjah, Balzaretti melakukan hantaran silang dari sayap kiri yang cuba mencari Mario Balotelli. Hantarannya tepat tetapi Casillas menyelamatkan bola di udara.

28 minit berlalu. Satu serangan kilat Itali hampir mendapatkan gol yang dicari. Cassano memperdaya pertahanan dalam kotak penalti di sebelah kiri tetapi rembatannya tepat ke arah Casillas. Seminit kemudian, Pirlo mencuba sekali lagi daripada sepakan percuma 45 meter dari pintu gol. Dan sekali lagi Pirlo gagal menemui sasaran. Permainan berterusan dengan penguasaan seimbang. Itali mengatur serangan demi serangan kerana lebih terdesak. Sepanyol lebih selesa mengukuhkan bahagian pertahanan. 

Dua minit selepas detik setengah jam pertama, satu ledakan padu dilepaskan oleh Cassano dari luar kotak penalti selepas menerima hantaran Pirlo. Mujur Casillas rebah untuk menepis. Kemudian, Sepanyol merampas semula penguasaan bola daripada Itali. Selepas membenarkan Itali mendapat ruang bernafas, Sepanyol mula melancarkan serangan demi serangan untuk menggoncang kubu Itali. Dua minit sebelum minit ke-40, Balotelli mendapat ruang di luar kotak penalti Sepanyol dan merembat. Liar ke tempat duduk penonton. Beberapa saat selepas minit ke-40, peluang Itali semakin tipis. 

Sepakan Casillas dari kotak penaltinya ditanduk ke arah laluan Xavi yang memecah pertahanan dengan lariannya dari tengah padang. Xavi berjaya menghidu larian pintar bek kiri, Jordi Alba, dan melakukan hantaran seperti Iniesta yang memang menjadi kepakarannya. Sentuhan pertama Alba sempurna dan penyudah Alba seperti seorang penyerang prolifik. Sebagai rekod, itu adalah gol pertama Alba untuk pasukan negara dan Alba memilih Euro 2012 untuk mencipta sejarah hidupnya.

Tiga minit kemudian Itali menggempur lagi. Riccardo Montolivo meledak dari luar kotak penalti dan Casillas menumbuk bola itu keluar. Seminit kemudian, Andrea Barzagli menjatuhkan Iniesta di kawasan Itali dan akur menerima layangan kad kuning. Sepakan percuma untuk Sepanyol. Berpunca daripada sepakan itu, Silva memiliki ruang selesa di luar kotak penalti. Namun rembatan kencangnya tepat ke dakapan Buffon. Wisel penamat babak pertama melegakan Itali.

Itali berjaya mengimbangi penguasaan bola Sepanyol. Bezanya Sepanyol memanfaatkan peluang yang dimiliki ketika Itali mempersiakan peluang diorang. Mungkinkah malam ini milik Sepanyol? Pendahuluan dua gol boleh dikira selesa. Apakah keajaiban yang masih tersisa dalam tutur bicara pembakar semangat Cesare Prandelli dalam bilik persalinan Itali? Semakin banyak persoalan tentang keajaiban. Mission impossible. Misi mustahil untuk bangkit. Unit defensif Itali yang utuh dirobohkan oleh dua perancang kreatif terbaik dunia. Haruskah Itali akur dan tunduk menyerah?

Casillas beraksi cemerlang sepanjang babak pertama mengawal gawang Sepanyol. Pemain Itali melancarkan beberapa serangan dan Casillas berjaya menyelamatkan Sepanyol beberapa kali. Buffon pula tak bernasib baik kerana kualiti serangan Sepanyol terlalu tinggi untuk disekat. Buffon mencuba sedaya upaya dan tidak boleh dipersalahkan untuk kedua-dua gol. Penjaga gol terbaik dunia bukannya kebal. Apabila serangan bermutu menggugat, gawangnya tetap bocor.

Prandelli menggantikan Cassano dengan Antonio Di Natale sebelum separuh masa kedua bermula. Seminit saja selepas wisel permulaan dibunyikan, Di Natale menanduk untuk menguji Casillas selepas menerima hantaran silang Abate. Sedikit saja tinggi melepasi palang gol. Dua minit berselang, berpunca daripada sepakan percuma di sayap kanan, Sepanyol menuntut sepakan penalti selepas tandukan Ramos dikatakan terkena tangan Leonardo Bonucci. Dua minit menyusul dan Balotelli pula meminta sepakan penalti selepas dijatuhkan ketika berlari masuk dari sayap kiri.

Serangan Itali menyusul dan Di Natale terlepas peluang keemasan ketika melepasi perangkap ofsaid dan hanya berdepan Casillas. Dia gagal, mungkin terkejut kerna berada dalam posisi onsaid. Sekali lagi Casillas menjadi penyelamat Sepanyol. Kapten yang menunjukkan teladan. Lima minit kemudian, Pirlo melakukan hantaran lambung cantik melepasi benteng pertahanan Sepanyol. Di Natale gagal menyambut dengan kemas. Thiago Motta menggantikan Montolivo untuk pertukaran terakhir Itali.

Selepas siri serangan Itali, Sepanyol melakukan pertukaran pemain. David Silva keluar dan digantikan oleh Pedro Rodriguez. Thiago Motta hanya sempat beraksi beberapa minit sebelum terjatuh ketika mengejar bola dan memegang pahanya. Motta mengalami kecederaaan hamstring. Prandelli sudah melakukan pertukaran pemain maksimum. Jika Motta gagal meneruskan permainan, Itali terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain. Semakin sukar untuk melakukan kebangkitan dramatik. Hanya keajaiban mampu merampas trofi daripada Sepanyol. Ya, hanya keajaiban.

Selepas Motta terpaksa dikeluarkan, Sepanyol kembali mendominasi perlawanan. Itali terpaksa lebih bertahan ketika diorang terdesak mencari gol untuk melakukan kebangkitan. Pertukaran kedua Sepanyol dilakukan 15 minit sebelum masa sebenar permainan tamat. Vicente Del Bosque mengeluarkan Fabregas dan menggantikannya dengan Fernando Torres. Tujuh minit sebelum masa permainan sebenar tamat, pertukaran itu membuahkan hasil. Pemain Itali cuai melepaskan bola kepada Iniesta dalam kawasan sendiri. Hantaran Iniesta tepat kepada Torres yang tenang mengatasi Buffon untuk Sepanyol selesa mendahului 3-0. Game over!

Dua minit kemudian, Juan Mata diberikan peluang untuk menikmati saat-saat akhir permainan. Iniesta dikeluarkan selepas dua assists berkualiti daripada sorang perancang yang kreatif. Hantarannya begitu tenang dan tepat untuk Torres memusnahkan harapan kebangkitan Itali. Dan Mata tidak perlu menanti lama. Kurang 60 saat, Mata meledak. Kali ni Torres berlari dalam posisi onsaid dan menolak bola ke tengah kotak penalti dari sebelah kiri, melepasi Buffon yang cuba menghalangnya. Hantaran licik yang mudah disudahkan Mata ke gawang ternganga luas. Gandingan dua orang pemain gantian. Pertukaran bijak daripada genius taktikal, Del Bosque. Kedua-duanya pemain Chelsea. Kombinasi yang begitu mantap.

Pada minit terakhir masa kecederaan, Torres menyerang dari sebelah kiri dan menolak bola ke tengah untuk Ramos melakukan back-heel. Perlahan dan mudah dibaca oleh Buffon. Hampir-hampir 5-0. Sebaik wisel penamat dibunyikan, Sepanyol memahat nama dalam lembaran sejarah. Dua hatrik. Hatrik pertama adalah hatrik Euro selepas 1968, 2008 dan 2012. Hatrik kedua adalah hatrik kejuaraan utama dunia selepas Euro 2008 dan Piala Dunia 2012. Hatrik kedua merupakan rekod dunia. Sepanyol merupakan pasukan pertama memenangi tiga kejohanan utama dunia berturut-turut. Generasi terhebat bola sepak Sepanyol bertakhta lagi.

Pasukan ini boleh dikatakan yang terbaik dalam sejarah dunia. Penguasaan bola yang menjadi falsafah sehingga menyukarkan lawan untuk menyerang. Itali berjaya mengimbangi permainan Sepanyol dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya. Hanya Casillas menyebabkan keputusan 4-0 seperti Sepanyol terlalu hebat. Sepanyol mendominasi 52% permainan. Sepanyol melakukan 14 percubaan berbalas 11. Sepanyol juga menang dengan 9 percubaan tepat berbalas 6. Perlawanan nyata seimbang. Tetapi hantaran-pemecah-benteng berkelas dunia daripada Xavi dan Iniesta, dua perancang terbaik generasi ini melenyapkan harapan Itali.

Sejarah demi sejarah dicipta generasi emas Sepanyol ini. Persoalan yang terus berputar di minda, rekod mana lagi yang akan dipecahkan? Berapa lama diorang akan terus bertahan? Dan pasukan manakah yang akan menamatkan zaman kegemilangan diorang? Semuanya terus menjadi tanda tanya ketika Sepanyol meraikan malam bersejarah.












p palang s : Benci...


Sunday, July 1, 2012

Ini Bukan Drama

Assalamualaikum.

Selalu aku tengok dalam drama. Sorang remaja perempuan nak hidup senang. Terlalu ego. Tak nak hidup susah. Macam mana nak cari kesenangan dunia? Senang je. Bergaul dengan orang kaya. Tak kisah lagi usia lelaki tu. Aku mintak simpang terjadi pada orang-orang yang tersayang dalam hidup aku.

Malang sekali, Allah mahu menguji aku. Orang yang dekat dengan aku sendiri terjebak. Lantaran nak hidup mewah macam orang lain. Tak reti ukur baju di badan sendiri. Nak kehidupan yang tak sepadan dengan kemampuan. Bukan saja lelaki haprak tu berusia, tapi juga suami orang. Plus tak lar kaya mana pun. Pengurus kilang je rasanya. Sama ada remaja perempuan tu famili aku, kawan aku atau saudara-mara aku biarlah menjadi rahsia.

Aku bukan nak bukak aib orang. Juga bukan nak bukak pekung di dada sendiri. Siapa dia? Biarlah aku saja yang tahu. Yang penting, dia orang yang rapat dengan aku. Aku cuma mengucap panjang bila memikirkan perkara ni. Beristighfar dan beristighfar lagi. Astaghfirullahaladzim...

'Dia' tewas pada hasutan syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan manusia. 'Dia' rebah dengan hasutan harta dan dunia. 'Dia' leka digoda keseronokan yang sementara. 'Dia' lupa pengakhiran kita semua. Kesenangan ini tidak akan kekal selama-lamanya. Dia tak ingat, dia lupa.


Janganlah mencari jalan pintas untuk hidup mewah. Janganlah membelakangi ibu bapa untuk mendapatkan kesenangan dengan cara mudah. Duit mungkin boleh membeli keseronokan. Tapi duit tak boleh membeli syurga Tuhan. 

Korang mungkin sangka aku tengah tulis skrip filem. Tidak. Ini bukan drama. Ini realiti. Hakiki bukan fantasi mahupun mimpi yang berlaku hampir dengan aku. Aku bercerita untuk memberi pengajaran. Aku sekadar menyampaikan. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Wallahualam.










p tendang s : Biarlah rahsia...



Menuju Kemuncak

Assalamualaikum.

Debaran Euro 2012 akhirnya sampai ke kemuncaknya. Dua pasukan berentap merebut hak sebagai juara.
Adakah juara lama akan terus mengekalkan kuasa? Atau mungkinkah juara baru akan bertakhta? Semuanya akan terjawab di Kiev, 8.45 malam waktu tempatan, 2.45 pagi waktu Malaysia. Awal pagi esok semua persoalan akan terjawab.


TROFI IDAMAN

 

SIAPA FINALIS?

Sepanyol memburu kemasyhuran hatrik kejuaraan utama dunia selepas mengungguli Euro 2008 dan Piala Dunia 2010. Satu lagi kejuaraan Eropah akan memahatkan nama diorang dalam lembaran sejarah bola sepak dengan rekod unik. Tiada pasukan pernah melakukannya. Tiada siapa dapat menafikan potensi La Furia Roja untuk mencapai kekebalan (immortality) dalam Dewan Kemasyhuran (Hall of Fame) bola sepak dunia. Kini diorang adalah pasukan nombor satu dunia.

Pasukan di ranking ke-12 dunia, Itali memiliki tradisi hebat di pentas tertinggi global. Gli Azzuri adalah juara dunia empat kali. Kali terakhir Itali menakluk dunia adalah pada tahun 2006. Memegang rekod sebegitu saja sudah cukup menghadirkan gerun. Namun, Itali hanya menjuarai Euro sekali saja iaitu pada tahun 1968 di bumi diorang sendiri. Maka Itali harus menafikan sejarah untuk menggenggam trofi di luar tanah air.

KEKUATAN

Sepanyol memiliki generasi terhebat dunia ketika ini. Dari posisi penjaga gol hingga ke penyerang, Pemain Sepanyol mempunyai teknik dan kreativiti menakjubkan. Sepanyol diketuai salah sorang penjaga gawang terbaik dunia, Iker Casillas. Jentera tengah Sepanyol pula dibarisi pemain-pemain terhandal untuk era ini. Dua perancang terbaik dunia ketika ini, Xavi Hernandez dan Andres Iniesta menjadi nadi penggerak serangan.

Kekuatan utama Sepanyol terletak pada kepakaran diorang melakukan passing game. Falsafah permainan menyimpan bola dengan hantaran-hantaran pendek yang majoriti dilakukan di kawasan diorang sendiri dinamakan tiki-taka. Sukar untuk lawan merampas penguasaan bola Sepanyol yang biasanya mendominasi lebih 60% permainan.

Itali pula sememangnya terkenal dengan gaya permainan bertahan. Azzuri mempunyai satu unit defensif yang kukuh dan sukar ditembusi. Jika Iker Casillas bukan penjaga gol terbaik dunia untuk generasi ini, gelaran itu hanya layak disandang Gianluigi Buffon. Jika perancang terbaik dunia bukan dari Sepanyol, nadi pasukan Itali, Andrea Pirlo saja yang layak mendapat penghormatan itu. Itulah gambaran kekuatan Itali.

KELEMAHAN

Sukar untuk mencari kelemahan Sepanyol apabila diorang menguasai bola dengan sangat dominan. Buktinya? Sepanyol dan Barcelona yang terkenal dengan passing game memiliki serangan ke kubu diorang yang paling rendah. Tetapi pertemuan di peringkat kumpulan membuktikan Itali boleh merobohkan benteng goyah Sepanyol. Tanpa tonggak utama, Carles Puyol yang tercedera, gandingan Gerard Pique dan Sergio Ramos sangat lemah. Jika bukan kerana barisan tengah mengunci bola, gawang Sepanyol mungkin bocor lebih kerap.

Itali pula memiki masalah kebergantungan. Andrea Pirlo adalah nadi Itali. Jika Pirlo di'mati'kan, Itali dalam bahaya. Penjaring terbanyak Itali, Mario Balotelli, pula sukar diramal. Malah kekuatan utama Itali, benteng pertahanan yang utuh juga tidak kebal. Inilah kebimbangan utama Itali kerana diorang sangat mengharapkan keampuhan benteng untuk menentang arus hantaran Sepanyol. Namun begitu, jika dilihat pertemuan pembukaan kumpulan, Itali mampu menyaingi penguasaan bola Sepanyol dengan adanya Pirlo.

KUNCI PERLAWANAN


Vicente Del Bosque vs Cesare Prandelli. Persoalan siapa lebih genius dalam mengatur strategi gagal dirungkai dalam peringkat kumpulan ketika Itali mengikat Sepanyol 1-1. Dalam perlawanan itu, kredibiliti Del Bosque menjadi tanda tanya apabila menggunakan formasi 4-3-3 tanpa penyerang tulen a.k.a 4-6-0. Prandelli pula dipuji apabila menggunakan formasi 3-5-2 untuk mengunci barisan tengah Sepanyol dan ternyata taktik itu efektif. Del Bosque akan cuba membalas kritikan terhadapnya ketika Prandelli cuba melengkapkan pencapaian gemilangnya. Del Bosque bakal mencipta sejarah unik selaku jurulatih pertama memenangi Liga Juara-Juara Eropah, Piala Dunia dan Euro jika menang malam ini.


Iker Casillas vs Gianluigi Buffon. Dua orang penjaga gol terbaik dunia. Dua orang kapten pasukan. Casillas dan Buffon yang beraksi hebat bersama kelab Real Madrid dan Juventus untuk menjuarai liga utama negara masing-masing kini perlu memberikan aksi terbaik untuk menjulang trofi paling berprestij di Eropah. Jika pasukan masing-masing menang, salah sorang saja yang dapat menggenggam piala keramat itu. Casillas atau Buffon?


Jordi Alba vs Daniele De Rossi. Seorang bek kiri tulen dan sorang lagi bek tengah yang beraksi di luar posisi kegemaran. Alba ialah bek kiri Valencia yang baru saja menjadi pemain Barcelona. De Rossi pula sebenarnya sorang pemain tengah bertahan. Tetapi De Rossi beraksi cemerlang semasa menentang Sepanyol dan terus kekal beraksi sebagai pertahanan. Alba pula menjadi tonggak pertahanan Sepanyol kerana Pique dan Ramos beraksi kurang cemerlang sepanjang kejohanan. Larian Alba di sayap kiri sering menggugat bek kanan pasukan lawan.


Xavi Hernandez vs Andrea Pirlo. Dua orang yang menjadi nadi penggerak buat kelab dan negara. Dua orang perancang terhandal generasi ini. Xavi adalah kunci permainan tiki-taka Sepanyol yang membosankan tetapi berkesan. Xavi memiliki statistik hantaran tepat yang terbaik jika berada di tahap prestasi terbaik. Begitu juga Pirlo yang menjadi kunci serangan Itali. Pirlo melakukan hantaran pintar ketika Antonio Di Natale meruntuhkan kubu Sepanyol dalam perlawanan Kumpulan C. Xavi dan Pirlo akan menentukan pemenang malam ini.


Fernando Torres vs Mario Balotelli. Dua orang penyerang prolifik berkualiti tinggi. Dua orang pemain tidak konsisten yang diramal. Prestasi diorang seperti yo-yo. Jika diorang beraksi baik, diorang adalah antara yang terbaik di dunia. Tapi jika diorang tak menjadi, diorang beraksi macam budak tadika. Torres hanya masuk sebagai pemain gantian ketika Sepanyol menentang Itali di awal kejohanan. Torres mempersiakan peluang keemasan ketika hanya berdepan Buffon dalam situasi satu lawan satu. Balotelli melakukan kesilapan serupa selepas merampas bola daripada Ramos dan menanti terlalu lama untuk melakukan percubaan sehingga Ramos menolak bola dari kakinya.

Dalam perlawanan seterusnya, Torres meledak dua gol menentang Republik Ireland. Balotelli terpaksa menunggu perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk meledak gol cantik menentang Republik Ireland. Balotelli juga bertanggungjawab memusnahkan impian Jerman apabila menjaringkan kedua-dua gol Itali dalam pusingan separuh akhir. Kini Torres dan Balotelli mungkin bersaing untuk menentukan siapa lebih hebat. Jika Torres tidak diturunkan oleh Vicente del Bosque, Balotelli berpeluang untuk menyinar. Hanya jika malam ini adalah miliknya.

RUMUSAN

Sepanyol mungkin akan menguasai bola. Tetapi Itali dijangka dapat mengimbangi kekuatan Sepanyol. Sepanyol akan lebih berhati-hati dan memilih kemenangan tipis. Itali akan bermain secara bertahan dan mengharapkan serangan balas pantas. Jeneral padang, Xavi dan Pirlo adalah kunci kemenangan kedua-dua pasukan. Del Bosque dan Prandelli akan terlibat dalam perang taktikal untuk menentukan genius dengan strategi paling berkesan. Jika perlawanan berlanjutan ke penentuan sepakan penalti, Itali mungkin bergelar pemenang. Pasukan dengan kekuatan mental paling kuat lebih layak keluar selaku juara.

Persoalan siapa juara Euro 2012 akan terjawab awal pagi esok.

RAMALAN

Sepanyol 1-2 Itali










p palang s : Just enjoy the show...


Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif