Saturday, July 7, 2012

Nada Berbeza

Assalamualaikum.

Apa nada yang berbeza? Nada cinta? Nada dering? Atau Nadakarupan a/l Muthu?

Zaman sekarang yang canggih-manggih ni henfon dan anak muda tak dapat dipisahkan. Bagai irama dan lagu. Yabedabedu. Errr... cuba korang tengok anak muda sekarang ni (termasuk aku), akan sentiasa memegang henfon di tangan. Pengecualian kepada yang single. Diorang yang tak bercinta ni biasanya henfon lempar kat mana pun tak ingat. Majoriti orang moden memang mempunyai hubungan sulit dengan henfon.

Okey, mukadimah aku gagal lagi. Antara call dan SMS, korang prefer yang mana? SMS korang boleh pikir lama. Bermeditasi dulu sebelum taip SMS pun tak jadi kesalahan. Call boleh mengada-ngada. Haha. Masa call kalau diam je memang rugi lar. Kalau dua-dua belah pihak yang cakap tu membisu, memang duit hangus macam tu je. 


Perdebatan soal call ke sms kita simpan untuk kemudian hari. Hari ni aku nak cerita pasal SMS. Boleh juga kita gabungkan dengan surat, e-mel dan ayat-ayat tidak bersuara yang sewaktu dengannya. Medium-medium perhubungan ni tak bersuara. Kita hanya taip atau tulis ayat untuk dibaca. Mungkin nada yang ktia cuba sampaikan berbeza dengan apa yang tersampai. Salah siapa? Salah kitakah yang menulis? Atau salah penerima yang tersalah faham?

Seringkali orang akan tersalah faham dengan makna sebenar ayat. Kerna ayat tidak bersuara. Seperti penulisan blog kita juga. Mungkin ada pembaca yang salah mengerti akan makna sebenar yang cuba kita sampaikan. Nada yang dibaca tidak serupa dengan nada sebenar yang kita tulis. Serius disangka bercanda. Sinis disangka menghina.

"Eee, geram!" 

Macam mana korang faham tu? Mungkin si penulis benar-benar geram. Atau sekadar bergurau dengan senyuman. Si penerima tidak dapat melihat ekspresi wajah si penulis kata. Lalu bagaimana?

Persoalan ini takkan terjawab selagi matahari terbit lagi. Atau mungkin jua selepas kita dibangkitkan kembali. Kerumitan ini menjadikan hubungan berwarna-warni. Seperti cuaca yang sukar diramal dan menjadi misteri. Perbezaan tafsiran yang boleh menjauhkan dua hati. Atau mungkin rencah membuatkan cinta bersemi. Misteri takdir Ilahi.










 p sepak s : Senada seirama..


6 comments:

Faza said...

setuju.. tp kekadang saya x kisah org faham x.. yang penting hati kita puas meluahkan perasaan dlm blog.. :P

nurshamila said...

hahaha betul tuh. handphone sha dah byk kali hilang, ntah letak mana. nasib jumpa =,=
erm sha prefer msg sbb tulah boleh pikir lama2, klu call err kita ada masalah pendengaran sikit . haha tambah2 geng laki yg jenis ckp bajett nak mampos, tidakku ketahuan hang ckp pa. hahaha evil

Syazana Zainn said...

SMS kalo takde benda pntg sangat

kalo call tu mmg URGENT la :D

NadyaBubble said...

Bila sms, selalu keliru apa sebenarnya mood orang kat sana -.-

M Fizan said...

@Faza hehe. yeah! blog ni macam diari kita. dan hak kita untuk bersuara :D

@nurshamila hahaha. call takde mase nak fikir. rugi kalau senyap. sms boleh fikir dulu. senyap pun takpe. haha

M Fizan said...

@Syazana Zainn yup, tapi ramai couple call nak dengar suara je =.=

@NadyaBubble yeah.... kita akan tersilap menilai =.=

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif