Welcome To My Life...

Friday, August 31, 2012

Kumpulan Neraka

Assalamualaikum.


Semalam undian untuk Liga Juara-Juara Eropah musim 2012/2013 telah berlangsung. Liga paling berprestij dalam kalendar bola sepak telah kembali untuk musim yang baru bermula pertengahan September ini. Arsenal, AC Milan, Chelsea, Bayern Munich, Barcelona dan Manchester United mendapat laluan mudah dan dijangka tidak sukar untuk melepasi peringkat kumpulan untuk ke saingan pusingan kalah mati.


Diorang ni semua dibahagikan dari empat mangkuk (pot). Pot A adalah pot heavyweights atau senang dikatakan pilihan-pilihan utama. Semua pasukan dalam setiap pot tidak akan bertembung sesama sendiri dalam peringkat kumpulan. Pasukan dari negara yang sama juga tidak akan bersaing dalam kumpulan yang sama. Setiap kumpulan akan diisi oleh satu pasukan dari setiap pot.


 Ini adalah tiga pemain yang disenarai pendek untuk menjadi Pemain Terbaik Eropah. Kebetulan gambar ni menunjukkan susunan pemenangnya. Andres Iniesta dari kelab FC Barcelona muncul pemenang setelah membantu Sepanyol mempertahankan kejuaraan Euro. Dia menjadi pemain terbaik dengan mendapat 19 undian. Lionel Messi yang juga dari FC Barcelona dan Cristiano Ronaldo dari kelab Real Madrid berkongsi 17 undian untuk akur kepada Iniesta.


Malang sekali buat juara empat liga utama Eropah, diorang akan bertembung sesama sendiri. La Liga, EPL, Erediviese dan Bundesliga musim lalu akan berentap untuk merebut hanya dua slot ke Round of 16. Kumpulan D adalah kumpulan paling sukar musim ini. Bukan hanya tiga pasukan akan merebut dua tempat untuk mara, tetapi kesemua pasukan dalam kumpulan memiliki peluang dan tidak boleh dipandang rendah. Ajax mungkin dilihat paling lemah tetapi sejarah dan tradisi diorang dalam kejohanan ini membuktikan kemungkinan diorang mara tetap ada.

Aku akan buat prebiu peringkat kumpulan dalam entri yang akan datang dengan kajian lebih terperinci setiap pasukan dalam semua kumpulan A-H. Aku akan meletakkan pandangan aku tentang pasukan mana yang berpeluang untuk mara, termasuk dari kumpulan neraka iaitu Kumpulan D. Kumpulan tu tak patut dipanggil kumpulan maut lagi. Terlalu sukar untuk mengatakan pasukan mana yang berhak mara. Kumpulan sarat bintang dan sejarah.

Aku lega kerana pasukan kesayangan aku, Manchester United, mendapat undian mudah. Namun lawan yang lemah tidak boleh dipandang rendah kerana undian yang hampir serupa diterima musim lepas ketika United tersungkur layu di peringkat kumpulan. Situasi berbeza musim ini dengan United memiliki beberapa penyerang berwibawa yang boleh disandarkan harapan untuk meledak. Korang tak percaya? Nantikan. ^_^










p peluk s : Tunggu dan lihat..


Hari Yang Gila

Assalamualaikum.

Kita tahu seminggu ada tujuh hari. Dan semalam hari Khamis. Bagi aku, semalam adalah Hari Yang Gila. Sangat gila dan tiada lagi kegilaan yang lebih menggilakan. Ada tiga sebab. Aku tak cakap kosong nak tulis entri. Bagi aku lar. Mungkin korang pernah melalui hari yang lebih gila. 

Semalam aku ada IELTS Speaking Trial. Aku kan akan mengambil peperiksaan IELTS bulan depan. Memandangkan aku akan ke English-speaking country, aku perlu dapat band 7.5 untuk layak memasuki International Medical University (IMU). IETLS ni ada empat bahagian; Speaking, Reading, Writing, and Listening. Dipendekkan cerita, Speaking pulak ada tiga bahagian. Bahagian pertama, pengenalan diri. Bahagian kedua, aku diberikan dua minit untuk menceritakan satu perkara. Bahagian ketiga, soalan pemikiran kreatif dan kritis.

Bahagian pertama semalam aku kena cakap pasal minat. Aku pun hentam lar aku minat tengok sukan. Dia bagi pulak soalan; sukan apa yang aku pandai main. Aku belasah je jawab futsal. Aku kata bukan nak puji diri sendiri tapi kawan-kawan kata aku terer main futsal. Wahaha. Sempat lagi masuk bakul angkat sendiri. Dia tanya pulak; bila dan di mana aku selalunya main futsal. Aku rasa bahagian ni okey lar. Bahagian kedua pulak aku kena cerita pasal hadiah yang aku bagi baru-baru ni. Errr, part ni sulit. Tapi.... aku rasa okey dan aku boleh jawab. 

Cuma bahagian ketiga agak mengecewakan aku. Aku boleh buat lagi baik. Tajuk "Gift" ni aku tahu dah dari kawan aku yang jawab dua hari sebelum semalam. Aku rasa aku boleh jawab, jadi aku tak buat persediaan kerana ada perkara lebih penting (diceritakan di bawah). Tengok-tengok aku terkial-kial nak jawab tiga soalan kacang; adakah harga penting dalam memberikan hadiah, apakah barang yang aku takkan pertimbangkan untuk bagi pada orang, dan pandangan aku tentang orang suka memberikan duit berbanding hadiah. Keseluruhannya, bahagian ketiga je buat aku rasa tak puas hati. Dem!

Lepas trial, aku tak pikir sangat. Biology topic test menanti. Aku habiskan sikit lagi yang aku kena ulang kaji di tingkat empat perpustakaan INTEC bersama tiga orang rakan sekelas merangkap rakan sebilik aku jugak. Ada sorang lagi ikut aku jugak, tapi kemudian lesap tak dapat dikesan. Lepas siap muka surat terakhir, aku pun mula mengkaji soalan peperiksaan A-Level Biologi yang telah berlalu. Aku tak nak tersilap langkah lagi. Ujian topik selalunya ambik past year question dan aku selalunya tak dapat jawab. 

Petang tu aku berjaya menjawab Biologi dengan jayanya. Aku tekankan, BERJAYA MENJAWAB. Belum lagi berjaya menjawab dengan betul. Hoho. Kena tengok keputusan nanti lar. Tapi aku puas hati lar dengan jawapan aku. Aku dah berusaha, sekarang kena tawakal je. Ada lima soalan secara keseluruhan. Dua soalan last (4 dan 5) merupakan soalan past year. Memang senyum sampai telinga lar aku. Cuma kena ingat skema jawapan yang aku baca. Tiga soalan pertama tu okey lar. Yang aku ingat daripada pembacaan aku masuk. Aku tak pasti tepat atau tak jawapan aku dengan apa yang soalan nak. We'll see.

Lepas iftar semalam, aku rasa penat sangat. Kelmarin memang aku tension yang teramat. Aku plan nak tidur kejap lepas isyak. Setiap hari aku tidur lepas jam 12 malam. Lama dah berlalu sejak aku tidur awal. Aku plan nak bangun jam 12 malam. Rancangan tinggal rancangan. Aku letak je kepala atas bantal lepas solat Isyak, aku terus terlelap. Bila aku celik je mata dan tengok jam henfon, dah pukul 5.15 pagi. Terbaik.... Bermaksud aku tidur 8 jam tanpa terjaga. Fuhh, aku tak boleh kira berapa zaman sejak aku tidur 8 jam. Maksud aku, straight 8 jam.

Kalau tidur banyak kali dan campur-campur cukup 8 jam tu selalu. Balik kelas je aku tidur. Jadi dapat seimbangkan kurang tidur malam sebelum tu. Tapi malam semalam memang terbaik dari ladang. Tidur aku tak terganggu. Dah macam baby pulak. Aku kan comel macam baby. Dem! Merapu lagi. Sekian dulu, wassalam.











p palang s : Sambung lagi 4 jam lepas Subuh..


Thursday, August 30, 2012

Seminggu Beraya Part 2

Assalamualaikum.

Dalam entri yang lepas, aku dah update pengalaman aku beraya seminggu di Johor, kampung sebelah ayah. Aku dah tempek gambar aku sampai boleh muntah hijau lar kalau korang tengok. Tapi semua tu di rumah nenek aku. Syawal ni kan masa untuk kita ziarah-menziarahi saudara-mara yang dah lama tak dijenguk langsung. Khabar pun tak dengar. Entah hidup, entah kan dah pulang ke pangkuan Pencipta. Bila dah jalan-jalan, apa lagi ditunggu. Posing sakan lar aku.

Aku nak tempek gambar aku yang kiut ni lagi. Alaaa, sebelum ni bukan selalu pun aku tempek gambar aku yang comel ni. Inilah masanya. 


Ini sepupu aku yang baru Darjah 1. Danish Haikal, anak mak cik aku a.k.a Cik Com. Hensem budak ni. Dia ni anak sulung. Aku suka bila dengar dia bercakap, ada je yang menggelikan hati. Kalau berceloteh pasal aweks dia yang ramai, memang aku suka dengar. Ada tiga orang buah hati dia. Fatin, Afina, Izzati. Masak aku ni kalau dia tau aku bagitau dunia maya. Heheh. Nasib kau la, Haikal. Jadi sepupu aku memang kena pasrah lar.



Ni masa menziarahi saudara nenek aku. Tak salah aku, masa hari raya ketiga. Sempat lagi aku tayang kuih raya tu. Ewahh. Sebelah tu adik aku yang dah besar gajah. Tahun ni dia ambik SPM. Tapi balik kampung tak bawak buku pun. Cehh, kemain lagi malasnya. Bajet dah konpem 9A+ je. Memang tak lar.... Aku suka baju beliau. Baju tu smart. Adik aku tak smart pun. Harharhar. Bertuah kan beliau ada abang macam aku. Sangat baik memuji baju adiknya. Yang penting aku lagi macho. Itu tak dapat dinafikan, FAKTA!


Tak kan nak tayang kuih je. Tuan rumah tu penat buatkan air. Apa lagi. Memang kat blog aku ni lar hasil kerja diorang dihargai. Nah, air percuma hasil beraya. Lepas tu kitorang dijamu makan tengah hari tapi aku tak sempat bergambar memandangkan perut pun dah berkeroncong, menyanyi-nyanyi mintak diisi. Kenapa aku angkat tangan kanan aku? Musykil ni, macam tak pegang apa-apa. Aku rasa aku ada pegang kuih. Erm, mungkin kuih tu menyorok di sebalik jari.


Nah, ambik kau! Lelaki Dari Marikh kan romantik gitu. Mesti lar suka bunga. Bukan mat bunga tau. Aku jadikan gambar ni default pic FB aku. Kawan aku tanya satu soalan. Dia tak pasti aku ni jiwang ke atau aku tukang kebun. Kuang ajar punya kawan... sampai hati beliau kata aku tukang kebun. Penat aku posing dengan macho bersama bunga tu. Honestly, i like flowers!


Ini pulak masa hari raya kelima. Khamis, 5 Syawal 1433 H. Sebelum berangkat dari Kota Tinggi ke Kota Masai. Hari tu famili aku akan bergerak pulang dari stesen bas Larkin. Bas famili aku pukul 9 malam, dan bas aku pulak jam 11 malam. Semua isi rumah hari tu nak beraya di rumah abang ayah aku merangkap pak long aku merangkap anak nenek aku merangkap saudara seagama korang. Rumah beliau di Kota Masai. Nak balik semula ke Air Tawar 5 dan ke Johor Bahru semula memang kerja gila lar. Jadi bagasi AF semua diangkut ke Kota Masai. Stay di rumah pak cik aku sebelum malam menjelma.


Ini lar kereta aku. Amacam? Bergaya tak? Cehh, ekceli ni kereta mak cik aku yang tinggal di Putrajaya. Cik Com, mak kepada si Danish Haikal yang ada dalam gambar kat atas tu. Cer scroll naik. Saja aku pinjam kereta dia untuk berposing kejap. Baru lar nampak macam hero filem. Mana tau Ahmad Idham terserempak blog aku ni. Boleh jugak aku berlakon filem MIG.


Amacam? Ada gaya Rosyam Nor kan? Bukan main lagi aku tahan nafas tu. Adik aku lambat betul tangkap gambar. Sambil mulut dia membebel sebab aku guna henfon dia. Ye lar, henfon aku kan murah je. Henfon baling anjing sampai mati tu. Pergh, bajet habis rupawan lar tu. Tampan sangat kan? Sob sob. Angguk lar lelaju, tak kesian kat aku ke?


Yang sebelah aku tu kakak sulung aku. Aida (bukan nama sebenar), belajar di UiTM Arau. Yang baju pink tak berapa nampak tu makhluk halus. Tak perlu diperkenalkan. Aku lar fokus utama gambar ni. Mamat bajet cun tapi sebenarnya kacak bergaya.


Masa ni nak gerak ke rumah pak cik aku yang sorang lagi. Masih di Kota Masai. Pak cik aku mesti lar adik pak long aku. Oh ye, adik ayah aku jugak. Aku panggil Cik Cam. Aku memang sempat je posing. Gila kamera katakan... Abaikan lidi kat mulut aku tu. Saja nak menumpang gambar aku.


Alhamdulillah, aku sangat kacak sampai monyet tu pun nak peluk aku dan bermanja. Monyet tu sepupu aku yang punya. Aku pinjam je. Ni gambar sebelum aku bergerak untuk jalan-jalan di sekitar Johor Bahru bersama pak long aku dan sorang lagi pak cik aku. Pak cik bujang terlajak ni pulak namanya Cik Col. Ni lar gambar terakhir aku di Johor untuk cuti raya sebelum aku pulang ke Shah Alam.

Eh, belum. Aku ke Tanah Lego. Ada lagi gambar aku poyo di sana. Aksi aku di Tanah Lego akan dipaparkan dalam entri akan datang. Nak study Biologi dulu. Jeng jeng jeng...










p sepak s : Tanah Lego?


Seminggu Beraya Part 1

Assalamualaikum. 

Semalam aku update entri mengucapkan Selamat Hari Raya walaupun dah 10 Syawal. Tak kisah lar kan. Aku raya sebulan. Hari ni pulak aku nak tempek muka aku lagi. Hensem tu takde, manis ada. Sori lar kalau korang muntah hijau bila tengok betapa kiutnya Lelaki Dari Marikh dalam menyambut hari raya di kampung halaman, Johor Darul Takzim. Lebih spesifik, di Kota Tinggi. Dan lebih detail lagi, Air Tawar 5. Kalau kenal tempat tu, raya tahun depan sila lar datang beraya.


Ini gambar masa aku dalam perjalanan dari Larkin ke Kota Tinggi. Naik bas Maju. Masa tu lebih kurang jam 9 pagi. Ekceli aku sampai pukul 5 pagi. Tapi aku berkhemah di stesen bas menanti ketibaan ibu bapa dan adik-beradik aku dari Kedah. Aku bergerak solo dari Shah Alam. Fokus kat rambut aku. Itu lar rambut yang aku simpan lama dan memang sengaja tunggu nak dekat raya baru aku nak gunting. Nak rambut raya lar katakan...


Ahaaa. Ini lar rambut raya aku. Selepas digunting oleh abang gunting yang sangat berdedikasi. Bukan main fokus lagi masa dia gunting. Aku nak rambut layer kat atas. Bahagian tepi tu, dia yang suggest. Aku tak reti sangat pilih stail. Dia tanya nak scoop ke. Aku hentam jawab ya. Macam tu lar hasilnya. Masa ni di terminal bas Kota Tinggi. Adik aku pergi beli songkok. Parents aku pergi jalan-jalan dan beli nasi beriyani Baser yang femes kat situ. Memang tak pernah miss makan nasik ni kalau balik. Walaupun baru 12 tengah hari, juadah berbuka dibeli terus memandangkan Kota Tinggi dan Air Tawar 5 bukannya dekat. Kitorang pun tak bawak kereta balik kampung.

Aku yang terpaksa jaga beg. Bukan main banyak lagi... Sorang satu beg ditambah beberapa beg ekstra. Dah macam nak pindah rumah gayanya. Plus beg aku lagi. Bertimbun, boleh penuh lori. Huhu. Ahli keluarga aku ada 7 orang termasuk aku. Semua bawak bagasi. Macam nak sertai AF je. Aku jugak yang jadi mangsa kena jaga beg. Penat puasa oi. Lepak pun sodap...


Ting ting ting. Hero nak pergi masjid. Jumaat pertama aku di Air Tawar 5 tahun ni. Masanya cos of lar sebelum solat Jumaat. Aku semangat gila nak pergi solat. Semangat lar sangat... Abaikan songkok yang senget tu. Aku ada masalah sikit. Pakai songkok memang susah nak betul. Kena adjust beberapa kali dengan segala kepayahan baru lar nak ada rupa educated sikit. Kalau tak, macam Pak Kaduk dah jadinya.


Ni hari pertama aku di rumah nenek. Saja nak posing atas sofa tu yang dah lama aku tak melompat di atas beliau. Aku tak tau masa ni pukul berapa. Dan aku pun tak tau apa motif aku upload gambar ni. Mungkin saja nak tempek gambar sendiri yang sangat kiut.


Haaa, ni masa hari Sabtu, Ramadhan terakhir 1433 H. Sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semangat sungguh aku pakai jersi Malaysia. Biasa lar kan, bakal wira bola sepak negara. Eh, aku power okey... Cuma K. Rajagobal je belum nampak skil aku. Chubby sikit tu biasa lar... Hulk (pemain Brazil) pun badan maca aku ni. Aku hensem sikit berbanding dia. Tu sebelum kena kerah tukar langsir. Dem!


Ni pagi 3 Syawal. Menjamah roti canai yang paling sodap di Air Tawar 5. Memang menjilat sudu. Aku makan dua keping. Memang saja nak tunjuk pinggan tu dah licin. Kalau tunjuk roti dia, memang korang jeles lar. Meleleh air liur... Memang diakui roti canai tu gred A. Tauke kedai ni kawan pak cik aku. Biasa lar kan, duduk Felda ni memang lar balik-balik muka tu jugak.


Lepas dah kenyang riang ria suka hati, tiba lar masa nak eksyen berposing. Ni aku dengan adik bongsu kesayangan aku. Walaupun dia tak berapa suka aku sebab aku suka buli dia. Ah, pedulikan semua tu. Nama dia Atip a.k.a Comel. Aku dah banyak cerita pasal dia kalau korang selongkar entri lama aku. Adik aku ni takut kucing. Umur dia enam tahun. Tapi dia memang kecik. Nampak macam tiga tahun. Alah, sampai pinggang aku je.


Jangan tiru aksi ni di rumah. Ini lar akibatnya nak berlakon KL Gangster tapi hajat tak kesampaian. Jadi Rumah Nenek Gangster pun jadi lar. Yang penting aku tak kempunan. Siapa berani masuk lar. Aku libas sampai masuk ICU. Sekali tengok, macam taiko. Dua kali, macam pemain kriket. Tiga kali tengok, macam nak tebas semak.


Oh hoi.... Kemain lagi posing. Macam model hutan rimba je. Alamak, dah habis modal ke aku ni? Belum lagi.... ni baru part 1. Seminggu aku beraya di rumah nenek. Bahagian seterusnya, aksi lebih ganas akan dipaparkan untuk tontonan umum. Amaran keras untuk wanita mengandung, tak sesuai tengok bahagian kedua yang akan aku update dalam entri akan datang. Nantikan kemunculannya. Sekian dulu, wassalam.













p peluk s : Perasan comel je..


Wednesday, August 29, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum.

Mimpi apa pulak aku ni. Tetiba je ucap Selamat Hari Raya. Huhu. Hari ni dah hari raya yang ke-10. Aku baru nak ucap Selamat Hari Raya. Orang lain ucap masa Ramadhan. Kenapa aku tunggu 10 Syawal? Eh, blog aku kan. Punya suka aku lar. Haha. Ganas tak? Tu cuma cara nak cover kelewatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tak kisah lar. Yang penting aku nak tempek gambar aku pada hari raya pertama.




Oh hoi.... Macam baju batik kan baju raya aku tahun ni? Itu dia. Tajaan Gene Martino. Tajaan lar sangat. Diorang taja, aku bayar duit dan dapat terus. Tajaan jenis apa tu? Itu soalan, korang lar jawab. Gambar pertama tu dengan pak cik aku merangkap adik kepada ayah aku dan anak datuk aku serta bapak sepupu aku. Haaaa, sangat jelas kan penerangan aku? Sorang tu je lar yang sempat aku bergambar. Sob sob. Macam ni lar kalau beli henfon pakej dengan lampu suluh.

Gambar bawah tu perasan comel. Bajet hensem je kan. Tak sedar-sedar chubby. Perkataan lain tak diterima di sini. Hanya comel dan chubby dipertimbangkan. Bukan apa aku tempek muka aku yang sangat kiut ni. Nanti dah kurus boleh lar korang nilaikan perubahan. Aku kan dalam proses diet. Harap-harap bila balik cuti semester bulan November ni, muka dah macam Aaron Aziz. Uhuk uhuk, TERbatuk.



Di kesempatan yang ada ni, Lelaki Dari Marikh nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433 H kepada semua penghuni bumi dan langit. Orang-orang Marikh kemain lagi buat open house sekarang. Boleh ler kita semua makan percuma banyak-banyak. Kalau tak ada jemputan tu, sila lar puasa enam. Dapat jugak pahala. Selagi bulan Syawal, beraya lar sepuas mungkin. Raya kan sebulan... Cuma, berhati-hati di mana saja. Ingatlah insan yang disayangi dan menyayangi. Anda mampu mengubahnya... Pesanan ikhlas daripada pihak penaja.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR BATIN










p palang s : Entri gelagat raya menyusul...


Tuesday, August 28, 2012

Angkasa

Assalamualaikum.

Angkasa. Tiada kaitan dengan Anugerah Seri Angkasa. Dan tak ada hubungan persaudaraan dengan lagu Angkasa nyanyian Diandra Arjunaidi. Bau-bau bacang pun takde. Cuma ada sikit hubungan sulit. Kalau korang pernah terdetik nak scroll sampai ke dasar blog aku ni, korang akan ternampak benda alah dalam gambar kat bawah ni.


Kalau belum pernah scroll sampai bawah, sila lar berbuat demikian sebab korang akan kenal aku lebih dekat. Bukan rugi masa pun, lima saat je. Dan korang akan tau yang blog aku ni takde serabut-serabut. Ringkas tapi menyeluruh. SINTOK SPACE KINGDOM ni adalah projek novel fiksyen fantasi aku yang sedang dalam proses awal. Ekceli dah lama aku rancang cerita ni. Dah lebih dua tahun. Dan aku dah pernah tulis sekali.

Malang sekali, aku dah buat dokumen tu password encrypted. Aku masukkan kata laluan setahun lepas. Sebab aku tak nak sesiapa yang gunakan netbook aku tanpa pengawasan aku akan baca. Malu lar aku. Akibatnya sekarang aku dah tak dapat bukak. Terpaksa lar aku mula dari bawah semula, merangkak dari bahagian prolog. Kerja aku dipermudahkan sebab dokumen storyline aku tak ada kata laluan. Aku dah plot sampai episod 10. Sebelum cuti raya tamat, aku dah tambah plot sampai episod 100.


Sekarang aku akan memulakan Bab 4 : Mega Mission. Itu lar rupa dokumen aku. Aku pilih warna ungu kerana aku suka kelembutan. Aku rasa tenang je tengok. Warna latar tu masih dalam pertimbangan. Aku akan ubah mengikut pandangan para pemberi semangat aku. Bila dah siap nanti, aku akan minta pandangan beberapa orang yang rapat dengan aku sebelum aku cari penerbit. Wahh, belum apa-apa dah berangan jauh. Dem! Aku sasarkan dalam 500 muka surat. Nak lawan J.K Rowling tak dapat lar.... Kalau korang perasan, aku letak watermark M. FIZAN berwarna oren. Tu lar nama pena aku.


Ini muka depan setakat ni. Malas nak reka grafik canggih. Nanti aku mintak tolong kawan-kawan yang mahir dalam mereka cipta grafik. Kalau tengok tajuknya, mesti korang rasa merepek kan. Cos of lar, dah terang-terang cerita fiksyen fantasi. Kalau korang expect novel ni cuma berkisar tentang teknologi di luar kotak pemikiran manusia semata-mata, korang salah.

Aku adunkan kecanggihan masa depan dan keajaiban purba dalam novel aku ni. Bukan sekadar teknologi dan robot. Tema novel aku lebih daripada itu. Aku gabungkan beberapa idea yang aku minat termasuk daripada produk Harry Potter. Aku olah menggunakan imaginasi aku. Walaupun idea asasnya sama, perjalanan cerita ni jauh berbeza. 

Memandangkan aku ni romantik (perasan!), sudah tentu persoalan cinta tidak lari walaupun teknologi menjadi permainan. Aku harap proses penulisan aku akan berjalan lancar dan idea akan mencurah-curah bagai Koko Krunch mencurah ke ladang gandum. Doakan aku berjaya.











p tumbuk s : Nak ke angkasa...

Monday, August 27, 2012

Pengajaran dari Baju

Assalamualaikum. 

Banyak dugaan Allah berikan pada aku sebaik aku tiba ke kolej selepas cuti raya. Salah satunya telah aku ceritakan dalam entri yang lepas. Kisah kurang bertuah aku tak dapat masuk kerana kehilangan kunci. Kali ni aku nak kongsi cerita pada hari esoknya. Selepas sehari berehat, pagi Sabtu mula lar tugas aku membasuh baju. Eh, puhlisss. Ni bukan pengalaman pertama aku... Tapi pengalaman buruk yang pertama. 

Sejak aku hidup berdikari di kolej selama setahun ni, proses membasuh baju aku berjalan lancar. Bukan aku jarang basuh baju. Selalu je basuh baju, tapi Jumaat lepas aku mengalami satu kejadian yang sangat diingati. Fuhh, macam tragedi pulak. Bukan lar tragedi buah epal. Tapi... tragis jugak lar... Aku menyumbat baju ke dalam mesin basuh dan kembali ke bilik untuk bersantai memandangkan masih cuti raya walaupun buku bertimbun mintak diulang kaji. 

Masa berlari pantas, aku pun pergi nak ambik baju. Aku ingat lagi, baju pertama aku angkat keluar adalah jersi bola sepak Malaysia. Aku sangat terkejut dengan hasilnya. Bukan putih suci seperti yang aku harapkan. Tapi melekat tompok-tompok hitam seperti... arghh! Dem! Baju hitam aku luntur warna dan mencemarkan kesucian baju-baju lain. Aku pun rasa nak mencarut tapi aku sabarkan je. Penat aku puasa sebulan kalau aku tak dapat elak daripada mencarut. Cuma rasa "cis!" sangat-sangat. Sabor jer lar. Dramatik kan... Belum lagi..

Aku bawak naik ke bilik aku di tingkat lima dan berjalan mundar-mandir ke sekeliling bilik macam tawaf gayanya. Aku pergi gosok satu baju tapi melihat ke dalam baldi, terlalu banyak baju, perasaan malas tahap kesembilan ribu menguasai diri. Aku pun tekad turun semula dan hentam basuh sekali lagi. Proses sama berulang. Naik ke bilik, turun untuk tengok baju dan hasilnya sama, maka pulang semula ke bilik. Aku harus buat keputusan penting, antara hidup dan mati.

Mula-mula aku rendam setengah jam. Tak ada perubahan. Jersi Malaysia aku menunjukkan kesan dinodai. Dem! Aku memutuskan untuk hantar ke dobi je. Jadi aku turun untuk jemur di ampaian bawah memandangkan tak ada orang lagi pun. Semua masih berjimba di kampung. Masa tu baru lepas hujan. Nak dijadikan cerita, aral melintang, hujan gerimis melanda kolej selepas aku sidai baju terakhir dari baldi. Terbaik! Lara hatiku saat tu. Aku kutip semula baju yang basah selepas direndam tu naik semula ke tingkat lima. Aku rendam lagi sampai petang. 

Masih jugak tak ada perubahan. Aku pun sidai di ampaian dalam bilik aku. Tekad aku esoknya (pagi Ahad), baju tu semua akan sampai dobi. And there it went.. Jam 10 pagi Ahad, aku hantar baju tu semua ke dobi. Aku pun tak tahu apa hasilnya. Boleh tak mengembalikan kesucian baju aku yang tak bersalah. Aku cuma mampu berharap... dan terus berharap.. Malam ni aku kena ambik. Aku nak tengok baju aku dah suci!

Sungguh dramatik pengalaman aku mencuci baju hitam bersama baju warna lain. Selalu okey je. Mungkin satu baju tu warna dia mudah luntur. Aku dah kesan baju mana. Agak berat ujian tu. Aku naik turun tingkat lima berulang kali. Dan aku ulang alik ke mesin basuh dari blok aku sejauh kira-kira 500 meter. Tapi aku masih hidup. Bermakna ujian Allah tak membunuh. Allah menguji setakat kemampuan manusia. Ada hikmahnya, mungkin itu caranya aku nak kurus. Harhar. Aku akan lebih berhati-hati ketika mengasingkan baju untuk dibasuh lepas ni. Baju telah memberi aku satu pengajaran.

Oh my clothes!










p palang s : Aku taip apa yang mulut aku cakap..


Sunday, August 26, 2012

Kerana Kunci

Assalamualaikum.

Aku nak cerita pengalaman aku bila sampai kolej dari kampung. Aku balik ke sini pada malam hari Khamis. Aku sampai awal pagi Jumaat. Aku bertolak dari Larkin dengan tenang walaupun aku sedar kunci bilik aku telah hilang di kampung lagi. Aku menyedarinya beberapa hari sebelum pulang. Aku kekal optimis. Aku berserah pada Allah dan berharap kunci tu ada dalam beg netbook aku. 

Dipendekkan cerita, sampai je bilik aku di tingkat lima Blok 6, aku terus periksa dalam beg netbook. Habis aku selongkar sedaya upaya, memang tak ada. Dem! Aku tak nangis la. Hero beb. Mana layan nangis-nangis ni. Aku berserah jua pada Allah. Aku bergegas ke bilik TV. Mana tahu ada ulangan EPL minggu lepas yang aku tak dapat tengok di kampung. Tup tup ada siaran langsung Piala Super Sepanyol antara Barcelona dan Real Madrid di Nou Camp. Aku pun layan la.

Layan punya layan, aku pun rasa mengantuk. Kebetulan ada bantal dan bantal peluk yang ditinggalkan oleh sorang hamba Allah, aku pun hentam baring depan TV. Terima kasih kepada hamba Allah tersebut, tak perlu lar aku tidur atas beg netbook. Tidur aku selesa, alhamdulillah. Bukan aku tengok TV, tapi TV yang tengok aku. Aku cuma bangun bila tiba masa untuk solat subuh.

Kemudian, aku pergi bekfes roti sardin kat kedai mamak al-Rafi depan kolej. Harapannya nak guna internet tapi harapan tinggal harapan. Aku kempunan. Aku pun tak tahu mana nak dituju. Aku cuma ikut kaki melangkah ke ruang belajar di depan surau. Bukan nak belajar pun. Sambung tulis plot untuk projek novel fiksyen aku (in the making). Sebelum tu aku tengok pejabat dah bukak. Hasrat di hati nak mintak kunci spare tapi tak ada orang pulak... Rasa macam nak ambik je, tapi takut dituduh mencuri.

 

Bila aku pergi sekali lagi, dah ada orang. Alhamdulillah. Aku mintak kunci spare kat sorang abang tu. Lepas basuh baju, aku pergi cari kedai kunci. Mula-mula tak jumpa. Baru pukul 10. Aku ingat belum bukak. Aku dah putus harapan. Banyak jalan yang boleh aku lalui. Aku ingat nak lalu jalan pintas. Tapi Allah gerakkan hati aku untuk lalu jalan jauh. Dan... alhamdulillah, mata aku terpandang perkataan kunci di satu kedai jam yang dah bukak. Syukur sangat-sangat, urusan aku dipermudahkan dengan izin-Nya. Berkat berserah dan bertawakal hanya kepada Allah. 

Aku duplicate tiga unit terus. Aku nak simpan kat tempat lain-lain. Balik tu aku rasa menyesal pulak sebab tak duplicate lagi banyak. Mungkin di lain masa. Semua kunci tu aku simpan di tempat berlainan. Aku dah dapat pengajaran kerana tak ada kunci spare. Yang penting, kunci spare tu jangan letak segugus dengan kunci ori. Nanti hilang satu, hilang semua. Bagi korang yang cuma ada satu kunci ori, bersegeralah buat duplikasi kunci. Nanti menyesal macam aku. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian lu pikirlah sendiri.

Anda mampu mengubahnya. ^_^












p peluk s : Mencari pemilik kunci hati..


Red Bolt

Assalamualaikum.

Malam tadi manusia terpantas dunia mengunjungi Old Trafford untuk menyaksikan kelab yang paling diminatinya. Impian Usain Bolt dari Jamaica untuk beraksi bersama Manchester United bukan lagi rahsia. Bolt bercita-cita untuk menggunakan kelajuannya sebagai senjata skuad Sir Alex Ferguson. Mungkin dia tidak sesuai dalam sukan bola sepak tetapi obsesi Bolt membawanya ke Theatre of Dreams.

The living legends

Tiga orang legenda mengambil foto bersama. Ryan Giggs, legenda Red Devils. RVP, legenda Arsenal. Usain Bolt, legenda acara pecut olahraga. Mungkinkah diorang akan bermain bersama-sama? Mungkin, jika Fergie menerima permintaan Bolt.

Outstanding athlete

Usain Bolt mempamerkan tiga pingat emas yang dimenanginya dalam temasya Olimpik London 2012 yang baru saja berlalu. 100 meter, 200 meter dan 4x100 meter diungguli Bolt untuk melangkah megah dengan kalungan pingat emas.

Special jersey

Bolt menerima jersi ini kerana kefanatikannya menyokong Manchester United. Bolt mengisytiharkan kepada dunia keinginannya untuk beraksi di bawah kendalian Fergie. Mungkin Bolt akan beraksi dengan nombor jersinya adalah catatannya untuk memenangi acara 100 meter Olimpik 2012.

Aku terkejut semasa siaran langsung. Para pemain sedang menanti saat untuk masuk ke padang bila Bolt dengan selamba bersalaman dengan semua pemain Red Devils untuk mengucapkan semoga berjaya. Keangkuhannya terserlah dengan tiga pingat emasnya dari Olimpik London 2012 terkalung di leher. Usain Bolt yang tipikal. Legenda yang ego. Mujurlah dia minat kelab yang sama dengan aku. Kita tak pernah tengok kilat berwarna merah. Tetapi 'Bolt' yang menggegar arena olahraga ini berwarna merah. 











p sepak s : The Red Bolt..

Dazzling Debutants

Assalamualaikum.

Selepas terlepas aksi kelab feberet aku minggu lepas kerna aku berada di kampung menyambut hari raya, semalam aku tak melepaskan peluang untuk menyaksikan Manchester United menentang Fulham. Situasi pra-perlawanan agak menggusarkan walaupun aku cuba berfikiran positif. Hakikatnya, Red Devils tumbang di tangan Everton 1-0 dalam perlawanan pembukaan ketika Fulham membenam Norwich 5-0. Fulham diperkuatkan penyerang baru, Mladen Petric, yang sememangnya menggegar dalam persediaan pra-musim.

Bermain di gelanggang sendiri (Old Trafford), Sir Alex Ferguson melakukan kejutan dengan tidak menyenaraikan ayam tambatannya, Wayne Rooney, dalam kesebelasan utama. Sebaliknya, penyerang baru, Robin van Persie dan Shinji Kagawa diberikan home debut. Membelakangi formasi 4-4-2 yang lazimnya menjadi pilihan, Fergie mengukuhkan bahagian tengah untuk mendominasi permainan dengan formasi 4-5-1. RVP menjadi penyerang tunggal. Bangku simpanan Manchester United unggul dibarisi Wayne Rooney, Javier Hernandez, Ryan Giggs, Jonny Evans dan Danny Welbeck. 

David De Gea berada di antara dua tiang. Penjaga gol yang mantap, sukar ditewaskan percubaan berbahaya tetapi sering melakukan kesilapan mudah. Barisan pertahanan lemah dengan senarai kecederaan masih tidak berpihak kepada skuad Fergie. Rafael mengambil alih posisi bek kanan daripada Antonio Valencia. Michael Carrick sekali lagi terpaksa bermain di luar posisi dan bergandingan dengan kapten, Nemanja Vidic, di posisi bek tengah. Patrice Evra masih beraksi walaupun Fergie telah membeli Alexander Buttner untuk membantunya di posisi bek kiri.

Kecuali posisi pertahanan, semua posisi lain adalah Dream Team bagi aku. De Gea selaku penjaga gol dan barisan serangan yang sangat menarik. Robin van Persie sebagai penyerang tunggal tidak perlu diperkenalkan lagi. Penjaring terbanyak musim lalu, tidak ada sebab untuk berasa hairan apabila Wayne Rooney diketepikan walaupun dia adalah pemain utama Fergie sejak bertahun lamanya. Barisan tengah dalam formasi 4-2-3-1 ini menarik perhatian aku. Inilah yang aku mahukan, bayangkan, impikan dan akhirnya menjadi realiti. Minggu lepas Shinji bermain di sayap kiri, Nani di sayap kanan, manakala Scholes dan Cleverley mengawal bahagian tengah.

Malam tadi Anderson menggantikan Scholes untuk berpasangan dengan Cleverley di posisi central midfield. Tom Cleverley tidak perlu diragui lagi dengan dilabel bakal pengganti Paul Scholes. Anderson pula sering dikritik kerana kemalasannya. Bagi aku, pilihan Fergie tidak perlu dipertikai kerana beliau adalah pengurus legenda. Anderson memiliki deria penglihatan yang menakjubkan dan hantaran kemas. Ashley Young kembali beraksi di sayap kiri untuk memberikan laluan kepada Shinji Kagawa beraksi di posisi kegemarannya, di hole iaitu kawasan di belakang penyerang tunggal selaku pemain tengah menyerang. Antonio Valencia kembali beraksi di posisi utamanya selepas aksi hambar Nani minggu lalu.

United dikejutkan seawal minit ketiga apabila sepakan percuma Bryan Ruiz dari sayap kiri rendah dan menuju ke titik sepakan penalti disambar pantas oleh Damien Duff tepat ke penjuru bawah sebelah kanan gawang De Gea. Namun, pada minit kesepuluh, Fergie boleh berasa lega dengan pembeliannya. Patrice Evra melakukan hantaran lintang dari sebelah kiri dan Robin van Persie menunjukkan teknik luar biasa untuk mengapungkan bola ke sebelah kiri pintu gol Mark Schwarzer yang melayang tetapi gagal menepis voli cantik itu. RVP kemudiannya melakukan sepakan sudut yang mencipta gol kedua. 

Sepakan sudut RVP dikeluarkan oleh pertahanan tetapi menuju ke arah Tom Cleverley. Rembatan Cleverley ditepis Schwarzer. Malangnya, Kagawa telah menanti untuk melakukan sentuhan mudah ke pintu gol yang terbuka. Pemain Fulham meminta gol dibatalkan kerana ofsaid tetapi ulang tayang menunjukkan Kagawa berada dalam posisi onsaid selepas Sascha Riether lambat menyertai perangkap ofsaid. Kebangkitan United dilengkapkan hantaran silang Ashley Young dari sebelah kiri yang ditanduk kemas oleh Rafael di far post.

Babak pertama berakhir dengan jaringan 3-1 berpihak kepada Manchester United. Skrip babak kedua berbeza dengan Fulham mengukuhkan barisan pertahanan. Malah Fulham mencipta penamat mendebarkan apabila hantaran lintang Briggs dari sebelah kiri menyebabkan bola masuk ke gawang De Gea selepas terkena kaki Nemanja Vidic. De Gea menyalahkan Vidic yang hilang keseimbangan dalam perebutan bola di udara dengan Mladen Petric. De Gea sendiri bersalah kerana keluar dari posisinya dan gagal mendapatkan bola. Red Devils terus bertahan untuk mendapatkan tiga mata penuh.

RVP - Kagawa - Rafael

Kagawa membawa sentuhan kreatif

Cleverley penggerak jentera dinamik

Valencia ancaman tiada henti

Wayne Rooney tercedera malam tadi selepas masuk sebagai pemain gantian. Pehanya koyak selepas terkena but Hugo Rodallega. Tiada apa yang perlu aku bimbangkan dengan Barisan Impian ini. Bisa RVP, sentuhan kreatif Kagawa dan Cleverley, serta ancaman Valencia yang menjadi mimpi ngeri. Jika aksi babak pertama semalam dapat diteruskan, kombinasi serangan ini hanya akan bertambah hebat dengan peredaran masa. 










 p palang s : Glory glory Man United...


Saturday, August 25, 2012

Aku Kaya

Assalamualaikum.

Ni bukan filem Aku Kaya lakonan Yassin, Ilya dan Hamdan ditayangkan semula. Filem tu dah kuno gila. Masa aku kecik-kecik je aku tengok cerita tu. Tadi aku jadi orang kaya sementara. Sempat tersenyum gembira walaupun guna taktik kotor. Harhar. Hari ini dalam sejarah aku menang satu juta dolar dalam Who Wants to be a Millionaire.

Sayangnya bukan duit betul pun. Game dalam netbook Tosheen aku ni je. Ekceli aku guna taktik kotor memandangkan aku dah berulang kali main tapi tak pernah lepas $32,000. Maka hari ini aku memanfaatkan teknologi sepenuhnya dengan mencari jawapan di internet. Trimas pak cik Google yang membantu aku merealisasikan mimpi menjadi jutawan. Walaupun sekadar di alam fantasi.


Tahniah diucapkan kepada diri aku sendiri. Ceit, aku bukan mimpi basah lar. Ni aku mintak tolong incik Google. Hoyeah!! Aku dah jadi jutawan.. Aku kaya!!










p palang s : Best kan kalau realiti..

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif