Welcome To My Life...

Thursday, August 30, 2012

Seminggu Beraya Part 1

Assalamualaikum. 

Semalam aku update entri mengucapkan Selamat Hari Raya walaupun dah 10 Syawal. Tak kisah lar kan. Aku raya sebulan. Hari ni pulak aku nak tempek muka aku lagi. Hensem tu takde, manis ada. Sori lar kalau korang muntah hijau bila tengok betapa kiutnya Lelaki Dari Marikh dalam menyambut hari raya di kampung halaman, Johor Darul Takzim. Lebih spesifik, di Kota Tinggi. Dan lebih detail lagi, Air Tawar 5. Kalau kenal tempat tu, raya tahun depan sila lar datang beraya.


Ini gambar masa aku dalam perjalanan dari Larkin ke Kota Tinggi. Naik bas Maju. Masa tu lebih kurang jam 9 pagi. Ekceli aku sampai pukul 5 pagi. Tapi aku berkhemah di stesen bas menanti ketibaan ibu bapa dan adik-beradik aku dari Kedah. Aku bergerak solo dari Shah Alam. Fokus kat rambut aku. Itu lar rambut yang aku simpan lama dan memang sengaja tunggu nak dekat raya baru aku nak gunting. Nak rambut raya lar katakan...


Ahaaa. Ini lar rambut raya aku. Selepas digunting oleh abang gunting yang sangat berdedikasi. Bukan main fokus lagi masa dia gunting. Aku nak rambut layer kat atas. Bahagian tepi tu, dia yang suggest. Aku tak reti sangat pilih stail. Dia tanya nak scoop ke. Aku hentam jawab ya. Macam tu lar hasilnya. Masa ni di terminal bas Kota Tinggi. Adik aku pergi beli songkok. Parents aku pergi jalan-jalan dan beli nasi beriyani Baser yang femes kat situ. Memang tak pernah miss makan nasik ni kalau balik. Walaupun baru 12 tengah hari, juadah berbuka dibeli terus memandangkan Kota Tinggi dan Air Tawar 5 bukannya dekat. Kitorang pun tak bawak kereta balik kampung.

Aku yang terpaksa jaga beg. Bukan main banyak lagi... Sorang satu beg ditambah beberapa beg ekstra. Dah macam nak pindah rumah gayanya. Plus beg aku lagi. Bertimbun, boleh penuh lori. Huhu. Ahli keluarga aku ada 7 orang termasuk aku. Semua bawak bagasi. Macam nak sertai AF je. Aku jugak yang jadi mangsa kena jaga beg. Penat puasa oi. Lepak pun sodap...


Ting ting ting. Hero nak pergi masjid. Jumaat pertama aku di Air Tawar 5 tahun ni. Masanya cos of lar sebelum solat Jumaat. Aku semangat gila nak pergi solat. Semangat lar sangat... Abaikan songkok yang senget tu. Aku ada masalah sikit. Pakai songkok memang susah nak betul. Kena adjust beberapa kali dengan segala kepayahan baru lar nak ada rupa educated sikit. Kalau tak, macam Pak Kaduk dah jadinya.


Ni hari pertama aku di rumah nenek. Saja nak posing atas sofa tu yang dah lama aku tak melompat di atas beliau. Aku tak tau masa ni pukul berapa. Dan aku pun tak tau apa motif aku upload gambar ni. Mungkin saja nak tempek gambar sendiri yang sangat kiut.


Haaa, ni masa hari Sabtu, Ramadhan terakhir 1433 H. Sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semangat sungguh aku pakai jersi Malaysia. Biasa lar kan, bakal wira bola sepak negara. Eh, aku power okey... Cuma K. Rajagobal je belum nampak skil aku. Chubby sikit tu biasa lar... Hulk (pemain Brazil) pun badan maca aku ni. Aku hensem sikit berbanding dia. Tu sebelum kena kerah tukar langsir. Dem!


Ni pagi 3 Syawal. Menjamah roti canai yang paling sodap di Air Tawar 5. Memang menjilat sudu. Aku makan dua keping. Memang saja nak tunjuk pinggan tu dah licin. Kalau tunjuk roti dia, memang korang jeles lar. Meleleh air liur... Memang diakui roti canai tu gred A. Tauke kedai ni kawan pak cik aku. Biasa lar kan, duduk Felda ni memang lar balik-balik muka tu jugak.


Lepas dah kenyang riang ria suka hati, tiba lar masa nak eksyen berposing. Ni aku dengan adik bongsu kesayangan aku. Walaupun dia tak berapa suka aku sebab aku suka buli dia. Ah, pedulikan semua tu. Nama dia Atip a.k.a Comel. Aku dah banyak cerita pasal dia kalau korang selongkar entri lama aku. Adik aku ni takut kucing. Umur dia enam tahun. Tapi dia memang kecik. Nampak macam tiga tahun. Alah, sampai pinggang aku je.


Jangan tiru aksi ni di rumah. Ini lar akibatnya nak berlakon KL Gangster tapi hajat tak kesampaian. Jadi Rumah Nenek Gangster pun jadi lar. Yang penting aku tak kempunan. Siapa berani masuk lar. Aku libas sampai masuk ICU. Sekali tengok, macam taiko. Dua kali, macam pemain kriket. Tiga kali tengok, macam nak tebas semak.


Oh hoi.... Kemain lagi posing. Macam model hutan rimba je. Alamak, dah habis modal ke aku ni? Belum lagi.... ni baru part 1. Seminggu aku beraya di rumah nenek. Bahagian seterusnya, aksi lebih ganas akan dipaparkan untuk tontonan umum. Amaran keras untuk wanita mengandung, tak sesuai tengok bahagian kedua yang akan aku update dalam entri akan datang. Nantikan kemunculannya. Sekian dulu, wassalam.













p peluk s : Perasan comel je..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif