Sunday, August 5, 2012

Malaysia Main Man

Assalamualaikum.

Aksinya menyatukan negara. Lonjakannya menggegar dunia. 

Datuk Lee Chong Wei sekali lagi gagal mengatasi musuh tradisinya, Lin Dan dari China di pentas tertinggi untuk menjadi atlet Malaysia pertama memenangi pingat emas temasya Sukan Olimpik. Empat tahun berselang selepas memenangi pingat perak Beijing 2008, Chong Wei sekali lagi terpaksa akur untuk berpuas hati di tempat kedua podium.

Dua pemain terbaik badminton sepanjang zaman. Lee Chong Wei jauh berada di hadapan peloton yang mengejar. Namun Lin Dan berada satu kelas tersendiri di atasnya. Final London 2012 tidak menunjukkan hakikat itu. Lee Chong Wei memberikan segalanya yang termampu, mengerah kudrat dan keringat, memberikan nyawanya untuk emas pertama idaman 28 juta rakyat Malaysia. 

Memenangi set pertama dan tewas set kedua, Chong Wei dilihat hampir merealisasikan mimpi rakyat Malaysia ketika mendahului 19-18 dalam set penentuan. Lin Dan melambungkan bulu tangkis tinggi ke garisan belakang. Chong Wei mengukur dan mengagak bulu tangkis akan mendarat keluar. Sebaliknya bulu tangkis mendarat di atas garisan untuk mengembalikan semangat juang Lin Dan. Lin Dan terus mara ke mata akhir dan berlari kepuasan mengelilingi stadium sebaik pukulan terakhir Chong Wei keluar di garisan belakang.


Penuh news feed FB aku dengan komen menyatakan sokongan padu terhadap Datuk Lee Chong Wei, wira kebanggaan rakyat Malaysia. Berat mata melihat, berat lagi bahu memikul. Tangisan kita meratapi kekalahan jaguh badminton negara kita, duka di hati LCW hanya Allah yang tahu. Dua pingat perak Sukan Olimpik Beijing 2008 dan London 2012. So close yet so far.

Banyak komen yang menarik perhatian aku. Antaranya pingat perak LCW lebih bermakna daripada pingat emas Lin Dan kerana pingat perak ini menyatukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira apa jua perbezaan. Warna kulit, bangsa, agama, fahaman politik. Segala halangan yang membezakan ditolak ke tepi. Semuanya bersatu untuk bersama memberikan sokongan padu tidak berbelah bahagi kepada hero badminton kita. Sedangkan emas Lin Dan tidak begitu penting buat negara yang telah menguasai Sukan Olimpik beberapa dekad.

Satu lagi komen yang aku bersetuju adalah Lee Chong Wei telah memberikan yang terbaik. Betapa kuatnya keazaman Chong Wei dapat dilihat pada setiap pukulan yang dibalas sedaya upaya. Sehinggakan kita lupa Chong Wei mara ke Sukan Olimpik dengan baru saja pulih daripada kecederaan. Sepertinya Chong Wei tidak pernah cedera dan sedang berada di kemuncak prestasinya. Lee Chong Wei tidak membenarkan Lin Dan membelasahnya seperti final Beijing 2008.


Dan lagi. Komen tentang final tadi bukan sekadar badminton. Ianya lebih daripada itu. Maruah negara yang dijulang Lee Chong Wei. Tidak banyak sukan lain dalam Olimpik yang menjadi tumpuan dunia mempersembahkan atlet Malaysia (selain Azizulhasni Awang, atlet berbasikal trek). Rakyat Malaysia menghentam meja dan bersorak sepanjang perlawanan melihat harimau harapan berjuang di arena berprestij dunia. 

Komen terakhir yang ingin aku kongsikan. Datuk Lee Chong Wei adalah atlet terhebat pernah dilahirkan Malaysia. Tidak ramai atlet yang dapat menyatukan 28 juta rakyat Malaysia atas satu nama negara yang tercinta. Melihat momen aksinya, Chong Wei mengumpulkan semua rakyat Malaysia untuk mendoakan kejayaannya. Meskipun tumbang dan gagal menjadikan mimpi itu kenyataan, Datuk LCW tetap wira kebanggaan. Tangisannya membawa tangisan kita semua. 

Lee Chong Wei, anda tetap wira negara.











p palang s : Selamanya Harimau Malaya...


5 comments:

Eera Shera said...

baca dgn rasa terharu..at least ramai yg tau hargai usaha dan susah payah beliau kan

nurshamila said...

setuju. he tried his best tp bukan rezeki kita kan. sayu tgk dia nangis

eyjalukman said...

papepun , dia dah buat yg terbaik :) atleast dy kalah bermaruah taw . da cuba , usaha semua cuma rezeki tk memihak pd dy . thniah pd dy , bangga :)

RealNS said...

huhuh , sedih bile dye tweet "i'm sorry" ! :(

M Fizan said...

@Eera Shera kita semua tahu. rakyat Malaysia tahu. :)

@nurshamila momen yang sangat menyakitkan. memori sepanjang zaman :(

@eyjalukman yup, bangga sangat. kalah LCW kalah bermaruah :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif