Welcome To My Life...

Sunday, October 30, 2011

PM, Saves Them


Assalamualaikum...

Gambar nie bukan lar awek aku.. huhu.. dan aku takkan tergamak nak ada buah hati macam nie.. nauzubillah.. mintak simpang.. fesyen apa nie.. kawan aku upload kat fb dia dan aku rasa terpanggil untuk rasa sangat marah, kesal dan geram dengan apa yang dilakukan oleh wanita ini.. moga2 dia dilaknat Allah.. secara peribadi, aku menganggap perbuatan ini menghina Islam.. siapa ibu bapa dia?? Tolong mengaku cepat.. ini sudah sangat melampau.. jauh daripada batasan yang boleh diterima.. bukan lagi berpakaian ketat dan singkat.. tetapi memakai tudung tetapi memakai pakaian sebegitu sangatlah memalukan wanita amnya dan umat Islam khususnya..

Mungkin dia belajar di sekolah agama yang guru besarnya fahaman Muktazilah.. teruk! Sangat teruk! Allahuakbar.. apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang nie.. terbukti modal insan Malaysia sangat layu dan tidak berkualiti.. inikah masa depan negara kita yang tercinta? Inikah orangnya yang akan mempertahankan nusa dan bangsa? Di mana pemimpin Malaysia? Lakukan sesuatu.. orang seperti ini sangat menghinakan... inilah bukti ramai lagi remaja Malaysia yang semakin terpesong dari jalan yang lurus.. sangat-sangat jauh terpesong..

PM, do something!
Saves them!!











p stroke s : This is ridiculous...

I'm Crying


Assalamualaikum….

Sekadar untuk dikongsi.. mungkin korang dah pernah baca di facebook.. untuk renungan bersama.. hargai insan yang tersayang.. KISAH BENAR yang sangat menyentuh sanubari..

Kehadapan ustaz yang saya hormati. Saya tidak tahu di mana ingin saya mulakan bicara ini tetapi saya mesti menceritakan kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini. Ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz. Tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun.

Ustaz... Saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yang cukup menyedihkan, harap ustaz tidak bosan mendengarnya. Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yang amat baik dan setia. Namun ustaz, saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai. Dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya, seorang yang tidak pandai bergaya tetapi kuat pegangan agamanya. Bertudung labuh, bersopan santun, baik budi bahasanya. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yang jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain. Cuma saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat. Selepas berkahwin dengan isteri saya itu, jiwa saya menjadi kacau dan keliru. Saya amat marah kepada isteri saya kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yang amat saya cintai itu.

Sepanjang kehidupan kami, saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya. Namun rupanya ustaz, isteri saya ini adalah wanita yang penyabar. Pernah saya tidak balik ke rumah dengan harapan isteri saya akan membenci saya tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik, dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Pernah suatu hari saya menampar mukanya apabila dia bertanya pada saya: "Abang dah solat? Abang tak pernah solat ke?" Paannggg! Satu tamparan kuat saya berikan di pipinya. Perasaan geram, marah dan rasa terhina bercampur ego yang menggila. Bengkak pipinya. Dia menangis teresak-esak. Saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya tetapi rupa-rupanya dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Pernah pula suatu hari dia ingin bermanja dengan saya, membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya. Pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone. Ketika dia ingin menyuapkan nasi ke mulut saya, saya tolak pinggan sehingga pecah berderai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya. Dengan linangan air mata dia mengutip setiap butir nasi goreng yang bertaburan di lantai.

Saya bertambah lupa daratan. Saya habiskan masa berhibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya. Rupanya dia tetap tabah dan bersabar. Pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz…. pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah apabila saya terlibat dengan kemalangan. Tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya untuk bangun. Hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya. Ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali. Berak kencing saya dia tadahkan. Dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan geli. Dialah yang memandikan saya, menggosok badan saya dan memakaikan pakaian untuk saya. Bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam - berdenyut-denyut sakitnya - dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhuyung-hayang kerana tidak cukup tidur. Dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur. Tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi kerana risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz... isteri sayalah yang menyuapkan saya makan. Dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang. Dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat. Kekasih saya apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun, dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan. Kononnya saya suami orang. Huh.. sekarang baru dia kata saya suami orang. Dulu dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya. Ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan. Ustaz… saya kasar, kejam dan zalim kepada isteri yang menyayangi saya. Besarnya dosa saya, amat menyesal rasanya..

Ustaz… ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih, isteri saya jatuh sakit. Badannya menjadi kurus kering, tiada selera makan. Terbaring, tak bermaya. Kata doktor yang merawatnya, isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati. Hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Kesihatan isteri saya makin teruk. Mukanya makin pucat tetapi dia tetap senyum. Saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yang pernah saya lakukan terhadapnya. Dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya. "Abang saya dah lama maafkan abang. Saya sayangkan abang.” Berderai airmata saya, hancur hati saya. Pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan. Saya menjaganya setiap hari. Saya belai rambutnya, saya kucup dahinya sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir. ”Jangan menangis bang... bukan salah abang… mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum. Seolah-olah hati saya disambar halilintar. Saya menangis lagi. Sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri. Ternyata pujian itu bagaikan sindiran buat saya.

Ustaz... Isteri saya ada berkata dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya untuk menghadap Ilahi semakin hampir. Saya meraung, merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya tetapi katanya setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya. Ustaz.. saya menangis sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Tepat jam 3.00 petang, setelah dua minggu berada di hospital. isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya. Dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini, saya meraung semahu-mahunya, menyesal di atas kekasaran yang pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.

Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya: ”Abang… jagalah diri baik-baik…. jangan lupa tunaikan solat…. berbuat baik… takutlah kepada Allah…. dan jika bertemu dengan insan bernama isteri…. jangan berkasar dengannya, sayangilah dirinya.”

Sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir, dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu (Now and Forever - Richard Marx) untuk saya dengar dan hayati. Lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati. Kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari saya. Di dalam nota itu dia menulis: “Abang.. dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu… Dahulu... saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah… Saya teringin sangat nak makan bersama abang….. mendengar cerita abang…. menyambut abang pulang dari kerja…. bergurau dan bermanja dengan abang….. memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya… jaga diri….. sayang abang….selamanya......"

Ustaz... saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan sebegini panjang pada ustaz kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih; ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat untuk tenangkan abang. Ustaz.. saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami. Sayangilah isteri anda selama mana anda berpeluang untuk berbuat begitu. Janganlah terjerumus dengan kesilapan yang saya lakukan. Pasti anda akan menyesal tak sudah.
Terima kasih ustaz… doakan saya...

Kisah ini sangat menyentap perasaan aku.. kepada korang yang mempunyai perasaan, pasti korang akan merasakan yang sama.. betapa sucinya cinta seorang isteri, taat dan tidak pernah mengharapkan balasan... jadikanlah kisah ini sebagai iktibar.. aku jua berpesan kepada diri sendiri.. cintailah orang yang mencintai kita.. wassalam.. :)











p pagar s : Jangan pernah berubah..


Masa Berlari


Assalamualaikum...

Benarlah kata-kata yang mengatakan "masa tidak pernah menunggu kita".. tidak pernah.. sedar atau tidak sedar? Masa begitu pantas.. sangat pantas.. apabila Usain Bolt menamatkan larian 100 meternya dengan rekod dunia yang membuatkan umat manusia seantero dunia terpegun dengan kelajuannya, masa terus berlari meninggalkan Bolt dan kita yang terkesima.. apabila Doraemon yang dalam fantasi kanak-kanak cuba mencipta mesin masa untuk kembali ke masa lalu, tiada apa yang dapat menghalang masa kini daripada terus maju ke hadapan dan meninggalkan Doraemon dengan masa lampaunya..

Kepada korang yang tak pernah nak selongkar blog aku sampai ke bawah, gambar yang aku selitkan untuk entri kali nie sebenarnya jam yang tak pernah berhenti dan sentiasa ada di dasar blog aku nie.. sebenarnya jam itu adalah jam kiraan menurun (countdown) yang aku buat sebelum aku masuk ke INTEC.. kira-kira sebulan sebelum aku menerjah alam kolej.. dan semasa Minggu Destini Siswa (orientasi), aku tak ada peluang online, jadi jam itu terus kekal.. aku sangka kiraannya berhenti.. tetapi widget itu dengan menariknya telah menjadi jam kiraan menaik (countup).. jadi tak perlu lar aku susah2 nak menghitung hari berapa lama dah aku bergelumang dalam kepayahan dan keperitan di Shah Alam.. huhu..

Jam automatik itu menyatakan pada hari ini (tanggal 30 Oktober 2011), sudah 118 hari aku berada di bumi INTEC.. menyambung pengajian A-Level demi cita-cita menjadi doktor untuk membantu nusa dan bangsa.. hampir empat bulan.. tinggal kurang 10 hari sebelum aku menempuh peperiksaan akhir semester dan memulakan cuti semester sehingga Januari.. memang agak terkedu jua aku rasakan.. seperti baru semalam aku memulakan kelas pertama di Kampus Seksyen 17 UiTM Shah Alam.. dan persis hanya semalam aku mengenali rakan-rakan baru dalam kelas 12M5.. tetapi hari ini sudah hampir empat bulan lamanya kitorang bergelak ketawa bersama-sama..

Sedar atau tidak, itulah kenyataannya.. masa tidak pernah menunggu.. sama ada kita mengambil peluang ataupun tidak.. peluang tidak pernah hadir buat kali kedua kecuali untuk mereka yang sangat bernasib baik.. this is the chance of my life.. i will go for it.. how about you?

YOU READ, YOU DECIDE !! :)











p palang s : Doakan kejayaanku..

Yes, We Can Do It!!



Assalamualaikum..

Salam pagi Ahad yang ceria... oh, tidak... tidak bagi aku yang masih belum menjawab peperiksaan akhir semester.. bagi adikku - pelajar Tingkatan Empat - hari ini adalah hari kemerdekaan.. merdeka sementara selama dua bulan sebelum menempuh tahun paling mencabar bagi pelajar sekolah menengah.. hehe.. sekurangnya hari nie dia boleh bergumbira.. okey, dah jauh sangat kita terpesong daripada tajuk yang ingin dipersoalkan.. mukadimah yang selalunya akan tergelincir daripada paksi hakikat.. argghh.. bab pendahuluan nie memang selalu ketandusan ilham..

Seperti yang semua rakyat Malaysia sepatutnya tahu tapi mungkin ada yang tak tahu, Negeri Sembilan telah menjuarai kejohanan bola sepak paling berprestij di Tanah Melayu untuk musim 2010/2011 apabila membenam cabaran Terengganu 2-1 dalam final malam tadi.. Hairuddin Omar dan S. Kunanlan menafikan gol pendahuluan daripada Ashaari Shamsuddin.. bukan kemenangan skuad Rusa yang menjadi topik.. bukan sepakan gunting Hai-O yang menjadi isu panas.. tetapi keharmonian.. ya, malam tadi begitu harmoni.. rakyat Malaysia tak kira tua muda, lelaki wanita, hodoh lawa, semuanya setia menonton perlawanan akhir Piala Malaysia walaupun perlawanan Chelsea vs Arsenal sedang hangat berlangsung..

Buktinya? Status rakyat Malaysia - rakan fb aku terutamanya - tak habis-habis dikemas kini dengan keputusan terbaru perlawanan.. apabila Terengganu mendahului, anak-anak Penyu penuh mengisi news feed aku dengan status kegembiraan mereka.. tapi tak lama, anak-anak Rusa pula gembira dengan gol penyamaan Negeri Sembilan.. dan Hai-O menghadiahkan mimpi indah buat peminat-peminat setia Rusa dan mimpi ngeri buat penyokong fanatik Penyu apabila sepakan guntingnya terlalu menarik untuk diselamatkan...



Itulah kuasa yang ada pada sukan dalam menyatukan seluruh rakyat Malaysia.. tidak kira bangsa, agama, jantina dan parti politik, semuanya bersama-sama khusyuk menonton perlawanan akhir tersebut.. tidak kira Rusa atau Penyu, kita semua rakyat Malaysia.. kita satu negara.. tahniah skuad Rusa.. :)











p tendang s : Kembali ulangkaji..


Saturday, October 29, 2011

Learn Throughout Life


Assalamualaikum..

"To live is to learn"

Lupakan tentang kehidupan sebagai satu opera.. kehidupan adalah satu sekolah.. kita sebagai pelajar.. tiada guru.. anggap saja 'guru' yang mengajar kita itu rakan-rakan yang perlu dihormati.. kerana mereka juga masih belajar.. proses pembelajaran sepanjang hidup tidak terbatas dan seseorang manusia itu belajar sepanjang hayatnya sehingga hari dia dijemput pulang oleh Pencipta.. tak boleh anggap rakan sebagai guru? Kata Saidina Ali : "Aku adalah hamba kepada sesiapa yang mengajarku walau satu huruf".. Sesiapa yang mengajar kita walaupun sedikit ilmu tentang kehidupan, maka dia boleh dipanggil guru.. kita juga boleh saja dipanggil guru..

Ilmu manusia walau seluas mana sekalipun, hanyalah bagai setitis air di lautan jika dibandingkan dengan ilmu Allah.. tidakkah kita sedar, semakin banyak kita belajar, semakin banyak yang kita tidak tahu? Contohnya, apabila kita belajar untuk menghias blog.. semakin banyak hiasan yang kita dapat pelajari daripada tutorial, kita mulai sedar yang banyak lagi yang kita tak tahu.. nampak? Lebih banyak kita belajar, lebih banyak sebenarnya ilmu yang menanti kita.. Kita tahu sains itu luas.. usahlah doktor berbangga dengan segulung ijazah.. untuk apa riak dengan status sosial yang tinggi? Akhirnya sama saja di padang Mahsyar untuk pembalasan Allah.. doktor mungkin tidak tahu ilmu sastera, ilmu metafizik, ilmu hisab.. mungkin tidak pernah tahu tentang hiperbola, nuklear, ataupun penguasaan minda bawah sedar..

Pelajaran bukan hanya sekadar dalam bilik darjah.. kita belajar sejak masih bayi.. belajar merangkak kemudian bertatih.. belajar bercakap kemudian mengeja.. belajar menjadi remaja kemudian dewasa.. untuk meneruskan hidup, kita BELAJAR.. kita bermula daripada kosong.. zero.. sifar.. ilmu kita bertambah bukan kerana ia datang sendiri.. tapi kerana kita belajar.. adakah lahirnya seorang chef sudah pandai memegang sudip? TIDAK.. sehebat manapun seorang chef, dia mencapai tahap yang tinggi kerana dia belajar.. belajar daripada pengalaman..

"Pengalaman adalah guru terbaik"

Ya, apabila kita gagal, kita belajar sesuatu yang baru.. kita belajar untuk menerima kegagalan.. kita belajar untuk memperbaiki diri.. apabila kita gagal, bermakna ada orang lebih baik dan kita masih kekurangan 'sesuatu'.. "failing is gaining".. sepanjang hidup ini, pengalaman mengajar dan mendewasakan kita agar menjadi lebih matang.. maka teruskan proses ini selagi kita masih mampu.. kerana proses ini tidak akan berhenti.. BELAJAR, BELAJAR, BELAJAR...











p palang s : Stres ulangkaji untuk peperiksaan akhir..


Thursday, October 27, 2011

Believe Me


Assalamualaikum...

Korang kena percaya kat aku.. kalau korang tak percaya, semuanya takkan menjadi kenyataan.. haha.. aku bukan lar nak tipu korang.. cuma nak kongsi satu fakta yang aku rasa bukan aku jer yang rasa.. aku rasa semua pelajar yang ada kesungguhan dan keazaman akan merasakan perkara yang sama.. matahari sudah terang lagi menggunakan lampu suluh, gambar angka di atas jelas membuktikan entri nie tak ada kaitan dengan cinta ataupun kepercayaan.. hoho.. jadi apakah kaitannya angka dengan entri aku nie? Ya, betul.. MATEMATIK..

Pernah tak korang cuba selesaikan soalan matematik yang agak sukar? Korang pun pegang pensel, memerah otak melakukan kira-kira.. jari-jemari mengetuk kalkulator sambil dahi berkerut menanggung stres yang tak terungkapkan.. lepas tu korang meragui jawapan tu adakah betul ataupun tidak sebab soalan tu dirasakan patut dijawab oleh seorang profesor dalam ilmu hisab.. sambil hati korang menyumpah-nyumpah makhluk Tuhan paling seksi yang telah menemui teori formula kira-kira tersebut..

Lalu dengan tangan menggeletar, korang pun selak skema jawapan sambil mencari-cari nombor soalan yang korang jawab tadi.. jari menutup mata namun sebenarnya ruang antara jari sangat luas.. sebelah mata yang disepetkan memerhatikan jawapan.. dan....... SENYUMAN.. korang dapat jawapan yang tepat.. apa yang korang rasakan masa tu? HEAVEN kan??? itulah yang aku rasakan saat ini sambil ulangkaji matematik.. hehe.. tapi kalau tak dapat jawapan, memang rasa macam nak sepak sesiapa yang lalu depan muka.. hehe..











p cepuk s : Entri merapu kala menghisab..


Wednesday, October 26, 2011

Tuesday, October 25, 2011

Font Cantik Menarik



Assalamualaikum..

Cantik kan font dalam gambar di atas? Untuk pengetahuan korang yang belum tahu, aku juga sebenarnya baru tahu.. korang boleh menyelitkan font-font yang cantik dalam penulisan atau ubah suai gambar korang.. apabila korang install font nie, serta-merta ianya akan ada dalam Microsoft Word dan semua media untuk korang ubah suai gambar atau membuat penulisan.. maka bolehlah korang dengan kereknya ada tulisan yang menarik untuk buat tajuk.. huhu.. caranya mudah saja..

1 ) Taip free font di google.com
2 ) Atau bukak SINI..
3 ) Download font yang cantik di mata korang..
4 ) Extract file di mana-mana korang suka..
5 ) Bukak fail yang di'extract' dan install font..
6 ) Font sedia untuk digunakan..

Selamat mencuba... :)











p tunang s : Teruja.. hoho..


Kerjasama Kunci Kejayaan


Assalamualaikum..

Sedikit cerita untuk dikongsi sebelum aku menaiki bas pulang ke rumah tercinta..

Semalam pasukan kelas aku 12M5 telah berjaya mengatasi pasukan kelas jiran, 12M4 dengan keputusan 10-3.. minggu lepas kitorang menang dengan 12M3 9-4.. dua kemenangan berturut-turut.. aku datang agak lewat semalam.. lebih kurang sepuluh minit kerana aku menghadiri mesyuarat terakhir ORBIC untuk semester nie.. aku memang dah tak keruan dalam perjumpaan tu sebab terlalu ghairah nak beraksi.. dan masa aku sampai, walaupun dah lebih sepulu minit, kedudukan masih terikat 0-0.. selepas dua minit aku menyentuh bola, akhirnya aku terlibat dalam gerakan menghasilkan gol.. dipendekkan cerita, aku menjaringkan gol terakhir sebelum masuk waktu maghrib dan keseluruhannya aku meledak empat kali..

Tapi bukan itu yang ingin aku ceritakan.. walaupun kemasukan aku memberikan impak positif termasuk menggerakkan kesemua gol-gol tersebut, kejayaan itu tidak akan hadir tanpa kerjasama sepasukan yang begitu konsisten ditunjukkan oleh rakan-rakan sekelasku sepanjang perlawanan.. penjaga gol, Azri, beraksi cemerlang menyelamatkan serangan bertubi-tubi yang hadir bagaikan hujan batu.. Sajid dan Ehsan pulak kemas bertahan menangkis asakan bertalu-talu tak mengenal lelah daripada pasukan lawan.. begitu juga kegigihan Adib, Syahid dan Dev membantu barisan pertahanan.. itu memudahkan tugasku selaku penyerang yang sentiasa berada di bahagian atas..

Hantaran yang dilakukan mereka begitu menakjubkan sehingga aku cuma perlu menyudahkan hantaran mereka dengan sedikit teknik yang tersedia dalam imaginasi aku.. ternyata, tiada kunci kejayaan yang lebih menarik selain doa dan mimpi.. KERJASAMA.. KERJASAMA.. KERJASAMA... kesemua mereka menyumbang sesuatu yang sangat berharga.. mentaliti mereka yang membuatkan aku teruja.. TAHNIAH 12M5 :)











p palang s : A class above..


Persamaan Lelaki


Assalamualaikum..

Mari kita baca petikan dari ManUtd.com..

Sir Alex Ferguson has seen off a total of 16 Manchester City bosses since he arrived at Old Trafford 25 years ago. You sense it will be some time before he waves goodbye to No 17. OK, Roberto Mancini has been afforded the sort of riches that most rival managers can only imagine. But as Ferguson graciously pointed out in his programme notes, it takes managerial expertise to organise the overhaul of a club and send it moving in the right direction. Ferguson commented 'Roberto Mancini knows exactly what he is doing'. And yesterday more than ever he proved just how right the masterful Scot's view is. It is one thing having the players. But it is quite another forging a spirit and style of play that produces probably the most stunning result in Premier League history. Highly-paid stars come with egos and Mancini has to deal with plenty of them. He takes no nonsense from anyone. He confronts, he shouts, he demands more and more. It is his way or no way. But it is the way that works. How do you think Ferguson achieved everything he has?


Aku setuju sangat2.. bukan senang nak berurusan dengan bintang-bintang handalan Manchester City sebagai pengurus.. diorang sangat ego.. tapi Roberto Mancini berjaya dan hasilnya mereka menumbangkan Manchester United di Old Trafford 6-1.. hmmm.. aku pasti MU akan membalas kekalahan nie..











p peluk s : Malam nie balik home sweet home.. yeeha..

Monday, October 24, 2011

Konspirasi Terbesar Dunia


Assalamualaikum...

Ssshhh.. ini rahsia negara.. konspirasi terbesar dunia.. bukan melibatkan ejen CIA atau FBI.. juga tidak melibatkan Johhny English.. hanya melibatkan seorang pemain bola sepak.. pasti anda yang belum tahu akan tertanya-tanya apakah kaitannya seorang bintang bola sepak dengan konspirasi yang menggegarkan dunia.. oh, tidak.. sudah pasti saya selaku jawatankuasa peminat Manchester United seluruh Malaya tidak akan membincangkan kekalahan Red Devils semalam.. jadi konspirasi ini tidak melibatkan para pemain Manchester City.. jadi kipas-susah-mati David Silva yang asyik menjerit "Silva kachak" semalam sila mengeluh sebab entri nie tak ada kaitan dengan kejayaan Silva mendominasi peristiwa 6-1 semalam..

Okey, aku puas hati dengan mukadimah panjang tu.. hehe.. meleret-leret.. titik utama persoalan pada hari ini ialah Aaron Ramsey, pemain bola sepak Arsenal.. kepada yang dah tahu pasal nie dan cakap "Oohhh, yang kat facebook tu", sila tepuk tangan kerana anda berjaya merungkai misteri nie.. kepada yang belum tahu, teruskan membaca kerana konspirasi ini berjaya menumbangkan pengganas.. hebat sangatkah Muammar Gaddafi jika beliau terbunuh pada hari bintang bola sepak ini menjadi hero Gunners.. :)

Kebetulan yang sangat lucu :

1) Mei 2011 - Aaron Ramsey menjaringkan gol tunggal menumbangkan Manchester United 1-0
2) Oktober 2011 - Aaron Ramsey menjaringkan gol tunggal menewaskan Marseille 1-0

Apa yang best sangat dengan kehebatan Ramsey menjadi wira Arsenal dengan menjaringkan gol tunggal dalam kedua-dua perlawanan tersebut? Sebenarnya ada dua watak penting sejarah dunia moden terbunuh pada hari dia menjaringkan gol kemenangan..

1) Mei 2011 - Osama bin Laden dibunuh
2) Oktober 2011 - Muammar Gaddafi dibunuh

Itulah dia.. jadi kepada para pengganas, sila sembunyi dalam rumah apabila Arsenal beraksi dan Ramsey berkemungkinan menjaringkan gol.. anda mungkin dalam bahaya.. hehe..

Rujukan : Red











p senyum sinis : Entah apa-apa..

Aku Tetap United


Assalamualaikum..

Ya.. seperti yang telah menggegarkan seluruh dunia semalam, Manchester City membenam rekod gemilang Manchester United di Old Trafford.. bukan sebarang pasukan dapat singgah di Theatre of Dreams dan menang.. tambahan lagi, Manchester United tidak kalah selama 18 bulan di kubu kuat mereka.. tetapi seperti dibuktikan kisah dongeng purbakala, sejarah atas kertas tidak memainkan apa-apa peranan.. "football is the game at the moment".. rekod lalu bukan ukuran.. tuah dan aksi pada hari perlawanan adalah segalanya.. dan 6-1 adalah bukti terkuat untuk mengesahkan pernyataan tersebut..

Well, truly said, NO EXCUSES.. kalah tetap kalah.. puncanya.. selain Jonny Evans dibuang padang..

"The sending off was a killer for us. We kept attacking when we went 4-1 down and we should have just said: 'We've had our day.'

"We just kept attacking. They were attacking three versus two. It was crazy football," he said.

"I thought with the experience we've got - Rio Ferdinand, Patrice Evra - they would (defend more) but we just kept attacking. Sometimes there has to be common sense about it.

"It was a bad day."

Itu yang dijawab oleh Sir Alex Ferguson.. dan sememangnya sangat jelas.. selepas ketinggalan dan bermain dengan sepuluh orang pemain, pasukan Manchester United masih menyerang dengan garang.. dan kegarangan itu membawa padah ditelan serangan balas pasukan Manchester City.. seharusnya mereka bertahan.. cukup lar 2-0.. kalah tetap kalah.. tapi tak lar besar sangat defisit.. macam aku cakap awal2 tadi.. perlawanan dah berakhir.. Manchester United dibelasah 6-1..

AKU TETAP UNITED.. sampai bila-bila pun.. semangat gila.. haha.. walaupun aku akan jadi bahan 'ejekan' sementara, aku tak pernah malu jadi penyokong tegar kipas-susah-mati Red Devils.. it's just a bad day.. United will bounce back.. it's their tradition.. it's in the history books.. it's Manchester United, the most famous club in the world..










p sayang s : Sedih2..


Kenapa Malas?


Assalamualaikum..

Semenjak dua menjak nie aku dah dijangkiti penyakit yang selalu menyerang para blogger iaitu kemalasan untuk update tahap terakhir.. bagi blogger tegar macam aku, dia dan mereka, perkara ini bukanlah sesuatu yang tidak memberikan sebarang kesan.. aku rasa nak sangat jer update pasal kehidupan seharian @ entri peribadi, tapi rasa sangat berdosa.. huhu.. walaupun aku sendiri yang nak baca suatu hari nanti, aku tetap nak ada entri yang bermanfaat.. sekurang-kurangnya aku menyumbang sesuatu kepada dunia.. haha..

Kemungkinan punca blogger tak dapat update :

1 ) Nak cakap tapi tak ada idea langsung ..
2 ) Ada idea tapi tak tahu nak cakap ..
3 ) Boleh online tapi malas ..
4 ) Rajin online tapi tak boleh ..

Jadi aku sangat lar hormat kepada blogger yang update tiap2 hari macam Ben Ashaari.. ada pengajaran pulak tu.. nice.. moralnya, keep blogging ^_^










p tendang s : Entri merapu lagi..

Friday, October 21, 2011

TF 13 : Not Everything


Assalamualaikum...

Menang bukanlah segalanya..
Kalah bukanlah selamanya..
Menang atau kalah tidak bererti apa-apa..

Jika menang kerana helah..
Lebih baik kalah bermaruah..
Tidak perlu rasa bersalah..

Jika kalah menjadi mangsa..
Dianiaya atau tak terdaya..
Sekurang-kurangnya mencuba..

Menang atau kalah bukan pengakhiran..
Sekadar menambah pengalaman..











p cepuk s : Merepek apa lar nie... isk2..





Wednesday, October 19, 2011

Love Symbol

Assalamualaikum..

Speechless.. just read...











p peluk s : Remember.. only two..

WW #12 : Release Tension






Monday, October 17, 2011

Priceless

Assalamualaikum...

Thanks God, it's over! Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya... eerr... ayat skema sangat.. emm.. lega sangat-sangat.. semuanya telah sempurna.. dalam masa tiga hari, aku dapat dua T-shirt.. dua sijil.. dan beberapa benda lagi.. ianya bukan tiga hari yang biasa.. bukan Jumaat-Sabtu-Ahad yang lazim bagi aku.. bangun lewat, mandi, solat, belajar dan tidur semula.. tetapi tiga hari ini adalah hari yang sangat berbeza.. jarang-jarang aku lakukan.. tapi aku lakukan jua demi sesuatu yang tidak ternilaikan.. sesuatu yang tiada harganya.. sesuatu yang wang bukanlah tukaran yang setanding walau berapa nilai wang yang dipertaruhkan..

Hari yang penuh kenangan.. hari yang penuh pengalaman.. hari yang dipenuhi senyuman.. hari-hari yang mengagumkan.. sepanjang tiga hari tersebut, aku menjadi ahli jawatankuasa (AJK) untuk dua pertandingan iaitu Larian Amal INTEC anjuran bersama tiga kumpulan Ko-PLN serta Bahas Kepimpinan Terbuka INTEC (BAKTI) Anjuran Organisasi Bahas INTEC (ORBIC).. semuanya berjalan dengan lancar.. semuanya berjaya dengan gilang-gemilang.. kedua-dua acara diadakan buat julung kalinya.. dan aku rasa pengalaman yang aku kutip sepanjang menguruskan kedua-dua acara tidak dapat aku tukar ganti dengan apa benda sekali pun..

Selaku AJK Larian, aku bersama polis trafik yang ditugaskan untuk mengawal lalu lintas.. rasa macam 'besar' jer bila tahan kereta untuk memberi laluan kepada para peserta.. haha.. poyo jer.. dan selaku AJK BAKTI, aku dapat peluang untuk tengok kehebatan para peserta beradu kepakaran memutar belit.. aku diberi peluang untuk menjadi Yang di-Pertua Dewan dan penjaga masa.. semua benda dapat aku cuba.. sekalung tahniah aku ucapkan kepada jawatankuasa penganjuran Larian Amal INTEC dan juga Bahas Kepimpinan Terbuka INTEC.. walaupun pertama kali diadakan, semuanya dilangsungkan dengan lancar tanpa banyak masalah.. TAHNIAH!


Tahniah juga diucapkan kepada pasukan CFS IIUM yang diwakili para pelajar Asasi Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.. konsisten sepanjang pertandingan.. hujah-hujah yang sangat bernas.. aku jaga persediaan (kuarantin) mereka dua kali dan aku tahu bagaimana mereka bersedia.. mastermind mereka tidak beraksi tetapi idea yang disumbangkannya disampaikan dengan sangat baik oleh rakan-rakannya (bakal peguam).. tahniah kerana menjuarai pertandingan BAKTI..

Insya-Allah tahun depan aku akan menjadi orang kuat dalam penganjuran acara ini.. bermula dari bawah, dengan tabah, terus melangkah.. :)











p jentik s : Penat tapi berbaloi..


Saturday, October 15, 2011

Macam Perdana Menteri


Assalamualaikum..

Just a quick update.. hari nie aku sangat sibuk.. dari pagi sampai ke petang.. wahhh.. macam Perdana Menteri jer kan.. haha.. okey.. tak lar macam PM sangat.. beliau sibuk setiap hari.. aku? Hari nie saja.. hari nie aku terlibat sebagai AJK INTEC Charity Run dan juga AJK Bahas Kepimpinan Terbuka INTEC.. malah pada pukul 7 hingga 9 pagi, kedua-dua acara ini bertindih.. maka aku selesaikan larian amal dulu.. selepas itu, aku akan membantu pertandingan bahas sehingga ke petang..

Kalau nak diikutkan, semua nie agak memenatkan.. ditambah dengan peperiksaan akhir semester yang tinggal tiga minggu saja lagi.. tapi apa yang aku cari adalah pengalaman.. pengalaman adalah guru yang terbaik.. aku ingin mencari sesuatu yang memenatkan dan berharga.. yang penting, dapat makanan dan T-shirt percuma.. hehe.. tak sabar nak tengok Liverpool vs Manchester United malam nie.. glory glory Red Devils!!!












p/s : Off and away...

Friday, October 14, 2011

TF #12 : Wang Ringgit


Assalamualaikum..

Wang berkuasa dewasa ini..
Ada wang berguni-guni..
Apa saja boleh dibeli..
Kerna wang manusia mencuri..

Tetapi..
wang tidak boleh membeli cinta..
wang tidak dapat membayar kebahagiaan..
wang bukan tukaran kasih dan sayang..
rasa yang suci di dalam jiwa..
wang ringgit bukan tandingannya..

Wednesday, October 12, 2011

Reunion 26 Tahun


Assalamualaikum..

Bangga sekejap.. huhu.. gambar ayah aku masuk paper Harian Metro hari nie pada muka surat 25A.. pada sesiapa yang beli Harian Metro bertarikh 12 Oktober 2011, maka korang selak lar balik.. mana tahu tadi baca tak perasan.. hehe.. ini adalah reunion yang bagi aku sangat besar maknanya bagi mereka yang dah hampir tiga dekad tak bertemu.. ada yang pernah menyertai reunion.. dan ada yang tak pernah bertemu selepas menjadi graduan Kolej Pengajian Persediaan dan masing-masing berlepas ke luar negara..

Malang sekali aku tak dapat sertai reunion tu.. salah aku sendiri.. aku nak belajar semasa hari cuti tersebut dan tidak menyangka reunion nie berjaya menghimpunkan 20% pelajar-pelajar batch pertama Australian Matriculation (AUSMAT) 1984-1985 yang ditaja Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).. bila aku tau reunion nie menghimpunkan bilangan seramai itu dari seluruh Malaysia masa umi aku call dua jam sebelum majlis, aku memang menyesal gila tolak jemputan tu.. argghh.. aku sebenarnya tak ada apa-apa nak buat pun hari tu.. aku menyesal sampai hari nie sebab tak dapat sertai majlis pertemuan semula sebesar tu.. dengarnya ada badut, deejay dan macam-macam lagi acara.. memang grand.. turut hadir adalah Ketua Komunikasi Korporat NST yang juga merupakan bekas pelajar AUSMAT..

Bagi aku, walaupun cuma 20% yang turut serta, itu tetap kejayaan besar kerana bukan mudah untuk bertemu semula selepas 26 tahun dengan masing-masing bertaburan di seluruh Malaysia.. maka di sini aku ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ayah aku yang digariskan dengan garisan merah tebal dalam gambar di atas.. pengerusi penganjur.. Ajib sayang ayah dan umi.. ^_^

Ayah dan umi aku adalah antara batch paling awal Kolej Pengajian Persediaan (KPP), tempat persediaan ke luar negara yang namanya telah ditukar kepada International Education College (INTEC), tempat di mana aku sedang melanjutkan pelajaran di peringkat A-Level sekarang.. ayah aku berjaya ke United Kingdom.. umi aku pula melanjutkan pengajian di United States.. insya-Allah aku akan menuruti jejak langkah mereka.. :)











p intai s : Speechless...

WW #11 : A Pic, Thousands Definition


Monday, October 10, 2011

Apa Pandangan Korang?


Assalamualaikum..



Okey, kali kedua aku bagi salam dalam sehari bermakna.... maknanya aku nak 'cover' lar aku tak update semalam.. haha.. gurauan tak bertempat.. emm.. sebenarnya gambar di atas jelas akan menimbulkan perdebatan hangat.. mungkin korang rasa aku menentang hukuman mati kepada pembunuh yang merentap nyawa manusia tanpa keinginan mangsanya.. sebenarnya cerita bermula beberapa minggu lepas.. dalam pertemua ORBIC (Organisasi Bahas INTEC), soalan nie telah diutarakan..wajarkah hukuman mati dilaksanakan kepada pembunuh? Dan aku tertarik untuk meminta pandangan korang kerana tadi dalam kelas ALEL10, topik ini sekali lagi dibangkitkan..

Alasan para penentang adalah kerana hukuman mati tidak mengurangkan kadar jenayah yang berlaku.. mereka mengatakan para pembunuh ini seharusnya diubati dengan cara yang lembut.. "air yang mengalir berterusan akan dapat melekukkan batu".. mungkin juga mereka menggunakan kata-kata dalam gambar di atas, "why do we kill people who kill people to show killing people is wrong?".. mungkin ada benarnya.. membunuh pembunuh yang membunuh orang lain untuk menunjukkan perbuatan membunuh itu salah adalah tidak wajar..

Alasan para penyokong pula adalah "darah mesti dibalas darah".. yang membunuh mesti dibunuh.. menentang cara berlembut pula, hujah yang digunakan pula adalah pembunuh seperti ini hatinya keras seperti batu dan tidak mungkin dapat dilembutkan lagi.. kalau diberi peluang untuk terus hidup, mereka akan terus membunuh.. dan mungkin akan membunuh ANDA..

Bagi aku, cara berlembut memang tidak wajar.. dan hukuman mati bagi aku adalah wajar.. ada lagi pendapat yang mengatakan, kematian mereka dalam masa yang singkat tidak berbaloi dengan kekejaman mereka semasa membunuh.. ada kes mangsa diseksa sebelum dibunuh.. jadi pada pandangan aku, diorang nie wajar diseksa.. biar diorang tahu apa yang dirasakan oleh mangsa diorang.. bagi duduk atas kerusi elektrik, baru diorang kenal erti seksa..

Apa pandangan korang? :)











p palang s : Satu lagi topik yang berat..


Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif