Tuesday, October 4, 2011

200 Blogger Terhangat


Assalamualaikum..

Oh hoi hoi.. ketika ini sedang berdebar menanti masa untuk ujian Biologi sambil mendengar lagu "Percaya Padaku" dendangan Ungu (sila dengar laju-laju sebab best!).. dalam seminggu nie, aku ada update dua entri dengan memaparkan sajak hasil nukilan sendiri.. kalau korang terdetik nak baca, sila scroll down dan cari di sebelah kanan dengan gelojohnya sebelum korang menutup mata.. auwww.. okey, hari nie aku rasa nak hadiahkan seloka pulak.. sempena apa? Oh yer.. blog aku yang baru berusia 4 bulan nie dah pun mencecah entri yang ke-200 (entri ini!!!).. sila tepuk tangan sambil mengucapkan tahniah.. terima kasih bebanyak yer..

Moh baca seloka.. kalau boleh ajak satu kampung...

SELOKA CINTA DAN JODOH

Usah dinanti yang tak sudi
Usah dikejar yang tak pasti
Ada hati sedia memberi
Mengapa lagi masih mencari?
Yang tak sudi biar berlari
Ada insan setia menemani
Tak pernah jemu menyinari
Jangan dibiarkan berlalu pergi
Nanti menyesal di kemudian hari
Pilihlah dia yang mencintai
Usah disiakan cinta yang suci
Tulusnya dia mesti dihargai
Hadirnya mungkin hanya sekali
Perginya mungkin tak kembali
Sia-sia dan amat rugi
Jika cinta bertanya lagi
Sambutlah dengan seikhlas hati

Sudah jodoh ketentuan Ilahi
Tanpa dipaksa hadir ke sisi


Eeerrrr... sebenarnya inilah hasilnya bila kebosanan melanda dan tak ada apa-apa nak dilakukan.. facebook pun tak ada benda yang menarik.. jadi mangsanya adalah karya yang tidak seberapa bermutu.. argghhh.. tension, tension.... stres.... wahai otak, sila lar berfungsi dengan baik sebentar lagi.. sekian dulu.. terima kasih sudi membaca... :)












p cubit s : Taip Ramlah Ram kat google translater.. cuba lar..



Sedang tertekan,

5 comments:

Zana said...

Jiwang gak fizan nie . huhu Tahniah lerr :))Seloka best XD

ai n i s h a f i qa said...

hihi~~ sweet je.. =) stuju, buat pe lah mengharap pada yg xsudi~

M Fizan said...

@Zana huhu.. romantik itu seni .. thanks untuk 'pujian' :D

@ai n i s h a f i qa sweet ke? thanks.... :)

SweetLikeWhat said...

wah pandai berseloka :)

M Fizan said...

@SweetLikeWhat berpuisi tu ada lar bakat sikit.. kui2

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif