Welcome To My Life...

Saturday, October 29, 2011

Learn Throughout Life


Assalamualaikum..

"To live is to learn"

Lupakan tentang kehidupan sebagai satu opera.. kehidupan adalah satu sekolah.. kita sebagai pelajar.. tiada guru.. anggap saja 'guru' yang mengajar kita itu rakan-rakan yang perlu dihormati.. kerana mereka juga masih belajar.. proses pembelajaran sepanjang hidup tidak terbatas dan seseorang manusia itu belajar sepanjang hayatnya sehingga hari dia dijemput pulang oleh Pencipta.. tak boleh anggap rakan sebagai guru? Kata Saidina Ali : "Aku adalah hamba kepada sesiapa yang mengajarku walau satu huruf".. Sesiapa yang mengajar kita walaupun sedikit ilmu tentang kehidupan, maka dia boleh dipanggil guru.. kita juga boleh saja dipanggil guru..

Ilmu manusia walau seluas mana sekalipun, hanyalah bagai setitis air di lautan jika dibandingkan dengan ilmu Allah.. tidakkah kita sedar, semakin banyak kita belajar, semakin banyak yang kita tidak tahu? Contohnya, apabila kita belajar untuk menghias blog.. semakin banyak hiasan yang kita dapat pelajari daripada tutorial, kita mulai sedar yang banyak lagi yang kita tak tahu.. nampak? Lebih banyak kita belajar, lebih banyak sebenarnya ilmu yang menanti kita.. Kita tahu sains itu luas.. usahlah doktor berbangga dengan segulung ijazah.. untuk apa riak dengan status sosial yang tinggi? Akhirnya sama saja di padang Mahsyar untuk pembalasan Allah.. doktor mungkin tidak tahu ilmu sastera, ilmu metafizik, ilmu hisab.. mungkin tidak pernah tahu tentang hiperbola, nuklear, ataupun penguasaan minda bawah sedar..

Pelajaran bukan hanya sekadar dalam bilik darjah.. kita belajar sejak masih bayi.. belajar merangkak kemudian bertatih.. belajar bercakap kemudian mengeja.. belajar menjadi remaja kemudian dewasa.. untuk meneruskan hidup, kita BELAJAR.. kita bermula daripada kosong.. zero.. sifar.. ilmu kita bertambah bukan kerana ia datang sendiri.. tapi kerana kita belajar.. adakah lahirnya seorang chef sudah pandai memegang sudip? TIDAK.. sehebat manapun seorang chef, dia mencapai tahap yang tinggi kerana dia belajar.. belajar daripada pengalaman..

"Pengalaman adalah guru terbaik"

Ya, apabila kita gagal, kita belajar sesuatu yang baru.. kita belajar untuk menerima kegagalan.. kita belajar untuk memperbaiki diri.. apabila kita gagal, bermakna ada orang lebih baik dan kita masih kekurangan 'sesuatu'.. "failing is gaining".. sepanjang hidup ini, pengalaman mengajar dan mendewasakan kita agar menjadi lebih matang.. maka teruskan proses ini selagi kita masih mampu.. kerana proses ini tidak akan berhenti.. BELAJAR, BELAJAR, BELAJAR...











p palang s : Stres ulangkaji untuk peperiksaan akhir..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif