Welcome To My Life...

Saturday, March 30, 2013

Karlos


Ah, aku tak peduli! Ni semua salah adik aku. Siapa suruh dia cerita pasal drama gangster ni. Tak pasal-pasal aku dah jatuh hati. Nak kena tunggu tiap-tiap minggu. Aduh, yang drama ni pun. Buat setiap hari sampai habis cerita dah lar. Yang buat satu hari seminggu tu kenapa??

Ya, KARLOS. Satu lagi cerita melibatkan Botak (Bro Johan) dan Apek (Bro Syazwan). Eh, sebenarnya Botak dan Apek tu ialah nama karakter diorang dalam drama Juvana. Dan filem Juvana jugak. Aku memang minat habis lar cerita samseng remaja ni. 

Apa yang aku tak suka adalah aksi-aksi ganas yang ada dalam cerita ni. Budak-budak akan terikut-ikut dan pasti akan meniru aksi dalam drama. Memang amaran telah diberikan. Sememangnya! Apa yang ada pada amaran?? Kanak-kanak bawah 13 tahun perlu di bawah pengawasan ibu bapa? Siapa peduli??

Sudah tentu ada kanak-kanak yang dibiarkan bebas menonton dan jatuh hati dengan aksi ganas yang dipaparkan. Apabila membesar dan semakin liar, aksi ganas ini akan ditiru dan diaplikasikan. Masa tu nanti, nak salahkan siapa? Bukan salah ibu mengandung..

Aku faham niat drama-drama begini adalah untuk memaparkan realiti di pusat pemulihan akhlak untuk juvana. Ya, bagus niat tu. Hakikatnya, situasi ni memang berlaku. Tak dapat dinafikan. Tapi sikit-sikit sudah la. Sana sini cerita gangster. Filem gangster, drama gangster.

Pada pandangan aku yang naif ni, dengan merudumnya nilai moral dan semakin berleluasanya kebejatan sosial dalam kalangan anak-anak muda, drama ni tak akan menimbulkan kesedaran. Malah menambahkan lagi kes seperti menyimbah minyak ke dalam api. Lagi gangster anak muda, lagi banyak drama dan filem dilambakkan, lagi bertambah kes gangster. 

Asyik fikir duit je, jangan biarkan generasi muda terus hanyut dan hancur. Mereka pemimpin masa depan negara. Tak kan media nak harapkan kerajaan saja? Anak muda memang suka filem macam ni. Aksi ganas dan liar. Fuhh, lagi menjadi-jadi lar gangster juvana yang baru nak matang. 

Apa yang aku suka pulak, setakat 4 episod ni, ada dua karakter yang aku rasa memang sesuai berlakon drama gangster juvana. Bro Johan dan Bro Syazwan, memang tabik spring lah! Bro Johan, muka taiko tapi bab menangis memang syahdu. Pelik sikit sebab ada rambut dalam cerita ni untuk watak Karlos. Tapi berlakon tetap sempoi dan stailo..

Bro Syazwan, aku rasa watak Apek tak ada daya tarikan. Tapi watak Kenji dalam drama 'Karlos' memang terbaik.. Muka slamber walaupun situasi mendesak. Lolipop di bibir menjadi identiti. Sampai nak keluar pusat pemulihan pun, sempat bagi lolipop untuk Karlos. Cun habis watak 'Kenji'!

Apa pun, aku tengok Karlos sekadar hiburan. Bukan tak boleh buat cerita seumpamanya, tapi tak perlulah dilambakkan rasanya. Sikit-sikit tu cukup lah. Kalau banyak genre sama pun, orang boleh naik meluat. Dulu cerita hantu. Sekarang gangster pulak. Cuba ubah arus.

Sana gangster, sini pun gangster.

Karlos, aku tunggu kau!


Ole-Ole Dari Bali


Sejak ayah aku balik dari Bali, memang tak sudah beliau bercerita tentang kehebatan minda orang sana dalam ketamadunan di jalan raya. Walaupun pelancong begitu ramai dan jalan raya begitu sesak dengan kenderaan, kesesakan jalan raya tak berlaku.

Kereta yang nak masuk dari simpang, buat U-turn atau sebagainya akan mendapat laluan. Tidak perlu melihat kiri dan kanan. Masuk saja. Memang pelik bagi kita rakyat Malaysia yang terpaksa menanti setengah jam di simpang jika jalan utama begitu sibuk. Kalau baru dapat lesen, memang tunggu sampai malam!

Ayah aku yang pernah tinggal di Amerika Syarikat berkata bahawa sistem jalan raya di negara seberang lebih bagus dari USA. Wahh gitu! Aku tak tahu nak kata tapi orang Malaysia memang pelik-pelik di jalan raya. Tak macam makhluk yang ada akal. 

Lagi satu cerita menarik dari ayah aku ialah tentang bertuahnya beliau dapat melihat sendiri konvoi Presiden Bambang yang ada mesyuarat di Bali. Ayah aku menceritakan bagaimana ketatnya kawalan. Polis berada di sepanjang jalan dan pemeriksaan ketat dilakukan dengan alat pengesan bom. Sungguh menarik sekali kawalan keselamatan mereka.

Okey, cukup setakat tu. Kalau cerita pengalaman ayah aku di sana, tak cukup lapan ratus juta entri. Aku pun tak banyak masa sangat. Esok nak balik kolej dah. Sobsob. Ni pun nak cerita pasal ole-ole yang ayah aku bawak balik. Dia tak nak beli banyak sebab banyak nak kena bayar kalau muatan lebih dari 7 kg. 


Ni t-shirt untuk aku. Baju untuk adik-beradik aku yang lain malas den nak layan. Semak je diari saya. Huihuihui. Merah lagi. Dah banyak baju merah den. Nak buek camno? Baju ni je yang muat. Alhamdulillah, ni pun dah bersyukur sangat.



Rantai kunci untuk semua ahli keluarga aku. Ayah, ummi, dan kami lima beradik. Cantik. Pandai ayah aku pilih. Walaupun kecik, tapi tak ternilai harganya. Terima kasih ayah. Syukur ya Allah.


Last but not least, it's MINE! Made in Bali

Ah, tak sabar rasa nak pergi sana satu hari nanti. Mungkin untuk berbulan madu dengan si jantung hati. Awak, tunggu saya. Walaupun awak dah pergi Bandung, nanti kita ke Bali sama-sama.



Family Outing


Rancangan asal nak ke Alor Star untuk beli beg sekolah baru buat Acip dan Atip. Bila aku dah siap, tukar rancangan. Plan B. Pun boleh... lagi best! Kuala Perlis. Makan-makan. Lama dah tak pergi. Esok pun dah nak balik.


Posing dulu... lagi dua bulan insyaAllah penampilan berbeza. Tunggu....


Makan aiskrim perisa coklat dulu.. Yummy~~


Nak sikit? Sila cari kedai aiskrim laju-laju. Takut nanti kempunan. Jadi pulak cerita batu belah batu bertangkup.


Hoyeahhh. Air batu campur (ABC) pulak... tadi dah makan aiskrim. Ni ada aiskrim lagi. Aku pesan dua minuman. Sedut dua-dua. ABC pun ya, milo ais pun ya. Nyaman~ :)


Ikan bakar.... ahh, membuka selera...






Bersama ayahanda tercinta. Lauk dah terhidang. Apa lagi? Serang!!!



Makanan aku pun dah terhidang. Masa untuk makan....

Alhamdulillah, masa bersama famili begitu indah.


Kepulangan Ayahanda


Cadangnya nak sambung tidur pagi tadi oleh kerana malam semalam tidur lewat. Hasrat itu dibatalkan memandangkan ayahanda akan kembali pulang dari percutiannya di Bali bersama adik-adiknya a.k.a mak cik dan pak cik aku.

Jam 7 pagi kitorang bertolak ke lapangan terbang di Kepala Batas. Yang tak ikut cuma adik aku yang baru habis SPM. Kakak aku dan dua orang adik kecik aku turut ikut bersama ummi aku. Kakak aku suruh aku yang memandu kerna dia tak biasa memandu Altis. Tapi dia jugak yang bawak walaupun kurang ketinggian. Huihuihui. ^_^


Abang yang kacak, macho lagi bergaya bersama adik-adik yang comot, Atip dan Acip. Masa ni baru sampai. Saja riang ria nak tangkap gambar kenangan di bangku rehat. Salahkan bangku tu yang berada di depan kereta kitorang dan memanggil-manggil supaya kitorang duduk melepaskan lelah.


Yeahh, Altis aku. Cehh, sempat lagi nak perasan. Altis milik ummi dan ayah aku. Aku pak supir je. Tolong hantar ke sini sana. Sementara hayat masih ada, eloklah berbuat jasa, ye tak? Eh, tadi dah kantoikan kakak aku yang memandu ke lapangan terbang. Ah, spoiler.

Masuk tengok jadual ketibaan. Pesawat Air Asia yang dinaiki ayah aku dari KLIA dijangka tiba jam 8 pagi. Masa kitorang tengok tu baru 7.50 pagi. Okey, 10 minit lagi. Sikit je lagi. Sabor jer lar. Jalan-jalan dulu tengok aiskrim. Duduk atas kerusi urut. Tak ramai orang.

Tunggu punya tunggu punya tunggu. Tunggu lagi dan lagi. Hujan tak turun-turun. Eh, pesawat Air Asia tak sampai-sampai. Pesawat FireFly yang dijangka tiba 8.15 pulak sampai dulu. Geram ni. Jam dah bergerak ke angka 8.20. Ini boleh menimbulkan kemarahan...


Ni memang dah habis kerja yang boleh buat. Tunggu nak tengok pesawat Air Asia mendarat. Atip tak sudah-sudah lompat longkang berkali-kali. Aku sampai tak larat tengok. Ajak dia tangkap gambar. Memang aksi kegemaran lah tu. Peace yaww~

Lega rasa bila tengok pesawat Air Asia mendarat. Masuk tunggu di balai ketibaan. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Tunggu lagi. Terus menanti. Tak nampak bayang pun. Rupa-rupanya jauh ayah aku kena jalan.


Alhamdulillah, selamat pulang ayahanda. Bukan ole-ole yang didamba. Cukup melihat ayah di depan mata. Dalam perjalanan pulang, kitorang nak singgah makan di kedai kegemaran tapi tutup pulak... singgah makan di kedai pilihan kedua. Kempunan aku.

Entri seterusnya, sepetang di Kuala Perlis. ^_^


Friday, March 29, 2013

Bali Oh Bali


Hari ni insyaAllah ayah aku balik dari...... ya, tajuk tu telah membuatkan tempat rahsia itu kantoi. Bali, Indonesia. Ayah aku ke sana pada hari Selasa lepas. InsyaAllah ayah aku sampai malam ni di KLIA tetapi hanya akan mengambil penerbangan ke Alor Star pagi esok.

Moga keselamatan dan kesihatan ayah aku sentiasa dilindungi Allah. Risau jugak. Ayah aku kata dia cuma makan megi. Susah nak cari makanan halal di sana sebab banyak orang beragama Hindu. Makanan di hotel Banyu Mas tu pulak tak sesuai untuk tekak ayah aku.

Kakak aku cakap ayah aku cuma nak belikan t-shirt dan key-chain sebab tak nak terlebih muatan untuk bawak naik kapal terbang. Takpe lah. Yang penting bukan ole-ole dari sana. Keselamatan ayah aku lebih utama. Aku cuma nak tengok ayah aku selamat depan mata.

Esok aku akan beli tiket juga. Tiket bas saja. Masa untuk pulang ke Shah Alam pada hari Ahad ini selepas cuti rehat dua minggu. Peperiksaan penting menanti dalam tempoh sebulan. Pecutan terakhir perlu dilakukan. Rehat perlu dikorbankan. 

Bali oh Bali, teringin jugak aku nak pergi ke sana. Satu hari nanti aku pasti sampai ke sana. Jika bukan dengan famili, insyaAllah dengan si jantung hati.


Wednesday, March 27, 2013

Tuesday, March 26, 2013

Save Your Heart


Kita selalu sangat rasa kecewa. Korang tak? Ah, takpe. Aku saja. 

Apabila harapan tinggi, risiko untuk sakit juga tinggi.



Nikmat Allah


Jari-jemari aku ni gatal sangat. Nak sangat update status. Nak berkata sesuatu. Tapi tak ada ilham. Akhirnya, taip entri saja boleh. Kira puas lar nafsu ni kejap. Haaa, ni nak menyampaikan sedikit pesan.


Kita selalu nampak ujian Allah saja. Kita nampak masalah. Tak pernah kita nampak nikmat. Sebagai contoh, kemudahan membuang air kecil. Itu adalah nikmat Allah. Begitulah pesan seorang ustaz dalam satu kuliah Maghrib yang aku pernah hadiri.

Pernahkah kita berterima kasih kepada Allah untuk kemudahan bernafas? Ada orang selalu sesak nafas. Itu Allah baru tarik sikit nikmat. Ada pula orang sukar membuang air kecil. Kita yang mudah ni tak hargai pun nikmat tu. Nampak remeh, tetapi sekecil-kecil perkara pun terlalu banyak nikmat Allah, jika kita orang yang melihat.

Mafhum firman Allah dalam surah al-Rahman ayat 13 dan 16: "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"

Itulah ayat cinta Allah. Sesekali kita diuji, kita menangis, kita kecewa. Tapi terlalu banyak nikmat Allah, kita cuma peduli ujian-Nya. Syukurkah kita?? 

Allah beri ujian supaya kita bergantung hanya kepada Dia. Ingat itu selalu. Pesanan buat diri sendiri jua.



Berharap


Allah tak berkomunikasi secara terus dengan kita. Tapi Allah menghantar pesanannya melalui kebetulan-kebetulan yang kita tak jangka. Indahnya cara yang Maha Pengasih. Pernah kan kita terlihat sepotong ayat yang berkaitan dengan masalah kita.

Aku selalu terjumpa ayat-ayat motivasi di FB kala aku mula rasa lemah. Mungkin itu cara Allah menegur aku untuk terus bergantung teguh kepada Dia. Ketika aku mencari sisa-sisa kekuatan untuk terus bertahan, aku terjumpa ni.


Aku sudah mula rasa ingin berhenti berharap. Dan aku membatalkan hasrat. Biar berapa kuat tekanan yang ada, Allah sentiasa bersama kita.

Aku akan berhenti mengejar, tapi aku takkan berhenti bersabar. Aku akan terus berharap. Aku yakin, apabila tiba masanya, Allah akan makbulkan doa aku. InsyaAllah.


Jangan Genggam


Kalau kita sayang seseorang tu, jangan halang kalau dia meronta untuk lepaskan diri. Kalau kita sayang seseorang tu, lepaskan dia pergi. Andai dah tersurat dia milik kita, sehebat manapun pengganti yang dia jumpa, suatu masa nanti dia pasti kembali kepada kita. Teruskan berdoa.


Kenapa bersungguh menggenggam orang yang tak berusaha langsung untuk bertahan dalam hidup kita?

Gelas, kalau kita genggam dengan kuat, akan pecah dalam genggaman. Begitu juga dengan apa saja yang terlebih. Everything in excess is poison

Awak, maaf sebab halang awak. Saya takkan halang awak lagi. Kalau awak dah penat mencari, saya ada di sini.



Monday, March 25, 2013

Takkan Sedar


"Kita tidak sedar apa yang dia telah lakukan untuk kita,
sehingga dia berhenti melakukannya."
- Cerita Kita -

Berkali-kali aku tekankan soal penghargaan dalam blog aku ni. Kerna aku belum lagi merasai penghargaan. Err, insyaAllah dah pernah rasa. Cuma belum rasa benar-benar dihargai. Berat perkataan ni. Penghargaan tu terlalu subjektif.

Berbeza definisi bagi setiap orang. Mungkin ada yang kata SMS setiap malam tu menghargai. Ada yang kata tidak. Begitu juga dengan perkara lain. Menghadiahkan sekuntum mawar kepada isteri setiap hari. Selalu mengucapkan kata cinta kepada suami.

Aku akan sentiasa cakap, 'hargailah'. Sebabnya, penghargaan itu terlalu susah. Seringkali cinta gagal kerana tiada penghargaan. Apa yang selalu berlaku adalah penghargaan itu lambat terlahir. Hanya hadir setelah mengalir takdir yang takkan termungkir.

Apabila takdir membuatkan seseorang berlalu, baru kita sedar nilai orang itu dalam hidup kita dulu. Apa yang dia selalu buat. Masa yang dia selalu luangkan. Nasihat yang dia selalu berikan. Semangat yang dia selalu tiupkan.

Dia mungkin tak boleh buat kita rasa bahagia. Tapi tu tak bermakna dia tak bagi segalanya yang dia ada. Dia telah mencuba. Kita yang tak cuba nak hargai dia. 

Ayat dari filem 'Cerita Kita' tu mewakili apa yang aku ingin luahkan. Hargailah sebelum kehilangan. Sesal dulu pendapatan.

Hargailah. Hargailah. Hargailah.


Girl Gives Up


I know
it's all my fault;
you've done nothing wrong.

I admit that i do
I miss you
I miss the way you cared about me
I miss the way you loved me
I've lost you.

You,
please complete me 
one more time.

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif