Welcome To My Life...

Tuesday, March 5, 2013

Pengajaran Dari Sekeping Kertas


Aku bertenang. Membuka kertas S1 Statistik dengan kalimah 'bismillah'. Soalan pertama di depan mata. Bola mata turun naik. Okey, cantik. Dengan nama Allah aku mula menjawab. Senang ni. Itu pandangan aku melihat soalan nombor satu.

Selak muka surat berikutnya. 'Apa benda ni?' detik hatiku. Tinggal dulu. Buka halaman berikutnya. Lain macam je payah. Jawab tetap jawab. 

Dan selepas itu, kisahnya sama. Berulang kali aku menyelak soalan satu hingga soalan tujuh. Satu demi satu soalan menyeksa batinku untuk diselesaikan. Masalah-masalah yang disoal begitu sukar. Aku tak sangka susah sampai macam ni.

Itulah.... orang nak ujian Statistik, kau baca subjek Kimia. Padan muka kau, Nazif. Sekarang kau rasakan!

Okey, memang salah aku. Tapi aku dah buat banyak latihan sebelum ni. Ketika peluh terus mengalir, aku teringat amaran pensyarah subjek Statistik. 'Prepare for the worst'. Ayat itu seperti menampar pipiku. Pang!

Bagi aku, itu terlalu payah. Aku tah pernah tengok gaya soalan macam tu. Tak pernah lagi sepanjang aku belajar A-Level. Memang aku terkejut. Aku cuba jugak untuk jawab walaupun sekadar memberi jawapan yang tak pasti betul atau tidak. Memang itu naluri aku.

Tapi ada jugak soalan yang aku memang tak ada ilham. Tak ada idea. Tak ada klu.

Bersedialah untuk sesuatu yang melampaui batas. Itu yang aku belajar dari sekeping kertas. Ciptaan yang tidak bernafas.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif