Welcome To My Life...

Thursday, March 21, 2013

Akibat Degil


Apabila kita bertindak, kita perlu bertanggungjawab dengan kesan dan akibat perbuatan kita. Semalam aku nak pergi main futsal. Kisahnya, aku tinggal kasut futsal di kolej (di Shah Alam) kerna dalam perkiraan aku, kawan-kawan remaja aku ketika ini masih dalam pengajian ijazah dan hanya aku sorang cuti.

Tak sangka yang sahabat aku yang setahun lebih matang dan kini mengambil jurusan perubatan di UIA juga turut bercuti. Aku tak ada kasut futsal tapi aku tetap nak main. Futsal is my soul. Ayah aku tak bagi main. Aku degil, aku nak main jugak. Maaf ayah, tak ada niat nak berdegil. Cuma naluri dan keinginan hati ini kuat untuk bermain.

I'm a fighter, i'm a warrior. I would not just sit and watch the game be played. I would play even if i'll be hurt badly. And, yes i was. 

Kaki aku menerima akibat kerana kedegilan tuannya. Maaf wahai kaki.
 

Ini kaki kiri. Kesan bermain di atas permukaan yang panas. Jam 6 petang. Tapi memang membara rasa di kaki. Masa main memang tak rasa apa. Selalu macam tu. Aliran adrenalin membuatkan aku lupakan kesakitan dan terus berjuang. Aku tak hirau sakit yang mencucuk walaupun berkali-kali aku tengok tapak kaki. Cuma takut luka.


Dan ini pula kesan yang diterima kaki kanan. Ya, kedua-dua belah kaki menerima padah. Aku tak mengadu pada umi dan ayah aku. Mereka tahu. Cuma aku tak nak tunjuk aku betul-betul sakit. Mereka dah bagi amaran, aku yang berkeras. 

Dulu, ada seseorang tempat aku mengadu. Kalau kaki aku sakit, dia mesti tahu. Tapi sekarang tak lagi. Hanya kepada Allah aku mengadu. 

Aku yang mahu bertindak, maka kesannya aku mesti tanggung walaupun perit. Ini pilihan aku. Aku perlu bertanggungjawab. Aku yang ambil risiko untuk bermain tanpa kasut. Please, don't try this at home. Memang sakit. Nak jejak pun pedih. Aku berjalan dengan tekanan pada tumit. Sampai lebam (malas nak tunjuk gambar) tumit aku. 

Sekali lagi nikmat kemudahan berjalan ditarik seketika. Nak menapak selangkah pun perit dan seksa. Aku nak mengeluh, tapi aku jadi insaf. Ada manusia yang tidak diberi nikmat kaki. Sekurang-kurangnya, aku ada kaki. Aku yang cari masalah. 

Firman Allah dalam surah ar-Rahman ayat 13 dan 16, mafhumnya : "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Jangan contohi sikap ini. Yang buruk jadikan sempadan. 


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif