Welcome To My Life...

Tuesday, March 19, 2013

Tidak Dapat Dilihat


Aku pasti korang dah pernah dengar ayat ni banyak kali. Mungkin dah terbiasa. Tiba-tiba aku rasa nak huraikan. Mungkin dalam situasi aku sekarang. Ah, itu korang tak perlu tahu. Ayat apa? Ce cite, ce cite..

"Why do we close our eyes when we pray.. when we cry.. or when we kiss? Because we know the most beautiful things in life are not seen, but felt by the heart~"

Fakta ini memang benar. Ya, korang boleh nafikan. Kalian boleh kata ini semua dusta. Ini semua tidak benar. Ucapkanlah. 

Kerna pada akhirnya, kalian harus mengaku. Korang akan menutup mata apabila korang merasakan sesuatu yang sangat dalam. Kenapa? Jawapannya, tiada satu apa pun di depan mata kita ini dapat mendefinisikan perasaan bahagia atau sedih itu. Tiada satu apa pun!

Kita memejamkan mata kerana kita merasakannya di dalam hati. Satu perasaan yang sangat dalam. Takutkan azab Allah. Kasihkan insan kerana Allah. Apa-apa saja ikhlas lillahi taala. Sehingga menitis air mata. Apa sebabnya berlaku itu? Perasaan itu wujud di dasar hati. Satu perasaan yang tiada terungkap dengan kata-kata. 

Benar, banyak yang indah di depan mata kita. Ciptaan Allah sungguh sempurna. Tetapi rasa yang paling indah ada di lubuk jiwa. Yang paling dalam dan tiada terjangkau pemikiran kita. Cinta kita kepada Allah dan Rasulullah juga, dasarnya jauh di dalam hati.

Perkara yang paling indah kita rasakan di dalam hati. Bahagia, suka, gembira, semuanya kita RASA. Dan rasa itu di dalam sanubari kita. Mata hanya alat. Menjadi wakil menitiskan air mata apabila rasa yang indah itu tak tertanggungkan lagi di hati.

Hargailah selagi rasa itu masih membekas di jiwa. Kerna ada insan yang telah hilang nikmat itu dan menjadi tiada berperikemanusiaan. Tiada lagi perkara paling indah di dalam hatinya.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif