Tuesday, March 26, 2013

Nikmat Allah


Jari-jemari aku ni gatal sangat. Nak sangat update status. Nak berkata sesuatu. Tapi tak ada ilham. Akhirnya, taip entri saja boleh. Kira puas lar nafsu ni kejap. Haaa, ni nak menyampaikan sedikit pesan.


Kita selalu nampak ujian Allah saja. Kita nampak masalah. Tak pernah kita nampak nikmat. Sebagai contoh, kemudahan membuang air kecil. Itu adalah nikmat Allah. Begitulah pesan seorang ustaz dalam satu kuliah Maghrib yang aku pernah hadiri.

Pernahkah kita berterima kasih kepada Allah untuk kemudahan bernafas? Ada orang selalu sesak nafas. Itu Allah baru tarik sikit nikmat. Ada pula orang sukar membuang air kecil. Kita yang mudah ni tak hargai pun nikmat tu. Nampak remeh, tetapi sekecil-kecil perkara pun terlalu banyak nikmat Allah, jika kita orang yang melihat.

Mafhum firman Allah dalam surah al-Rahman ayat 13 dan 16: "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"

Itulah ayat cinta Allah. Sesekali kita diuji, kita menangis, kita kecewa. Tapi terlalu banyak nikmat Allah, kita cuma peduli ujian-Nya. Syukurkah kita?? 

Allah beri ujian supaya kita bergantung hanya kepada Dia. Ingat itu selalu. Pesanan buat diri sendiri jua.



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif