Sunday, March 10, 2013

Tahniah


Tahniah, awak.. Hari ni saya gembira dapat tahu awak dah lulus ujian memandu. Saya bangga dengan awak. Saya yakin awak mesti boleh. Ya, saya menangis. Bukan sebab terluka. Tapi sebab terharu dengan kejayaan awak.

Cuma saya rasa terkilan. Kalau dulu, mesti saya akan tahu awak ambik ujian. Awak mesti beritahu saya. Semua salah saya. Saya terkilan tak dapat ucap semoga berjaya pada awak. Satu ucapan yang selalu saya ucapkan. Sampai awak tak hargai lagi. Mungkin.

Semangat saya nak jawab peperiksaan Biologi esok. Saya tak tahu nak beritahu saya gembira dekat siapa. Jadi saya tulis dekat sini. Sebab diari ni saja tahu perasaan saya selain Allah.

Awak, dah dapat lesen tu, hati-hati bawak kereta. Jaga diri. Akhirnya tercapai jugak impian awak nak ada lesen, memandu sendiri. Allah dah tunaikan hajat awak.

Sedih rasanya dapat tahu lepas seminggu. Takpe lah, saya tak pernah salahkan awak. Saya tahu saya salah. Saya menyesal dengan kesalahan saya.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif