Saturday, March 16, 2013

Seni


Aku bab lukis-lukis ni tak lar mahir. Dulu subjek Pendidikan Seni pun jarang dapat gred A. Lukis dua dimensi reti lar. Aku lukis 3D pun nampak 2D. 'Hebat' sangat...

Tapi nak conteng-conteng guna Photoscape tu boleh lar... Kalau tak jadi, buat balik. Tak nampak comot macam atas kertas lukisan. 

Aku sebenarnya nak kemas kini blog dengan macam-macam tajuk. Banyak sangat idea bertimbun dalam kepala sepanjang minggu peperiksaan percubaan. Dipendam saja dalam hati. Tunggu masa nak diluahkan di diari hati yang dah bersawang ni.

Aku mulakan dengan cover photo baru aku di FB. Aku sedar, aku manusia biasa. Sering saja melakukan kesilapan. Aku selalu tak belajar dari kesalahan, mengulang benda yang sama sampai 'dia' tawar hati. Sesal dahulu pendapatan....

Hasilnya?


Ah, tak secantik karya korang. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Huh, bajet sangat. Okey lar, puas hati aku walaupun makan banyak masa. Ni pun dah tahap MALAS. Kalau rajin, lagi terbaik. Heheh. Belum tentu lagi. Cuma 'kalau' saja...

Tak sabar nak taip entri seterusnya. Mungkin malam ni, mungkin esok. Segalanya MUNGKIN.

Yang penting, skuad hoki Malaysia akan menentang India jam 8 malam ini. Dan Syaitan Merah kesayangan aku akan berentap dengan Reading dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris. Oh, aku rindu nak tengok TV lepas berhempas-pulas dengan soalan peperiksaan.

Wassalam.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif