Welcome To My Life...

Monday, March 18, 2013

Tiada Makna


Dulu lima ribu. Kini cuma tinggal empat ratus. Sobsob. Errr, ni bukan soal duit. Kalau aku boros macam tu, dah lama aku tampar muka sendiri lima puluh das. Lantas, ini soal apakah? Ah, ilmu hisab. Sering kali menimbulkan misteri. Suruh cari 'x' lah, 'y' lah. Selalu saja kehilangan sesuatu ya, Matematik?


Inilah dia. Dulu aku ada lima ribu kawan FB. Aku tak ingat berapa lama dulu. Tapi memang FB aku tu kan? Sempat la ingat kisah lama. Subscribers ada 177. Tak lar seramai makhluk-makhluk yang femes kemain tu. Sampai lima ribu pengikut. Kita ni low profile je...

Dulu aku rasa megah. Bila kawan-kawan ada cuma beratus orang kawan, aku ada ribu-ribu. Tu dalam bulatan 5000++. Mencapai maksima, mencapai langit. Itulah yang sangat membanggakan. Puii, masa silam yang memalukan. Padahal kawan-kawan tu ramai yang aku sendiri menambah. Selepas aku menambah, maka ramai pulak menambah aku sebagai rakan. Begitulah kisahnya.

Jujur aku katakan, aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan masa tu. Hanya memikirkan keseronokan ada ramai kawan, yang aku tak kenal langsung pun di alam realiti. Sekadar di dunia maya yang penuh fantasi. Masa tu aku rasa hebat. Kawan-kawan aku bukan satu negeri. Aku ada kawan dari seluruh Malaysia. Heh, jumpa tak pernah pun. Sabor jer lar..

Kemudian, aku tersedar. Untuk apa semua ini? Kenapa aku perlu ada ramai kawan macam tu? Memang FB ni laman sosial. Tapi untuk menyambung semula silaturahim yang terputus dek jarak masa dan kilometer. Bukan laman cari jodoh mahupun tempat mencari cinta sejati. FB bukan tempatnya. Mungkin ada yang bertemu pasangan hidup. Mungkin jodohnya sudah tertulis dengan cara itu. 

Aku mula buang orang-orang yang aku tak kenal dalam dunia realiti. Hasilnya?


Haaa, ni printscreen semalam. Tinggal 480 saja kawan FB aku. Pengikut 374. Haha. Nak jugak tu. Eh, tak lar popular macam korang yang ada riban-riban pengikut kan... Tapi aku puas hati. Oh, cover photo tu sebenarnya untuk 'seseorang'. Aku tau aku banyak buat silap. Aku tak sempurna, aku manusia biasa. Harap 'dia' terbaca.

Kalau ada yang terserempak entri aku ni, dan masih berseronok dengan kawan yang ramai. Tapi kawan tu pulak langsung tak dikenali di dunia realiti. Aku nak tanya, untuk apa? Dan.. sampai bila? Keseronokan ni cuma sementara. Dunia ni tempat persinggahan saja. Melepaskan lelah di dada. Sebelum menyambung perjalanan ke negeri asal kita. 

Kepada yang jadikan FB ni medium dakwah, aku tak ada masalah. Aku sokong. Korang memang terbaik. Aku pun cuba perlahan-lahan. Dengan kawan yang sikit ni, status aku masih dibaca oleh ramai lagi yang bukan kawan FB aku. Tak ada masalah untuk berdakwah di situ. Terpulang kepada kita. Matlamat tak menghalalkan cara. Wallahualam.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif