Welcome To My Life...

Tuesday, December 31, 2013

Dua Kosong Satu Empat

Assalamualaikum.

Ambang 2014. Terasa baru semalam melangkah ke tahun 2013. Begitu pantas masa berlalu. Time flies like an arrow.


Aku ada kawan. Nama dia Azamuddin. Azam dia untuk tahun baru adalah 'nak ada azam lagi tahun depan'. Ringkas. Mudah. Azam boi punya Azamuddin.

Aku ada banyak azam. Banyak benda yang aku nak capai. Kalau banyak sasaran pun buat stres je. Aku buat top 5 yang aku betul-betul nak pastikan berjaya.

1. Diet sampai kurus
2. Belajar rajin-rajin
3. Capai tahap masterchef
4. Berjimat-cermat
5. Jadi lelaki yang lebih baik

Setakat ni proses diet aku selalu gagal. Dah banyak kali aku berjaya. Jadi aku yakin dengan diri sendiri. Aku boleh kurus lagi. ^_^ Belajar pulak. Sasarannya nak sampai library. Tak pernah lagi lepak sana sejak masuk IMU ni. *geleng kepala*

Tahun depan jugak aku nak belajar masak banyak resepi sampai boleh masuk Masterchef All Stars. Satu yang aku tak suka tentang diri aku adalah boros. Aku harap sangat dapat berjimat tahun depan. Tak membazir untuk benda yang tak sepatutnya.

Azam kelima. InsyaAllah. *senyum*



Bukit Jalil
2125 *ambang tahun baru*
31122013



Sista

Assalamualaikum.

Hari ni macam hari-hari yang lain. Tengok Twitter. Usha Facebook. Bosan. Tak ada yang menarik. Sampai lar ternampak satu post. Untuk aku. Dari seorang insan yang aku kasihi kerana Allah.


Allahu. Terima kasih ya Allah kerna anugerah ini.

Kami jarang bertegur sapa. Apa lagi berbual sentiasa. Tapi dia menghargai diri ini. Aku tak ada adik kandung perempuan. Maka Nada dan Zetty kuanggap adik. Mereka tak pernah meminta aku untuk jadi sesiapa. Menerima tanpa syarat.

Nada, this makes my day.

Sungguh diri ini lemah. Dalam kehebatan yang terlihat kepadamu, sebenarnya banyak aib yang Allah tutup. Jika aib itu berbau, sudah tentulah busuknya dapat dihidu. 

Terima kasih atas ucapan itu. Take care too. May Allah bless you. Sentiasa bangga dengan kamu. Moga sukses selalu. ^_^



Bukit Jalil
2106
31/12/2013



Monday, December 30, 2013

2013 Football Review

Assalamualaikum.

Selepas membaca artikel ini, aku telah memilih lima momen paling penting dalam sukan bola sepak untuk tahun 2013. Ada tiga belas momen yang menjelaskan tahun 2013 termasuk kejayaan Guangzhou Evergrande menakluk benua Asia dan kejayaan Nigeria memenangi Piala Negara-Negara Afrika.

Namun aku hanya mahu menyenaraikan lima peristiwa yang aku kira menggegarkan arena bola sepak sepanjang tahun ini. Cuba teka momen yang aku pilih.

Jeng jeng jeng. Jeng jeng. Jeng!

5. CR7 benam Sweden


Play-off kelayakan Piala Dunia 2014 zon Eropah. Portugal menentang Sweden secara timbal balas. Cristiano Ronaldo membuktikan statusnya sebagai antara pemain terbaik generasi ini dengan menjaringkan kesemua empat gol negaranya. Zlatan Ibrahimovic gagal ke Piala Dunia. CR7 4-2 Ibrahimovic.

4. Gareth Bale paling bernilai


Pemain yang diburu kelab-kelab ternama dunia akhirnya memilih Real Madrid untuk memakai jersi nombor 11. Mungkin Bale bukan pemain yang paling bernilai di dunia. Tetapi Bale memegang status 'pemain termahal' ketika ini selepas Real memecahkan rekod perpindahan yang dibayar untuk membawa Cristiano Ronaldo sebelum ini. Dua pemain termahal dalam satu kelab yang sama.

3. Bayern Munich menakluk Eropah


Selepas sekian lama mencuba termasuk kekalahan kepada Chelsea dalam final musim lepas, Bayern Munich akhirnya menakluk benua Eropah. Mereka melakukannya dengan mengatasi gergasi yang sering mendominasi sebelum ini, Barcelona dengan agregat 7-0 dalam laluan ke final. Bayern melengkapkan musim lalu dengan memenangi treble. Ketika entri ini ditulis, Bayern Munich sudah menakluk dunia.

2. Brazil juara antara benua


Brazil memberi amaran kepada semua pasukan pilihan dalam Piala Dunia tahun depan. Tuan rumah jangan dipandang rendah. Brazil menjuarai Piala Konfederasi dengan mengalahkan Sepanyol 3-0 dalam perlawanan akhir. Pemain yang telah berpindah ke Barcelona, Neymar, mewarnai kejohanan dengan beberapa gol menarik dan menjadi tunjang kejayaan Brazil.

1. Tiada lagi Alex Ferguson


Selepas 27 tahun memimpin Manchester United sebagai pengurus, Alex Ferguson mengumumkan persaraan sebaik saja berjaya memenangi liga buat kali ke-13. Alex Ferguson melengkapkan kariernya selepas perlawanan ke-1500 bersama United. Terlalu ramai legenda yang dilahirkan Ferguson. Telah ramai pemainnya yang menjadi pengurus dan kalah apabila pasukan yang dipimpin bertemu United. 

Senarai pengurus yang ditewaskan Ferguson sudah boleh dibukukan menjadi ensiklopedia. Tanpa ragu lagi, Ferguson ialah salah seorang pengurus terbaik sepanjang zaman.



Sunday, December 29, 2013

What is Love?

Assalamualaikum.

What is LOVE?




Tuesday, December 24, 2013

Kids Again

Assalamualaikum.

Pernah tengok cerita '17 Again'? Tak ada kaitan pun dengan entri ni.

Sometimes, i think of being kids again. 
Yeah, little kids.

Cute, naughty, and adventurous. 


Bila diduga ujian Ilahi umpama batu berat menghempap dada, aku mengeluh. Lemahnya diri ini. Tidak, bukan menyesali takdir. Hanya sesekali terfikir. Alangkah indahnya jika dapat menjadi kanak-kanak semula.

Kenapa? Budak-budak tak perlu dibebankan dengan tanggungjawab. "You're an adult. You should be able to do this." Apabila usia bertambah, orang menjangka tahap kematangan juga meningkat. Mereka lupa bahawa 'adults are growing up kids'.

Tak pernah lagi orang dewasa marah budak kecik, 
"You're kids. You must do this."  

How should i put this into words? Kanak-kanak juga hanya tahu gembira. Tak peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Indah kan kalau tak perlu risau? Tak perlu bimbang dengan akibat perbuatan yang salah. 

Budak kecik juga boleh bergaul lelaki dan perempuan tanpa perlu memikirkan apa-apa. Ah, itulah kekurangan meniti kedewasaan. Ada batas-batas pergaulan. Perlu memikirkan soal cinta. Soal kerjaya. Soal pasangan. Soal masa depan. Berat!

All those things. How i wish to be kids again...


Aman

Assalamualaikum.

Cuti yang aman. Tanpa sebarang tekanan. Tiada stres kerana pelajaran. Ceh!

Sebenarnya aku perlu tertekan. Sebab aku perlu hafal nama-nama bakteria, virus, dan parasit. Tapi aku memilih untuk bergumbira menikmati cuti ini. Biarlah luka di hati terubat dulu. Nota kuliah boleh tunggu.


Alhamdulillah, hari keempat di Kota Tinggi. Kampung sebelah ayah. Sangat tenang di sini. Suasana kampung yang damai. Kehijauan yang mengasyikkan. Ah, hanyut melayan perasaan.

Aku dapat komen positif tentang penulisan terbaru, 'Kisah Faniz'. Akak katak kata penulisan yang ada jiwa. Iyakah? Hewhew. Harapnya begitulah. Moga ketulusan hati ini terasa dalam setiap patah perkataan. 

Ada juga yang cakap tersentuh bila baca. Sabar ye, cik Shu (bukan nama sebenar). Ni belum sampai bahagian yang menyentuh hati. ^_^ Be prepared. You will hate the character so so much.

InsyaAllah akan cuba istiqamah menyambung cerita ni. Ini bukan kisah untuk menarik perhatian. Ini kisah jejaka yang penuh kesilapan. Tak ingin sesiapa melakukan kesalahan yang sama. 

Esok aku balik Kedah. Menyambung cuti di sana. Ahad atau Isnin baru balik Bukit Jalil. Kena buat medical check-up. Malasnya.... 

Kota Tinggi
0803
24/12/2013 



Sunday, December 22, 2013

United Menang Lagi

Assalamualaikum.

Haters gonna hate. They would be happy to see you suffering. All you have to do is just proving them wrong. And United keep on winning.

Manchester United 3-1 West Ham United

Aku tak dapat cerita banyak sebab aku tak dapat tengok perlawanan malam tadi. Aku berada di kampung sekarang. Ada Astro, tapi tok mak tak langgan saluran sukan. Tsk tsk.

Aku cuma tahu pasukan yang beraksi melalui Twitter. David De Gea; Rafael, Chris Smalling, Jonny Evans, Patrice Evra; Antonio Valencia, Phil Jones, Tom Cleverley, Adnan Januzaj; Danny Welbeck, Wayne Rooney.

Dua pemain yang menarik perhatian aku: Januzaj dan Rooney.

Future of United

Aku bangun pagi tadi dan tak sabar-sabar nak tahu keputusan perlawanan United. Aku yakin United menang tapi aku nak pastikan. Para haters United perlu menanti lagi untuk mengutuk. Biarkan mereka.

Moyes terus melakukan kerjanya. Ada tiga pemain yang aku tak suka Moyes letakkan dalam pasukan. Valencia, Welbeck, dan Young (pemain gantian malam tadi). Aku akan rasa stres apabila pemain ini beraksi. Tapi dua daripada mereka termasuk dalam senarai penjaring malam tadi. Welbeck dan Young.

Welbeck sudah mula menjaringkan gol. Jaringannya malam tadi adalah satu penyudah tenang selepas satu kombinasi dengan Rooney. Welbeck juga membantu Januzaj menjaringkan gol kedua. Pemain gantian, Young, meledak satu gol cantik hasil tolakan kemas Rooney. Ini adalah gol kedua Young dalam dua perlawanan berturut-turut selepas rembatan kencang dari luar kotak penalti ketika menewaskan Stoke City 2-0 dalam aksi Piala Liga.

United mencapai kemenangan keempat berturut-turut dalam semua pertandingan. Ini juga kemenangan kedua berturut-turut United dalam Liga Perdana Inggeris selepas tewas 1-0 dua kali kepada Everton dan Newcastle. United ada tiga lagi perlawanan mudah termasuk dua perlawanan minggu ini.

United akan menentang Hull City pada hari Khamis ini diikuti perlawanan menentang Norwich City pada hari Sabtu. United sedang membina momentum dan rentak kemenangan. InsyaAllah aku dapat tengok dua perlawanan itu di rumah kerana aku pulang dari Johor pada hari Rabu. Ahad depan baru aku balik IMU.

Yeah, tak sabar nak tweet sepanjang perlawanan dari baiti jannati di Kedah Darul Aman.  

Haters gonna hate. Glory glory Manchester United.




Saturday, December 21, 2013

Balik Kampung

Assalamualaikum.

Aku menulis dari Hotel Classic, Muar, Johor.

InsyaAllah, pagi ni kami sekeluarga akan bertolak ke Kota Tinggi. Balik kampung! Lama dah tak balik ke rumah Tok Mak (nenek). Cuti hujung tahun yang indah bersama famili tercinta.

Melupakan duka, mencuba ceria.

Aku ingat cuti ni malas nak ulang kaji. Tapi kalau tak study, memang teruklah kerja aku bila cuti habis nanti. Fuhh fuhh. Nampak gaya kena luangkan masa jugak untuk baca nota kuliah yang ada. Tentang apa? Nama-nama bakteria, virus, parasit, dan fungi, yang banyak dan pelik-pelik. Termasuk cara mereka membiak. Argghhh, stres.

Mungkin aku baca santai je. Sebab tak nak stres cuti ni. Aku kan nak merawat luka di hati. Kalau stres nanti, makin parah pulak. 

InsyaAllah, kalau diizinkan Allah, Rabu nanti aku bergerak balik ke Kedah untuk menyambung cuti. Kakak sulung tak ikut balik kampung ni. Nanti nak tengok wayang dengan dia. Cerita 'The Secret Life of Walters Mitty'. Oh, lupa. Kena buat medical check-up untuk JPA. 

Sebenarnya dah lama aku tak merasa cuti sepanjang sembilan hari. Budak medik memang susahlah nak cuti. Sebelum masuk sem kedua (Februari nanti) pun, cuti tiga minggu je. Itu pun kena buat Community Oriented Project (COP). Termasuk dalam penilaian tahun pertama. =.=

Cuti ni aku nak enjoy saja. Moga Allah izinkan rancangan aku berhasil. Aku dah diduga dengan ujian yang sangat berat. Jika 'awak' terbaca entri ni, terima kasih kerna melemahkan saya. You make me stronger. Moga Allah merahmati 'awak'.

Moga Allah permudahkan urusan kita semua. 
Alhamdulillah (untuk segala nikmat).



Friday, December 20, 2013

Family Time

Assalamualaikum.
 
Alhamdulillah, selepas hampir empat bulan di IMU dengan cuti yang tak menentu dan jarang sekali, hari ni aku akan memulakan cuti hujung tahun selama 9 hari. Aku rasa cuti paling lama dalam kalendar semester pertama.
 
"Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir
Hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani"
 
Selepas diuji Allah dengan dugaan yang sangat berat, aku akan cuba melupakan kisah pahit itu dengan masa bersama keluarga tercinta. Sudah lama tak bertemu mereka. Bukan tak rindu. Cuma jarak tak mengizinkan. InsyaAllah dapat berada hampir dengan mereka sehingga hujung tahun ini sebelum kembali semula ke IMU.
 
 
InsyaAllah, hari ni aku akan cuba menjawab ujian formatif pertama. Rakan-rakan yang lain dah jawab tanpa habis ulang kaji pun. Aku ada sikit lagi nak ulang kaji. Aku boleh saja menjawab bila-bila masa sehingga 21 Disember, tapi aku rasa tak puas hati kalau tak habis ulang kaji lagi.
 
Tengah hari ni, insyaAllah aku akan bertolak ke Muar untuk menetap di hotel. Esok baru bergerak ke rumah nenek di Kota Tinggi. Begitulah perancangannya jika menurut kata bonda tercinta.
 
Aku masih terasa dengan ujian yang menimpa diri ini. Sangat berat seperti dihempap batu. Allah Maha Mengetahui. Ini yang terbaik untuk masa ini. Perancangan Allah jua yang terbaik. Aku hanya bersangka baik dengan Allah. Aku tidak mengetahui apa yang Dia janjikan yang menanti aku.

Apabila masa bahagia itu tiba, ia pasti sangat indah. Kerna Allah telah mempersiapkan aku dengan kesakitan untuk menghargai erti secebis kebahagiaan.
 
 

Thursday, December 19, 2013

Menang Kalah

Assalamualaikum.

Orang kata, "menang kalah adat permainan". Betullah tu. Hari ni dua pasukan bola sepak yang aku sayangi beraksi. Satu menang, dan satu kalah. Kegembiraan aku awal pagi tadi berganti kecewa malam ni.


MENANG

Manchester United mengalahkan Stoke City 2-0 di tempat lawan dalam pusingan suku akhir Piala Liga. Memang puas hati. Tak sia-sia aku bangun untuk menonton. Walaupun Wayne Rooney tak beraksi, United tetap unggul. 

Perlawanan malam tadi aneh. Pelik dari segi penjaring. Ashley Young yang selalunya merepek tetapi masih mendapat kepercayaan David Moyes. Awal pagi tadi dia membalas kepercayaan pengurus dengan satu rembatan kencang dari luar kotak penalti selepas kemasukan Javier Hernandez sebagai pemain gantian. 

Kemudian Young membantu Patrice Evra meledak gol kedua. Hantaran Young dari sayap kiri disambar bek kiri United yang kidal. Secara tiba-tiba Evra melencongkan bola dengan kaki kanan melepasi jangkauan penjaga gol. 

Kemenangan ini adalah yang ketiga berturut-turut untuk United dalam tiga pertandingan. Selepas menewaskan Shakhtar Donetsk 1-0 (Liga Juara-Juara) dan Aston Villa 3-0 (Liga Perdana Inggeris), United meneruskan rentak kemenangan tanpa dibolosi sebarang gol.

KALAH

Malangnya, skuad Harimau Muda tumbang di bumi Myanmar. Skuad Malaysia tewas kepada Indonesia dalam perlawanan separuh akhir Sukan SEA 2013.
Malaysia ketinggalan pada babak pertama apabila pemain Indonesia melakukan hantaran satu-dua yang sangat cantik untuk menembusi benteng pertahanan Malaysia. Thamil Arasu menyelamatkan maruah Malaysia selaku juara bertahan acara bola sepak buat seketika dengan jaringan lewat dalam babak kedua.

Selepas mengharungi masa tambahan, kedudukan kekal terikat 1-1. Penentuan sepakan penalti, cara paling kejam menentukan pemenang. Thamil Arasu mengambil sepakan pertama dan..... GAGAL! Sepakannya mudah dibaca penjaga gol lawan. Sepakan penalti kedua Malaysia juga diambil lemah dan mudah diselamatkan. 

Akhirnya, sepakan penalti kelima Indonesia menghancurkan harapan skuad negara apabila mereka menang penentuan sepakan penalti 4-3 untuk mara ke final. Skuad Malaysia gagal mempertahankan 'ibu' segala pingat emas. 


Walaupun Manchester United menang, Malaysia pula kalah. 
Suka dalam duka. 
Kecewa dalam gembira.



Two Big Games

Assalamualaikum.
 
Entri bola sepak.
Undian pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah musim 2013/2014 telah dikeluarkan pada 16 Disember lepas. Pusingan kedua akan berlangsung secara timbal balas. Perlawanan pertama akan berlangsung pada hujung bulan Februari 2014 diikuti perlawanan kedua pada awal bulan Mac 2014.
Keputusan penuh undian
 
Manchester City (England) vs Barcelona (Sepanyol)
Olympiacos (Greece) vs Manchester United (England)
AC Milan (Itali) vs Atletico Madrid (Sepanyol)
Bayer Leverkusen (Jerman) vs Paris Saint-Germain (Perancis)
Galatasaray (Turki) vs Chelsea (England)
Schalke 04 (Jerman) vs Real Madrid (Sepanyol)
Zenit St. Petersburg (Rusia) vs Borussia Dortmund (Jerman)
Arsenal (England) vs Bayern Munich (Jerman)
Pasukan di sebelah kanan adalah juara-juara kumpulan dan akan memiliki kelebihan perlawanan kedua di tempat sendiri. Bermakna mereka akan beraksi dalam perlawanan pertama di gelanggang lawan.
Perlawanan tumpuan
 
Bukan satu, tetapi dua perlawanan besar melibatkan empat kelab gergasi Eropah ketika ini.
 
Manchester City vs Barcelona
 
Tiada lawan lebih menarik ingin ditemui Barcelona selain City yang menjaringkan gol untuk keseronokan musim ini. Selepas membelasah juara bertahan, Manchester United 4-1, mereka membelasah pendahulu liga, Arsenal 6-3. Beraksi perlawanan pertama di Etihad adalah sesuatu yang sukar bagi Barca kerana Etihad adalah kubu kuat City.
 
Jika pendahulu La Liga beraksi tanpa Lionel Messi pada bulan Februari nanti, Barca pasti berdepan kesukaran kerana jentera serangan City adalah mesin gol yang begitu pantas dan berkesan. Aku pilih Manchester City untuk layak.
 
Arsenal vs Bayern Munich
 
Walaupun Arsenal mendahului Liga Perdana Inggeris ketika ini (saat entri ini ditulis), mereka berada di puncak kerana masih belum menentang gergasi liga yang lain. Mereka tidak boleh mendabik dada bahawa mereka pasti dapat menyaingi kehebatan Bayern yang dipimpin bekas jurulatih Barca, Pep Guardiola.
 
Bayern adalah juara bertahan Liga Juara-Juara dan tidak mempunyai masalah untuk beraksi dalam perlawanan pertama di Emirates. Mana-mana pasukan pun dalam kalangan naib juara kumpulan (termasuk Manchester City) mempunyai peluang tipis jika diundi bertemu Bayern.
Malang buat Arsenal. Mereka mungkin dapat mengekang Bayern di Emirates. Tetapi untuk mengatasi Bayern dalam dua perlawanan, itu sangat mustahil jika dilihat prestasi Bayern ketika ini. Aku pilih Bayern mara.
Pilihan untuk mara
 
Manchester City (England), Manchester United (England), Atletico Madrid (Sepanyol), Paris Saint-Germain (Perancis), Galatasaray (Turki), Real Madrid (Sepanyol), Borussia Dortmund (Jerman), Bayern Munich (Jerman)
Dalam pusingan kedua, England dan Jerman memiliki wakil terbanyak iaitu empat, diikuti Sepanyol dengan tiga. Untuk pusingan suku akhir (lapan pasukan terbaik), aku kira England, Jerman, dan Sepanyol akan mempunyai dua wakil. Wakil tunggal Perancis dan Turki juga mungkin masih beraksi.
Hanya dua naib juara kumpulan yang akan dapat mara. Manchester City akan dapat mengatasi Barca dan Galatasaray berpeluang mengejutkan Chelsea.

Tiga Soalan

Assalamualaikum.

Tadi aku scroll down Instagram dan ada sorang kawan aku kongsi puisi. Sangat indah bagi aku. Terlalu indah sampai aku perlu kongsi di blog picisan ni. Tajuknya? 'Tiga Soalan'. Susunan madah yang amat menarik.

Bagaimanakah rasanya mencintai? Bagaimana pula rasanya apabila cinta itu berbalas? Tak bertepuk sebelah tangan. Dan bagaimana pula rasa kehilangan? Hanya tiga soalan. 


THREE QUESTIONS
 
What was it like to love him? Asked Gratitude.
"It was like being exhumed," i answered.
"And brought to life in a flash of brilliance".

What was it like to be loved in return? Asked Joy.
"It was like being seen after a perpetual darkness," i replied.
"To be heard after a lifetime of silence".

What was it like to lose him? Asked Sorrow.
There was a long pause before i responded:

"It was like hearing every goodbye ever said to 
me --- all said at once."
 
- Lang Leav








Wednesday, December 18, 2013

Dream

Assalamualaikum.

I have a dream.


That we will be together


Spending the rest of our life

 
Happily ever after

 
Just like in fairytale


Then i realize


Fairytale doesn't exist


Only sweet dreams do

  
Even though you are mine...


 
..only in my sweetest dream


I'll be more than happy.
 


Monday, December 16, 2013

L.O.V.E

Assalamualaikum.


Love
Four letters, infinite definitions
From man to woman
From adult to children
Meanings are different

Prayers from distant
hope in silence
wait with patience

 
When you love someone
you're vulnerable 
Allowing yourself to be hurt
Letting your heart to be broken
Permitting your dreams to be shattered
Granting the key to destroy you

Leaving you to pick up
the little pieces of your heart
Glueing them together
to be broken over and over again

But still
you have the courage to try
without knowing why
To love for another day
To fight one more time

Because love
is beyond forever
Eternal is too short a limit


You cannot explain love
Love is beyond words
in all dictionaries

Even if you get nothing 
in return
you still want to love
because it is pretty
More than eyes can see 
 

 

Senyum

Assalamualaikum.

Senyumlah seperti hatimu tak pernah terluka. 
Tiada duka yang abadi di dunia.

"Senyumlah sayang senyumlah 
Jangan kau bersedih-sedih selalu 
Kerana ada hikmah 
di sebalik setiap sesuatu 
yang berlaku."


Aku cuba mengukir senyuman. Melupakan kesakitan yang masih terasa. Meminta kekuatan dari Pencipta. Dia yang menghadirkan ujian menguji iman. Aku yakin Allah bersamaku. Dugaan yang berat bagiku, tetapi Allah mengujiku kerna aku mampu.

Biarlah dia aman dengan hidupnya. Biar dia bebas mencari bahagia. 

Tak sabar tunggu Jumaat ni. Nak balik kampung dengan famili tercinta. Dah penat ulang kaji untuk jawab ujian formatif. Sampai sakit kepala. Hari Khamis ni baru nak jawab. Lepas tu malas nak fikir dah sepanjang cuti ni. Nak rehat sembilan hari.

Lepas Johor, baru balik Kedah. Baiti jannati. Nak pergi tengok wayang dengan kakak sulung. Hoyeah! Moga Allah permudahkan semua urusan. 

Senyum, senyum, dan senyum.


Sunday, December 15, 2013

WC2014 : Bendera 4

Assalamualaikum.
Kita lihat pula bendera dan trivia untuk pasukan-pasukan dalam dua kumpulan terakhir. 
*ranking dunia pada 28 November 2013*
KUMPULAN G
 
 Jerman
 
Ranking dunia: 2
Ibu negara: Berlin
Gelaran: Die Mannschaft (The Team)
 
Portugal
 
Ranking dunia: 5
Ibu negara: Lisbon
Gelaran: Selecção das Quinas (National Team)
 
Ghana
 
Ranking dunia: 24
Ibu negara: Accra
Gelaran: Black Stars
 
Amerika Syarikat
 
Ranking dunia: 14
Ibu negara: Washington, District of Columbia 
Gelaran: The Stars and Stripes
 
 KUMPULAN H
 
Belgium
 
Ranking dunia: 11
Ibu negara: Brussels
Gelaran: Les Diables Rouges (The Red Devils)
 
Algeria
 
Ranking dunia: 26
Ibu negara: Algiers
Gelaran: Les Fennecs (The Desert Foxes)
 
Rusia
 
Ranking dunia: 22
Ibu negara: Moscow
Gelaran: Sbornaya (The Team)
 
Korea Selatan
 
Ranking dunia: 54
Ibu negara: Seoul
Gelaran: Taeguk Warriors




**TAMAT**



Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif