Welcome To My Life...

Monday, December 9, 2013

WC2014 : Kumpulan B

Assalamualaikum.


Kali ini kita lihat pula bagaimana pasukan-pasukan dalam Kumpulan B layak ke Brazil dan sejarah mereka dalam Piala Dunia.


SEPANYOL
 

Generasi emas Sepanyol terus gah. Selepas menjuarai tiga kejohanan bola sepak utama berturut-turut, Sepanyol tidak menghadapi masalah menjuarai Kumpulan I dalam pusingan kelayakan UEFA untuk memaksa Perancis ke pusingan play-off. Sepanyol layak pada 15 Oktober 2013. Edisi 2014 adalah penampilan ke-14 bagi Sepanyol, kali terakhir pada edisi 2010 apabila mereka menjadi juara buat kali pertama.

BELANDA
 
 
Belanda layak pada 10 September 2013 selaku pemenang Kumpulan D dalam pusingan kelayakan zon Eropah.  Hanya satu seri memisahkan Belanda dari rekod kemenangan 100% dan jumlah jaringan 34-5 juga kelihatan menggerunkan. Belanda pernah layak sembilan kali sebelum edisi 2014, kali terakhir pada 2010. Pencapaian terbaik Belanda adalah naib juara tiga kali pada tahun 1974, 1978 dan terbaru, 2010. 

CHILE

 
Chile juga layak secara automatik, dari pusingan kelayakan zon Amerika Selatan yang dijalankan secara round robin. Chile layak pada 15 Oktober 2013, mendapat tempat ketiga di belakang Argentina dan Colombia untuk penampilan kesembilan (terakhir pada 2010). Pencapaian terbaik Chile adalah tempat ketiga pada tahun 1962.

AUSTRALIA
 
 
Australia yang dulunya di bawah konfederasi OFC (Oceania), beraksi dalam pusingan kelayakan AFC (Asia) buat kali kedua. Australia antara yang terawal layak pada 18 Jun 2013, menjadi naib juara Kumpulan B dalam pusingan keempat kelayakan untuk penampilan keempat mereka selepas kali terakhir pada tahun 2010. Pencapaian terbaik mereka hanya mara ke pusingan kedua pada tahun 2006.


KONKLUSI
 
Semua pasukan dalam Kumpulan B layak ke Brazil secara automatik dari zon masing-masing. Kumpulan ini agak menarik kerana dihuni oleh dua finalis Piala Dunia 2010, Sepanyol dan Belanda yang berentap dalam perlawanan akhir. Sukar untuk mengatakan Chile dan Australia dapat mengatasi dua gergasi bola sepak dunia ini. Chile mungkin memiliki sedikit peluang tetapi harapan Australia untuk melangkah jauh sangat tipis. Ramalan aku, Sepanyol muncul pemenang kumpulan.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif