Welcome To My Life...

Friday, December 13, 2013

WC2014 : Kumpulan F

Assalamualaikum.


Analisis diteruskan lagi dengan Kumpulan F.


ARGENTINA
 
 
Argentina layak pada 10 September 2013 selaku juara pusingan kelayakan zon Amerika Selatan. Tanpa Brazil, Argentina kehilangan pencabar utama. Argentina akan membuat penampilan ke-16, kali terakhir juga pada 2010. Argentina pernah bergelar juara dua kali pada tahun 1978 dan 1986. 

BOSNIA-HERZEGOVINA
 
 
Bosnia-Herzegovina memenangi Kumpulan G pusingan kelayakan zon Eropah dan layak pada 15 Oktober 2013. Hari itu adalah hari bersejarah buat mereka kerana mereka layak kali pertama ke Piala Dunia. Mereka melakukannya tanpa perlu melalui pusingan play-off

IRAN
 
 
Iran layak pada 18 Jun 2013 selaku pemenang Kumpulan A pusingan keempat kelayakan zon Asia. Iran akan menyertai edisi keempat selepas kali terakhir bersaing pada tahun 2006. Untuk rekod, Iran tidak pernah melepasi peringkat kumpulan.

NIGERIA
 
 
Nigeria layak pada 16 November 2013 selepas membelasah Habsyah 4-1 secara agregat dalam pusingan keempat kelayakan benua Afrika. Nigeria hanya akan membuat penampilan kelima selepas beraksi kali terakhir pada tahun 2010. Pencapian terbaik mereka adalah pusingan kedua pada tahun 1994 dan 1998.


KONKLUSI

Empat benua. Empat pasukan layak secara automatik. Bagi aku, Argentina akan memenangi kumpulan ini. Nigeria dan Iran mungkin akan melakukan kejutan tapi aku kira peluang mereka agak tipis. Hampir mustahil. Bosnia-Herzegovina akan layak mengiringi Argentina ke pusingan kalah mati.




No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif