Welcome To My Life...

Saturday, December 14, 2013

Terbakar

Assalamualaikum.

IMU terbakar.

Heh? Tak lah. Cuma latihan kebakaran. Selasa, 3 Disember 2013. Semasa aku berada dalam sesi Makmal Mikrobiologi. Ketika itu kami para pelajar sedang ditunjuk ajar cara-cara untuk melakukan Gram-staining untuk mengenal pasti bakteria.

Baru je kami nak dilepaskan oleh pengajar untuk melakukannya, tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi. Mula-mula kami sangka ianya hanya beberapa saat. Tetapi loceng panjang tanda amaran berterusan. Pelajar pun turun ke tempat berkumpul.


Gambar diambil dari tingkat teratas (empat). Masa ni para pelajar jalan lenggang kangkung. Gaya macam nak pergi dengar kuliah. Tak rasa suasana kebakaran langsung.


Inilah dia 'kebakaran'. Asap yang dilihat dari tingkat empat tadi hanyalah asap fogging. Cis betul. Haaaa, dapat kesan trak bomba? Haaaa. Semua unit kecemasan datang. Nak cuba real-case situation.


Polis, ambulan. Semua datang. Malangnya, hujan turun. Terpaksa dihabiskan awal. Kami pun bergegas naik ke kelas semula. Aku mengomel sepanjang memanjat tangga ke tingkat empat. Tadi turun empat tingkat. Ni naik tangga empat tingkat lagi. Memang senaman tak diundang.

Keseluruhannya, aku tengok para pelajar memang tak cemas langsung. Mereka tahu ini hanyalah latihan. Cuba kalau kebakaran betul-betul berlaku. Takkan nak jalan lenggang lagi kan? 

Tepuk kaki, tanya "kenapa tak lari?".



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif