Welcome To My Life...

Thursday, December 19, 2013

Two Big Games

Assalamualaikum.
 
Entri bola sepak.
Undian pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah musim 2013/2014 telah dikeluarkan pada 16 Disember lepas. Pusingan kedua akan berlangsung secara timbal balas. Perlawanan pertama akan berlangsung pada hujung bulan Februari 2014 diikuti perlawanan kedua pada awal bulan Mac 2014.
Keputusan penuh undian
 
Manchester City (England) vs Barcelona (Sepanyol)
Olympiacos (Greece) vs Manchester United (England)
AC Milan (Itali) vs Atletico Madrid (Sepanyol)
Bayer Leverkusen (Jerman) vs Paris Saint-Germain (Perancis)
Galatasaray (Turki) vs Chelsea (England)
Schalke 04 (Jerman) vs Real Madrid (Sepanyol)
Zenit St. Petersburg (Rusia) vs Borussia Dortmund (Jerman)
Arsenal (England) vs Bayern Munich (Jerman)
Pasukan di sebelah kanan adalah juara-juara kumpulan dan akan memiliki kelebihan perlawanan kedua di tempat sendiri. Bermakna mereka akan beraksi dalam perlawanan pertama di gelanggang lawan.
Perlawanan tumpuan
 
Bukan satu, tetapi dua perlawanan besar melibatkan empat kelab gergasi Eropah ketika ini.
 
Manchester City vs Barcelona
 
Tiada lawan lebih menarik ingin ditemui Barcelona selain City yang menjaringkan gol untuk keseronokan musim ini. Selepas membelasah juara bertahan, Manchester United 4-1, mereka membelasah pendahulu liga, Arsenal 6-3. Beraksi perlawanan pertama di Etihad adalah sesuatu yang sukar bagi Barca kerana Etihad adalah kubu kuat City.
 
Jika pendahulu La Liga beraksi tanpa Lionel Messi pada bulan Februari nanti, Barca pasti berdepan kesukaran kerana jentera serangan City adalah mesin gol yang begitu pantas dan berkesan. Aku pilih Manchester City untuk layak.
 
Arsenal vs Bayern Munich
 
Walaupun Arsenal mendahului Liga Perdana Inggeris ketika ini (saat entri ini ditulis), mereka berada di puncak kerana masih belum menentang gergasi liga yang lain. Mereka tidak boleh mendabik dada bahawa mereka pasti dapat menyaingi kehebatan Bayern yang dipimpin bekas jurulatih Barca, Pep Guardiola.
 
Bayern adalah juara bertahan Liga Juara-Juara dan tidak mempunyai masalah untuk beraksi dalam perlawanan pertama di Emirates. Mana-mana pasukan pun dalam kalangan naib juara kumpulan (termasuk Manchester City) mempunyai peluang tipis jika diundi bertemu Bayern.
Malang buat Arsenal. Mereka mungkin dapat mengekang Bayern di Emirates. Tetapi untuk mengatasi Bayern dalam dua perlawanan, itu sangat mustahil jika dilihat prestasi Bayern ketika ini. Aku pilih Bayern mara.
Pilihan untuk mara
 
Manchester City (England), Manchester United (England), Atletico Madrid (Sepanyol), Paris Saint-Germain (Perancis), Galatasaray (Turki), Real Madrid (Sepanyol), Borussia Dortmund (Jerman), Bayern Munich (Jerman)
Dalam pusingan kedua, England dan Jerman memiliki wakil terbanyak iaitu empat, diikuti Sepanyol dengan tiga. Untuk pusingan suku akhir (lapan pasukan terbaik), aku kira England, Jerman, dan Sepanyol akan mempunyai dua wakil. Wakil tunggal Perancis dan Turki juga mungkin masih beraksi.
Hanya dua naib juara kumpulan yang akan dapat mara. Manchester City akan dapat mengatasi Barca dan Galatasaray berpeluang mengejutkan Chelsea.

No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif