Welcome To My Life...

Saturday, December 14, 2013

Sabtu dan The Hobbit

Assalamualaikum.

Hari ni hari Sabtu. Hujung minggu. Maknanya hari yang sesuai untuk ulang kaji pelajaran. Ujian formatif pun tak jawab lagi ni. Tarikh luput Jumaat depan. Ah, release tension.

Aku dan beberapa orang rakan mengambil keputusan untuk menonton wayang. Cerita "The Hobbit: The Desolation of Smaug" yang mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada hari Khamis lepas. Kami keluar rumah kira-kira jam 10 pagi.

Apabila kami turun eskalator, LRT baru saja berlepas dari stesen Sri Petaling. Sambil menanti LRT seterusnya, kita bergambar dulu....


Aku dengan Fit-ri (bukan nama sebenar). Rakan serumah. Budak ni murah dengan senyuman. Dan dia sangat kurang sensitif. Maknanya kalau sembang depan dia masa tengah makan, dia akan dengar saja dan kurang respons. Rare species.


Aku bersama Eh-san (pun bukan nama sebenar). Bukan rakan serumah. Dulu rakan sekolej dan bekas rakan sekelas. Genius ni. Ekspres satu semester. Sekarang dah jadi senior aku. Aku yang paksa dia buat gaya 'aman' tu. Tiru rakan kami si A-zam yang tak ikut.


Bersama Ir-fan (nama samaran kot). Kini rakan serumah. Rakan sekelas di INTEC untuk tiga semester. Dulu tak rapat sangat. Sekarang dah duduk bawah satu bumbung. Market ni. 


Dalam LRT pun sempat tangkap gambar. Agak kabur sikit sebab LRT baru bergerak. 


Ni pokok Krismas yang sedang menghiasi Berjaya Times Square. Aku tangkap gambar ni semasa sedang tunggu Syahid. Budak tu rajin sangat beli tiket monorel terus dari Sri Petaling. 


Kredit kepada jurufoto, Eh-san. Dia kata gambar ni kabur. Tapi aku suka gambar ni. Default pic FB yang baru. Hoyeahh! Tu rambut baru potong. Dua hari lepas panjang lagi. Waktu ni kira-kira jam 11.30 pagi. Mengikut perancangan, kami nak beli tiket wayang dulu sebelum makan tengah hari.

Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Ikut rancangan asal nak tengok jam 1.30 petang. Tapi dah tinggal baris paling depan. Maknanya kami kena dongak kalau nak tengok skrin. Tak seronok. Bincang punya bincang, kami setuju nak menonton sesi 12 tengah hari. Maksudnya..... aku terpaksa lupakan makan tengah hari untuk dua jam (atau mungkin lebih). Aku lapar sangat masa tu...

Selepas hampir tiga jam, barulah cerita tu tamat. Dan penamat pun tergantung lagi. Aku tak kisah dah. Lepas je dua jam, aku dah berharap sangat cerita tu cepat habis. Dah tak tahan lapar. Keseluruhannya, cerita tu menarik. Cuma agak meleret. Ah, trilogi Lord of The Rings pun empat jam untuk satu filem.

Kami keluar dan terus ke surau untuk solat Zohor. Lepas tu, destinasinya adalah tempat kegemaran aku, KFC! Tapi.... ramai orang. Dan tak ada tempat duduk. Dah beratur pun, tiba-tiba diorang nak pergi Plaza Low Yat. Mula-mula dua orang saja nak pergi. Tiba-tiba dua orang lagi pun nak ikut. Aku panas hati. Kempunan tak dapat makan KFC. 

Tapi kurang panas hati sebab aku memang rancang tak nak makan mahal-mahal. Nak isi perut je. Esok nak makan KFC lagi sebab tak puas makan tergesa-gesa. Dalam hati memang merungut. Masya Allah... Nak dijadikan cerita, kat Low Yat pun ada KFC. Alhamdulillah, rasa lega sangat. Dan rasa menyesal sebab merungut tentang takdir.

Tak jadi makan esok. Terus aku makan set biasa aku makan. Puas hati. 


Aku bawak balik untuk santapan malam. Hohoholiao.

Selepas pusing-pusing Low Yat, kami memulakan perjalanan balik ke Vista Komanwel.


Poyo je gaya tu. Gaya bersedia nak di'candid'kan. Haha. Berbincang isu politik sambil tunggu LRT nak balik ke Sri Petaling.

Jam 5.30 petang baru sampai rumah sewa. Fuhhh. Tujuh jam yang sangat memenatkan. Hari minggu yang terbazir begitu saja. Tapi pengalaman tu tak dapat dibeli dengan sebarang harga.



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif